SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, October 6, 2012

TENAT...

Kisah beberapa minggu lepas...

My MIL call, bagitau yang Tok Cu Anoor my 'sayang' masuk wad. Petang tu jugak kami pergi ziarah. Kebetulan, mak ada kat rumah aku. So, bawak mak sekalilah.

Tok Cu Anoor ni adalah adik nenek my 'sayang' (belah mak). Harap korang paham salasilah nih. ;P

Masa kami ziarah tuh, Tok Su just kat wad biasa. Tapi, berselirat jugak la dengan wayar2. Makan pun dah tak lalu. Kami cuma mampu berdoa moga2 Tok Cu Anoor cepat sembuh.

Tapi, takdir Tuhan tak siapa boleh halang kan... Kun faya kun... Selang sehari, my MIL call lagik, bagitau yang Tok Cu Anoor tenat. Laju2 kami ke hospital. 

~ Doktor tengah masukkan tiub untuk mudahkan Tok Cu Anoor bernapas sebab sebelum tu Tok Cu Anoor sesak napas. Kami semua tunggu kat luar bilik je.

~ Prosedur ni perlukan persetujuan & tandatangan daripada waris. Sebab doktor  kata, ada 2 kemungkinan, sama ada prosedur tu akan normalkan pernafasan Tok Cu Anoor balik atau menghentikan terus pernafasannya kalau sistem dia  tak boleh adapt.


~ Susah nak buat keputusan... Tapi, demi nak selamatkan nyawa Tok Cu Anoor, wife & anak2 setuju dengan prosedur tiub tuh. 

Lepas prosedur tu selesai, doktor bagitau yang Tok Cu Anoor terpaksa dimasukkan ke ICU. Dugaan sekali lagik buat wife & anak2nya...


Sebenornya, Tok Cu Anoor kena bisul. Bisul yang takde mata tuh. Dah besor sangat! & dah lama bisul tu takmo pecah2. Tok Cu Anoor ni pulak memang sangat3 takut nak ke hospital. Even masa masuk wad tu pun kena tarbiah dengan doktor sebab rekod kesihatan dia takde langsung. 

Doktor kata, bisul tu dah jadik kanser. Kuman kanser tu dah merebak ke seluruh badan & attack organ2 penting macam jantung & buah pinggang. 


Pukul 3 pagi, Acik Ajis call my 'sayang' bagitau yang Tok Cu Anoor dah meninggal dunia. Innalilla hiwainna ilai hiro jiu'n...

Dari tanah kita datang, kepada tanah jugak kita dikembalikan... 

Al fatihah untuk Allahyarham Mohd Noor bin Awang... 


:: Like3, ek! ::



2 comments:

~ain said...

Semoga Arwah Tok Cu dirahmati Allah..

ArELeEz said...

~ain,
insyaallah.. amin..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google