SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAMADAN 2012. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN 2012. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

IMSAK 16 RAMADAN... 2012

Berbuka di rumah kakak, makanya bersahur pun di rumah kakaklah. Takkan di rumah cikguRokiahjualrotiJohn pulak kan. He3...

Merapu meraban je tuan tanah kedaung ni tau! Mencik! ;P

~ Aku bangun bila makanan dah terhidang di atas meja. Anak manjas kata ko! Ahaks3...

Masa berbuka, selain KFC kakak ada masak sup ayam. So, time sahur tu direheat balik buat lauk. KFC pun belasah jugak. Tambah nasik goreng ngan telur dadar je.

~ Kak Yong demam. Kak Aneem bagi makan ubat. Comel je Kak Yong duduk terlepek macam tu. ;)

Dalam pukul 11 pagi, kami dah gerak balik. Tapi, tak balik terus pun sebab nak shopping kat Tesco Kajang dulu. Abang belikan mak jubah. Kaler ijo lite2, ada manik2. Santek wooo..! Nanti raya kalau mak aku pakai, aku jaja kat sini, ek! ;P

Aku pulak shopping seluar slack. Kaler lite brown. After less jadik RM 29.90 je. Murah kot! Lepas tu, aku beli brooch. Mak beli blouse ngan slack.

Dari Tesco Kajang, kami singgah Masjid Shah Alam. Kebetulan kat situ pun ada booth2 jual macam2. Shopping lagik! He3... Aku belikan mak tudung kaler ijo yang nak disuaipadankan dengan jubah ijo yang abang belikan tuh. Wah! Vogue da vass mak raya nih! Kalah anak2 menantu. Ha3...

Ada jugak kami shopping kurma, kismis & kekacang. Macam little Mekah pulak. ;)

Last sekali, kami singgah Alam Sentral ngan Kompleks PKNS. Aku nak carik tudung. Tapi, sampai lenguh2 kaki menapak, 1 apa pun tak beli! Dapat rembat kek lapis Sarawak je. Hu3...

Ada kaler yang aku nak, kualiti jahitan macam hampeh la pulak! Harga cekik darah! Tak berbaloi. Ada yang memang cantek giler, tudung sulam chiffon silk, lepas bargain dapat 56 hengget, tapi pendek sangat. Tak cover mende yang sepatutnya dicover. Saiz lain takde pulak tuh! Aku dah berangan2 dah nak melaram tudung tu masa balik rumah mertua. Dah takde saiz, terpaksa cancel berangan. Sentap! Tsk3...

Pulang dengan hati hampa siap menitiskan air mata lagik sebab tak dapat tudung raya idaman. Owh... pehhh---lisss... Hu3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 15 RAMADAN... 2012

Hari ni spesel sikit sebab orang lain berlumba2 nak balik kampung sempena cuti am Nuzul Quran, yang kami pulak bersuka-ria nak ke Kajang, rumah kakak. Berbuka di rumah kakak kekdahnya...

~ Plan bertolak lepas Zohor. Tapi, biasa la kan... plan selalu ke laut! He3... Pukul 3 petang baru gerak dari rumah mak. ;P

~ Highway bertentangan memang jemm! Siap ada accident bagai... Orang bandar pakat balik kampung kan...

Sebenornya, aku ngan Kak Aneem dah plan nak surprisekan kakak & abang sebab nak celebrate birthday diorang. Birthday kakak adalah pada 7 Ogos, birthday abang pulak adalah 8 Ogos. Tapi, kami celebrate awal sikit la...

Aku sms Kak Aneem, kata nak tapau KFC kat Tesco Kajang. Kak Aneem kata dia ajak abang follow jugak sebab Kak Aneem nak beli kek birthday. Tapi, dia kasik reason kat abang kata nak beli ubat anak la... beli roti la... Ha3...

~ Bebudak ni kalau jumpe mende alah yang macam kereta mainan masuk duit syiling 50 sen dia boleh bergerak2 tu, mula la menggelupur nak naik!

~ 3 in 1 naik sekali! He3...

Kakak dah sms tanya bila nak sampai sebab dah pukul 7 malam tak nampak batang hidung lagik. Bukannya kami sengaja nak sampai lewat. Tapi, abang tu la... Kak Aneem nak beli kek tapi, dia dok ikut je mana Kak Aneem pergi. Nanti kang tak surprise la kan... 

