SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM. Show all posts
Showing posts with label EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM. Show all posts

Saturday, January 11, 2020

EKSA DI 10 JANUARI 2020

Semalam, ada EKSA. Pagi, meeting. Petang, EKSA. Uiks, busy betul bunyiknya kan..! He3...

Macam biasalah... EKSA ni kan ada pembahagian tugas. Memasing dah arif. Cukup waktu, semua ber-EKSA. 

~ Hang Lap & Hang Sapu. He3...

Disebabkan tak cukup 'pekerja EKSA', makanya memasing ada 2 tugas. Hang Lap merangkap Hang Habuk. Hang Sapu merangkap Hang Buang Sampah. 

Sis jadik Hang Sapu Luar & Hang Kebun. Haaa... tough kan tugasan Sis? Ha3...

~ Encik Boss turut membantu. Ringan tulang, volunteer jadik Hang Mop. Baguih! He3...

Owh... by the way, ini adalah Encik Boss baru. Mantan Cik Boss dah transfer ke SKM, Perak (Ipoh). Naik pangkat. 

Encik Boss baru ni dari SKM, Manjung. Single & maybe available. Ha3...

Semalam, cuaca panas terik membahang betul! Asik togok air je Sis. Dahaga. Kat tempat korang cuaca achaner, ek?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, December 29, 2016

EKSA KHAS

Opis perlu suntikan keceriaan. Encik Boss perkenankan untuk buat gotong-royong EKSA.

Laju2 buat notis. Hari pelaksanaan berubah dari hari kebiasaan. Bukan lagik hari Jumaat. Sebab Encik Boss sangat busy hujung2 tahun ni. Staff pun ada yang cuti. Rombak ke hari Isnin. Waktu sama, tetap 3.30 petang.

Tak kesahlah. Takde masalah. Bisa diatur. Anggaplah ini EKSA Khas sebelum 2016 melabuhkan tirai. Eceh! 

~ Memasing dah paham, dah sangat arif. Buat kerja ikut pembahagian tugas. Kalau dapat kerja simple & dah setel, pandai2lah tolong kengkawan yang masih berlengas berhempas-pulas.

~ Hang Toilet. Adeh3... Habis semua apa kejadah barang2 yang tak pakai ah kak buang. Tiada kompromi. I'm in charge! Ah kak berkuasa..!!! Ha3...

~ Tugas Encik Boss kat dalam opis sebenarnya. Tapi, beliau nak jugak merasa bahang mentari kat luar. Takpe la... Aci jerrr... Putih sama2, kita tan sama2. He3...

Menu jamuan ringan: Pizza Hut + kuih-muih + air 100 Plus

Terima kasih, Encik Boss & opismate sekalian... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 8, 2016

LAKSA NGIEEGHORR + ABC

EKSA diteruskan. Atas arahan Encik Boss. 

~ Kerja2 persediaan awal menghadapi banjir.

~ Hang Mop serba ungu.

~ Hang Sapu serba warna-warni.

~ Hang Sapu #2 serba grey.

~ Good job, Hazrie..!

Jamuan ringan: Laksa Ngieeghorr + ABC. 

Tekak tak berapa sihat. Tapi, gigih jugak telan ABC yang sesejuk rasa tu. Nikmat! Hu3...

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga opis kita sentiasa kemas, bersih, cantik & wangiiiiiiiiiii.......... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 29, 2016

MAKANAN ADALAH MOTIVASI

Opis perlukan pembersihan & suasana yang lebih indah. Kami takde cleaner, tukang kebun mahupun tea lady. Maklumlah... opis wilayah. Orang gomen musti boleh bayangkan... Hu3...

Kamilah 'cleaner' merangkap 'tukang kebun' merangkap jugak 'tea lady' especially bila EKSA tengah on. Memasing buat kerja ikut duty roster. Baguih! Ah kak kasik 5 HA! Eh, silap! 5 mintang... He3...

~ Sapu, Cik Nad! Jangan tak sapu! He3...

~ Good job, Encik Selvam..!

~ Baju je belang rimau... Tapi, jiwa ah kak ni is pink, hokay..! Ahaks...

~ 'Hang Mop' berkuasa penuh! Ha3...

~ Agenda akhir. Yang paling ditunggu2 & dinanti2.

~ Makanan adalah motivasi untuk buat EKSA. 

Takde makanan, sel2 otak tak berapa nak berhubung. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 15, 2016

NINJA GIGIRL

Ah kak jadik Ninja Gigirl buat ke sekian kalinya... Untuk EKSA lah, untuk apa lagik kan...

