SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, October 24, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #12: AYAM BERKOKOK DI SABAH???

~ Cer carik 'Ayam berkokok di Sabah'... ;P

Jumpa tak? Hiks...


:: Like3, ek! ::



BUSY VS SIBUK

BUSY!!!

Atau dalam bahasa ibundanya samadengan SIBUK!!!

Sampai blog pun terabai. Semak dah! Penuh sawang! Nak kena buat something nih. Vacuum ke... mop ke... apa2 je lah. 

Nak 'qada' blogging masa weekend pun susah. Sebab weekend pun SIBUK memanjang. Atau dalam bahasa saintifiknya samadengan BUSY memanjang. Every weekend ada program. Paling banyak program convo la. 

Jangan salah paham! Bukan aku yang convo tapi, adik2 ipar yang convo. Congrats pada diorang. ;)

Masa perlu dicarik! Harus! 

Sekian...


:: Like3, ek! ::





Monday, October 15, 2012

TELUR MASAK KICAP MUARA HATI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah projek masak2-memasak nih. Masak untuk lunch masa balik rumah time lunch hour. Dah penat & jemu makan lauk kedai. Masak mende simple je... telur masak kicap dengan sawi fishcake.

Bahan2:-

4 biji telur ayam
1 sudu kicap manis
4-5 sudu besar kicap masin
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air masak
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Buat telur mata kerbau. Angkat & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan kicap manis, kicap masin & sedikit air.
4) Masukkan serbuk lada hitam & asam keping. Masak seketika, angkat & tuangkan di atas telur mata kerbau tadi. Hiaskan dengan daun bawang, daun sup & hirisan bawang.

~ Telur Masak Kicap Muara Hati. ;P

~ Sawi fishcake ni aci campak2 je. Janji ada rasa & boleh ditelan. He3...

Makanan simple macam ni mana ada kat kedai kan... So, kalau dah boring sangat ngadap lauk kedai, boleh la try masak lauk2 simple ni sendiri kat rumah. Tak amik masa lama mana pun... Sap2 soi je, weh! ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, October 10, 2012

AISKRIM TAK FREE

Anak2 sedara aku memang hantu aiskrim! Errr... aku rasa semua bebudak pun sama kot... termasuk la mak2 & bapak2 budak. He3...

Macam anak2 sedara aku, diorang jenis tak kesah aiskrim apa pun. Yang penting nama pangkalnya adalah 'AISKRIM'. Memang diorang tak tolak. Laju je nak... 

~ Bagus betul diorang posing kan? Hiks...

~ Kak Yong semakin poyos! Ha3...

~ Kak Ngah pun... Gigi Spongebob tetap kiut! Ha3...

Diorang makan aiskrim ni masa attend kenduri kahwin anak kawan Mak. Biasa la kan... di mana ada kenduri, di situ ada aiskrim. Kadang2 tuan rumah dah siap2 bayorkan untuk bertong2 aiskrim. Tetamu tinggal beratur & amik je. Barisan memang panjang la kan... Free kata ko! ;P

Plus, mende free memang sentiasa jadik rebutan kan? Hmmm...

Errr... harap mahap kalau tajuk entry takde kaitan sangat. Penulis tengah mengalami ketakseimbangan pemikiran nih. Ha3...


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #11: BREAKFAST KE MENTEKEDARAH?

~ Sila baca tajuk entry. Harap anda semua paham maksud tersirat sebab wordless, bebeh! Wordless!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::

Tuesday, October 9, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE BERTAUHU ADAM & HAWA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Belum ada rezeki nak jejak bumi Singapore, dapat masak menu ala2 Singapore pun jadiklah... Betul tak, you ols? ;P

Bahan2:-

1 peket bihun (Direndam dengan sedikit air panas + air biasa, dicuci bersih & ditoskan.)
3 keping tauhu
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
2 keping fishcake (dihiris)
1 mangkuk kecil udang kertas (disiang & dicuci bersih)
1 sudu sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan2 Kisar:-

1 tangkai cili merah
5-7 biji cili padi
1 biji bawang besar
5-7 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan serbuk kunyit & sedikit garam. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat & toskan. Potong tauhu kepada 6 bahagian untuk setiap keping.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Masukkan sos tiram, kicap manis, garam & sedikit gula.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan udang kertas. Sebatikan.
6) Masukkan sawi & fishcake.
7) Masukkan bihun. Kacau rata. Masak seketika, angkat, hidang & taburkan daun bawang, daun sup + tauhu.

