SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, February 25, 2014

KRONOLOGI PERCUTIAN SPONTAN

Petang Khamis ke KL (HUKM) ziarah Mak Kerol. Balik Teluk Intan pagi Jumaat (esoknya). Kessahnya ada kat entry sebelum2 ni.

Petang Jumaat sampai pagi Sabtu dapatlah berehat. Sempat jugak mengemas rumah. Vacuum2, laundry & kasik clear habuk2. Sebab tengahari Sabtu nak ke Sungai Buluh pulak, ke rumah Uda. Tujuan utama: Mak nak ziarah cousin Mak yang sakit jantung. So, transit kat rumah Uda lah. 

Nama cousin Mak tu Nanang. Tak tau la Nanang ni pangkat ke apa ke kan... Aku syak ianya adalah pangkat macam Pak Long / Abang Ngah / Tok Su begitu... tapi, versi Jawa. Dah Mak aku suruh panggil Nanang makanya, panggil je lah. Tak baik derhaka. Ecewah! Hiks...

Kronologi #1 (Sabtu) 
Teluk Intan > Rumah Uda (Sungai Buluh) > Ziarah Nanang > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

~ Traffic alhamdulillah... clear. Nampak apa yang aku spot?

~ Aku dok spot Gen-2 shocking green ni lah! Macam menyerlah sangat di bawah terik2 mentari tu kan... Silau we ols tau! He3...

Kagum dengan orang2 yang sanggup cat kereta diorang dengan kaler2 yang sebegini. Syabas! Anda berani mencurik perhatian! ;)

Hokay... selingan je tu. Back to cerita asal. ;P

~ Singgah RNR Ulu Bernam sebab lapor. Aku makan bakso. 

My 'sayang' dah terjebak dengan asam pedas kat sini. Sodap katanya... Means, sodap untuk kategori 'RNR'. Paham2 je la, ek! ;P

Kronologi #2 (Ahad)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Kemang, Port Dickson (picnic) > Nilai 3 (shopping) > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

Sebenarnya, tak plan pun nak ke Port Dickson (PD). Kessahnya... Andak & Mak Yang ada kat Melaka. Diorang roger2 Uda. Uda roger2 Mak. Mak tanya my 'sayang'. My 'sayang' on. Maka terjadiklah percutian spontan. 

Crowded PD hari tu! Macam dah tak nampak port nak berpicnic. Andak roger2, kasik direction sebab diorang dah jumpa 1 port, dekat dengan pantai.

~ Pisang goreng pun bollehhh..! He3...

Port / khemah tu kena bayar tau! 1 khemah = 50 hengget. Ada khemah, a few kerusi & 1 meja kecik untuk letak barang2. Wah, pandai betul diorang bikin bisnes! Hu3...

~ Mak dengan mini jubah & tudung barunya. Mini jubah tu beli semata2 nak ke PD sebab Mak tak bawak baju bersesuaian nak berpicnic. Yang ada semua jubah blink2. Kang orang ingat artis singgah di PD pulak kan... He3...

Aku, my 'sayang' & Mak tak berkubang. Lepak kat khemah sambil chit-chat, makan & tengok orang mandi-manda je. Malaslah! Dah boleh bayangkan betapa crowdednya bila nak bilas badan dengan air bersih kat bilik air nanti. Tak sanggup!

Pukul 3 petang gerak ke Nilai 3 pulak. Ini pun tak plan. Semuanya aci spontan je. Mak Yang kot yang buat usul. My 'sayang' kata ok, aku pun kata yabedabeduuu... lah! Ha3...

Tak kose nak shopping baju / tudung kat Nilai 3. Banyak sangat kedai sampai pitam! Window shopping sikit2 je sebab lutut macam nak tercabut. 'Skru' longgar. Tapi, sempat jugaklah shopping pinggan-mangkuk talam bagai... Buat kenangan... Eceh! Kalau dah namanya pompuan kan... mana tahan tak shopping! Ha3...

Sampai rumah Uda almost 8 malam. Lapor! Uda masak ikan tuna masak kicap. Perrgghhh..!!! Laju2 carik nasik. Buatlah macam rumah sendirik. Ha3...

Kronologi #3 (Isnin)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Intan

Esok pagi balik. Tak plan jugak sebab plan asal nak balik hari Ahad. Dah terjebak ke PD & Nilai 3, of course la flat! My 'sayang' kata balik hari Isnin je la... We ols menurut perintah je. Hiks...

Nanti nak suruh Mak plan betul2 dengan adik-beradiknya. Boleh la bercuti best2 sikit. Tak terkejut2! ;P


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wah..berjalan sakan ni...

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
cara meredakn tekanan gitu..! heh3..

Kesuma Angsana said...

jalan2 lagi2 dgn family mcm ni mmg best sgt kan !

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
yupp! ilang sekejap sume tekanan.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google