SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KUIH-MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH-MUIH. Show all posts

Wednesday, May 15, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #122: SI TENGAH

~ Meriah.

~ Seperti biasa, yang tengah adalah yang paling comel. Ha3...



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 8, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #121: CUCIKAN MATAMU

#Throwback

~ #WatLekWatPeace 

~ Cuci mata. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 12, 2017

WORDLESS WEDNESDAY #119: MAIN COURSE, SNACK & DESSERT

~ Nasik beriyani, popia goreng, giant squid, agar2 & puding.

Pencinta makanan memang cenggini... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 30, 2015

IFTAR 8 RAMADAN 2015

Ada yang PARAM mari & ada yang homemade. Sementara semangat memasak masih ada lagik, lebih baiklah diteruskan je. Sebelum ia bertukar ke mode suam2 suku. Hu3...

Aku masak nasik, asam pedas bawal cermin, cicah cili kicap & bawal cermin goreng. Ok lettew..! Yang selain dari tu, semuanya dari PARAM.

~ Iftar of the day...

Nasik putih
Asam pedas bawal cermin
Bawal cermin goreng
Rendang daging
Cicah cili kicap
Lempeng pisang
Takoyaki
Roti pita ayam

Asam pedas ah kak tu macam pelik sikit rasa dia. Terlajak gula. Mungkin nama ia boleh ditukarkan kepada 'Asam Manis'. Ha3... Hadoi la...

Tapi, Oppa macam ok jerrr... Kalau dah lapor, semua pun berasa indah, katanya... He3...

Nak jaga perasaan si isteri / memang jujur habis... hmmm... tak tau la yang mana 1?! Tak kesah pun... Sebab yang penting, Oppa makan dengan jayanya..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 29, 2015

IFTAR 7 RAMADAN 2015

Aku masak nasik & goreng telur dadar je. Lauk utama a.k.a heroes of the day, Oppa tapau dari Restoran Aroma Keladi. Kojo sonang! He3...

Lepas masak, terus rest kat living room sambil layan drama Korea. Well... ah kak kan #SongJiHyo jadian kata ko..! ;P

~ Main course & kuih-muih.


Nasik putih (Homemade)
Sup ekor (Restoran Aroma Keladi)
Sup ayam kampung (My MIL kasik)
Kailan ikan masin (Restoran Aroma Keladi)
Sotong masak kicap (Restoran Aroma Keladi)
Ikan kayu masak kicap (My MIL kasik)
Telur dadar (Homemade)
Lepat (PARAM)
Cucur badak (PARAM)
Karipap (PARAM)
Buah melaka (PARAM)

Nampak meriah! Alhamdulillah... semuanya habis. Tiada pembaziran berlaku. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 21, 2014

MURTABAK CREAM CRACKER SARDIN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st attempt. Google resepi + disesuaikan dengan stok bahan mentah yang available. Bunyiknya pelik. Rasa macam, 'Eh, cream cracker pun boleh jadik murtabak ke? Confuse #hanahmastura tau!'. He3... Tapi, rupa paras dia tak pelik sangatlah. 

Bahan2 Untuk Kari Sardin:-

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia (dihiris)
1 peket kecil serbuk rempah kari ikan
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan Untuk Kari Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari. 
3) Tuangkan air masak. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam jawa Xtra Adabi. Masak seketika. Angkat & sejukkan sekejap. Hancurkan menggunakan potato masher.

Bahan2 Untuk Murtabak Cream Cracker Sardin:-

1/2 bungkus cream cracker
1 tin susu cair
3 biji telur ayam
Marjerin

Cara2 Penyediaan Murtabak Cream Cracker Sardin:-

1) Lapikkan pemanggang ajaib dengan aluminium foil yang telah disapu marjerin.
2) Tuangkan susu cair secukupnya ke dalam mangkuk. 
3) Celupkan cream cracker ke dalam susu cair & susun cream cracker di atas aluminum foil. 
4) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Kacau.
5) Lapiskan dengan inti kari sardin berselang-seli dengan lapisan cream cracker. Ratakan.
6) Tuangkan bancuhan telur ayam ke atas inti kari sardin.
7) Ulang step 3 & 5 hingga habis. 
8) Bakar hingga masak. Potong & hidangkan.