~ Bihun Goreng Singapore Bertauhu Adam & Hawa. ;P

Adam (Aaron Ajis) kan orang Singapore... Eh, tetiba!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, October 6, 2012

TENAT...

Kisah beberapa minggu lepas...

My MIL call, bagitau yang Tok Cu Anoor my 'sayang' masuk wad. Petang tu jugak kami pergi ziarah. Kebetulan, mak ada kat rumah aku. So, bawak mak sekalilah.

Tok Cu Anoor ni adalah adik nenek my 'sayang' (belah mak). Harap korang paham salasilah nih. ;P

Masa kami ziarah tuh, Tok Su just kat wad biasa. Tapi, berselirat jugak la dengan wayar2. Makan pun dah tak lalu. Kami cuma mampu berdoa moga2 Tok Cu Anoor cepat sembuh.

Tapi, takdir Tuhan tak siapa boleh halang kan... Kun faya kun... Selang sehari, my MIL call lagik, bagitau yang Tok Cu Anoor tenat. Laju2 kami ke hospital. 

~ Doktor tengah masukkan tiub untuk mudahkan Tok Cu Anoor bernapas sebab sebelum tu Tok Cu Anoor sesak napas. Kami semua tunggu kat luar bilik je.

~ Prosedur ni perlukan persetujuan & tandatangan daripada waris. Sebab doktor  kata, ada 2 kemungkinan, sama ada prosedur tu akan normalkan pernafasan Tok Cu Anoor balik atau menghentikan terus pernafasannya kalau sistem dia  tak boleh adapt.


~ Susah nak buat keputusan... Tapi, demi nak selamatkan nyawa Tok Cu Anoor, wife & anak2 setuju dengan prosedur tiub tuh. 

Lepas prosedur tu selesai, doktor bagitau yang Tok Cu Anoor terpaksa dimasukkan ke ICU. Dugaan sekali lagik buat wife & anak2nya...


Sebenornya, Tok Cu Anoor kena bisul. Bisul yang takde mata tuh. Dah besor sangat! & dah lama bisul tu takmo pecah2. Tok Cu Anoor ni pulak memang sangat3 takut nak ke hospital. Even masa masuk wad tu pun kena tarbiah dengan doktor sebab rekod kesihatan dia takde langsung. 

Doktor kata, bisul tu dah jadik kanser. Kuman kanser tu dah merebak ke seluruh badan & attack organ2 penting macam jantung & buah pinggang. 


Pukul 3 pagi, Acik Ajis call my 'sayang' bagitau yang Tok Cu Anoor dah meninggal dunia. Innalilla hiwainna ilai hiro jiu'n...

Dari tanah kita datang, kepada tanah jugak kita dikembalikan... 

Al fatihah untuk Allahyarham Mohd Noor bin Awang... 


:: Like3, ek! ::



Thursday, October 4, 2012

PRE-HONEYMOON SEHELAI SEPINGGANG

Pre-honeymoon sempena birthday. Owh... best betul kalau dapat berjalan2 (read: berhoneymoon) dengan kekasih hati!Terus nak feeling2 berguling2 kat pergunungan bersalji sambil nyanyi lagu 'Humko hamise churalo...'

Ececehhh..!!! Overbahkalaukau! Ha3...

Pre-honeymoon ni kira macam birthday gift daripada my 'sayang' untuk isteri terchentalah kan... Owh... kerana dirimu begitu berharga..! (Iklan Maybelline menyelit kejap... sambil kedip2 mata. He3...) 

~ Sebelum berpre-honeymoon, birthday girl dibelanja makan kat KFC dulu. Comel je sambil makan fries sambil senyum sweet2 macam tu kan? Ahaks3... (Matikla... puji diri sendirik comel! Hiks...)

~ Aku lapor nasik & dalam masa yang sama aku lapor KFC jugak. So, aku oder meal yang ada nasik tuh. 

Perut dah kenyang, baru la best nak jalan2. Sebenornya, pre-honeymoon ni tak dirancang pun. Memula, just nak ke Lumut & Teluk Batik, jalan2 + tengok2 laut sambil berchenta... eh, nak jugakkk... ha3... lepas tu, baliklah. 

