SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SATE. Show all posts
Showing posts with label SATE. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

OPEN HOUSE KE... OPEN OPIS KE... OPEN HOUSE OPIS KE..?!

Yang mana 1, ek?

Open house ke... open opis ke... open house opis ke..? Hmmm...

Aku pilih yang last sekali tu kot. Sebab macam relevan sikit. Heh3...

Makan2 lagik kat opis. Syiok apa menternak lemak..?! Plus, mengcomelkan perut. Terasa sexy di situ..! Awwsss2..!!! Ha3...

~ Dimukadimahkan dengan wajah2 jelita lagik menusuk qalbu, aku & Puan Athirah. Jelita & menusuk qalbu sangat..! *TDDMKA* Ahaks3...

Kak Ja busy sebagai Pegawai Jamuan. Susah nak kacau. ;P

~ Macam2 hado..! Beli pun ada... homemade by Kak Ja pun ada jugak. Yang penting, aku nak UP tang buah tembikai tuh sebab aku yang sponsor. Kengkonon air tangan eksklusif aku la... Ha3... Poyo jerrr..!

~ Main course adalah sate ayam, daging & kambing. Unik sikit sate daging ngan kambing tuh sebab dia kasik kuah air asam sekali. Orang yang jual tu kata, ni cara orang Johor makan sate.  

Tak kena kot dengan tekak & selera aku. Rasa pelik! Tapi, dalam dok pelik2 tu, bercucuk2 jugaklah aku belasah. He3... Apakah... sangat tau! 

~ Aminnn... 

~ Diakhiri dengan wajah berkaliber Encik Boss. Heh3...

Timing tak berapa nak kena sangat la kali ni. Sebab buat belah petang. Memasing dah kenyang makan lunch kan... Makan pun tak sepenuh hati. So, banyak la leftover. Aci tapau bawak balik je la...

Takpe. Learn from mistake. Lepas ni, kita buat belah pagi pulak. Pesan siap2 kat semua, jangan breakfast walau seteguk air suam pun! Hah! Cer tengok macam mana punya kebulur time tuh. Musti ada yang makan tak toleh kiri kanan dah. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 10, 2013

ASAP SATE DI OPIS

Ada jamuan sempena kedatangan Ramadan. Hari Isnin. Cadangan asal daripada Kak Ja kot. Aku tukang kutip duit sumbangan je. Banker kata ko! ;P

Ada yang kasik sumbangan dalam bentuk duit, ada jugak dalam bentuk pot luck & ada jugak dalam bentuk tenaga. Tak kesah semua tu. Apa yang penting... kerjasama..! ;D

~ Pukul 10 pagi, semua dah menebeng kat bilik meeting. Makan time..! Heh3...

~ Ada bihun goreng yang disponsor oleh Puan Athirah.

~ Tembikai ni ah kak yang sponsor. Dok pikir apa yang senang nak disediakan & dibawak ke opis. Last2, pilih buah tembikai sebab kojo sonang. Beli, potong2, simpan dalam fridge & hidangkan.

~ Jemput makan. ;)

~ Encik Boss kena candid! He3...

Kak Ja buat sate. BUAT hokay, bukan beli tau! Hebak & rajin beliau. Dah la weekend lepas dia balik KL. Maknanya, sate tu made in KL la...

Hoyyeahhh..!!! Dapat makan sate KL. La3... Hiks... 

~ Tukang prepare tempat bakar sate.

~ Riuh-rendah kitorang kat luar tu kan... Sampai terpengaruh Encik Boss nak join. Siap offer diri jadik tukang kipas lagik..! Cayalah..! He3...

~ Gemok2 satenya..! Tak sabor nak geget.

Berkepul2 asap sate di udara. He3...

~ Aku pun tolong jugak... tolong kepohchi. Ha3...

Alhamdulillah... murah rezeki we ols hari tu. Dapat makan bihun goreng, sate, nasik impit + kuah kacang, buah tembikai, mata kucing, pisang, bla3...