Ah kak bertugas di seksyen menyapu2 di dalam opis. Sebab tu lah kena kembali menjadik Ninja Gigirl yang awesome. Ok, tang 'yang awesome' tu saja tambah. Nak bagi nampak vogue lagik hebat melampau. Errr... tumpang lalu, Boss... Eceh! Tetiba je nak up nama Encik Boss. Motip..??! Ha3...

~ Ninja Gigirl is ready to rock on, bebeh! ;D

~ Tugas mengemop kita serahkan kat Eika.

~ Menyapu porch & parkir kat Cik Nad.

~ Don't mess with Ninja Gigirl! Ha3...

Penat Ninja Gigirl & friends hari tu. Berpoluh2, berlengas. Fuh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, May 14, 2016

TERIMA KASIH SEMUA...

Exercise secara tak langsung lagik. Semata2 untuk EKSA. K-monnn, Zon Ikhlas..! Ikhlaskan diri anda..! Ha3... ;)

Pukul 3.30 petang, sharp, kita start. Sebelum pukul 5 petang dah siap. Bagus! Sangat menepati masa. Heh3...

~ Seksyen Cik Nad.

~ Seksyen Encik Selvam.

~ Seksyen Encik Fadzil.

~ Seksyen Eika.

Seksyen ah kak kat luar. Sapu porch & parkir. Berpoluh ah kak, noks..! Terasa mengkurus sangat..! Ahaks...

Terima kasih semua...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



Thursday, May 5, 2016

SUPERHEROES & SUPERHEROINS

Kembali ke dunia EKSA... Eceh! ;P

Perjuangan EKSA harus diteruskan! Eceh lagik! Ha3...

Semua dah bijak, arif & used to it. Pukul 3.30 petang je, terus meluru ke seksyen memasing. Tak payah nak buat call time bagai... dah. Bagus! Ah kak like..! ;D

~ Hazrie The Dustman

~ Encik Boss The Encikbosman. Nama dikekalkan. Tak berani nak 're-branding'. Tumpang lalu, Boss... Ahaks...

~ Encik Selvam The Basketman. Nak bubuh 'Garbageman', macam tak sampai hati pulak. Hu3...

~ Eika The Sweepwoman

Setel on time. 
Makan on time. 
Balik on time.

Tahniah & clap3 untuk semua superheroes & superheroins..! Apa yang penting... kerjasama..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SADIS SEKEJAP JE...

Setiap hari Jumaat, pukul 3.30 petang. Pelaksanaan yang tak pernah fail lagi setakat ni, sejak dilancarkan. 

Ecewah! Apsal ntah, asal nak cerita pasal EKSA je, musti pakai ayat sasterawan, puisi jalanan bagai... Konpius ah kak dengan diri sendirik! Ko dah kenapa nak feeling2 Fynn Jamal sangat kan...?! Ha3...

~ Lap kasik bersinar2 blink3, ek Encik Fadzil, ek! Heh3...

~ Sapu kasik hilang semua habuk2, hama2, mikro organisma semua tu, ek Eika, ek! ;P

~ Kemas elok2, susun baik2 kasik teratur, ek #SongJiHyo, ek! Ahaks...

Bagus jugak ada gotong-royong EKSA ni. Boleh amik kesempatan untuk exercise. Keluar jugak peluh. 

But, masalah is the problem is... lepas gotong-royong ada jamuan. Makan bajet tak nampak mak mertua lalu. Nak2 pulak, sambil makan, sambil bergossip. Makin banyak kuantiti suapan & makin besar kapasiti mulut. Lemak2 yang hilang sekejap tadi, muncul balik. Sadis, noks..!

Tapi, sadis sekejap je la... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.F.F.E.N.D.Y ::



SEKIAN, WASSALAM...

Sapu...
Mop...
Buang sampah...
Cuci toilet...
Bersihkan longkang...
Buang sawang...
Baja & siram pokok munge...
Buang habuk...
Lap cermin partition...
Itu... ini... Begitu... begini... Bla3...

Wait! Don't get me wrong..! Bukan membebel... Tapi, nak ucap juta2-an terima kasih kat Encik Boss & opismates sebab sudi buat2 kerja2 kat atas tu semua dengan gigih + bersemangat waja semata2 untuk EKSA. 

Ewah2..! Ayat wakil rakyat dah keluar dahhh..! Hoiii2..! ;P

~ Thanks, guys...

Sekian, wassalam...

