SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAMADAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN. Show all posts

Thursday, April 30, 2020

SERUAN...

Dah ada seruan untuk Sis masuk opis. Kerja. Tapi, baru hint yang sayup2 kedengaran. Belum dapat arahan official.

Takpe. Wait & see je lah.

Moh kita kembali dengan menu iftor 3 Romadon...

Buntu dah sebenarnya. Tak tau nak masak apa. Bingung pun, ye jugak. Lama bermenong di depan freezer. Kalau tak sedarkan diri sendirik, kompom muka dah penuh frost. Ha3... 

Finally, Sis keluarkan sotong & ikan termenung. Defrost.

~ Hasilnya cenggini.

Sotong Masak Serai Wangi. Tak pernah masak style ni. Aci google resepi. Kemudian, bedal je lah. Dengan harapan, sekali cuba terus berjaya. Ha3...

Ikan Termenung Goreng + Cili Kicap. Bagi Sis, ini pasangan ideal. ;D

~ Yang ini, COD & pemberian My MIL.

Lemang Cik Nin. 1 set samadengan 10 hengget. Buleh tahan sedap.

Serunding, donut & kuini sebagai hidangan sampingan.

Hmmm... dah berpuluh hari work from home, rasa cemas pulak nak kembali ke opis. Tapi, takpe. Husnuzon, pastikan tahap kebersihan adalah optimum & patuhi #SocialDistancing. 

Kalau ada yang gigih datang merapat, tak paham maksud #SocialDistancing, Sis spray dengan sanitizer. Tanpa kiasan, ye. Hah, amekaw..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, April 28, 2020

SEJENIS INTEGRITI

Di bulan Romadon ni, mostly memang entry & gambar2 makanan je lah yang tompang lalu kat blog. Lumrah. He3...

Takpe. Sis ok je. Buleh dijadikkan sumber inspirasi.

Haters, tak payah nak kecam sangat. Sekali-sekali, cuba jadik positif. Romadon tau! Romadon. 

Sis nak share menu iftor kami untuk 2 Romadon. 

Kanda insist nak turun padang, jadik King Chef. Hokay, fine! Sis onz je. Kalau nak jadik King Chef hari2 pun takde hal. Kecik tapak tangan, 1 Daerah Hilir Perak Sis tadahkan. Ecewah! Ahaks...

~ Daging Bakar + Air Asam & Kerang Rebus Sup by King Chef tersebut.

~ Puding Cocktail & Cucur Badak daripada Mother. Disertakan dengan Air Bandung Marhaen & Buah Oren.

Sis tolong prepare bahan2 je untuk King Chef. Kemudian, masak nasik. Done!

Kerjasama dalam rumah tangga adalah penting. Sejenis integriti. Betul tak, u ols? Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEJUTAN STEP BY STEP

Masih tak jemu & kekal memasak untuk sahur. Kalau jemu, buleh kemurungan perot kami. Ha3...

Dan untuk kesekian kalinya, Sis masih menggunakan khidmat Mother untuk wake up call. Sama macam tahun2 sebelumnya. He3...

Mother punya wake up call jam 4.00 pagi. Sempat lagik la bergolek2 sebelum betul2 bangun celikkan mata dengan harapan alarm Sis pulak kejutkan Sis in case terlajak bergolek. Heh3...

Sis set alarm jam 4.15 pagi. Reheat nasik. Masak lauk tambahan yang simple2. Contoh: Scrambled eggs & sayur goreng. Setting meja termasuklah cedok nasik & buat air. Kanda request air panas time sahur. Tak kesah air apa. Kadang2 air sirap suam pun dia onz. Buat penyedap tekak katanya...

Pukul 5.00 pagi, kejutkan Kanda. Terkulat2 jugak la dia nak celik mata. Normally, gagal bangun dengan sekali kejutan. Perlu repeatedly & step by step. Ha3... 

Kejutan pertama: Untuk Kanda gerakkan badan & sedikit tersedar dari mimpi indah. Ha3...
Kejutan kedua: Untuk Kanda duduk di birai katil. Bermenong tengok lantai sambil mata sekejap pejam, sekejap celik. Terkebil2.
Kejutan ketiga: Untuk Kanda bangun, masuk bilik air & cuci muka. 

Aaa gitchew..! 

Kadang2 suara kejutan Dinda dia lunak-merdu. Kadang2 memetir jugak. Nanti raya mintak ampon kaw2! Ha3... 

~ Nasik putih + leftover Ayam Panggang Madu + Scrambled Eggs + Sawi & Kobis Tumis.

Rasa tak lengkap tanpa cili padi. Siapa pempedas macam kami, cer angkat tangan sikit. Hiks... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, April 26, 2020

NILAILAH DENGAN IMAN

#SisCuba speed untuk kejor 3 Romadon, ye. #SisCuba tau! #SisCuba. Heh3...

