SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SAMBAL BELACAN. Show all posts
Showing posts with label SAMBAL BELACAN. Show all posts

Wednesday, May 8, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #121: CUCIKAN MATAMU

#Throwback

~ #WatLekWatPeace 

~ Cuci mata. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 22, 2017

DONDANG SAYANG MANJA2 KE HEAVY METAL

Appointment hospital Mother pada hari tersebut sangat menguji kesabaran. Ramai patients. Crowded teruk! 

Takpe... Husnuzon2... #SambilUrutDada

~ Inilah rupa paras apabila husnuzon. Yang time tak husnuzon, tak berani nak share. Ngeri!!!

Dipendekkan cerita... appointment berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Lemau dan lembik kami berdua. Perut ni toksah ceritalah. Dari dondang sayang manja2 membawak ke heavy metal pergi dia! Nak pekena nasik kandaq, memang tak mungkinlah. Berdosa, you ols..! Romadhon... ;P

Mother 'direhatkan' kat rumah aku sebab result BP agak tinggi. Bahaya kalau dibiarkan sorang2 kat rumah. 

Maka dapatlah iftar dengan Mother lagi... Hikmah tu. Alhamdulillah... ;)

~ Air tangan Mother + PARAM. Of course air tangan Mother yang paling win..! ;D

Nasik putih (Mother masak)
Deep Fried Bawal Cermin & Cencaru (Mother masak)
Terung Rebus (Mother masak)
Peria Tumis Telur (Mother masak)
Sambal Belacan (Mother masak)
Lemang (PARAM)
Murtabak (PARAM)
Cencaru Bakar (PARAM)
Pelam Epal (PARAM)

Kenyang. Alhamdulillah...

Kemudian, menung. 
Menung meneliti saiz perut. Ha3.... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 19, 2015

IFTAR 1 RAMADAN 2015

Nekad nak masak! Apa nak jadik pun... jadiklah! Ecewah! ;P

1 Ramadan ni... aku agak manja terlebih sikit. Pergi kerja nak berhantar... balik kerja nak ber-amik... dengan alasan: Tak larat nak tukar gear & tekan pedal minyak. Nasib baik Oppa terpedaya dengan alasan tersebut. Ha3...

~ Hero of the day adalah nasik putih, ikan bawal cermin goreng, sayur manis kacang panjang & sambal belacan. Side dishesnya pulak adalah keropok lekor (goreng sendirik), popia basah (tapau PARAM), mee goreng & kuih buah melaka (air tangan Kak Ja & Cik Nad. Terima kasihlah, ye..!)

Menu seperti di atas ni (yang air tangan aku la...) memang dah pikir sehari sebelumnya. Sebab kalau tak pikir awal, semangat memasak tu agak ke laut! Even nak pegang kuali pun rasa macam... alahhh... haiii... tak kosenya..! Cenggitu... ;P

So far, perut Oppa & #JiHyo gumbira dengan menu tersebut... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 21, 2014

MISI MENCARIK SAMBAL BELACAN DI HARI RAYA

Rumah ke-4 yang we ols terjah adalah rumah Wak. Memang target nak ke sana time tengahari semata2 nak 'carik' sambal belacan Wak yang super marvellous tuh! My 'Jebat' la yang memula mengidam... Yang lain2 pun tumpang mengidam sekali. He3...

Kesah sambal belacan Wak bermula bila everytime kitorang datang beraya, Wak akan jamu makan tengahari. Lauk adalah pure lauk kampung. Daging dengan ayam tetap ada tapi, tau2 je la kan... bila raya, majoriti dok jamu dengan ayam & daging. Tak masak rendang, masak gulai. Tak gulai, rendang balik. So, tekak is macam jemu. 

Bila jumpa nasik lauk kampung kat rumah Wak, memang kompom terangkatlah! Rasa takmo balik! Rasa nak datang beraya hari2. Ha3... Over!

~ Sempatlah solat, cuci2 muka & baring2, berehat kejap kat rumah Wak. A_bern pulak sempat berselfie! ;P

Nasik putih, ikan masin goreng, ikan sepat goreng, ikan rebus goreng, kobis tumis cili padi, gulai daging & yang paling ditunggu2 adalah... SAMBAL BELACAN yang terhebak di abad ini..!!! Woo hooo..!!! Makan sambil menangis kepedasan pun takpe. Apa ada hal..?! Sebab marvellous sangat! Isk3...

Ni yang malas nak taip entry ni! Sebab cepat sangat terkenang2 kesedapan tuh. Uhuks3...

Hmmm... marilah menerjah rumah seterusnya sebelum semakin banyak pembaziran air liur yang berlaku. Hu3...

We ols ke rumah Mak Ngah Rom pulak. Tak jauh pun dari rumah Wak. Sekejap je dah sampai. Mak Ngah Rom ni jiran Mak masa dulu. Kakak & Abang kenal banyaklah. Plus, diorang ada jugak memori kat sini. Aku tak ingat apa pun. Uhuks3...

Special menu adalah pecal. Aku tak larat nak sumbat apa2 dah. Kenyang sangat. Badan pun dah rasa semacam. Nak demam kot. So, aku just layankan Kak Ngah yang dah flat & mengantuk. Last2 tertido kat riba aku.

Destinasi ke-6 adalah rumah Cik Ros. Ada nasik impit & rendang daging yang best. Hati kata takmo makan dah. Tapi, tangan ni dok tercuit2. Cuitan pertama, 'Eh, sodap!'. Cuitan ke-2, 'Eh, kompom sodap!'. Lepas cuitan ke-3, tak kose dah nak layan kata hati. Amik pinggan, bubuh nasik impit + rendang daging sikit & ngap! Owh... heaven... Ha3...