~ Murtabak Cream Cracker Sardin

Berjaya dari segi rupa & rasa. Plus, My 'Jebat' pun suka. ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, May 19, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 47

Breakfast:-

5 ketul nugget ayam + air suam
Breakfast simple ala2 malas... tajuk album dia... He3...

Minum pagi:-

Air suam sebab memang betul2 malas! Ha3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung goreng + 2 ketul ubi kentang masak kari + air suam
Bbrrppp...!!! Alhamdulillah... kenyang. 

Minum petang:-

1 biji bun kacang hitam Gardenia + air suam

~ Dinner: 2 potong murtabak cream cracker sardin + air suam

Gumbira perut #hannahmastura, noks..! He3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, February 9, 2014

CEKODOK KARI SARDIN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

1 sudu kecil garam
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan garam, tepung gandum, serbuk kunyit, telur ayam, ikan bilis, bawang besar & air masak ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Panaskan minyak. Goreng mengikut acuan / ikut suka hingga kekuningan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Kari Sardin:-

1 tin sardin
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 peket serbuk rempah kari
1 keping asam keping
3 biji ubi kentang (dipotong 12 setiap biji)
1 inci halia (dihiris)
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Cara2 Penyediaan Kari Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, daun kari, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari. 
3) Tuangkan air secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang 3/4 empuk.
5) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam keping. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama cekodok.

~ Plating yang kengkononnya fusion. Padahal, Cekodok Kari Sardin je pun... Heh3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, August 4, 2013

IFTAR 17 RAMADAN 2013

Hati bermunge2 sebab nak balik berbuka kat rumah Mak. Yaaa beda beduuuuuuuuu.....!!!

Pagi2 bawak Mak ke pasar. Lepas tu, tolong Mak apa2 yang patut. Tolong potong2 la... Apa lagik kan... ;P

Lepas Zohor, balik kejap. Kengkonon nak kemas rumah & blogging. Padahal..................

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............

Ha3... Hadoiiyaiiinyapon!!!

~ Senyum je. ;D

Nak gerak balik kampung, rumah Mak. Mata tu macam sembap. Eh, bukan 'macam'! Tapi, memang sembap pun! Bahana tido berlebihan. Adeh3...

~ Semangat balik kampung. Heh3...

Dipendekkan cerita, meh la kita usha2 apakah juadah iftarnya, ek! ;P

~ Kerabu mangga by Mak.

Mak siap buat plating cantik2 lagik semata2 nak suruh aku snap gambar...

"Adik, kerabu mangga Mak dah siap dah nih. Cer amik gambarnya. Boleh bubuh kat internet."

Ha3... comel sangat ayat Mak! ;)

~ Ayam sirsau cili padi by Mak.

~ Murtabak pisang & kuih nasik antah by stall tepi jalan kat Parit 7B.

~ Sotong masak kicap by Kak Aneem.

~ Rifqi dah tak sabor nak togok air cincau tuh. Suruh posing manjas2 pun tak heran dah. Ha3...

~ Aktiviti menunggu azan berkumandang menandakan waktu berbuka. ;)

Semua juadah adalah 'by Mak & Kak Aneem'. Takde 1 pun yg 'by tuan tanah kedaung' kan? Perasan tak? Perasan tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 21, 2013

IFTAR 8 RAMADAN 2013

Ada yang my 'sayang' tapau dari rumah mertua... ada yang we ols tapau daripada Mokcik Banjir... & ada jugak yang aku masak sendirik. Macam2 ada gitu..! ;)

~ Pajeri terung dengan pecal. My 'sayang' tapau dari rumah mertua.