Main course untuk iftar 1 Romadon memang dah dirancang. Sejak sebelum Romadon. Haaa... gigih ke idok? Ha3...

Alkessahnya...

Awa share menu2 kat Group WhatsApp The Datins. Alaaa... yang menu dengan tajuk 'Menu Untuk 30 Hari' tu, haaa... Sis cadang nak follow je 1 by 1. Senang, tak payah pikir. Mana yang mampu, mana yang reti, mana yang agak2 tak dikecam & mana yang berkemungkinan besar takkan masuk dalam Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Ha3...

~ Nasik Goreng Sotong & Ayam Panggang Madu

Nasik putih of course lah hado. Kalau nan hado, buleh kemurungan Kanda. Ha3...

Ayam Panggang Madu tu versi derhaka. Sis sengaja wujudkan gravy. Sebab menu hari tu takde yang berkuah. So, kalau Kanda nak makan dengan nasik putih, bulehlah cedok sikit kuah Ayam Panggang Madu tu, buat syarat. Takde la terbujur kaku je nasik putih tu kan...

Diharap, pencerahan Sis ni diterima dengan hati terbuka tanpa kecaman. Ha3...

~ Karipap Kentang, Tembikai Kuning & Air Oren

Karipap Kentang - By Mother. Sis aci goreng pon sodap je. Sedap terok, weh..! Nom3..!!! ;D
Tembikai Kuning - Daripada Cik Am. Alhamdulillah... rezeki jangan ditolak, u ols..!
Air Oren - Sis bancuh dengan penuh ketekunan & keikhlasan. Ecewah! Ha3...

Bagi kami, paling obvious, hikmah #MovementControlOrder adalah pengurangan pembaziran. 1 jenis appetizer, 1 jenis main course, 1 jenis dessert & 1 jenis air. Kalau tak, air je dah berbondong2. PARAM tu kalau tak ditawaf tak sah. Hadoi la...

Allah bagi dugaan disertai hikmah. Nilailah dengan iman. Peace! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



HENING, U OLS..!

Sahur 1 Romadon...

Ye, tau... Dah 3 Romadon. 

Slow sikit Sis update entry. Maklumlah... semenjak 2 menjak #MovementControlOrder ni, busy betul Sis dengan urusan rumah tangga. 

Kemas rumah
Prepare bahan2 nak masak.
Lipat kain

Eceh, macam rajin betul bunyiknya di situ! He3...

~ Jadik, di sebalik kesibukan tu, dapatlah jugak Sis siapkan menu simple ni untuk sahur.

Dihidangkan bersama nasik putih & leftover sup daging. Alhamdulillah...

Kami masih mengekalkan konsep sahur seperti tahun2 sebelumnya. Less is more. Yang mampu bukakkan selera di waktu hening subuh. 

Isk... taip perkataan 'hening', terus je terbayang & terngiang2kan lagu raya, u ols..! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Friday, April 24, 2020

RAMADAN KALI INI...

Sampai dah kita ke 1 Romadon...

Alhamdulillah... Allah masih izinkan untuk bernafas & menikmati kehidupan. ;)

Sempena kedatangan Romadon kali ni, Sis & Kanda nak mengucapkan:-



Mungkin Romadon kali ni tak sama dengan tahun2 yang lepas. Jauh bezanya. 

Tanpa pasar romadon.
Tanpa iftar di kampung dengan ayah bonda tercinta.
Tanpa giliran host iftar, hari ni rumah kau, esok rumah aku pulak.

Takpe... Husnuzon. Yakinlah, pasti ada hikmah. Pelan2, satu persatu kita akan nampak.

Jangan lupa yang #KitaJagaKita. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, May 9, 2019

'ROH' YANG TAK KUNJUNG TIBA

3 Romadhon...

Masih lagik mengekalkan 'roh' yang tidak memasak untuk iftar. Belum kunjung tiba. Ha3...

~ 'Bingkisan' daripada Mother & Geng Suraunya... Diorang masak sama2. ;)

Yang ada gambar:-

Nasik putih
Ayam masak kicap
Gulai nanas ikan masin

Yang tiada dalam gambar merangkap yang ditapau dari PARAM:-

Cekodok bawang
Cucur udang

Yang tiada dalam gambar merangkap 'bingkisan' dari Cik Am:-

Ayam goreng tepung
Kari udang
Ikan tumpi
Kerabu pucuk paku
Onde2

Banyak kan? He3... Syukur...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 8, 2019

PADU!

~ Menu sahur 3 Romadhon adalah leftover yang ditapau dari rumah Mother.

Bubuh dalam tray yang dah siap2 disapu butter, sumbat dalam oven sekejap. Sekadar untuk reheat. 

