SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Friday, March 17, 2017

BUKAN SEKADAR MAGGI

Balik kerja, rest 5 minit. Sambil2 tu, layan social media.

Hokay, dah 5 minit. Capai vacuum & mula menyedut habuk2, sawang2 & debu2 (jika ada). Makan masa dalam 15 minit jugak la...

Kemudian, cek stok grocery. Apalah yang nak dimasak untuk dinner?! 

Tetiba... tingggggg......!!! ;P

Nampak & menjumpai bahan2 berikut:-

Maggi Kari Letup
Carrot
Kobis 
Fishball
Telur ayam
Daun sup

Bawang toksah cerita la... In shaa Allah, ada. So, paham2lah apa yang ah kak nak masak untuk dinner pada malam tersebut, ek! ;)

~ Tarat tat taraaa..!!! Heh3... Bukan sekadar maggi...

Tapi, sejenis hidangan yang dimasak dengan penuh kasih, sayang & cinta. Ecewah..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, November 19, 2016

ANGEL HAIR AGLIO OLIO

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bolognese & carbonara kita tolak tepi dulu. Tukar selera ke aglio olio pulak.

Bahan2:-

1 peket pasta angel hair
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 pokok daun bawang (dipotong mancis)
10 ekor udang (dibuang kulit)
1 mangkuk kecil cendawan butang (dihiris)
3 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
1/2 ketul kiub ayam
2 tangkai cili kering (dibuang biji & dipotong)
Air masak
Serbuk lada hitam
Chilli flakes
Garam
Minyak masak
Air

Cara2 Penyediaan:-

1. Rebus pasta angel hair di dalam air yang ditambah sedikit garam & minyak masak. Angkat & toskan.
2. Panaskan minyak. 
3. Tumis bawang besar, putih & cili kering hingga naik bau.
4. Masukkan cendawan butang, udang & sotong.
5. Masukkan kiub ayam & sedikit air masak.
6. Masukkan pasta angel hair. Sebatikan.
7. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & chilli flakes. Kacau rata. Angkat.
8. Taburkan daun bawang & chilli flakes sebagai hiasan. Siap.

~ Angel Hair Aglio Olio

Tekak aku jenis pempedas. Sebab tu add on cili kering selain dari chilli flakes je. Well... semua pengolahan bergantung kepada citarasa memasing.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, November 15, 2016

GAERAN MARI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Gaeran mari tu maksudnya egg roll / telur gulung versi Korea. Sekali-sekala speaking Korea. Heh3...

Banyak kali sangat nampak orang Korea makan gaeran mari. Dalam Running Man... drama2 Korea... rancangan memasak Korea... Jadik, ah kak terjebak. Nak try. ;)

Bahan2:-

4 biji telur ayam
1/2 biji carrot (dipotong macam mancis)
1/2 biji carrot (dipotong dadu)
1 mangkuk cendawan butang (dihiris)
4 keping roti potong Gardenia (dibelah 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
Daun bawang (dihiris)
Minyak masak
Garam
Serbuk lada hitam

Cara2 Penyediaan:-

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3. Masukkan carrot yang dipotong mancis & cendawan butang.
4. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Masak seketika. Angkat.
5. Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Kacau.
6. Masukkan carrot yang dipotong dadu & daun bawang ke dalam mangkuk telur ayam.
7. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Kacau.
8. Panaskan minyak.
9. Tuang bancuhan telur ayam. Biarkan seketika.
10. Gulung telur sedikit demi sedikit hingga jadi 1 gulungan sempurna. Angkat & potong ikut kretaiviti. Hidangkan dengan carrot + cendawan butang tadi & roti potong Gardenia.