Errr... rezeki Ramadan kot. ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, May 20, 2013

'BUBBLE PARTY' DI RUMAH MERTUA

'Bubble Party' sangat kan... Ha3...

Yang sebenornya family mertua buat bbq nite je... Plan sama2, handle sama2, masak sama2, makan pun of course sama2. ;)

Kalau betul la kitorang nak berbubble party, confirm kena sekeh ngan My MIL & Abah. Buang tebiat ke apa ke kan... anak menantu beliau nih?! Ha3... Hadoi!

Weekend tersebut adalah turn balik rumah mertua. Plus, hari Ahad mertua buat kenduri arwah. So, we ols berbbq hari Sabtulah. Bermula dengan idea spontan dari aku & Udda, disokong pulak oleh Awa & Jijah, seterusnya diapprove oleh Abah, makanya terlaksana la bubble party... eh, bbq nite nih. He3...

~ Budak paling kepohchi malam tu... tak lain tak bukan, Cik Qistina... Ke hulu ke hilir dia angkut kipas sate tuh. Ha3... Over tau!

~ Mokcik2 kaki enterframe. Ha3...

~ Lakonan semula. Pecayalah! 1 ayat je aku nak cakap kat diorang, 'Ini semua poyo!!!' Ha3...

~ Mokcik Udda enterframe lagik... Isk3...

~ Sate & mende2 alah yang dah dibbqkan. Ada daging lembu, sotong, ayam, ikan, udang, sosej & daging burger. Aummm3..!!!

~ Tak jadik Aisy nak tido bila tengok mokcik2 & pokcik2 dia yang over kepohchi tuh! He3...

~ Tak sabor nak tunggu baby Awa 'keluar'. Nak kidnap! Ha3...

~ Qistina... owh... Qistina... ;D

Syiok sangat bubble party tuh. Eh, bbq nitelah! Hiks...

Tapi kan, macam best pulak dok sebut bubble party. Terasa seperti havoc tak hengat gitu..! & sekali lagik ah kak feeling2 warga Amerika. Amekaw! Ahaks3...

Aci je la, ek? Sebab bagi aku bubble party samadengan hari bergumbira sambil makan2 sembang2 gelak2 macam kan hape lepas tu pitam sebab overdose punya kenyang. Tambah pitam bila tengok tahap kebersepahan yang memasing aci pejam mata tak tau nak suruh siapa kemaskan?! Ha3...

Bukan party yang bukan2 / yang tidak2 ye! Terpulang kepada interpretasi & pelaksanaan memasing... Hah, keluar dah ayat cendekiawan ah kak! Ha3... Hadoi!

Kepada adik2 ipar, biras2, Abah & My MIL... nanti kita buat bubble party lagik, ek?! Terbaheklah..!!! ;D


:: Like3, ek! ::



Monday, February 18, 2013

REZEKI SATE

Suatu malam... selepas gaji masyukkk..! ;P

Eh, nak jugak cerita pasal gaji masyuk! Ha3...

Abang roger2 kata nak datang rumah kami. Kitorang ok je... Bertambah2 ok bila Abang kata Abang nak belanja makan sate. Tapi, dia tapau la kan... Owh... ah kak like3 lah! Tak kesah tapau ke dine in. We ols mengalu2kan je... 

Makan free, noks! Siapa tak nak kan... He3...

~ Sate itu... Eh, macam la korang tak kenal sate kan... Adeh3...

~ Rifqi memang over bila suruh senyum depan camera. Bukan over sikit2, hokay..! Tapi, overrrrrr...... sangat! Genetik siapa la nih? Ha3...

~ Kakak ipar yang comel & Abang yang handsome! Dah belanja, harus la puji lebih2 kan... Misi membodek kata ko! ;P

~ Eh2, macam takde props yang lebih hebak kekdahnya..! Tapi, takpe... sebab kamu berdua comel... Misi membodek lagik..! Ha3...

Aku bancuh air oren + nata d coco perisa laici. Lepas makan & minum, terus diorang semua mamai2. Mungkin sebab hebak sangat kot air yang ah kak buat tuh... Hiks...