Last2, Kak Aneem kata dia teringin nak makan roti. Abang ditugaskan monitor anak2. Anak2 diorang pulak macam paham2 je mama diorang nak buat surprise. Ajak papa diorang main kereta tuh sampai terghalit2. He3...

~ Berbuka dengan KFC la kami hari tu. Aku sponsor! Ececehhh..! Nak jugakkk... Hiks...

~ Jenuh tiup belon. Dah la puasa! Fuh! Semput kot!

~ Berlengas dah tuan tanah kedaung. Hu3...

~ 'Ini barang baik, hei! Ini barang baik!' Ha3...

~ Birthday girl...

~ Macam insan yang paling busy je ah kak di situ..! He3...

~ Kek birthday sponsored by Kak Aneem. Sodap! Macam tiramisu + aiskrim.

~ Masa ni, dah tak surprise dah... Dah kantoi dah... He3...

~ Kakak & abang aku dunia akhirat. Owh... syahdu la pulok! Tsk3...

~ Agak2 la, bro! Ha3...

Boleh pulak kitorang terlupa yang birthday Abang Mie pun bulan 8 jugak. Dah potong2 kek baru terperasan. Hadoiiyaiiinyapun!

~ Terus mintak ampun... Terus paksa Abang Mie potong kek jugak. Adeh3...



~ Romantika bulan puasa la pulok! Hiks...

Seronok betul berbuka puasa hari tuh. Sebab dapat buat gathering 1 family kan... Lama dah tak makan sama2 kot.

Happy birthday to kakak, abang & Abang Mie. Semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Aminnn...


p/s: Pssttt2!!! Birthday tuan tanah kedaung ni 16 September tau! Jangan buat2 lupa pulak! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 15 RAMADAN... 2012

Ingat nak tapau je leftover lauk dari rumah mertua. Tapi, tak boleh sebab takde mende yang boleh ditapau dah. Semua pun sold out! Hu3...

Takpe la... kita belasah masak apa yang ada dalam fridge tu je.

Aku goreng ikan bilis, angkat & toskan.

Tumis bawang besar sebijik, campak cili padi dalam 7 bijik, then pecahkan telur. Dah keras sikit, aku hancus2kan.

Lepas tu, bubuh balik ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau2 kejap, letak kicap sikit & hidangkan. 

Makan dengan nasik panas2. Owh... terbaekkk... wok..! ;P


:: Like3, ek! ::



IFTAR 14 RAMADAN... 2012

Kembali berbuka kat rumah mertua...

Kalau ikutkan, weekend je nak bahagi2 masa berbuka kat rumah mertua ngan rumah mak. Tapi, sebab weekend tu kami nak ke Kajang, berbuka kat rumah kakak, balik pulak adalah hari Ahad, so diawalkan sikitlah turn berbuka kat rumah mertua minggu tuh. 

Kira aci je la kan... ;)

Pukul 7.00 malam baru nampak batang hidung. Almaklum la... wanita berkerjaya kan... Harus la kena tunggu habis opis hour baru balik kampung. Ececehhh..! ;P

Singgah beli kuih kat PARAM lagik... memang makan masa la kiranya kan...

Sampai2, aku tengok adik2 ipar dah start hidang. Laju2 aku join. Heh3... 

Menu berbuka petang tu adalah nasik putih, sup ayam, udang tumis daun kunyit, ikan goreng & kuih-muih. 2 pinggan kot aku belasah! Adeh3...

Dulu2, masa memula kawen, kemain segan lagik nak tambah2 nasik. My MIL sua nasik tambah kat depan muka pun bajet malu2 kucing nak cedok. Sekarang, my MIL tak payah susah2 angkatkan nasik tambah sebab tahap keseganan tu macam dah pupus pulak. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 15, 2012

IMSAK 14 RAMADAN... 2012

Dah mula liat nak bangun sahur. Mak buat wake up call sampai 2 kali, noks..! Hu3...

Pukul 5.10 pagi baru nak mengeliat. Rasa macam nak tongkat kelopak mata dengan batang mancis pulak. Adeh3...

Sudahnya... panaskan nasik, goreng telur mata kerbau & ikan masin. Makan dengan cili padi sikit. 