~ Gaeran Mari

Mariiiiii3......!!!!!! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, November 5, 2016

FUSILLI CARBONARA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Makan pasta untuk kesekian kalinya... ;)

Bahan2:-

1 peket pasta fusilli
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 tin Sos Prego Carbonara Mushroom
1 cawan susu cair
1 mangkuk meatball ayam & daging (dibelah 2)
Minyak masak
Garam
Serbuk lada hitam
Air

Cara2 Penyediaan:-

1. Didihkan 1 periuk air yang dititiskan minyak masak & diperasakan dengan sedikit garam.
2. Masukkan pasta fusilli. Rebus hingga empuk. Angkat & toskan.
3. Panaskan minyak masak.
4. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
5. Masukkan meatball ayam & daging. Masak seketika.
6. Tuangkan Sos Prego Carbonara Mushroom. Sebatikan.
7. Tuangkan susu cair.
8. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. Tutup api.
9. Masukkan pasta fusilli. Kacau rata & hidangkan.

~ Fusilli Carbonara

Breakfast boleh. Dinner pun boleh. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 19, 2016

KETAM BLACK PEPPER HANG PI MANA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Meng-ketam pulak. 'Meng-ketam' takde dalam Kamus Dewan. Vocab ciptaan ah kak je tu. Maksudnya, memasak menggunakan ketam sebagai bahan utama. Sila tak konpius. He3...

Bahan2:-

5 ekor ketam (disiang & dicuci bersih)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk kecil broccoli
2 biji tomato (dibelah 4)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2)
Air masak
Serbuk lada hitam
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1. Panaskan minyak.
2. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
3. Masukkan broccoli & cili hijau.
4. Masukkan sos tiram & cili.
5. Masukkan ketam. Sebatikan.
6. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam.
7. Tuang air masak secukupnya. 
8. Masukkan tomato. Masak seketika. Angkat & hidangkan.


~ Ketam Blackpepper Hang Pi Mana. ;P Dihidangkan bersama nasik goreng kampung, sambal tumis ikan bilis & buah oren.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, October 10, 2016

MEATBALL #CHIAAA3

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Akibat terkenangkan meatball IKEA. Hu3...

Bahan2 Meatball:-

1 peket daging kisar
1 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu butter
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
30 ml susu segar
1 biji telur ayam

Cara2 Penyediaan Meatball:-

1. Cairkan butter. 
2. Tumis bawang besar hingga naik bau. Matikan api.
3. Masukkan daging kisar, serbuk lada hitam, garam, susu segar, telur ayam & campuran bawang besar + butter yang telah ditumis tadi ke dalam mangkuk. Uli hingga sebati.
4. Bulat2kan mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Cairkan butter.
6. Goreng meatball hingga garing. Angkat & toskan.

Bahan2 Fries:-

1 mangkuk frozen fries
Sos cili
Mayonis
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Fries:-

1. Panaskan minyak.
2. Goreng fries hingga kekuningan. Angkat & toskan.
3. Hidangkan fries ke dalam pinggan bersama-sama dengan meatbal yang telah digoreng tadi.
4. Tuangkan sos cili & mayonis ke atas fries.

Bahan2 Sayur:-

1 batang carrot (dihiris)
1/2 biji cauliflower (dipotong)
Serbuk lada hitam
Garam
Air

Cara2 Penyediaan Sayur:-

1. Rebus sayur dalam air secukupnya hingga empuk bersama sedikit garam. Angkat & toskan.
2. Taburkan dengan serbuk lada hitam.
3. Hidangkan dengan meatball & fries tadi.

Bahan2 Sos Lada Hitam:-

1 sudu butter
1 cawan susu segar
1 sudu kicap
1 ketul kiub ayam
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
Serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan Sos Lada Hitam:-

1. Cairkan butter.
2. Masukkan kicap, kiub ayam, serbuk lada hitam & air masak secukupnya. Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan susu segar & bancuhan tepung jagung. Kacau seketika & matikan api.
4. Tuangkan ke atas meatball tadi. Siap.

