SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SABAH. Show all posts
Showing posts with label SABAH. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

REZEKI DALAM SEHARI...

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik!

Bukan aku kata tapi, orang yang kata... ;P Plus, siapa yang suka carik musuh kan... 

Ada 1 ari tu, rezeki aku murah sangat..! Dalam 1 hari dapat macam2. Rasa dihargai sangat..! ;)

~ Memula dapat fridge magnet (FM) Langkawi merangkap pembukak tutup botol.

~ Coklat dari Langkawi pun dapat jugak.


~ T-shirt 'I Love Langkawi'.

FM, coklat ngan t-shirt tu ole2 dari Abang & Kak Aneem. Kak Aneem kursus kat Langkawi. Dia angkut Abang & anak2 sekali. Berkursus sambil bercuti kekdahnya...

~ Butang baju Melayu dari Sabah. Encik Boss kasik. Walaupun aku tak pakai tapi, aku boleh je pass ole2 tu kat my 'sayang' kan...

~ Baru berkira2 nak try pure marine collagen, tup2... Encik Amir bermurah hati kasik aku & yang lain2 sorang seplastik rumpai laut nih. Aku pass kat Mak, mintak Mak masak jadikkan dadih / apa2 je la yang boleh dimakan sebab aku tak reti nak masak rumpai laut.

Encik Boss ngan Encik Amir terbang ke Sabah, ada Bengkel Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Sepatutnya, aku ngan Kak Ja yang join bengkel tuh. Tapi, tetibe bengkel tu ditangguhkan ke tarikh yang aku rasa takut clash dengan tarikh appointment jumpa doktor. So, aku mintak direplacelah. 

Takde rezeki nak berbengkel di Sabah... Tapi, ada rezeki dapat ole2 dari Sabah! He3...

~ Last sekali dapat buah dokong. Orang koperasi bagi.

Semua di atas dapat dalam 1 hari tau! Tu yang excited nak share tuh! He3...

Alhamdulillah... Terima kasih daun keladi, ye! ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, October 24, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #12: AYAM BERKOKOK DI SABAH???

~ Cer carik 'Ayam berkokok di Sabah'... ;P

Jumpa tak? Hiks...


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 14, 2011

TUPAI2... BUKAN TUPAI MAHUPUN SQUIRREL, HOKAY!

Tak sabor nak makan sebab perut memang super lapor tahap gaban! Ye la... flight pukul 1 p.m. Menunggu my 'sayang' ngan Memem amik kereta kat LCCT lagik... Then, baru ke Tupai2. Lunch memang ke lautlah hari tuh. Sentap perut ah kak tau! Tsk3...

~ Dah la sesat-barat jugak nak menjejaki Tupai2 nih! Masuk jalan salah... patah balik... u-turn bagai... Humangaih! Sadis!

~ Nasib baik my 'sayang' terror! Ecewah! Tetibe jer puji kan... Ha3... Sampai jugaklah akhirnya ke Tupai2. Makanan memang dah siap atas meja. Tinggal nak ngap jer. Dah telan2 air liur dah nih! Ha3...

~ 1st time nih makan kat Tupai2. Santek la deco2 dia. Siap ada macam tirai2 berjuntai2 tuh. Macam istana lama plak kan... ;P

~ Selamat menjamu selera..! ;)

~ Ada nasik putih, ikan masak kicap cili padi, tom yam campur, lala buluh tumis, telur dadar & kacang panjang tumis. Aku tak tau nama betul dia. Nama makanan tu aku aci sker2 bagi mengikut rasa makanan. Harap maklum. ;P

~ Lepas makan, borak2 kejap then cha-alip-bot lah! Bye2 Tupai2... Ngeh3...

Alhamdulillah... kenyang sudah, bah..! Ecewah! Tak abis2 dengan loghat Sabah! Gediks plak aku mendengornya. Ha3...