Kami gerak pun dah petang, dalam pukul 4.30 petang macam tu. Nak patah2 balik terasa penat pulak. My 'sayang' kata, why don't kita check-in kat memana. Tapi, walk in je la... takde booking2 bagai... Aci redah je. Untung nasib & rezeki, ada la bilik kosong. Kalau takde, terpaksa la balik jugak.

Singgah semayang Asar kat masjid Lumut dulu, baru carik hotel. Hotel pertama yang kami terjah adalah GM Holiday Hotel, Lumut. Tapi, kuchiwa sebab bilik dah fully-booked. Sentap ah kak! Uhuks3...

Takpe2... kita try Valley View Hotel pulak. Alaaa... kat sebelah GM Holiday Hotel tu je pun... Fuh! Nasib baik ada lagik bilik kosong. Hotel bajet je, you ols... Standard room = 60 hengget. Not bad la... Katil king size, bilik air pun bersih, tv, air-cond, almari sume ada kecuali fridge. Bolehlah!

~ Lepas Maghrib, kami jalan2 carik makan ke Teluk Batik. Actually, belum sampai Teluk Batik pun. Kat area Marina Cove Resort. Masuk kanan, masuk dalam2 sikit lepas tu nampak banyak kereta parking. Hah! Di situ la kami makan ikan bakar & seafood. 

Harap korang tak confuse dengan direction yang ah kak kasik tuh. Ha3...

~ Main ba2 cak di malam hari... Comel kot..! Ahaks3...

~ Crowded jugak. Masa pilih2 ikan ngan seafood untuk dimasak, tukang masak siap bagitau, menu2 yang diorder akan sampai dalam masa 1 jam. Perrrggghhh!!! Achaner tuh? Redah je la... sebab dah malas nak carik tempat lain. Plus, view sini best, betul2 kat tepi laut. Siap boleh dengor deruan ombak lagik! 

~ Tak clear kan? Hmmm... pakai handfon cap ayam je... Uhuks3... Meh ah kak explain apa menu2 yang kami santap malam tuh. Ada nasik putih, ikan bakar (kerapu ke siakap ntah... tak kenal!), sotong masak pedas, udang masak kicap, sotong goreng tepung & apa ntah lagik... lupa la... Hu3...

Total makan dengan menu2 tu samadengan 80 hengget kalau tak silap aku. Sotong goreng tepung terpaksa ditapau sebab santak perut nak menghabiskannya. 

~ Esoknya dah nak check-out.

~ Babai Valley View...

~ Perasan tak baju pergi & balik kami adalah sama? ;P

~ Cer tengok balik baju masa makan KFC tuh, tak ke sama dengan baju dalam gambar nih? Sebab kami berpre-honeymoon sehelai sepinggang! Ingat nak shopping baju sehelai 2 kat Lumut tapi, tak sempat, noks! Sempat grab 'baju kecik & seluar kecik' je. Ha3...

Tapi, jangan risau... kami tetap wangi & comel walaupun pakai baju semalam. Sebab kami pakai Comfort Ultra sebagai fabric softener. Ecewah... tetiba..! Ha3...

~ Ikan masin pun nak buat tanning kulit. He3...

~ Part paling tak best adalah bila public holiday pun kena pakai kupon parking. Isk3... mencik!

~ Gigih menyaman... Sedeh!

~ Tujuan ke Lumut semula adalah nak pekena cendol ngan laksa kat 1 stall tuh. Not bad la cendolnya... Lagik terbaekkk... dari Mr. Cendol! Tettt...!!! ;P

~ Laksa pun not bad la...

~ Lepas tu, lepak2 kejap kat Lumut Waterfront. 

~ Ni TLDM kalau tak silap aku.

~ Feri ke Pangkor Island.

On the way balik, sempat menyinggah makan lagik. Tekak ni terasa nak makan masakan kampung. So, kami redah je gerai yang ada kat tepi jalan tuh. Pukul 3.30 petang sampai rumah. 

Fuh! Penat tapi, best! 


:: Like3, ek! ::



Wednesday, October 3, 2012

MEE GORENG SINGAPORE UNTUK DIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom masak! ;) (Sebenornya, dah tak tau nak kasi mukadimah apa..! He3...)

