SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 24, 2014

IKAN BAKAR SEMPOIII...

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Google resepi. Amik yang terpaling simple. 

Bahan2:-

5 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 biji limau nipis (diperah jus)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji cili padi
1 tangkai cili merah
1/2 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Perap ikan termenung dengan jus limau nipis, garam & serbuk kunyit.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan garam, asam keping & gula. Masak hingga pecah minyak & jadi pes. Angkat.
5) Susun ikan termenung dalam pemanggang. Tuangkan pes ke atas ikan termenung. Percikkan sedikit minyak masak menggunalan batang serai. Masak dengan api sederhana. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Bakar Sempoiii...

Nak lagik dramatik, balutlah dengan daun pisang. Aroma dia buat perut bershuffle! Ha3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Kesuma Angsana said...

sempoi2 pun mmg sedap ni aih !

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
less is more. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google