~ Tengok je la my 'sayang' nih, kuyu je mata menengok tv. Tak lama lagik, tv la pulak tengok dia! Hu3...

~ Rambut mokcik nih pun dah serabai tak hengat! Kak Yong dah kembang setaman balik. Kiut! Ada la geng Acu lepas ni! He3...

~ Over mengalahkan Rifqi! Ha3... Larikksss..!!!

Terima kasih daun keladi, Abang & Kak Aneem. Gaji bulan ni belanja la lagi, ek? Ahaks3...

Lepas makan, tak mampu nak buat apa2 dah. Hanya mampu melayan 3 budak cinonet tu melukis kartun yang ntahhape2ntah! 

Diorang suruh lukis kereta, aku lukis bola sebab senang... aci bulat2kan je kan... Bila diorang bising2 sebab aku tak lukis ikut permintaan diorang, aku kata, 'Tak boleh lukis kereta sebab kereta kena garis2 pakai pembaris. Pembaris Acu dah patah. Esok baru nak beli baru.'

& kekdah tu berjaya! Permainan psycology namanya... Ha3...

Terror tak aku mengpsyco diorang? ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, December 10, 2012

SATAY HUT

Misi mencarik restoran ikan bakar diteruskan...

Masa tu dah dekat nak sampai Masjid Kuala Selangor. Roger2 Ros sebab baru teringat Ros pernah cerita yang dia pernah makan2 ikan bakar dengan family dia kat Jeram nun... Konon2 nak makan ikan bakar Jeram la kan... 

Tapi, Ros kata, kitorang dah terlajak. Pikir punya pikir, tanya suara majoriti + memandangkan dah malam pulak tu kan... last2, cancel ke Jeram. Sentapahkaksekejap! Uhuks3...

Sebelum sampai Masjid Kuala Selangor tuh, kitorang ada nampak Satay Hut. Tanya suara majoriti lagik, nak tak pekena satay?! Diorang ok je. So, ke Satay Hut je la kita...

~ Ros pernah cerita yang Satay Hut ni pun best jugak. Tak sabor nak rasa. Excited kot! He3...

~ Full house jugak Satay Hut tuh. Happening! Nasib baik ada 1 meja kosong. Rezeki2... ;P

~ Requested by Kak Ngah. Dasat betul ABC kat sini! Terkagum2 ah kak tau! Whoaaaaaa.....!!!

~ Sate versi Satay Hut. 

Sebelum dapat sate yang kitorang order, kitorang terusha sate yang 1 group lain makan. Masa tu, si waiter dok bawak sate nak serve kat meja diorang. Terkagum2 sebab giler besor sate tuh! Terus kitorang neves sebab takut tak boleh habiskan sate yang kitorang order kalau macam tu punya besor kan...

Tapi, bila sampai sate yang kitorang order, tengok2 takde la sebesor sate yang kitorang usha2 tuh. Selidik2 punya selidik, rupa2nya, sate kat Satay Hut ni ada 2 saiz. Saiz besor & saiz kecil. Harga secucuk pun ikut saiz la. 

Owh... begitukah... ;P

Harga sate kecil: RM 0.60/cucuk
Harga sate besor: RM 1.10/cucuk

Rasa sate ok... memusakan hati, tekak & perut jugak la... Harga pun affordable. Tempat happening... siap dengan kepul2 asap sate yang memberi aroma. Fuh!!! Wangi kot! He3... 

Selain sate, diorang ada jugak serve makanan2 goreng macam nasik goreng bagai... Tapi, specialty masih satelah.

Kalau nak merasa jugak, sila la terjah alamat di bawah:-

Satay Hut
Jalan Besar, Taman Mahsuri Indah
45500 Tanjung Karang, Selangor

~ Hokay! Terima kasih kerana memboyotkan perut kami. Babai Satay Hut... ;)

Lepas Satay Hut, takde singgah mana2 dah. Dah flat habis! 'Bateri' teramat kong! Sampai rumah terus pengsan. Owh3...