~ Ke kiri... pusing! Ha3... Semua ikut command kecuali Mak & Kakak. Penangan filem Lagenda Budak Setan. ;P

Lepas tu, beraya ke rumah Abang pulak merangkap merehat2kan badan. Asik berjalan je. Badan pun dah sedikit jem. Masa ni, aku dah terasa sangat symptom2 nak demam tu. Bersin, batuk, sakit tekak... O.M.G..! Tsk3... Tapi, still berselera makan cekodok cicah sos yang Kak Aneem & Abang jamu petang tu. Heh3...

Pukul 7 malam, balik semula ke rumah Mak. Cuba segarkan badan yang tak berapa nak segar tuh. Pukul 8.30 malam, Kakak ajak beraya lagik. Rumah kawan dia, Kak Yati kat Langkap. Banyak menu special. Nasik ayam, bihun sup, laksa & macam2 ado lah! Aku lalu makan bihun sup je. Sebab tekak dah semakin mengada2. Hu3...

Maka dengan ini, cerita 1 Syawal pun berkahir... 


:: Like3, ek! ::



Friday, October 25, 2013

MISI SAMBAL BELACAN

Cerita Jumaat lepas...

Tengahari... time lunch hour... biasa la... musti nak 'main masak2' je kerjanya. Isteri mithali kata ko! Eceh! Pui!

Malam tadinya, sebelum tido dah siap2 pikir dah, nak masak apa untuk tengahari Jumaat tuh. Persiapan awal kekdahnya... ;P 

Nasik putih + ikan cencaru goreng + ikan masin goreng + sayur manis kacang panjang & carrot pun can do kot..! Tapi, macam tak kicklah kalau takde sambal belacan kan... SAMBAL BELACAN, hokay..! Diulang suara... SAMBAL BELACAN! 

Eh, korang jangan nak buat muka confuse, ek pasal sambal belacan tuh! Sebab ah kak lagik la confuse kot..! Memang jarang sangat buat sambal belacan sendirik. Asal nak try buat je, neves! Asal neves je, nak try buat! Kadang2 hampir2 dengan symptom parkinson dah. Hu3... Neves betul!

Tapi, takpe... Anggap je sebagai 1 cabaran! Eceh! Sambal belacan pun nak ber-cabaran2 bagai kan... Over sangat tau! Ha3... 

~ & akhirnya... terhasillah sambal belacan ini..! Nan hado google2 tau! Aci common sense je. Terus merasa sangat hebak! Ha3...

Konsep dia adalah berpikir dengan bijak. Contoh:-

"Nak buat sambal belacan, musti la kena ada belacan kan... Belacan tu pulak musti la kena bakar dulu kan... Tapi, yang ni takde problem sebab aku pakai belacan yang dah siap2 dibakar tu. Beli kat Melaka kot. Lepas tu, dah namanya pun sambal so, musti la kena pedas2 kan... Kalau nak pedas harus la kena ada cili padi. Campur sikit dengan cili merah sebab Mak pernah cakap, kalau nak balancekan tahap kepedasan, campurkan je dengan cili merah. Bubuh bawang sikit... Lepas tu, perah jus limau, kasik rasa masam2 sikit. Garam tak perlu sebab dalam kes ni, belacan yang aku pakai tu dah sedia masin. Hmmm..."

Wah, pakai 'kes' segala, noks! Macam thesis pulak. Ha3...

~ LOTD... samadengan Lunch Of The Day... ;)

Alhamdulillah... 

Misi sambal belacan berjaya..!!! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Saturday, November 6, 2010

MAKIN GEBULAH AH KAK..!

Ini pun citer mase bermalam kat umah mak. Pagi2, dah makan nasik goreng udang untuk breakfast. Tengahari plak, dapat makan sup ayam yang marvellous! Owh... syiok2..! ;D

Dalam pukul 10 ++ a.m, aku & my 'sayang' keluar, gi beli barang2 basah untuk lunch. We ols beli ikan, ayam & sayur sket. Mase beli ayam tu, aku dah bajet2 dah nak mintak mak masakkan sup ayam. Amacam? Bergeliga tak otak ah kak nih? Heh3...

Pukul 11 a.m, aku ngan mak dah bersilat kat dapur. Pukul 12 p.m camtu dah buleh menikmati lunch dah. Bau sup tu jangan citer la... Memang semerbak jer... Tak menyempat2 aku nak cedok buh dalam mangkuk. He3...


~ Ade ikan & ayam goreng... Tabur2 daun kari lagik you ols..! ;P


~ Yang nie plak jantung pisang rebus. Aku tak reti makan yang rebus jerk. Tapi, kalau yang potong nipis2 & ditumis, aku makan la. Sodap!


~ Sambal belacan buat cicah jantung pisang rebus. Kalau takde sambal belacan nie kira macam tak kick la jantung pisang tu kan...


~ & ini plak main dishnye iaitu sup ayam. Makan gitu jer pun sodap wok..! Slurrppp2!


~ Tak sah la kan kalau takde sambal kicap. Pencetus fenomena nih! Ecewah! He3...


~ A_bern tengah get ready nak ngap2! Sempat posing lagik tuh! Isk3...


~ Mak tengah cedok2 nasik. Terima kasih mak sebab masakkan sume makanan best2 tuh. Mmuahhss!


~ 'Imam besar' tengah baca doa makan. Khusyuk, owh... ;P

Kalau hari2 dok umah mak, makin gebulah ah kak jawabnye! Mungkinkah nanti orang tak buleh bezakan aku dengan ikan buntal? Owh... tidak! No3!!! Tsk3...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google