SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, November 23, 2014

ROMBONGAN GENG SURAU KE WAD

Bukan 'Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya' tau..! Lain sangat tu... Jauh menyimpang! ;P

Aku kerja macam biasa hari tu. Tengaharinya, My 'Jebat' bawak Abah & My MIL ziarah Mak. Terima kasih, parents mertuaku... ;)

Belah petang, aku & My 'Jebat' lawat Mak macam biasa. Tapi, terkejut sikit sebab Mak dapat pelawat yang ramai! Dinamakan sebagai 'Rombongan Geng Surau Ke Wad', Heh3...

Geng surau Mak sangat2 supportive. Diorang happykan Mak... buat Mak ceria. Paling suka buat kelakor adalah Acik Ayoi. Ada je isu yang dia timbulkan & buat kengkawan ketawa. Tukang havoc kekdahnya... He3...

Kak Ja pun datang ziarah 'Mak angkat' dia jugak. Terima kasihlah atas kunjungan... ;)

Aku temankan Mak kat wad malam tu. Dapatlah risik2 condition Mak daripada doktor & nurse. HB Mak dah ok. BP dah semakin stable, 112/62. Glucose pulak 5.7 which is ok. 

~ Ajak Mak selfie. He3...

Sempat la borak2 dengan Mak sebelum Mak lelap. Pukul 11.30 malam, nurse kejutkan Mak untuk makan ubat. Ubat tu ala2 pil tido. Nak kasik Mak mengantuk, tido & rest secukupnya. Awal2 doktor dah bagitau pasal ubat ni. So, takdelah terkejut ke... neves ke... apa ke kan...

~ Sempat bagi senyuman paling sweet sebelum tido. Ecewah! ;)
Susah sikit aku nak tido malam tu. Perasaan bercampur-baur. Ntah! Tak tau la nak kata macam mana..?! Yang pasti, aku selalu  harapkan yang terbaik untuk Mak. 

Semoga semuanya dipermudahkan... Aminnn... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

zarulfarhana said...

semoga makcik cepat sembuh ya..

ArELeEz said...

zarulfarhana,
aminn.. tqvm..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

memang sweet mak cik sari ni :) ..walaupun kurang sihat sempat senyum lagi buat anakanda terchenta ...cepat sembuh ye mak cik :)

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
kompom sweet! ha3..

tq 4 the wish.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google