~ Meatball #Chiaaa

Fuh, penat mengtaip! Sekian...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, July 23, 2016

WHATEVER PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Takde yang specific. Konsep menggodek2 fridge, tengok stok apa yang available demi menunaikan hasrat perut yang lapor. ;P

Bahan2 (untuk 2 orang):-

4 keping roti potong wholemeal Gardenia
2 keping daging burger 
1 tin kecil kacang panggang
1 mangkuk broccoli 
2 keping processed cheese
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
Serbuk lada putih
Butter
Mayonis
Sos cili
Serbuk lada hitam

Cara2 Penyediaan:-

1. Sapu butter & mayonis pada roti potong wholemeal. Ketepikan.
2. Cairkan butter. Grill daging burger hingga masak sambil taburkan dengan serbuk lada putih. Angkat & ketepikan.
3. Letak daging burger atas roti tadi, bubuh hirisan bawang besar & tuangkan sos cili secukup rasa. Tutup dengan sekeping lagik roti. Siap untuk main course.
4. Cairkan butter. Grill broccoli & balik2kan. Taburkan sedikit serbuk lada hitam semasa menggrill. Koyak2kan processed cheese & letakkan atas broccoli. Angkat & ketepikan.
5. Panaskan kacang panggang. Angkat & hidangkan kesemuanya bersama dalam 1 pinggan.

~ Whatever Platter

Aku paling addicted pada grilled broccoli cheese tuh. Ratah cenggitu je pun best! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, May 31, 2016

FRIED MEE HOON WITH SQUID & OMELETTE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nama resepi yang sangat2 omputih. Walaupun... sebenarnya ia hanyalah bihun goreng sahaja. Well.. nama wajib over..! Konsep tuan tanah kedaung. Heh3...

Bahan2:-

1 bungkus bihun siam (direndam dengan air panas, dicuci bersih & ditoskan)
5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
1 peket fishball (dibelah 2)
1 batang carrot (dipotong memanjang seperti mancis)
2 biji telur ayam 
2 keping tauhu lembut
Minyak masak
Serbuk lada putih
Garam
Kicap manis 
Serbuk lada hitam
Air masak
Serbuk kunyit

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar 
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
Ikan bilis

Cara2 Penyediaan:-

1. Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada putih. Pukul telur ayam. Panaskan minyak masak. Buat telur dadar. Angkat & sejukkan. Gunting telur dadar secara memanjang.
2. Lumur tauhu dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak masak. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat, toskan & biarkan sejuk sedikit. Potong tauhu kepada 6 bahagian setiap 1.
3. Panaskan minyak masak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
4. Masukkan carrot.
5. Masukkan fishball & sotong.
6. Perasakan dengan kicap manis, serbuk lada hitam & garam.
7. Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
8. Masukkan bihun. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan dengan telur dadar + tauhu goreng tadi.

~ Sepinggan Fried Mee Hoon with Squid & Omelette + se-mug air susu.

Syukur selalu... ;)

Eh, macam tagline Romadhon TV3 pulak! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Sunday, May 15, 2016

MY ACADEMY PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

#Throwback sebenarnya ni. Idea nak masak ala2 omputih tercetus masa tengok Academy Awards. Tengok minah2 salleh yang sexy, umur 40 tapi, cutting dia perrgghhh... persis sweet 17 dengan muka make up natural tu, terus je rasa nak feeling2 jadik Charlize Theron. Ko mampu..??! Ahaks...

Bahan2:-

10 ketul nugget ayam tempura
1 mangkuk broccoli
2 biji telur ayam
1 keping cheese
Sos cili
Serbuk lada hitam
Hirisan lemon
Mayonis
Butter
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1. Cairkan butter dalam non-stick pan. 
2. Pecahkan telur ayam. Buat telur mata. Angkat & ketepikan.
3. Cairkan butter lagi.
4. Susun nugget ayam tempura & broccoli. 
5. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Grill seketika.
6. Koyak2kan cheese & letakkan di atas broccoli. Tutup api. Angkat & buat plating ikut citarasa memasing.
7. Hidangkan dengan sos cili, mayonis, hirisan lemon & telur mata tadi.