Simple giler tapi, sodap apa..?!! ;P


:: Like3, ek! ::



IFTAR 13 RAMADAN... 2012

Akhirnya... dapat jugak berbuka puasa kat rumah abang. ;)

Mak roger2, suruh aku masak apa2 yang patut. Tak pun tapau PARAM je sebab mak tak larat nak masak. Nak kejor menjahit baju raya orang. Mak dah tolak awal2, actually. Tapi, diorang hantar time mak takde kat rumah. Diorang pass kat nenek je.

Ada jugak yang aci merayu2 sampai mak serba-salah nak tolak. Hadoiiyaiiinyapun!!! Kesian mak tau!

So, takpe la... kalau mak tak larat nak masak. Biar anak2 pulak memasak untuk mak. Cewwahhh! Bajet anak mithali kata ko! Ha3...

~ Aku nak masak ayam kari tak kari. Rupa macam ada dah. Tapi, rasa dia macam ke laut kot. Aci pejam mata je makan dengan nasik impit. Adeh3...

Kak Aneem pun masak jugak. Maybe, kami sama2 dah boring kot sebab asik menapau PARAM je. Kak Aneem masak lauk selamat iaitu tomyam ayam. Aku kata dia lauk selamat adalah sebab memang kojo sonang yo nak masak tomyam! Campak2, reneh2 kejap, dah siap. ;P

~ Nasik impit tu aku rebus time balik rumah tengahari. Tersama pulak masak ikan masin goreng dengan Kak Aneem. Belasah je lah! ;P

~ Kak Yong puasa penuh hari tu. Tapi, bila berbuka makan nasik impit ngan kuah tomyam sikit je. 

~ Minum air je yang tak hengat! He3...

~ Tuan tanah kedaung... He3...

~ Lepas berbuka, bebudak berdua tuh berphotoshoot. Haish! 

~ Kak Yong dah kurus. Dah hilang kechubby-annya.. Holloh3...

~ Konon comel sangat la tuh! ;P

~ Ececehhh..!!!

Tak sabornya aku nak raya..! Owh... pehhh-lisss..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



IMSAK 13 RAMADAN... 2012

Semalamnya, berbuka kat luar. Lepas tu, semayang tarawikh ramai2 dengan mak, abang & family kat Masjid Teluk Intan. Sebelum balik, singgah minum2 dulu kat Aroma Keladi. 

Balik rumah, mata pun dah mengantuk. Tak larat nak prepare apa2 untuk sahur. Nasib baik jugak mak ada tapau lauk kenduri surau. Ada dalca, papadom ngan ayam masak merah kot. Reheat2 semua tu je lah.

Janji sahur kan? ;)


:: Like3, ek! ::



IFTAR 12 RAMADAN... 2012

Seperti yang dijanjikan atau lebih tepat lagik, yang dinanti2kan... abang aku dengan rela hati nak belanja iftar 12 Ramadan. Semua abang ngan Kak Aneem yang uruskan. Kami yang lain2 nih tinggal tadah mulut ngan prepare perut je. He3...

Abang pilih Mutiara Seafood. Kena booking siap2 ngan menu sekali kot sebab masa aku, my 'sayang' ngan mak sampai, abang & family dah duduk kat 1 meja siap dengan menu2 terhidang di atas meja. 

Terbaekkk... lah! ;D

~ Kecur liur aku tengok ikan siakap nih. Tak tau la masak apa. Tapi, rasa dia ada pedas2 + masam2 sikit. Sodap!

Terus aku rasa nak azan secara sendirian berhad. Ha3... Hadoi!

~ Kak Yong jeles sebab aku amik gambar Rifqi, tak amik gambar dia. Terus dia enterframe tangan. Ha3...

~ Mokcik yang sorang ni pun jeles jugak. Tapi, bila tala camera kat dia, terus macam purak2 tak perasan pulak. Chait!

~ Tak larat nak amik gambar satu2. Amik secara berjemaah macam ni je lah. Menu lain adalah sotong masak kicap, kerabu mangga, udang goreng tepung, kailan ikan masin, sup daging & keropok ikan.

~ Full-house Mutiara Seafood hari tu. Memasing pakat beriftar kat luar kot. Tak pun memasing dah malas masak. Macam ah kak. Heh3...