~ Rendang kerang ngan sambal ayam madu. Tapau kat Mokcik Banjir. Ikan goreng tu tuan tanah kedaung goreng sendirik. 

Memula, aku ingatkan ayam tu masak pedas. Berkobar2 nak beli. Tup2... sambal ayam madu. Yang rasa manis2 tuh. I is tak berapa suka. So, cuit2 sikit je la... Buat syarat. Hu3...

~ Kuih-muih ni semua pun tapau kat Mokcik Banjir.

Disebabkan teringat kat karipap sardin Mokcik Banjir la yang buat we ols terjah stall Mokcik Banjir. Karipap sardin yang panjang2 tu. Yang macam bentuk karipap biasa tu pulak adalah inti kentang. Dua2 pun sodap!

~ Akhir sekali, masak lemak cili padi ikan termenung. Masak sendirik tau! Hnnsss2..!!! *Banggasambilkembangkempiskanhidung* Ha3...

Dah. Tu je yang nak dilaporkan... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 17, 2013

IFTAR 6 RAMADAN 2013

Awal2 lagik dah pikir nak masak apa. Senang nak prepare bahan2. Kalau ada yang takde stok, boleh la ajak my 'sayang' singgah Bintang. Kalau pikir last minute, kang time nak masak tengok2 bahan2 ada yang nan hado..! Tak ke mengstresskan di situ?!!

Tapi, alhamdulillah... sebab stock available. Bolehlah memasak dengan senyuman & penuh kasih-sayang. Ecewah..!!! Ha3...

~ Baby eggplant with scrambled egg. Wah, nama omputih, noks! Tergeliat lidah ah kak nak menyebutnya. Hiks...

~ Aku kenal 2 jenis kuih je, kuih karipap ngan agar2 selasih. Lagik 2 jenis adalah tak kenal. Semua tapau kat PARAM.

~ Sotong sirsau merangkap lauk utama.

Lauk2 ah kak yang masak. Disertakan dengan nasik putih. 

Boleh la kan... untuk tekak sendirik & my 'sayang'. ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 9, 2012

IFTAR 9 RAMADAN... 2012

8 Ramadan dah berbuka kat rumah mertua. 9 Ramadan berbuka kat rumah mak pulak. Adil & saksama kekdahnya... Heh3... Actually, memang dah pakat ngan abang untuk berbuka kat rumah mak.

Pukul 2 petang gerak dari rumah mertua ke rumah mak. Tak sempat panas bontot dah sampai. He3...

Mak tengah menjahit masa tuh. Terkejut2 jugak mak masa kami sampai. Sebab kami tak roger2 pun kata nak berbuka kat rumah mak. Aci terjah je. ;P

Mak cakap, nasib baik ada stok lauk mentah dalam fridge. Boleh la mak masak. Tak payah beli2 lauk PARAM katanya...

Owh... ah kak ho yeahhh... ho yeahhh... je..! Terus laju2 request ayam kari tak kari. La3...

~ So, menu berbukanya adalah nasik putih, ayam kari tak kari nih...

~ Sambal kicap telur rebus...

Pukul 5.30 petang dah siap masak. Pukul 6 petang, kitorang keluar jalan2 menunggu waktu berbuka. Memula, my 'sayang' bawak pergi tengok site kat Kampung Pahlawan tuh. Lepas tu, singgah PARAM Langkap, tapau kuih-muih ngan buah tembikai.

~ Antara kuih-muih yang ditapau... Ada yang kitorang beli & ada jugak yang abang aku beli.

~ Ayam percik ngan ayam goreng Uncle Bob ni abang tapau kat PARAM. Hmmm... dappp... ;D

~ Kuih koci ni pulak, my MIL yang kasik. Home-made. Banyak wooo...

Meriah jugak menu berbuka hari tuh. Santak perut nak menghabiskannya. Adeh3...