Nasik putih, ayam golek 3D & Tamar Milk by Origina yang tak pernah dilupakan. Eceh! 

Satgi sambungan #Imaan, you ols..! Rekod siap2 tau! Tak pun On Demand kan aje... Lepas tarawikh, buleh tatap #KandaRemyIshak sambil minum Tamar Milk by Origina. Perrgghhh! Padu! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



AYAM GOLEK 3D

Masih belum berkesempatan nak memasak untuk iftar. 'Belum berkesempatan' tu adalah frasa paling afdhol. Ha3...

Kami iftar kat kampung, dengan Mother. 

~ Gabungan air tangan Mother, PARAM & pemberian Cik Liza.

Nasik putih
Ayam golek 3D
Ikan rebus goreng
Murtabak
Kek coklat
Kuih lapis
Laksa
Sawi goreng (tak sempat snap sebab Mother masak sawi ni dah dekat2 nak berbuka. Mother memang suka sayur yang dimasak sejurus sebelum makan. Tak suka yang masak awal2.)

Setel dah 2 Romadhon...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




'ROH' MEMASAK

2 Romadhon...

Haaa... kali ni, roh memasak dah sampai. Menyerap masuk, helokkk... je. Ha3...

Masak subuh2 pulak tuh! Takde nak reheat2 derrr... Memang masak secara langsung. Kau mampu..??! Wah, berlagak betul statement ini! Ha3...

~ Tapi, yang super simple je la...

Nasik putih
Sambal udang
Ikan masin goreng
Tamar Milk by Origina (Terus terbayang #KandaRemyIshak, you ols..! Ahaks...)

Nak masak pun kena tunggu roh memasak bagai... Ko dah kenapa, 'Senah'?! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #121: CUCIKAN MATAMU

#Throwback

~ #WatLekWatPeace 

~ Cuci mata. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WONGSHE3

Semalam ada meeting. Pukul 3 petang. Chong cheng... chong cheng... pok pek... pok pek... wongshe wongshe wongshe... (eh, tetibe..! Ha3...) meeting pun habis jam 4.30 petang. Ngam ho untuk pulang.

Bulan Romadhon, penjawat awam ada Waktu Peringkat (WP) khas. Aku pilih WP6, balik jam 4.30 petang. 

Takde perancangan nak masak. Kanda cakap, tapau je kat PARAM. Sebab dia nak tawaf 1 PARAM tu, nak survey2 juadah yang dijual untuk rujukan di masa depan. End up, bukan sekali tawaf tapi, 3 kali, noks! DNA beliau sangat..! Ha3...

~ Semuanya tapau. Roh memasak belum sampai. Angkuh betul statement nih. Ha3...

Nasi Arab
Kurma kambing
Daging bakar Danok
Ayam masak kicap
Murtabak
Roti jala + kuah durian
Air tebu (Nan hado dalam gambar. Tak sempat snap. Haus kedaung.)

Done iftar... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, May 7, 2019

LAUK-PAUK 'IMPORTED'

~ Sahur 1 Romadhon.

Lauk-pauk semuanya 'imported'. Mother kasik Ayam Sirsau Cili Padi & Ayam Kampung Sirsau. My MIL tapaukan Rendang Ayam. Kojo sonang... Ha3... ;P

Tamak Milk by Origina tu acara wajib. Dengan harapan, mampu #StayVibrant sampai iftar. #Halahhh3..!!! ;D

Dah. Tu je nak cerita. Bulan Romadhon ni, entry pendek2 je. Tak larat taip sebab jari-jemari semakin mengkurus. Ha3...

Selamat berpuasa... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 12, 2017

WORDLESS WEDNESDAY #119: MAIN COURSE, SNACK & DESSERT

~ Nasik beriyani, popia goreng, giant squid, agar2 & puding.

Pencinta makanan memang cenggini... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, June 22, 2017

DONDANG SAYANG MANJA2 KE HEAVY METAL

Appointment hospital Mother pada hari tersebut sangat menguji kesabaran. Ramai patients. Crowded teruk! 

Takpe... Husnuzon2... #SambilUrutDada

~ Inilah rupa paras apabila husnuzon. Yang time tak husnuzon, tak berani nak share. Ngeri!!!

Dipendekkan cerita... appointment berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Lemau dan lembik kami berdua. Perut ni toksah ceritalah. Dari dondang sayang manja2 membawak ke heavy metal pergi dia! Nak pekena nasik kandaq, memang tak mungkinlah. Berdosa, you ols..! Romadhon... ;P

Mother 'direhatkan' kat rumah aku sebab result BP agak tinggi. Bahaya kalau dibiarkan sorang2 kat rumah. 