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih, dicelur & ditoskan)
2 keping fishcake (dihiris)
2 biji telur ayam
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 mangkuk kecil isi ayam 
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 pokok sawi (dipotong)
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

5-7 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5-7 biji cili padi
1 tangkai cili merah

Cara2 Penyediaan:-

1) Bancuh telur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng bancuhan hingga menjadi telur dadar. Angkat & biarkan sejuk seketika. Gunting telur dadar secara memanjang. 
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Masukkan kicap manis, garam, sos tiram, gula & sedikit air masak. 
4) Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga ayam kecut.
5) Masukkan sawi & fishcake.
6) Masukkan mee. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & hidangkan dengan taburan daun bawang, daun sup & telur dadar yang telah digunting tadi.

~ Mee Goreng Singapore Untuk Dia. ;P

Orang kata, kalau kita memasak, kita tak lalu nak makan apa yang kita masak. 

Tapi................... aku lalu je! Achaner tuh..? He3...


:: Like3, ek! ::



SUARA HUSKY YANG MENGGODA! AWWSSS!!!

Alhamdulillah...

Batuk my 'sayang' dah ok sikit. Dah kurang la... Demam pun dah kurang jugak. Tinggal dok 'hatchummm2...' je lagik. 

Takpe. Makan ubat secara konsisten mungkin akan dapat mengatasinya. Think positif! Chaiyok2! ;D

Tapi, suara my 'sayang' dah jadik husky2 lah! Menggoda betul! 

Awwsss3..!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



RAKAN WARGA EMAS

Bukan nak mengomel sesuka hati. Tapi, sekadar nak luahkan perasaan sebagai pelanggan & masyarakat prihatin.

Kat Teluk Intan ni, ada 1 je hospital kerajaan & a few klinik kesihatan kerajaan. Hospital swasta pulak still under construction. Tak tau la bila tarikh dijangka siap. So, penduduk setempat memang bergantung harap kat hospital kerajaan nan 1 tu la kan... 

Bukan setakat penduduk sekitar Teluk Intan je. Tapi, ada jugak yang datang dari Bidor, Kampar, Seberang Perak nun... Kalau naik kereta macam ok sikit la kan... Kesian bila tau ada yang datang naik bas semata2 nak dapatkan rawatan / attend appointment. 

Mostly adalah warga emas. Harap maklum.

~ Bila dah ramai sangat bertumpu kat Hospital Teluk Intan makanya, ruang menunggu pun jadik crowded macam nih. Tempat yang aku snap ni adalah kat tempat cuci luka, amik darah & E.C.G.  

Kerusi yang ada tak cukup nak menampung patient yang ramai. Banyak warga emas yang terpaksa berdiri termasuk Mak. Eh, Mak belum cukup syarat nak jadik warga emas lagik sebab umur Mak baru 53 tahun! Tapi, still kategori veteran & tak larat kot nak berdiri lama2. Kesian Mak...

Almost sejam menunggu, baru Mak dapat tempat duduk. Alhamdulillah...

~ Aku bawak mak ke hospital sebab mak ada appointment amik darah hari tuh. 

Aku rasa pihak hospital kena tambah jugak bilangan kerusilah. Kesian pokcik2 mokcik2 yang pakai tongkat menggigil2 lutut diorang nak kena berdiri berjam2 kat situ. Kalau ada tikar, dah lama aku bentangkan untuk diorang. Mohon la peruntukan untuk buat renovation sikit sebab space pun kecik. 

Lagik 1, aku rasa tak praktikal kot nurse2 yang tukang panggil nama patient sebab nak kasik nombor giliran tu aci jerit2 sampai nak terkeluar anak tekak. Sepatutnya kena pakai mic sebab yang jadik patient selalunya warga emas. Mereka2 ni pulak banyak yang dah tak jelas pendengaran. Kalau pakai mic kan senang. Nurse2 pun tak sakit tekak.

Aku bagi pendapat jujur je. Sebab hospital rakan suami & rakan bayi dah wujud. Apa kata kalau kita wujudkan pulak hospital rakan warga emas? Takde yang 'lama', takde yang 'baru' kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, October 2, 2012

KESIANLAH...

My 'sayang' diserang batuk. Siap pakej dengan flu sekali. Demam lite2. 

Kronik jugak batuknya. Malam tadi, batuk sampai terjaga lepas tu, telan ubat batuk. Kesian...