Malam tu, aku ngan my 'sayang' mentido kat rumah mak... Sekian... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 3, 2012

JUADAH BERBUKA TUNJUK2

Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa kan? Macam sekejap betul masa berlalu. Aku rasa la kan, sekarang ni masa bukannya berjalan dah... tapi, berlari kot! Sebab laju & cepat sangat! Tak terkejor!

Fuh!

Biasa la kan... dah nak dekat masuk bulan Ramadhan, baru la terhegeh2 nak mengganti puasa! Eh, aku tak kata korang tau! Aku tau la korang semua hebat2 belaka. Raya tahun lepas pun terus puasa 6 kan... Awal2 dah siap2 ganti puasa. Tabik springlah!

Tak seperti aku yang suka aci last minute nih. Hu3... Siap boleh lupa berapa hari tinggal puasa! Sekeh kepala sendirik! Adeh3...

~ Menu berbuka puasa ganti. Ada nasik tomato + ayam masak merah.

~ Cucur udang, kuih-muih & murtabak pun join sekali.

~ Sate pun. 

Tengok presentation pun dah tau dah yang aku tapau semuanya. Tak kose nak masak! ;P

Juadah berbuka aci tunjuk2 macam ni memang mudah & kojo sonang kata ko! Sediakan duit je, lepas tu ko tunjuk2lah apa yang ko teringin. Tetiba, terus terbayang pasar Ramadhan. Rasa tak sabor pulak nak puasa.

Ececehhh..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 20, 2012

CEKODOK CICAH SAMBAL TUMIS IKAN BILIS... NOSTALGIA HABIS!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi simple untuk breakfast/minum petang. Jom layan... ;)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

3 - 5 senduk tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 genggam ikan bilis
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu rempah kari
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan tepung gandum, garam, ikan bilis, carrot, ubi kentang, bawang besar & rempah kari ke dalam mangkuk. Sebatikan.
2) Pecahkan telur ayam. Kacau rata adunan.
3) Tuangkan air masak secukupnya ke dalam adunan.
4) Panaskan minyak. Goreng adunan dengan menggunakan sudu sebagai acuan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

2 - 3 genggam ikan bilis
1 biji bwang besar (dihiris)
1 1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama cekodok tadi.

~ Cekodok Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis... Nostalgia Habis! Hidangkan pulak dengan teh o panas. Perrgghhh..!!! Mak mertua lalu pun buat2 dek je..! Ha3...

Kejam tak bila aku auto-published entry nie waktu tengahari, di kala perut 'berkaroks' tak hengat? Ahaks3... 


 :: Like3, ek! ::



Saturday, January 29, 2011

BERPICNIC DI DEPAN UMAH MAK

Hari kejadian adalah last Saturday. Tempat kejadian, of cos la kat umah mak aku. Balik dari kenduri kawen, we ols terus lepaking kat umah mak.

Disebabkan tengahari tu mak tak masak, makanya bila tiba waktu petang perut aku pun berdangdut riang. Isk3... Tak buleh blah nih! Kena lakukan sesuatu! Secara pantas aku ajak my 'sayang' gi beli kuih-muih kat Kampung Bahagia.


~ Ni la kuih-muih yang we ols tapau. Ada cucur badak, pisang nangka goreng ngan masalodeh. Air oren tu aku yang bancuh. Tak payah susah2 nak tanya sodap ke tak sebab confirm sodap punye..! See my leg la, weh..! Ahaks3...


~ Lempeng pisang ngan popia basah pun ado..!


~ Gigih tau encik ni makan! Sambil makan, sambil pot-pet, pot-pet sembang ngan nenek. Pastu, 'bbrrppp..!' Ha3...


~ Mak aku lak, sambil makan sambil jahit baju. Buat finishing. Aku pun menjahit gak, jahit manik. Tapi, makan kuih berketul2, jahit maniknya 2-3 saat. Ha3...

