SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, October 3, 2012

MEE GORENG SINGAPORE UNTUK DIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom masak! ;) (Sebenornya, dah tak tau nak kasi mukadimah apa..! He3...)

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih, dicelur & ditoskan)
2 keping fishcake (dihiris)
2 biji telur ayam
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 mangkuk kecil isi ayam 
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 pokok sawi (dipotong)
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

5-7 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5-7 biji cili padi
1 tangkai cili merah

Cara2 Penyediaan:-

1) Bancuh telur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng bancuhan hingga menjadi telur dadar. Angkat & biarkan sejuk seketika. Gunting telur dadar secara memanjang. 
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Masukkan kicap manis, garam, sos tiram, gula & sedikit air masak. 
4) Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga ayam kecut.
5) Masukkan sawi & fishcake.
6) Masukkan mee. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & hidangkan dengan taburan daun bawang, daun sup & telur dadar yang telah digunting tadi.

~ Mee Goreng Singapore Untuk Dia. ;P

Orang kata, kalau kita memasak, kita tak lalu nak makan apa yang kita masak. 

Tapi................... aku lalu je! Achaner tuh..? He3...


:: Like3, ek! ::



10 comments:

Maiyah said...

same le.. lalu jek hehe

Asrul "iLham" Sany said...

wahhhhh, masak untuk kesayangan :D

NUR said...

Boleh try ni..
Nur kalau masak lg byk mknnye

My Little Diary said...

tak pernah makan mee goreng singapore
:)

ArELeEz said...

Maiyah,
tu la psl! siap tambah2 lagik kot..! ha3..

ArELeEz said...

Asrul "iLham" Sany,
harusssssss...!! heh3..

ArELeEz said...

NUR,
sila la try! insyaallah.. sodap! ;)

wah! lagik b'pinggan2, ek? he3..

ArELeEz said...

My Little Diary,
xtually, inspirasinye dr bihun goreng singapore. leez tukar kpd mee. resepi pun lebih kurang je.. ;)

~ain said...

kalau selalu sangat makan makanan masakan sendiri mmg rasa tak lalu.. sesekali nak makan kat luar atau nak makan masakan org lain jugak.. tekak mengada kata org.. hahaha

ArELeEz said...

~ain,
oo.. camtu ye.. hmm.. len org, len pesen kot.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google