~ My Academy Platter

Lepas makan, terus rasa vogue da vass macam Charlize Theron. Tak percaya, cer try... cer try... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, November 24, 2015

I LOVE CHEESE PLATTER

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jenguk2 fridge, nampak sosej, jumpa kacang panjang, ada tomato, terselit pulak cheese. Hmmm... apa nak buat, ek?! Pikir3... & pikir... tinggg... mendapatlah idea. ;P

Bahan2:-

3 batang sosej ayam 
2 keping processed cheese
3 tangkai kacang panjang (dipotong panjang2)
2 biji tomato (dihiris memanjang)
Mayonis
Serbuk lada hitam
Garam
Butter

Cara2 Penyediaan:-

1. Satukan tomato & mayonis ke dalam mangkuk.
2. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Tomato salad siap!
3. Cairkan butter. Grill sosej ayam & kacang panjang.
4. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam. Angkat & buat plating.
5. Racik2kan processed cheese ke atas sosej ayam & kacang panjang. Hidangkan bersama tomato salad.

~ I Love Cheese Platter

Lagik meriah cheese dia, lagik sodap kebabom! Enak tahap mengaum. ;D

Masa makan, toksah pikir pasal lemak, kegemukan mahupun obesiti. Lepas makan, baru boleh muhasabah diri. Ha3... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, October 5, 2015

SALAD WRAPS

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tengok Song Ji Hyo makan salad wraps dalam Running Man, perrgghhh... rasa tergugat! Tak semena2 terus gigih nak buat. Ha3... Over nau2, hokay..!

Bahan2:-

1 peket daun salad (dicuci bersih & ditoskan)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 mangkuk kecil taugeh
1 mangkuk kecil daging ayam kisar
1 sudu sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
1 batang timun (dibuang biji & dipotong dadu)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji tomato (dibuang biji & dicincang)
Serbuk lada hitam
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam kisar. Masak seketika.
3. Masukkan ubi kentang & timun. Sebatikan.
4. Masukkan sos cili, tiram, kicap manis & masin.
5. Masukkan tomato & taugeh. Sebatikan.
6. Tuangkan sedikit air masak.
7. Perasakan dengan serbuk lada hitam. Kacau seketika. Angkat & biarkan menyejuk (filling).
8. Letakkan filling secukupnya ke atas daun salad, bungkus & hidangkan.

~ Salad Wraps

Makan dengan sekali sumbat masuk dalam mulut. Sebab tu jangan buat wraps besar2. Cramp pulak mulut nak kena nganga luas2 kang. 

Annyeong..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 9, 2015

EGG DISH + BROCCOLI & MUSHROOM IN OYSTER SAUCE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

'Egg Dish' samadengan bukan nama sebenar sebab nama sebenar ia adalah 'Arabic Egg Dish'. Kita kasik tukar sikit sebab nak sesuaikan dengan stok. Rempah-ratus arab nan hado, noks..! Redah pakai apa yang yang ada jerrr...

Bahan2 Untuk Egg Dish:-

2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 tangkai cili hijau (dibuang biji & dihiris)
1 sudu butter
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 batang timun (dibuang biji & dipotong dadu)
1/2 peket cendawan enoki 
1 mangkuk kecil daging ayam kisar
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram

Cara2 Penyediaan Egg Dish:-

1. Cairkan butter di dalam non stick pan. 
2. Tumis bawang besar, putih & cili hijau hingga naik bau.
3. Masukkan daging ayam kisar. Sebatikan & masak seketika.
4. Masukkan timun, tomato & cendawan enoki. Sebatikan.
5. Perasakan dengan kicap manis, sos cili & tiram. Padatkan.
6. Pecahkan telur ayam 1 persatu & jarakkan. Masak dengan api perlahan hingga telur ayam masak. Angkat & hidangkan.