Terima kasih daun keladi kepada Abang Poi & Kak Ti sebab sudi belanja kami yang kebuluran nih. Jasamu dikenang... ;P

Sampai rumah Awa lebih kureng dalam pukul 8 p.m. Sempat la layan Final Maharaja Lawak versi record Astro Beyond. Nak 'balas dendam' sebab masa live tak tengok, dok berhulla hup di Sabah, bah... ;P

Pukul 9.30 p.m berdesuplah kami pulang ke kampung halaman... Dengan ini, berakhirlah sudah kesah family vacation di Kota Kinabalu, Sabah... Insyaallah... kalau ada rejeki, lain tahun akan ada vacation lain plak... & aku pun menjajalah gambar2 vacation kat blogungukechentaan sampai korang muntah menengoknya... Ha3...


*Sekian...

Tuesday, July 12, 2011

MENGUSHA STEWARD & STEWARDESS DI KLIA

Tak abis2 nak feeling2 steward & stewardess, hokay! Sampai kat KLIA pun gigih dok mengusha2 steward & stewardess yang lalu-lalang. Haish! Tabiat baru ke apa kan... ;P

~ Hah! Yang nie steward paling macho di hatiku..! Ecewah! Ha3...

~ Kitorang sampai KLIA jam 3 p.m. Plus-minus la... Ada delay sket beberapa minit gitu..!

~ Nampak stewardess MAS lalu jer, terus snap! Mantap betul cutting diorang! Pakai kebaya, touch up-touch up, terus cun! Jeles ah kak tau! Hu3...

~ Menebeng duduk dolu sebab dah penat berjalan sambil mengusung beg. Yang si 'menantu' nie jer tak reti2 nak penat! Asiklah bercamwhore sesado!!! Hiks...

~ Hah! Stewardess Firefly lak. Nampak oren kata ko..! ;P

~ Kesian 'acik' nie... Dah la kiut, sesat-barat lak tuh! Help2... ;P Aku sker gambar nie..! Sebab aku rasa aku kiut betul dalam gambar nih! Ha3... Larikksss..!!!

~ Bye2 KLIA... See you again... Ecewah!

My 'sayang' ngan Memem terpaksa amik limo KLIA untuk ke LCCT sebab nak amik kereta. Kan masa pergi tu kitorang park kereta kat sana... Yang lain2 sume dok diam2 kat KLIA tuh, menunggu... Sesambil tu buleh la layan blues tengok ragam manusia kat situ. Best apa..?!

Limo tu kena charge 42 hengget. Hah! Amik ko! Tak jauh mana pun tapi, sekali ketuk, 42 hengget kena hulur. Hmmm...

Lama jugak menunggu my 'sayang' & Memem amik kitorang. Sampai mengantuk2 jugaklah aku di situ. Adeh3... 

Abang Poi roger2, suh singgah Tupai2 sebab ada makanan sudah terhidang di sana... Means, dia nak belanja makan la... Owh... heaven betul! Kecik tapak tangan, 1 Stadium Perak tuh teman tadahkan ye, yeop ye! Ahaks3...

Bila orang nak belanja makan, terus hati bermunge2. Hmmm... tabiat ke apa tu, ek? ;P


*To be continued...

FIREFLY DI HATIKU PLAK

Flight balik terpaksa dipecahkan kepada 2 trip sebab kehabisan ticket. 1st trip adalah pukul 1 p.m. Aku, my 'sayang', my MIL, abah, Abang Udit, Memem & Jijah naik 1st trip. 2nd trip adalah pukul 3.30 p.m. Yang nie untuk Awa, Roy, Qistina & Udda. A-im balik sorang2 ke Johor.

~ Balik naik Firefly.

~ Bye2 Sabah... We'll miss you..! Sob3...

~ 1/2 way, aku dah mentido. Terjaga sekejap bila air craft gegar2 sebab cuaca kureng baik.

~ Mendung... Nak hujan... Plus, dah hujan renyai2 sket dah pun. Siap ngan kilat2 sekali.

~ Lama jugak Firefly dok gegar2. My 'sayang' dah cuak sket. My MIL lak kumat-kamit baca segala jenis surah. Aku? Owh... aku cool jer... Ecewah! ;P

~ Ingatkan dah nak landing time sebab dah nampak rumah2 + bangunan2 tu kan... Rupa2nya jauh jugak lagik.

~ Sekali lagik, aku rasa nak geget2 awan yang memutih tuh! Owh... geram, noks! ;P

~ Nampak kan kemendungannya?


