SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, October 15, 2012

TELUR MASAK KICAP MUARA HATI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah projek masak2-memasak nih. Masak untuk lunch masa balik rumah time lunch hour. Dah penat & jemu makan lauk kedai. Masak mende simple je... telur masak kicap dengan sawi fishcake.

Bahan2:-

4 biji telur ayam
1 sudu kicap manis
4-5 sudu besar kicap masin
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air masak
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Buat telur mata kerbau. Angkat & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan kicap manis, kicap masin & sedikit air.
4) Masukkan serbuk lada hitam & asam keping. Masak seketika, angkat & tuangkan di atas telur mata kerbau tadi. Hiaskan dengan daun bawang, daun sup & hirisan bawang.

~ Telur Masak Kicap Muara Hati. ;P

~ Sawi fishcake ni aci campak2 je. Janji ada rasa & boleh ditelan. He3...

Makanan simple macam ni mana ada kat kedai kan... So, kalau dah boring sangat ngadap lauk kedai, boleh la try masak lauk2 simple ni sendiri kat rumah. Tak amik masa lama mana pun... Sap2 soi je, weh! ;)


:: Like3, ek! ::



3 comments:

Kesuma Angsana said...

simple but sedap ni tq share ye

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
mmg simple sgt2! cubalah! ;)

u're welcome!

faraherda.razalan said...

Arghh! Sedapnya lauk telur tu. Ni yg nak ketuk2 kuali gak mlm ni kang.

Sdg kecur liur.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google