~ Ni baru namanya menikmati dengan khusyuk! Ha3...

Memandangkan aku period pada hari tersebut makanya, aku jadik baby sitter kejap sebab yang lain2 nak semayang Maghrib. Tak payah susah2 carik masjid jauh2 sebab kat Mutiara Seafood tu dah ada disediakan surau. Sempit sikit la kot sebab ramai yang nak semayang. Kena ikut turn jugak.

Sesambil membaby-sit, sesambil meneruskan pemakanan. Ratah apa2 yang patut. Emmmm..... dappppp...!!! ;P

Terima kasih daun keladi kepada abang & Kak Aneem... Jasamu dikenang... Heh3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, August 14, 2012

IMSAK 12 RAMADAN... 2012

Mak tido kat rumah aku. Seperti biasa, mak memang bangun awal untuk sahur. Aku pulak, seperti biasa, dah dekat2 pukul 5 pagi baru tercangak-bangak kat dapur. Terkebil2 mata tengok mak masak. Adeh3...

Ada leftover kobis masak lemak. Tapi, mak kata mak tak lalu nak telan mende2 yang berkuah time sahur. So, mak gigih masak ayam goreng tumis cili padi. 

Aku suka je... Apa mak masak, memang aku telan! Laju2 pulak tuh! Hilang ngantuk. He3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 11 RAMADAN... 2012

Mak roger2, kata nak berbuka kat rumah abang. Aku ngan my 'sayang' harus la on je..! He3...

Abang pulak roger2 kata, jom berbuka kat luar je lah. Abang nak belanja, noks! Lagik la bertambah2 aku on! Rejeki jangan ditolak, bebeh! Ha3...

Tetiba, abang sms kata terpaksa cancel sebab abang ngan Kak Aneem wajib attend majlis berbuka puasa Taska PERMATA (Negeri). Taska Kak Ngah. Tak boleh ngelat sebab nanti effect kat sesi persekolahan Kak Ngah kat PERMATA tuh. 

Even masa memula nak register dulu pun memang banyak syarat. Siap parents kena interview bagai... Antara syaratnya parents wajib terlibat dalam aktiviti anak2. Kalau tak join, makanya anak2 tu akan diterminate dari PERMATA. Begitu la lebih kurang...

So, abang kata bukak puasa treat tu dipostpone ke 12 Ramadan. 

~ Mak berbuka kat rumah aku je dulu hari tu. 

Aku masak tau! Nasik putih, kobis masak lemak, cili kicap, ikan goreng, ayam goreng ngan ikan masin goreng tu yang aku masak. Yang lain2 macam pajeri terung, paru masak kicap ngan segala kuih-muih tu my 'sayang' tapau kat PARAM je.

Bbrrppp...!!! Ooppsss!!! Puasalah! He3...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 11 RAMADAN... 2012

Hmmm... rasanya, aku masak sambal sardin kot. Lupa pulak! He3...

Nampak sangat terlalu jauh updatenya tuh. Hu3...

Gigih jugak nak mengabadikan dalam diarimayaungu nih. Achaner tuh? ;P

Sambal sardin makan dengan nasik panas2. Kira orait jugaklah! Tak dapat nak reheat lauk berbuka sebab sold out. 

Sekian...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 10 RAMADAN... 2012

Semua lauk tapau PARAM & tapau dari rumah mak. Masih tak kose nak main masak2 sebab rasa macam aci tunjuk2 tau2 lauk siap tu adalah best! He3...

Cakap je la malas kan... Lagik nak pusing2 ayat. Heh3...

~ Ada asam pedas ikan pari... Murah & sodap! Cuma kurang pedas je. Takpe... Boleh dimahapkan. ;P

~ Cempedak goreng & puding milo...

~ Ikan bilis goreng ngan ikan siakap sweet sour. 

Kebetulan hari tu, mak ngan geng2 suraunya masak kat surau. Kebiasaannya begitulah... Sebab memang selalu ada pengajian. Tambah2 di bulan puasa nih, makin murah rezeki bila ramai yang chop nak bersedekah buat kenduri bukak puasa. 