Ini episod akhir Cuti2 Malaysia merangkap Family Vacay di Port Dickson. So, sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 3, 2012

JUADAH BERBUKA TUNJUK2

Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa kan? Macam sekejap betul masa berlalu. Aku rasa la kan, sekarang ni masa bukannya berjalan dah... tapi, berlari kot! Sebab laju & cepat sangat! Tak terkejor!

Fuh!

Biasa la kan... dah nak dekat masuk bulan Ramadhan, baru la terhegeh2 nak mengganti puasa! Eh, aku tak kata korang tau! Aku tau la korang semua hebat2 belaka. Raya tahun lepas pun terus puasa 6 kan... Awal2 dah siap2 ganti puasa. Tabik springlah!

Tak seperti aku yang suka aci last minute nih. Hu3... Siap boleh lupa berapa hari tinggal puasa! Sekeh kepala sendirik! Adeh3...

~ Menu berbuka puasa ganti. Ada nasik tomato + ayam masak merah.

~ Cucur udang, kuih-muih & murtabak pun join sekali.

~ Sate pun. 

Tengok presentation pun dah tau dah yang aku tapau semuanya. Tak kose nak masak! ;P

Juadah berbuka aci tunjuk2 macam ni memang mudah & kojo sonang kata ko! Sediakan duit je, lepas tu ko tunjuk2lah apa yang ko teringin. Tetiba, terus terbayang pasar Ramadhan. Rasa tak sabor pulak nak puasa.

Ececehhh..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 6, 2011

MENJAGA BOOTH SKM

Mini Karnival Jualan Koperasi tu berlangsung selama 3 hari, bukan 4 hari cam yang aku mention sebelum nie. Hari pertama tu pendaftaran. Untuk hari pertama staf Hilir Perak tak jaga booth sebab ada staf Ipoh yang datang bawak risalah bagai & jaga booth sekali.

Untuk hari ke-2 hingga 3, baru kitorang gilir2 jaga booth. Aku ditugaskan untuk arrange jadual menjaga booth. Senang la sket kalau ada jadual. Takde la yang nak mengelat kan... ;P

Hari ke-2, Encik Amir ngan Hafiz (sesi pagi), aku ngan Ros (sesi petang). Hari ke-3, Encik Fadzil ngan Encik Bos (sesi pagi), Encik Sukeri & Encik Din (sesi petang). Begitulah kekdahnya...

~ Pukul 1.50 p.m aku dah siap. Amacam? Santek tak spec baru? Ahaks3... Tak abis2 tanya pasal spec baru! ;P

~ Tengah tunggu Ros datang amik aku kat rumah. Sesambil tu kita bercamwhorelah! Heh3...

Pengunjung tak ramai sangat. So, memang giler bosan la melangut kat booth tuh! Paper dah baca dari kulit ke kulit pun belum jugak pukul 5.30 p.m. Hadoi la...

~ Dalam pukul 4 p.m, Encik Sukeri datang jenguk booth. Dia datang bawak anak dia nih, si Upin Ipin. Aku panggil dia Upin Ipin sebab suara dia kecik macam suara Upin Ipin. Bila dia bersuara, aku sker gelak2kan. Dengan fizikal dia yang kecik molek, ngan suara yang ala2 Upin Ipin tuh, memang giler comel, hokay! Hiks...

~ Petang tu ada pertandingan bercerita kanak2. Contestants tak ramai. Ada la dalam 5 orang. Yang dalam gambar tu la juaranya. Tajuk citer dia Princess Applelina. Costume pun ala2 princes jugak. She's the only 1 contestant yang berciter dalam bahasa Inggeris. Self-confident dia pun tinggi. Maybe sebab tu dia menang. 

~ Lepas tu, ada pertandingan sepak raga. Main dia cam main sepak raga biasa, aci timbang2 bola tapi, yang pelik sket adalah pemain wajib pakai baju Melayu. Siap ngan samping buat selempang lagik ko..! Dasat2... ;P

~ Sepak raga tu game untuk kaum Adam. Untuk kaum Hawa lak ada game musical chair. Sampai patah-riuk kerusi kena kerjakan ngan diorang! Nak merebut kerusi kata ko..! Ha3...