"Aaby, abang dok kat sofa kejap, ek? Nak tengok tv sampai mata betul2 mengantuk. Lepas tu, abang masuk bilik balik."

Dalam mamai2 tu, aku angguk je. Takpe la... bagi my 'sayang' selesakan diri dia dulu. Maybe bila dah betul2 mengantuk, baru dia boleh tido dengan aman.

Tetiba aku rasa macam ada seseorang landing kat sebelah. Aku bukak mata pelan2, owh... my 'sayang' rupanya. Dah selesa sikit kot. Aku urut2 belakang dia, bahu dia, leher & kepala. Massage manja2 dengan harapan my 'sayang' rasa comfy. Tapi, mata aku pejam la... Aci raba2 je. Ha3...

Alhamdulillah... lena sikit la my 'sayang' tido. 

Dah pergi klinik dah. Doktor kata batuk biasa & tekak merah sikit. Doktor bagi ubat batuk & a few ubat lagik. Harap2 badan dia bertindak balas dengan baik. Amin...

Semoga cepat sembuh, B... ;)


:: Like3, ek! ::



COOPMART SKOMK

Meh nak kasik teori a.k.a ilmu alam sikit pepagi nih. Sila baca dengan hati yang tulus suci siap feeling2 sekali tau! ;P 

"Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) adalah merupakan EPP yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui pembangunan kedai2 runcit tempatan jenis 'mom & pop', peningkatan tahap kompetitif peruncit & Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) tempatan serta penyediaan peruncit untuk pelaksanaan Goods & Services Tax (GST)."

Amekaw! Bahasa bisnes dah keluar! He3... 

Senang cerita, TUKAR dalam konteks SKM adalah COOPMART / kalau ditranslatekan ke bahasa ibunda akan jadik sebagai PASARAYA KOPERASI. 1 of koperasi di bawah penyeliaan opis aku terlibat dengan program TUKAR COOPMART nih. 

~ Launching jatuh pada hari Ahad. Nak tak nak, kena la paksarela turun kerja di hari minggu. Hu3...

~ Launching belah petang, dalam pukul 4.30 petang macam tu la... 


~ Ena datang dengan Hafiy, wakil SKM Manjung nih. ;)

Koperasi yang buat COOPMART ni adalah Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad. Walaupun event ni di Hilir Perak tapi, Big Boss bagi arahan untuk semua pegawai & kakitangan wilayah lain hantar wakil. Maka terpaksa la jugak diorang turun padang di hari minggu...

Sepatutnya Menteri KPDNKK, Y.B Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang buat launching. Tapi, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, ADUN Sungai Manik, Y.B Dato' Zainol Fadzi bin Paharudin yang gantikan. Takpe la... Asalkan semuanya berjalan lancar.

Memula macam nervous jugak sebab kerusi still banyak yang kosong. Tapi, lama2 makin ramai sampai penuh tempat duduk yang disediakan. Alhamdulillah...

Sekarang COOPMART tu dah beroperasi sepenuhnya. Macam2 ada..!!! ;D

Nak carik pun tak susah sebab lokasinya di tepi jalan utama macam alamat kat bawah nih:-

COOPMART Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad
No. 29 & 30, Persiaran Melor 1
Taman Melor 3
36000 Teluk Intan, Perak

Sudi2kan la singgah, ye..! ;D


:: Like3, ek! ::



Monday, October 1, 2012

MISI YANG MUNGKIN PUNAH

2 mangkuk maggi asam laksa untuk dinner malam ni. Jadiklah kan... Rezeki jugak tuh. Alhamdulillah...

My 'sayang' la request nak makan maggi. Sebagai isteri mithali lagik kiut habis, ah kak pun menunaikan la request my 'sayang' tuh. Ecewah! ;P

Memula, ingat nak masak sebungkus a.k.a semangkuk je. Nak diet la kengkononnya kan... Kang kalau terlapor, tumpang cedok my 'sayang' punya je lah. Tapi, masa masak tengok maggi tu mendidih ditambah pulak dengan telur sebutir... perrgghhh... menggoda betul! Terus laju2 masak lagik sebungkus. Diet samadengan haub! 

Owh... sadis! Hu3...