~ Hokay! Yang nie baru betul2 dah nak landing time... Plus, Encik Kapten (pilot) pun dah buat landing announcement.

~ Sepang... kot2 la... Aku aci hentam jer. Ha3...

~ Semakin hampir... Apa ke huduh sangat pemandangan yang aku snap nih?! Haish!

Alhamdulillah... selamat jugak kami landing kat KLIA, walaupun bergegar2 sebab cuaca buruk tuh. Cuma 1 jer terkilan! Tak dapat amik gambar stewardess tengah buat isyarat2 bagitau apa perlu dibuat semasa dalam air craft & semasa berlaku kecemasan. 

Alaaa... yang dia dok depan sambil tangan ke kiri, ke kanan... pusing2 ke belakang tu lah! Ghalit sangat dok tengok stewardess yang comel2 tuh dok buat isyarat2 comel tu kan... sampai tak tersnap! Hu3...

Balik rumah kan... aku terus buat macam stewardess tu kat depan cermin. Berangan jadik stewardess comel kata ko..! Ha3... Comel la sangat... Chait!


*Bersambung lagik...

PRAMUGARA & PRAMUGARI CELUP!

Kali nie, kitorang awal2 dah gerak menuju ke airport. Takmo dah kelam-kabut nak check-in bagai macam masa kat LCCT tuh. Pengajaran kata ko..!

~ Disebabkan sampai awal, makanya buleh la bergambar2 lagik sebelum check-in... ;)

~ Lihatlah... siapa yang paling over? Ha3...

~ & lagik..! Over betul 'mereka' itu kan? Ahaks3...

~ Steward celup terlampau! Ha3... Larikksss..!!!

~ Nampak macam my 'sayang' tengah cakap something sambil angkat2 tangan kat my MIL kan? Lepas tu, my MIL lak siap cam pandang2 my 'sayang' kan... Sebenornya, tidak sama sekali! Inilah yang dinamakan, camera trick! Ngeh3... Actually, my 'sayang' cakap ngan aku. Disebabkan suara my 'sayang' yang gegak-gempita tuh makanya, my MIL toleh my 'sayang'. Begitu...

~ 3 beg noks ahkak usung sekali harung! Gigih betul pompuan nie kan? ;P

~ Stewardess celup nak balik kampung... La3...

Amacam? Ada rupa steward & stewardess tak kitorang nih? Ahaks3... ;P


*To be continued...

Monday, July 11, 2011

NUR TAQIY HOMESTAY

Dah nak balik ke Semenanjung dah nih. Sedih pulak nak tinggalkan homestay... Sob3...

Orang lain sibuk2 menegmas bagasi lagik, aku & my 'sayang' sibuk2 amik gambar kenangan kat homestay dolu sebelum berangkat... He3...

~ Handsome tak? Buleh jadik steward tak? Ahaks3... Hokay! Nie kat hall merangkap ruang menonton. Ada tv plasma sejibik. Siap ngan Astro lagik! Menonton la ko sampai lebam di situ..! ;P

~ Hall jugak. Ada sofa L-shape yang lembut untuk ko berbaring2 sambil menonton. Yang dalam gambar tu adalah model sofa terlampau! Sila abaikan, ye you ols..! Ha3...

~ Dalam bilik, lengkap dengan meja solek, air-cond & closet yang besor..! Nak sumbat baju untuk sebulan pun buleh! ;P

~ Katil... Blanket ngan bantal sume ade.

~ Datang bawak 1 trolley bag & 1 backpack. Balik bawak 1 trolley bag, backpack dengan tambahan 1 lagik backpack & green bag. Hadoi!

~ Sofa sangat lembut. Sebab tu gediks nak melompat2! Ha3... Shhh..!!! Jangan bagitau owner, ye! ;P

~ Kat balcony. Ada 2 block. Kat tengah2 in between tu la ada swimmping pool + jakuzi yang best tuh!

~ Meja makan pun ado! Tapi, kami tak guna untuk makan. Guna untuk sidai towel. Ngeh3...

