SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PAJERI TERUNG. Show all posts
Showing posts with label PAJERI TERUNG. Show all posts

Monday, June 22, 2015

IFTAR 3 RAMADAN 2015

'Balik kampunggg...... Oooooo...... balik kampunggg...... Hati giranggg...... La3......'

Gumbiranya hati bukan kepalang. Al maklumlah... nak balik kampung, berbuka puasa dengan Mak. Heh3...

Singgah PARAM Teluk Intan dulu, beli apa2 yang terberkenan. Masa tu pukul 6 petang. Dah agak lewat cenggitu pun, PARAM masih dilitupi manusia. Nak carik parking pun berchenta jugaklah kekdahnya...

~ Nasik putih + ikan bawal cermin cili padi + ayam goreng berempah + pajeri terung + kari daging + takoyaki + agar2 laici

Mak masak ikan bawal cermin cili padi. Lauk2 lain semua made in PARAM. Kesimpulannya, lauk yang Mak masak jugaklah yang paling daebak!

I heart Takoyaki very much! Owh... walaupun 1st time merasa tapi, aku dah jatuh chenta. Nom3..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, February 21, 2014

ROTI PAJERI TERUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1st attempt! Berzikir, berdoa, berharap, bertawakal... & ber3... lagiklah... sebelum memasak. Semoga menjadik... Fuh!

Bahan2:-

2 biji terung panjang (dibelah 4 setiap 1)
1/2 peket serbuk rempah kari ikan
1 keping asam keping
1 tangkai cili hijau (dibelah 2 tanpa putus)
1 sudu kerisik
1 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
Air masak
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Satukan serbuk rempah kari ikan dengan bahan2 kisar. Sebatikan hingga menjadi pes.
2) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang & daun kari hingga naik bau.
3) Masukkan pes tadi. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan asam keping, santan & air masak secukupnya.
5) Masukkan kerisik & biarkan mendidih.
6) Perasakan dengan garam & gula.
7) Masukkan terung panjang & cili hijau. Masak hingga kuah pekat & terung panjang menjadi lembut. Angkat & hidangkan.

~ Roti Pajeri Terung

Nak makan dengan nasik pun boleh. Tak berdosa pun... ;P

Neves tengok hasilnya. Nasib baik boleh diterima anak tekak. Fuh! 


:: Like3, ek! ::



Monday, February 17, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 36

Breakfast:-

1 keping roti telur banjir + air suam
Breakfast dengan my 'sayang' kat Medan Selera Sri Sayang.

Minum pagi:-

Togok air masak. Lepas tu, telan ubat homeo.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan termenung goreng + 1 senduk taugeh tumis + 1/2 biji telur masin + air masak
Tapau. Kat Sri Sayang tu, haaa..!

Minum petang:-

Air masak.

~ Dinner: Roti Pajeri Terung + air masak

Pssttt2!!! Sebenornya, ah kak dah timbang berat tau! Turun beberapa kilo, noks! I just can't believe it, hokay! Asik tersenyum je sepanjang hari tuh. Terus rasa nak melayang2 ke udara jerrr... He3... ;D


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 21, 2013

IFTAR 8 RAMADAN 2013

Ada yang my 'sayang' tapau dari rumah mertua... ada yang we ols tapau daripada Mokcik Banjir... & ada jugak yang aku masak sendirik. Macam2 ada gitu..! ;)

~ Pajeri terung dengan pecal. My 'sayang' tapau dari rumah mertua.

~ Rendang kerang ngan sambal ayam madu. Tapau kat Mokcik Banjir. Ikan goreng tu tuan tanah kedaung goreng sendirik. 

Memula, aku ingatkan ayam tu masak pedas. Berkobar2 nak beli. Tup2... sambal ayam madu. Yang rasa manis2 tuh. I is tak berapa suka. So, cuit2 sikit je la... Buat syarat. Hu3...

~ Kuih-muih ni semua pun tapau kat Mokcik Banjir.

Disebabkan teringat kat karipap sardin Mokcik Banjir la yang buat we ols terjah stall Mokcik Banjir. Karipap sardin yang panjang2 tu. Yang macam bentuk karipap biasa tu pulak adalah inti kentang. Dua2 pun sodap!

~ Akhir sekali, masak lemak cili padi ikan termenung. Masak sendirik tau! Hnnsss2..!!! *Banggasambilkembangkempiskanhidung* Ha3...

Dah. Tu je yang nak dilaporkan... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, August 14, 2012

IFTAR 11 RAMADAN... 2012

Mak roger2, kata nak berbuka kat rumah abang. Aku ngan my 'sayang' harus la on je..! He3...

Abang pulak roger2 kata, jom berbuka kat luar je lah. Abang nak belanja, noks! Lagik la bertambah2 aku on! Rejeki jangan ditolak, bebeh! Ha3...

Tetiba, abang sms kata terpaksa cancel sebab abang ngan Kak Aneem wajib attend majlis berbuka puasa Taska PERMATA (Negeri). Taska Kak Ngah. Tak boleh ngelat sebab nanti effect kat sesi persekolahan Kak Ngah kat PERMATA tuh. 

Even masa memula nak register dulu pun memang banyak syarat. Siap parents kena interview bagai... Antara syaratnya parents wajib terlibat dalam aktiviti anak2. Kalau tak join, makanya anak2 tu akan diterminate dari PERMATA. Begitu la lebih kurang...

So, abang kata bukak puasa treat tu dipostpone ke 12 Ramadan. 

~ Mak berbuka kat rumah aku je dulu hari tu. 

Aku masak tau! Nasik putih, kobis masak lemak, cili kicap, ikan goreng, ayam goreng ngan ikan masin goreng tu yang aku masak. Yang lain2 macam pajeri terung, paru masak kicap ngan segala kuih-muih tu my 'sayang' tapau kat PARAM je.

Bbrrppp...!!! Ooppsss!!! Puasalah! He3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google