Susahnya nak disiplin dalam berdiet. Asik nak makan je kerjanya. Kalau siang, dekat opis, pukul 12 tengahari tu pun aku dah menggelupur nak carik nasik. Fail2 yang aku hadap tuh nampak seperti makanan je semua. Kritikal betul! Adeh3...

Kalau macam ni la kekdahnya, punah misi ah kak nak jadik macam Tiz Zaqyah tau! Awwsss!!! ;P


:: Like3, ek! ::



HUJAN RAHMAT MUNGKIN...

Join rombongan meminang lagik... ;)

Rasa macam ramai pulak yang amik step awal dalam usaha nak mendirikan masjid di tahun 2012 nih. Hmmm... musim kot... He3...

Tahun ni bertunang ramai2. Tahun depan kang naik pelamin ramai2. Insyaallah... Amin... ;)

~ Hujan renyai2 hari tuh. Malas nak bukak payung, redah je la masa nak masuk kereta. Walaupun tudung kena hujan tapi, ah kak tetap kiut di mata korang kan? Kan3..??? Ahaks3...

Eh, lupa nak bagitau! Yang bertunang ni adalah sedara belah Mak jugak. Tapi, seperti biasa, ah kak memang tak reti nak explain macam mana susur-galur salasilah keluarga tuh. Hu3...

Aku & my 'sayang' amik mak ngan nenek dulu. Then, baru gerak ke rumah sedara tuh untuk berkumpul sebelum ke rumah pihak pompuan.

~ My 'sayang' senyum2 je sepanjang jalan sebab tak tahan dengor nenek melatah bila my 'sayang' terlanggar lopak air. He3...

~ Nenek still melatah. Nenek memang macam ni... kalau dah start melatah memang susah betul nak kembali normal. Kadang2 kita tak usik pun. Tapi, take time nak stop sendirik. He3...

~ Jelita kan Mak aku? Persis anak bongsunya! Ecewah! Ha3...

Kalau Kakak ngan Abang baca, mau muntoh ijo diorang! ;P

~ Hah, ni la anak bongsu Mak yang jelita persis Mak tuh! Ahaks3... 

Kat rumah sedara tuh, kami dijamu dengan kek, teh O & kopi panas + bihun goreng. Aku cedok bihun goreng. Masa makan, mata ni dah kuyu sangat2! Ye la kan... cuaca hujan2 + sejuk2. Rasa macam nak mintak bantal ngan selimut je dengan tuan rumah. Ha3...

~ Sekejapan je dah sampai kat rumah pihak pompuan. Tak jauh mana pun... Kat Kampung Pisang dekat dengan Taman Karentina tu je... Amik gambar dulu kat tangga surau. He3...

~ Dari surau, kena jalan kaki masuk dalam sikit sebab kalau naik kereta kang takut takde parking. Still hujan... So, macam2 payung keluar. Colourful!

Hujan rahmat katanya kan... ;)

~ Tengah buat discussion. Kita serahkan je kepada yang otai. ;P

~ Sarung cincin pulak. 

~ Mak sempat amik gambar dengan si tunang pompuan. Aku tak sempat sebab sibuk amik gambar & makan. Tang amik gambar tu macam takde apa sangat la kan... Tapi, tang makan non-stop di rumah orang adalah seperti... 'Oit! Kat rumah orang pun ko nak tunjuk skill makan ko yang hebak tu kah?' Ha3...

~ Quite klasik hantaran2nya...

~ Gambar loving couple... Ko ado..??! Ha3...

~ Bakal mak mertua bergambar dengan bakal menantu. Bakal mak mertua tu muda lagik tau! 

~ Hantaran jugak...

Menu kendurinya best! Ada nasik putih, ikan goreng, sambal belacan, pajeri nanas, sambal tumis ikan masin, ulam2-an, kuih-muih & tembikai. Hujan still renyai2... Pergghhh..!!! Terbaekkk... betul menikmati makanan sebegitu! 

Rasa macam nak mintak tapau pulak. Eh, overbahkalaukau! Ha3...

Hokay2. Tak jadik mintak tapau. Sila jaga air muka sikit, ye! ;P

Tak balik rumah terus pun... Singgah rumah abang, melepak sampai petang2 sikit. Abang jamu kuih-muih. Makan lagik la aku kan... Hadoi! Kalau beginilah caranya, Doraemon pun ngeri nak jumpa aku tau! Uhuks3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google