Ending bajet puitis yang ala2 muslimah sangat..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, April 25, 2016

'KAWASAN JAJAHAN'

K-monnn Zon Ikhlas..! Jom gotong-royong. ;)

Di hari Jumaat yang penuh barakah... moh la buat amal jariah. Bersihkan opis, tempat mencarik rejeki.

Hamboih..! Dah macam puisi jalanan pulak ayat ah kak. He3...

~ Mastermind untuk pengurusan sisa pepejal.

~ Mastermind sistem pengairan & saliran.

Memasing ada 'kawasan jajahan'. Yang penting, jangan mengelat. Peace, yo!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, April 1, 2016

EKSA DATANG LAGI...

Hari membersihkan opis...

Jangan malas, jangan bosan! Sebab hasilnya adalah untuk kepentingan bersama. Opis bersih, penjawat awam hebat! Ecewah! Slogan tak hagak2! Ha3...

~ Ada yang buang sampah...

~ Ada yang sapu & mop lantai...

~ Yang siram pokok munge... Comel betul dia nih! Ahaks...

~ Yang lap cermin partition...

~ & ada jugak yang gigih berselfie. Owh... gasaklah!

Moral of the story: EKSA datang lagi... Peace! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, March 26, 2016

'HANG2'

EKSA diteruskan lagi... Ewah, skema sangat ayat tu, baq hang! Ha3...

Konsep jadual tugas adalah rotation. Kalau minggu lepas ko dapat kerja menyapu2 parking tengah panas membahang sampai peluh menitik... tik3... minggu ni ko akan dapat kerja #WatLekWatPeace seperti lap2 cermin partition dengan ber-air-cond bagai... nyamannn...

Cenggitu...

~ 'Hang Mop'. Selipar dia memang sebelah oren, sebelah hitam. Pesen. Stylo katanya... Sila jangan pertikaikan. ;P

~ 'Hang Kebun'

~ 'Hang Cuci'

~ 'Hang Sapu'

~ 'Hang Encik Boss'. Eh! He3... Bosss...... #TanganDiDahi ;D

Semua 'Hang2' dijamu dengan jamuan ringan... Alhamdulillah...

Anggaplah ia sebagai hadiah setelah penat bekerja mebersihkan opis & jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha gigih pada minggu2 seterusnya. #KiPiDap #DonGiBap He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 22, 2016

KITA MENANG SAMA2, KITA KALAH SAMA2..??!

EKSA yang ke-5 untuk tahun ni...

Pejam celik, pejam celik... dah 5. Hmmm... makin bersinar2lah opis. Ecewah..! He3...

EKSA kali ni very simple. Seragam alas meja. Maksudnya, beli alas meja plain, warna korporat, pasang di setiap meja.

~ Kami pilih alas meja kaler merah sebab nak seragamkan dengan alas meja meeting room yang dah sedia ada kaler merah.

Konsep dia teamwork. Kita menang sama2, kita kalah sama2. Eh, silap! Tu 'Ola Bola' lah, woi..! Ha3...

Cenggini... kita ukur sama2, gunting sama2, pasang sama2, semuanya sama2. Haaa... baru betul..! He3...

~ Bilik Encik Boss.

Nampak merah opis kita, you ols..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, March 17, 2016

EKSA 2

Ekosistem Kondusif Sektor Awam a.k.a EKSA...

Orang gomen pasti familiar! Kompom! Kalau tak pernah dengor, pergi start kursus induksi baliklah. Hu3...

Of course opis aku terjebak jugak dengan EKSA. Actually, dulu2 kita panggil ia as Amalan 5S. Encik Boss putuskan yang setiap hari Jumaat (petang), buat gotong-royong untuk 5S. Sekarang, bila dah jadik EKSA, gotong-royong tu masih dikekalkan. 

~ Ini EKSA ke-2 untuk tahun ni. Gigih Hazrie mencuci longkang. Baguih!

~ Encik Fadzil main tebang2 pokok. Awas, dengan Encik Kerengga, ye! He3...

~ Encik Selvam ditugaskan menyapu porch & parkir. #KiPiDap #DonGiBBap ;D

~ 'Ah kak Ninja' on set! Ha3...

~ EKSA ke... selfie ke...?! Cer teka... Cer teka... ;P

Alhamdulillah... so far, semuanya berjalan lancar. Walaupun penat tapi, berbaloi jugak la... Bersih opis. 

Untung dapat opismate rajin2 ni, sebenarnya... Eceh! #JanganCakapAhKakTakPayung

Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google