Maka dapatlah iftar dengan Mother lagi... Hikmah tu. Alhamdulillah... ;)

~ Air tangan Mother + PARAM. Of course air tangan Mother yang paling win..! ;D

Nasik putih (Mother masak)
Deep Fried Bawal Cermin & Cencaru (Mother masak)
Terung Rebus (Mother masak)
Peria Tumis Telur (Mother masak)
Sambal Belacan (Mother masak)
Lemang (PARAM)
Murtabak (PARAM)
Cencaru Bakar (PARAM)
Pelam Epal (PARAM)

Kenyang. Alhamdulillah...

Kemudian, menung. 
Menung meneliti saiz perut. Ha3.... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 19, 2017

ACI JUGAK KAN?!

Awal betul Mother bangun. Pukul 4.30 pagi, aku baru terkulat2 kat tepi katil, Mother dah siap goreng ikan. Tinggal nak masak telur hancur asam jawa je katanya...

Mahapkan anakanda, Mother... Anakanda tak mampu menangkis godaan tido. Sob3... 

Tapi, nasik aku dah masak awal2. Ikan pun dah bersiang. Kira aci jugak la tu kan?! Ahaks...

~ Nasik putih + Baby Gerut2 Goreng Garing + Telur Hancur Asam Jawa + Cili Kicap

Simple. Tapi, best in the world..! ;D

Terima kasih, Mother terchenta... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



TAK MEMBAZIR KECUALI...

Kisah iftar...

Tak sempat berbuat apa2. Balik kerja pukul 5.00 petang, terus berdesup amik Mother sebab esoknya nak bawak Mother ke hospital. Ada appointment result ujian darah, hypertension & diebetes. 

Owh... aku tak amik waktu anjal yang boleh balik awal pukul 4.30 petang tu. Sebab rasa macam takde keperluan berbuat cenggitu je. Tapi, kalau tahap keanjalan dia tu membawak sampai boleh balik awal pukul 1.00 petang, kompom aku orang pertama yang sign. Ha3...

Amik Mother & berdesup pulak ke PARAM Teluk Intan. Makanya, menu iftar pada hari tersebut adalah dari PARAM semata2.

Nasik Tomato (Aku)
Nasik Ayam (Mother)
Nasik Kukus Ayam Goreng Berempah (Oppa)
Air Kelapa
Jus Mangga
Kuih-muih

Semua habis, sold out, tak membazir kecuali air kelapa tersebut sebab terlajakkkkkk...... manis. Simpan dalam fridge, sampai ke sahur pun still 'tak laku2'. Manis tahap potong kaki, weh..! Ngeri nak minum!

~ 2 beranak yang kurang kerja sementara tunggu nak pergi tarawikh. Mother layannn... je. He3...

Lepas tarawikh, pergi mengopi kat Mutiara Seafood. Mother makan mee goreng. Oppa makan apa ntah?! Lupa... Aku tak makan sebab gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati sangat! Mata macam kena gam. Jenuh nak bukak. Tak semenggah. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 9, 2017

TERLAJAK 10 MINIT

Wake up call Mother adalah pukul 4.00 pagi. Alarm handphone aku pukul 4.15 pagi. Tapi, aku terjaga pukul 4.45 pagi, weh!!!

Bangun meloncat! Terkulat2 gosok mata & terus berasa ngeri! Ngeeeeee3......

Cuba bawak bertenang (walaupon...). Takpe... Yang penting, strategi.

1. Reheat nasik
2. Amik 2 pans. 1 untuk reheat lauk leftover. 1 lagik untuk masak #SimplySardin. Risau. Takut lauk leftover tu tak berapa sesuai untuk sahur. Jenuh nak tujah masuk dalam mulut. So, sardin sebagai 'penyelamatlah'.
3. Gunakan 'talian hayat' iaitu Oppa. Mintak tolong banchuh air sarsi suam.

~ Pukul 5.15 pagi, done!

Nasik putih
#SimplySardin (masak)
 Asam pedas ikan (leftover moreh)
Gulai Lemak Ikan Masin Bersama Terung (leftover moreh)
Sup Ayam (leftover daripada My MIL)
Anggur
Air Sarsi Suam
Air suam

Waktu normal sahur kami adalah 5.00 pagi. Terlajak 15 minit tu umpama telur di hujung tanduk kekdahnya... Sebab konsep makan sahur kami adalah bertenang, chill2 sambil sembang2 & #WatLekWatPeace. Sambil makan sambil menjaga keharmonian rumah tangga gitu..! Ha3...

So, bila waktu sahur jadik 5.15 pagi, cuak jugaklah jadiknya! Makan tak bercakap. Aci sumbat je. Walaupun kadang2 tersasul rasa nak menyembang...

"Oppa, tadi kan... eh2, makan dululah! Cerita bersambung lepas imsak, ek!"

Oppa jawab pun aci angguk2 je. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google