Settle 1 hidangan. Next! ;P

Bahan2 Untuk Broccoli & Mushroom in Oyster Sauce:-

1 mangkuk kecil broccoli
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1/2 peket cendawan enoki
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 tangkai cili hijau (dibuang biji & dihiris)
Minyak masak
Bancuhan tepung jagung
Air masak

Cara2 Penyediaan Broccoli & Mushroom in Oyster Sauce:-

1. Panaskan minyak masak. 
2. Tumis bawang besar, putih & cili hijau hingga naik bau.
3. Masukkan broccoli. Masak seketika.
4. Masukkan cendawan enoki. Masak seketika.
5. Perasakan dengan sos tiram & kicap manis.
6. Tuangkan sedikit air masak.
7. Tuangkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Egg Dish + Broccoli & Mushroom in Oyster Sauce

Kengkonon Chinese meets Mediterranean la tu kan... Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, August 19, 2015

CHEESY GRILLED CHICKEN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Petang semalam, rasa macam teringin nak basuh merangkap nak kemas2 bahagian dalam WirAsLeez. Dah macam lori pindah rumah rupa parasnya. Sedeh!

Tapi, Oppa menghalang niat suci murni isteri mithali dia ni. Tak payah susah2 katanya... Esok Oppa nak hantar kat carwash, sekali dengan tukar wiper.

Ok, paham... Maksudnya, Oppa sayang sangatlah kat #JiHyo dia nih. Takmo tangan dia kasar2... badan penat2... baju basah... bla3... Hokay... memang nampak sangat kasih sayang yang Oppa tunjukkan tu. Awwsss..! Ha3... #MemintaSangatKenaLempang

#JiHyo pun tukar plan lah. Dari basuh kereta ke memasak. Meh, tengok #JiHyo masak apa, meh! ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong)
2 keping processed cheese
1 cawan brokoli
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu butter
1 biji tomato (dihiris memanjang)
1 biji limau kasturi (dibelah 2)
Mayonis
Daun salad
Garam

Cara2 Penyediaan :-

1) Perap ayam dengan sedikit garam, kicap manis, sos tomato & cili selama sekurang2nya 1 jam.
2) Cairkan butter dalam kuali grill.
3) Grill ayam hingga separa masak.
4) Letakkan brokoli di celah2 ayam. Teruskan grill.
5) Koyak2kan sekeping processed cheese. Letak di atas ayam & brokoli. Grill seketika. Tutup api.
6) Susun daun salad, tomato & limau kasturi di atas pinggan.
7) Letakkan mayonis secukupnya.
8) Susun ayam & brokoli yang telah digrill tadi di atas daun salad.
9) Koyak2kan lebihan processed cheese ke atas hidangan. Siap!

~ Cheesy Grilled Chicken

Bbrrppp...

Ooppsss! Sendawa rasa 'omputih' lah! (Read: cheese lah!) Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Thursday, May 14, 2015

BIBIMBAP RUNNING MAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Berani2 takut je nak try masak ni. Aku cuba sesuaikan dengan tekak Melayu jati. Fuh!

Bahan2:-

1 ikat bayam (disiang, dicuci bersih & ditoskan)
1 mangkuk isi ayam (dicuci bersih & ditoskan)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 keping asam keping
1 sudu kicap masin
1 sudu kicap manis
2 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
1 mangkuk kecil cendawan shitake kering (direndam, dicuci bersih & dihiris)
2 biji telur ayam
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak masak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Perasakan dengan garam, gula & asam keping. Tuangkan sedikit air masak. Kacau & masak hingga pecah minyak. Angkat & ketepikan.
2) Didihkan air bersama sedikit garam. Celurkan bayam seketika. Angkat, tos & rendamkan ke dalam air ais. Angkat & toskan sekali lagi.
3) Perap isi ayam dengan kicap masin, manis & bawang putih. Panaskan minyak. Goreng isi ayam hingga masak. Angkat & ketepikan.
4) Panaskan minyak. Goreng carrot seketika. Angkat & toskan.
5) Panaskan minyak. Goreng telur ayam hingga menjadi telur mata. Angkat & ketepikan.
6) Panaskan minyak. Goreng cendawan shitake seketika. Angkat & ketepikan.
7) Hidangkan bersama nasi putih seperti gambar di bawah.

~ Bibimbap Running Man

Running Man... Running Man... Running Man...

