SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, February 9, 2014

CEKODOK KARI SARDIN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

1 sudu kecil garam
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan garam, tepung gandum, serbuk kunyit, telur ayam, ikan bilis, bawang besar & air masak ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Panaskan minyak. Goreng mengikut acuan / ikut suka hingga kekuningan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Kari Sardin:-

1 tin sardin
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 peket serbuk rempah kari
1 keping asam keping
3 biji ubi kentang (dipotong 12 setiap biji)
1 inci halia (dihiris)
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Cara2 Penyediaan Kari Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, daun kari, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari. 
3) Tuangkan air secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang 3/4 empuk.
5) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam keping. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama cekodok.

~ Plating yang kengkononnya fusion. Padahal, Cekodok Kari Sardin je pun... Heh3...


:: Like3, ek! ::



8 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

kalau kat kampung selalu makan cekodok ngan kari ..sedapppp

Ayu azmir said...

sedap tu

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
mmg t'bahek! plg leez sker kari telur. perrgghhh..!! mak mertua lalu pun buleh wat dek je tau! ha3..

ArELeEz said...

Ayu azmir,
alhamdulillah..

Zumie said...

macam sedap je wak..

ArELeEz said...

Zumie,
mmg layanlah! ;P

Kesuma Angsana said...

i like... !

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
i like too..! heh3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google