SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 21, 2014

ROTI PAJERI TERUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st attempt! Berzikir, berdoa, berharap, bertawakal... & ber3... lagiklah... sebelum memasak. Semoga menjadik... Fuh!

Bahan2:-

2 biji terung panjang (dibelah 4 setiap 1)
1/2 peket serbuk rempah kari ikan
1 keping asam keping
1 tangkai cili hijau (dibelah 2 tanpa putus)
1 sudu kerisik
1 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Satukan serbuk rempah kari ikan dengan bahan2 kisar. Sebatikan hingga menjadi pes.
2) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & daun kari hingga naik bau.
3) Masukkan pes tadi. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan asam keping, santan & air masak secukupnya.
5) Masukkan kerisik & biarkan mendidih.
6) Perasakan dengan garam & gula.
7) Masukkan terung panjang & cili hijau. Masak hingga kuah pekat & terung panjang menjadi lembut. Angkat & hidangkan.

~ Roti Pajeri Terung

Nak makan dengan nasik pun boleh. Tak berdosa pun... ;P

Neves tengok hasilnya. Nasib baik boleh diterima anak tekak. Fuh! 


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Kesuma Angsana said...

samaalh kita, KA pun macam segala jenis pajeri ni dgn roti, dgn nasik kurng sikit., tak tau kenapa hehehe

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
kira aci je.. asalkn tekak buleh terima.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google