Pukul 5.30 p.m, kitorang 'tutup kedai'. Tak lalu dah nak tunggu sampai pukul 6 p.m. Aku roger2 my 'sayang' suh amik. My 'sayang' bawak mak ngan Mak Lang sekali sebab diorang nak cuci2 mata kat karnival tuh.

Aku belikan mak buku doa. Harga 17 hengget jer tapi, berbaloi sebab ada 1001 doa yang buleh diamalkan. 

~ & tetiba perut rasa lapor. Makanya, ke Nasa Tom Yam lah kami sume...

~ Sate tu appetizer jer tau! Main course tak sampai lagik, so kita mentekedarah sate dolu! Perrgghhh..! Dasat betul pola pemakanan!!! ;P

*Tamat...

Tuesday, February 8, 2011

TERIMA TETAMU...

Minggu lepas, Andak & family balik kampung. Lama jugak la... Dari hari Isnin sampai Khamis. Kalau tak, nak stay kat kampung sampai Sabtu. Tapi, nenek aku plak nak ke Melaka, Mak Yang ajak jalan2 carik pasal + tengok cucu-cicit kat sana. Tu yang Andak balik awal tuh.

Andak balik kali ni buat road tour. Memula, dia jalan2 carik pasal ke umah Pak Lang yang jarak sekangkang kera tuh. Pastu, ke umah Uteh kat Batu Gajah. Bermalam kat sana lagik! Balik dari Batu Gajah, Andak & family terjah umah aku ngan abang aku lak. Siap request nak makan sate lagik..! Ye la... orang baru lepas pantang, of cos mengidam nak makan macam2 kan... Hiks...


~ Hari Rabu, lepas balik keje, we ols terus berdesup carik sate Wak Teni kat Bumbung Biru. Sementara menunggu sate dibakar, sempat jugak we ols mengorder gado2. Haish! Pantang jumpa kedai makan!


~ Happy jer Andak sebab dapat makan sate. Ni kalau aku kenakan bayaran ni, mau mak cik kayo nih! Ha3... Larikksss..!!!


~ Mak aku lagik dasat! Bercucuk2 sekali seludup! Ha3...


~ Mak Lang pun ado. Tengah honeymoon ngan Pak Lang masa tu sebab anak2 dia balik kampung, jumpa atuk diorang.


~ Budak kecik yang bila dia senyum terus nampak lawak! He3... Nama panjang: Muhammad Naim Syafik. Nama pendek: Naim. Anak Andak yang ke-3.


~ Nenek pun makan banyak jugak. Siap melatah2 lagik! Tu yang tak buleh blah tuh! Ha3...


~ Anak sulung Andak, Muhammad Nazim Shameer a.k.a Nazim.


~ Yang ni, tak perlu diperkenalkan lagik sebab memang dah fames amos dah kat blogungukechintaanku nih! 'Errr... Mai secawen..!' (iklan kopi Radix) He3...

Kesimpulannya, aku & my 'sayang' berpuas hati sebab dapat jamu tetamu2. Walaupun hidangan tak seberapa tapi, tetap meriah! Terima kasih sume sebab sudi menjenguk teratak kami..! ;)

Lepas makan, rest2 jap, then terus chow ke umah abang aku lak. & makan lagik..! Ada cekodok bilis + sos cili ngan jambu batu + serbuk asam. Santak perut, weh..! Tapi, rasa menyesal lak tak makan banyak cekodok malam tuh. Paling2 pun tapau la kan... Sampai skang terkenang2... Hu3... Ah kak kan peminat setia cekodok bilis...

Ada sesapa tak yang sudi courierkan cekodok bilis yang best malatops2 kat ah kak? Errr... kalau buleh, courier ngan sos pencicah sekali, ek? Wah! Demand, ko! Ahaks3...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google