Sampai skang tak abis lagik aku jahit manik baju tuh. Baru siap sebelah tangan. Tak tau la bila nak sambung balik. Tunggu mood rajin menjelma kembali lah nampak gayanya... ;P

Tuesday, October 19, 2010

OOO... BALIK KAMPONG... LA3... ;P

Ini kesah last Sunday... Wah! Tak agak2 punye ayat penyata! He3... We ols balik kampung. Memula, balik umah mak. Pastu, umah mertua lak. Walaupun kampung kitorang sekangkang kera tapi, aku tetap over excited! 'Ooo... balik kampung... La3...' Ecewah! Macam raye la plak! ;D


~ Sebelum balik kampung, we ols beli barang sket, barang yang mak aku pesan.


~ Owh... yeah..! Balik kampung, babe..! Ko ado..??? Ngeh3...


~ Dah name pun pompuan kan... Dapat duit, terus gediks2 lentok2! Ahaks3...

On the way balik, we ols singgah kat stall kuih-muih kat Kampung Bahagia. Nak beli juadah untuk minum petang.


~ Aku beli agar2 bandung nih. Sodap, owh..! Rase sekali, pasti nak lagik! Pecayalah! ;P


~ Kuih-muih pun ado.


~ Pastu, beli jugak air bandung yang memang fames amos kat Kampung Bahagia tuh. Secukup raselah! Memang terbaik dari ladang, wok..!

Sambil makan, sambil sembang2 ngan mak sampai tak sedar dah pukul 6 p.m. Makanye, kitorang pun mintak diri dolulah sebab nak ke umah mertua lak. Awa ngan Roy pun ade kat sane. Diorang baru balik dari Kuala Kangsar, hometown Roy. Nak anta Qistina balik sebab dah 2 minggu Qistina dok Selayang. Kene anta kampung baliklah. Makin debab budak Qistina nie tau! Rase nak geget jer peha dia yang macam drumstick KFC tuh! He3...

Thursday, October 7, 2010

KARIPAP SODAP

Tibalah mase untuk open house kat umah aku & my 'sayang' plak... Jenuh jugak la pikir nak jamu hape la kat tetamu kan... Last2, aku decide nak buat laksa ngan karipap. Tapi, bukan aku yang buat/masak la... I just leave it to the chef of the day iaitu mak akulah, sape lagik?! Heh3...

Nak2 plak, mak memang tido kat umah aku sebab sunyi katanye... A_bern takde, gi Kajang. Dia dapat coti seberapa lame yang dia sker sebab kaki dia injured. Jatuh gedebuk kat tangga sekolah. Doktor kata takde la patah2, just terkehel. Tu pun terpaksa pakai tongkat jugak sebab tak buleh jalan dengan sempurna. Nie bukan sudah jatuh ditimpa tangga tapi, memang jatuh bergolek2 kat tangga! He3...


~ Gigih mak aku menguli tepung. Anak dia pun gigih jugak! Gigih mengsnap! Heh3...


~ Uli, mak! Jangan tak uli! Chaiyok2!!! ;D


~ & akhirnye, dah pun menjadik doh...


~ Doh tadi yang telah dibahagi2kan kepada bahagian2 kecil. Pastu, dibulat2kan. Kemudian, dileper2kan. Part nie aku ngan my 'sayang' ade la tolong. Sonang, yo... ;P


~ Pastu, mase untuk masak intinye plak. Mak aku buat inti kentang + daging ayam kisar (pakai cap Ramly, dijamin halal!) Mase tolong2 kacau inti yang tengah mendidih nie pun aku dah telan2 air lir wooo... Slurrppp2! Ha3...


~ Masak sampai kuah dia kering.

Bile inti dah sejuk sket, baru la disumbat dalam doh yang dah dileper2kan tadi. Bab nie memang mak aku yang buat sume sebab aku memang tak reti! Actually, karipap nie dibuat the day before open house tuh. Dah siap buh inti, susun plak dalam dulang. Sok pagi baru goreng.


~ Dah siap pun. Sebelum dijamu kat tetamu, aku jamu tekak aku dolu..! Ha3...

Kalau aku jual karipap kat blog nie, agak2 ade yang nak beli tak? ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google