Terpengaruh kaw2 punya..! Ho3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 11, 2015

SET CHINA MEETS THAILAND

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

China & Thailand... mari kita temukan 2 negara Asia tersebut..! Bergabung... meletop!!! He3...

Bahan2 Untuk Nasik Goreng Cina:-

1 mangkuk nasik putih 
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji bawang putih (dicincang)
Serbuk lada putih
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Nasik Goreng Cina:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Pecahkan telur ayam. Bila agak mengeras, kacau rata.
3) Masukkan nasik putih. Sebatikan.
4) Perasakan dengan garam & serbuk lada putih. Kacau rata & angkat.

Bahan2 Untuk Tomyam Sotong:-

5 ekor sotong (disiang, dipotong & dicuci bersih)
2 biji ubi kentang (dipotong 8 setiap 1)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
5 biji cili padi (diketuk)
5 helai daun limau purut
1 ketul Kiub Tomyam Knorr
3 sudu jus limau kasturi
1 inci halia (dihiris)
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan Tomyam Sotong:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, putih & serai hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya. 
3) Masukkan kiub tomyam.
4) Masukkan carrot & ubi kentang. Masak hingga separa empuk.
5) Masukkan sotong.
6) Masukkan daun limau purut & cili padi.
7) Perasakan dengan garam & jus limau kasturi. Reneh seketika hingga sotong masak. Angkat & hidangkan dengan nasik goreng cina tadi.

~ Set China Meets Thailand

Kalau lepak depan tv sambil tengok Running Man, memang tak sedar dah makan berapa set?! Ho3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.EN.D.Y ::



Friday, February 6, 2015

MEE GORENG ISTIKHARAH CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nama resepi tu, seperti biasa, memang hot! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih & ditoskan)
2 keping tauhu lembut
1 pokok sawi (dipotong)
2 keping fishcake (dihiris)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu besar kicap masin
1 sudu sos tiram
3 sudu besar cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu lembut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng tauhu lembut hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan sos tomato, tiram, kicap manis & masin.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sawi & fishcake.
6) Masukkan mee. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan bersama tauhu lembut yang telah digoreng tadi.

~ Mee Goreng Istikharah Cinta

Penangan marathon Istikharah Cinta malam ni. Jangan lupa nonton ye, you ols..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 20, 2015

SHITAKE PARATHA PIZZA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aku jenguk freezer, nampak roti paratha. Aku jenguk pulak box sayur kat bahagian bawah, ada shitake mushroom. Hmmm... what to do?

Pikir... pikir... & pikir...

Ting! Idea mari. ;P

Bahan2 Untuk Topping Sardin:-

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 keping asam keping
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Topping Sardin:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan sardin beserta sosnya.
3) Masukkan ubi kentang. Masak hingga ubi kentang empuk.
4) Perasakan dengan asam keping & garam. Lenyek kasar ikan sardin & masak seketika. Angkat & ketepikan.

Bahan2 Untuk Shitake Paratha Pizza:-

1 keping roti paratha frozen
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji shitake mushroom kering (direndam, dicuci bersih & dihiris)
1 keping cheese
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan Shitake Paratha Pizza:-

1) Rebus shitake mushroom hingga masak. Angkat & toskan.
2) Sapu sedikit minyak masak pada non stick pan / pemanggang ajaib. Letakkan roti paratha frozen.
3) Letakkan topping sardin, bawang besar, shitake mushroom yang telah direbus tadi & cheese yang diracik2.
4) Bakar pizza hingga masak sempurna. Angkat & boleh dihidangkan begitu saja / bersama sos cili & mayonis.

~ Shitake Paratha Pizza

Kalau 'tank' kecik, 1 Shitake Paratha Pizza tu boleh share 2 orang. Tapi, kalau 'tank' besor, sekeping tu memang ko punya je lah! 

Tepuk dada, tanyalah 'tank' memasing, ye..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 13, 2015

IKAN TERMENUNG TUMIS AIR DENGAN KENTANG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Macam dah lama je tak publish entry masak-memasak. Hmmm... aura dapur tu... tak berapa nak mengstimulate organ2 penting untuk mula memasak. Haaa... amekaw... ayat..! 