Bajet untuk 1 hari kenduri adalah 600 hengget. Mak pun join buat kenduri jugak. Mak sharing2 dengan geng2 mak untuk buat kenduri 10 Ramadan tuh. Niat untuk arwah abah. Sesiapa yang masak, akan ditapaukan lauk-pauk. Kiranya, siakap sweet sour tu lauk kenduri hari tu lah.

~ Kari ayam ni pun sama jugak, lauk kenduri.

~ & kerabu mangga nih.

Alhamdulillah la kan...

Tak lupa Al-fatihah untuk arwah abah... Semoga rohnya sentiasa tenang di sana & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 10 RAMADAN... 2012

Bermalam kat rumah mak, makanya sahur pun kat rumah maklah. My 'sayang' kejut pukul 4.50 pagi. Terkulat2 aku bangun. Aku tengok mak dah siap2 bersilat kat dapur. Memang bertuah punya anak la kan... 

Sekeh kepala sendirik lapanplohkali! Adeh3...

Lauk-pauk ada yang mak reheat lauk berbuka & ada jugak yang mak masak. Mak masak sayur ngan goreng ikan masin kot. Teh O panas pulak memang wajib ada. 

Mak memang camtu. Kalau bersahur, mak prefer minum air panas. Tak semustinya teh O la... Kadang2 mak bancuh sirap panas, teh halia ke... begitu... Penambah selera katanya...

Tau2 je la kan... kalau time sahur ni memang susah betul nak menyumbat nasik masuk dalam mulut. Cer time siang2 hari puasa, mau terkenang2 nasik yang tak berapa nak disumbat tuh. Hu3...

Mak kata, kalau ada air panas macam teh O, terbukak sikit la selera. Makan bersulam air pun ye gak. 

Kalau sahur kat rumah sendirik pun aku praktikkan. Tapi, tugas2 bancuh air teh O panas tu aku serahkan secara rasmi kat my 'sayang'. Aku panaskan nasik ngan reheat2/masak2 lauk. Suami isteri bekerjasama kata ko! 

Cewwah! ;D


:: Like3, ek! ::





Thursday, August 9, 2012

IFTAR 9 RAMADAN... 2012

8 Ramadan dah berbuka kat rumah mertua. 9 Ramadan berbuka kat rumah mak pulak. Adil & saksama kekdahnya... Heh3... Actually, memang dah pakat ngan abang untuk berbuka kat rumah mak.

Pukul 2 petang gerak dari rumah mertua ke rumah mak. Tak sempat panas bontot dah sampai. He3...

Mak tengah menjahit masa tuh. Terkejut2 jugak mak masa kami sampai. Sebab kami tak roger2 pun kata nak berbuka kat rumah mak. Aci terjah je. ;P

Mak cakap, nasib baik ada stok lauk mentah dalam fridge. Boleh la mak masak. Tak payah beli2 lauk PARAM katanya...

Owh... ah kak ho yeahhh... ho yeahhh... je..! Terus laju2 request ayam kari tak kari. La3...

~ So, menu berbukanya adalah nasik putih, ayam kari tak kari nih...

~ Sambal kicap telur rebus...

Pukul 5.30 petang dah siap masak. Pukul 6 petang, kitorang keluar jalan2 menunggu waktu berbuka. Memula, my 'sayang' bawak pergi tengok site kat Kampung Pahlawan tuh. Lepas tu, singgah PARAM Langkap, tapau kuih-muih ngan buah tembikai.

~ Antara kuih-muih yang ditapau... Ada yang kitorang beli & ada jugak yang abang aku beli.

~ Ayam percik ngan ayam goreng Uncle Bob ni abang tapau kat PARAM. Hmmm... dappp... ;D

~ Kuih koci ni pulak, my MIL yang kasik. Home-made. Banyak wooo...

Meriah jugak menu berbuka hari tuh. Santak perut nak menghabiskannya. Adeh3...

Malam tu, aku ngan my 'sayang' mentido kat rumah mak... Sekian... ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 8, 2012

IMSAK 9 RAMADAN... 2012

My MIL terlewat bangun dari biasa. Selalu bangun pukul 4.30 pagi. Tetiba terlajak ke pukul 5 pagi pulak. 

Memang la nampak macam takde la lewat mana pun... Tapi, bagi my MIL dah kira lewat la sebab nak reheat2 lauk-pauk segala bagai... nak hidang2... nak kejutkan anak2 menantu2 bangun sahur lagik... 