Sebelum buat 'keydrop' kat owner, meh la nak citer sket pasal homestay tu. Nama homestay tu adalah Nur Taqiy Homestay. Homestay nie bukan rumah sejibik2 seperti selalu. Tapi, berupa condo 25 tingkat. Kami berada di tingkat 9.

Kitorang sewa 2 unit condo. 1 condo 2 bilik & 1 lagik 3 bilik. Yang 2 bilik tu bilik besar2. Yang 3 bilik tu sederhana jer. Accomodations ngan facilities buleh dikatakan serba lengkap. Mesin basuh, dapur, peti sejuk, air-cond lagik, periuk belanga, sume ado! Wi-fi pun available. Rugi aku tak bawak lappy. Hu3...

Gym pun ado! Buleh guna dengan syarat ko ada kad akses la kan... Kakak yang kitorang deal tu pun best! Ingatkan orang Sabah. Rupa2nya Melayu Kelantan. Baik orangnya... 10 mintang untuk ah kak tuh! 

Eh! Room service pun ado tau! Kesimpulannya, Nur Taqiy Homestay memang terbaiklah..! Well... kalau ada yang berminat, buleh la usha2 kat sini. Tak pun, roger2 jer aku kat email areleez_dealova@yahoo.com or ko tanya2 jer kat facebook aku. Tiada charge tersembunyi dikenakan. Ikhlas jer... sebab puas hati! ;)

& tibalah masa nak melambai2kan tangan... say goodbye... Owh... masa nak salam ah kak homestay tu pun dah rasa macam, 'Kak... buleh tak kalau ah kak bagi jer condo tu seuinit kat saya? Ah kak ada lagik 1 unit. Musti buleh run bisnes lagik maaa...' 

Wah! Keji kata ko..! Ha3...


*Bersambung...

PASAR TAMU

Pejam celik, pejam celik, dah sampai hari last vacation di Sabah. Sayu plak hati nie sebab tak puas lagik nak berhulla hup di Sabah... Owh... tsk3...

Tapi, dalam dok sendu2 tuh, sempat lagik nak menyopping! Ha3... Ada 2 aktiviti belah pagi tu. 1st adalah ke pasar basah mencarik udang & sutun. Plus, nak mengusha2 lobster. Yang nie aku tak ikut sebab aku mengantuk tahap gaban! Plus, ke pasar basah bukanlah termasuk dalam pilihan utama aku walau di mana berada... Ngeh3...

My 'sayang' harus pergi sebab dia kan Mr. Driver. Tinggallah aku berkelubung sorang2 dalam bilik yang sejuk dengan air-cond tuh.. Haeven, noks! ;P

Tengah sodap2 tido, my 'sayang' roger2 tanya nak gi Tamu tak?! Owh... yang tu of cos la ah kak nak! Mencicit larik ke bilik air, cuci muka. Nasib baik sebelum semayang Subuh tadi dah mandi siap2. So, takdelah kelam-kabut nak bersiap.

~ Tamu nie lebih kureng cam Pasar Malam Kampung Air ngan Pasar Philippines tu jugak. Tapi, antara 3, Tamu nie la yang paling besar. Plus, masa tu ada Promosi 2011 Kraf Malaysia. Lagik meriah la...

~ Kat sini ada jual baju, aksesori, hiasan & makanan. Anjing pun ada jual kat sini! Dasat betul! 'Who let the dogs out? Hoong5!!!' ;P

~ Masa nie dah abis shopping. Singgah jap kat Promosi 2011 Kraf Malaysia. Ada group dikir barat tengah buat performance.

~ Rasa macam nak join sekali berdikir barat. Ahaks3...

Kitorang shopping baju t-shirt kat sini. Lepas tu, beli keychain, buat souvenir. Kalau ikutkan, ada banyak lagik yang tak sempat tawaf. Tapi, dah kesuntukan masa la... Nak kemas2 bagasi lagik. Kang tak pasal2 tertinggal flight plak kang! Fuh!

Pompuan seperti aku, kalau shopping harus takde rasa penat! Bila dah lepas tu, baru la.. humangaih... penatnya, noks! Pompuan seperti kamu macam mana plak? Sama ke? ;P


*To be continued...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google