Bahasa mudah paham dia samadengan 'mim alip lam alip sin' je... Tapi, dia punya kona... nak kasik tak nampak sangat unsur2 'mim alip lam alip sin' tu... humangaih..! Ha3...

Hokaylah. Back to the point. Nak share resepi je pun kekdahnya... ;P

Bahan2:-

3 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
2 biji ubi kentang (dipotong baji)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

~ In progress...

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih, serbuk kunyit & cili kisar hingga pecah minyak.
2) Tuangkan air masak secukupnya. Biarkan mendidih.
3) Masukkan ikan termenung. Masak seketika.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga kentang empuk.
5) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Termenung Tumis Air Dengan Kentang

Panjang 6 harkat nama resepi, noks! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 2, 2014

BAHWAN UDANG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Suatu hari... aku sedang tengok tv, rancangan masak-memasak, 5 Rencah 5 Rasa. Suka betul tengok Celebrity Chef (CC) Sherson Lian tunjuk skill memasak. Al maklum la... dia kan jenis memasak ala2 kuali + periuk belanga terbang. Maksudnya, semua mende pun nak aci baling2 + lambung2. Masak resepi yang simple2 pulak tuh. Macam mudah nak ditry. 

CC Sherson Lian buat Bahwan Udang untuk appetizer. Ringkas & nampak mudah sangat. Jadik, ah kak pun terinspirasi untuk try buat. Heh3...

Bahan2:-

1 mangkuk kecil udang kertas (disiang, dicuci bersih & ditoskan)
1/2 mangkuk kecil kucai (dipotong)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 mangkuk kecil taugeh
1 mangkuk besar tepung gandum
Minyak masak
Air suam

Cara2 Penyediaan:-

1) Satukan tepung gandum, garam & serbuk kunyit ke dalam mangkuk adunan. Sebatikan.
2) Bancuhkan adunan dengan air suam secukupnya.
3) Masukkan kucai, taugeh, carrot & bawang besar. Sebatikan.
4) Panaskan minyak. Cedok adunan dengan menggunakan senduk bulat, letakkan 2 ekor udang kertas di atasnya & goreng hingga kekuningan. Angkat & toskan. Buat berulang-kali hingga adunan habis. Hidangkan bersama sos cili & mayonis.

~ Bahwan Udang

Kalau kat Malaysia, kita panggil makanan ni as cucur udang. Memandangkan hari tu konsep resepi CC Sherson Lian adalah masakan Indon, makanya jadik la nama dia as Bahwan Udang sebab ini 'nama saintifik' cucur udang kat Indon.

Begitu...

Kalau ikut resepi CC Sherson Lian, ada macam2 bahan lagik yang dia bubuh kat dalam adunan Bahwan Udang ni. Tapi, aku terpaksa cut-off sebab ikut stock availability yang ada dalam fridge aku.

Maksudnya, boleh je nak tambah apa pun. Mengikut kesesuaian & selera tekak memasinglah.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 14, 2014

BURGER SANDWICH

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Terjumpa daging burger kat dalam fridge. Diulang suara... TERJUMPA, hokay..! Ha3... Maka, timbullah idea spontan. ;)
 
Bahan2:-
 
2 keping roti potong Gardenia
1 keping daging burger
1 biji telur ayam
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Sos cili
Butter
 
Cara2 Penyediaan:-
 
1) Cairkan butter. Grill daging burger.
2) Perasakan dengan serbuk lada putih. Angkat & letakkan di atas roti potong Gardenia. Letakkan sos cili & tutup dengan roti potong Gardenia, jadikan seperti sandwich.
3) Panaskan minyak. Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau menjadi telur hancur. Angkat & taburkan serbuk lada hitam. Hidangkan bersama sandwich burger tadi.

~ Burger Sandwich



Bolehlah cuba masak untuk juadah berbuka, ek! ;)
 
 
:: Like3, ek! ::


 

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google