Kebetulan, aku terjaga awal la jugak kiranya kan... Tu pun sebab mak buat wake up call jugak. Thank you, mak! He3...

So, my MIL tugaskan aku untuk kejutkan yang lain2. Owh... bisa diatur, bebeh! ;P

Kalau tak, sebelum2 ni memang muka aku je la antara yang last bangun. Tau2 diorang dah hidang2. Owh... malu..! Menantu apakah..??! ;P

Menu bersahur lebih kurang sama dengan menu berbuka. Tak payah nak membazir. Cuma tambah telur dadar je sebagai pembuka selera. 

& aku ngan my 'sayang' makan 2 pinggan nasik!

Ooppsss!!! Heh3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 8 RAMADAN... 2012

Sekali lagik berbuka puasa di rumah mertua. Kali ni merangkap kenduri sekali. Kenduri berbuka puasa ni memang dah jadik agenda tahunan family mertua.

Pagi tu, my 'sayang' turun site dulu. Pukul 1 petang baru my 'sayang' sampai rumah. Pukul 2 petang kami gerak balik kampung. Wah! Macam jauh je bunyiknya kan? Padahal, 1 tol pun tak kena! He3...

Packing lebih sikit sebab tido sana.

Tetiba my 'sayang' ajak tengok site kejap. On je lah! ;)

~ Projek buat jalan ladang. Lokasi: Kampung Pahlawan, Langkap. 

~ Perkampungan orang asli tau! Hari2 la my 'sayang' ngadap Tok Batin. He3...

Pukul 3.30 petang baru sampai rumah mertua. Laju2 tolong apa2 yang patut. Sedar diri datang adalah lambat. Hu3...

Menu berbuka merangkap lauk kenduri adalah nasik putih, sup ayam, kurma daging, sambal belacan, sambal kicap, ulam2-an, lala masak lemak & sambal udang. Dessert pulak ada buah tembikai, puding jagung & agar2 sirap.

Alhamdulillah... all went well... 

Ececehhh..! Skipping London pulak tuan tanah kedaung ni tau! Pengaruh Oh My English kata ko! Heh3...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 8 RAMADAN... 2012

Hye, you ols..! Long time no see kan? ;P

Almaklum la... tuan tanah kedaung sibuk sesado! Sibuk dengan kerja... sibuk menjahit manik baju raya... sibuk menyopping raya jugak. He3...

Ni pun, baru nak update 8 Ramadan punya menu bersahur. Adeh3...

Goreng telur dadar je. Lauk lain semua belasah leftover masa berbuka. Nasi putih + ikan goreng + telur dadar. 

Ok la tu kan? ;)


:: Like3, ek! ::


Thursday, August 2, 2012

IFTAR 7 RAMADAN... 2012

Pun tak masak jugak. PARAM yang jadik solution kepada tahap kemalasan melampau aku tuh. Adeh3...

Pagi2 lagik my 'sayang' dah tanya berbuka kang nak makan apa. Bukan poyos tapi, sebab hari tu aku drive. My 'sayang' pulak memang membusy tahap gaban. So, petang kang my 'sayang' terus je terjah PARAM carik makanan2 yang kami idam2kan. Means, aku tak ikut la...

Eh! Tapi, poyos pun ada sikit kot... Sebab boleh je dah sampai PARAM baru calling2 kan... Tak pun sms. Ha3...

~ Makanan idaman my 'sayang' untuk petang tu adalah nasik ayam hainan. Not bad katanya... Plus, bukti menunjukkan my 'sayang' makan sampai licin! ;P

~ Aku pulak mengidamkan nasik beriani ayam. 

~ Lauk2 tapau dari my MIL, ikan goreng dengan ayam goreng tepung. Saaaayanggggg... my MIL laju2... Hiks...

~ Kuih yang kitorang termengidamkan pulak adalah cucur udang & pisang goreng.

Semua yang ditapau dari PARAM kategori not bad la... Boleh layan. Kecuali nasik beriani tuh. Dia buat aku sakit perut kena diarrhea! 5 kali ah kak ke 'bilik termenung' tu tau! Tsk3...

Lepas tu, terus pangkah nasi beriani makcik tuh. Nehi3!!! Hu3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google