SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAMADAN 2013. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN 2013. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #42: BUFFET RAMADAN

~ Kak Yong baru potong rambut.

~ Camwhore sorang2 dalam kereta.

~ Tisu sebagai bukti. He3...

~ Mak yang always comel. ;)

Kenangan buffet Ramadan kat Hotel Seri Malaysia Ipoh... Sweet! ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, September 18, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #40: MAK2 & PAK2 SHEIKH










Bila 'Mak2 & Pak2 Sheikh' beriftar ala Arab di Port Cafe... begini la jadiknya. ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 5, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #38: SEMOGA BARAKAH

~ Kenduri merangkap iftar kat rumah mertua.

Alhamdulillah...

Moga barakah. ;)

p/s: Untuk kenang2-an... 


:: Like3, ek! ::



Sunday, August 4, 2013

IFTAR 17 RAMADAN 2013

Hati bermunge2 sebab nak balik berbuka kat rumah Mak. Yaaa beda beduuuuuuuuu.....!!!

Pagi2 bawak Mak ke pasar. Lepas tu, tolong Mak apa2 yang patut. Tolong potong2 la... Apa lagik kan... ;P

Lepas Zohor, balik kejap. Kengkonon nak kemas rumah & blogging. Padahal..................

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............

Ha3... Hadoiiyaiiinyapon!!!

~ Senyum je. ;D

Nak gerak balik kampung, rumah Mak. Mata tu macam sembap. Eh, bukan 'macam'! Tapi, memang sembap pun! Bahana tido berlebihan. Adeh3...

~ Semangat balik kampung. Heh3...

Dipendekkan cerita, meh la kita usha2 apakah juadah iftarnya, ek! ;P

~ Kerabu mangga by Mak.

Mak siap buat plating cantik2 lagik semata2 nak suruh aku snap gambar...

"Adik, kerabu mangga Mak dah siap dah nih. Cer amik gambarnya. Boleh bubuh kat internet."

Ha3... comel sangat ayat Mak! ;)

~ Ayam sirsau cili padi by Mak.

~ Murtabak pisang & kuih nasik antah by stall tepi jalan kat Parit 7B.

~ Sotong masak kicap by Kak Aneem.

~ Rifqi dah tak sabor nak togok air cincau tuh. Suruh posing manjas2 pun tak heran dah. Ha3...

~ Aktiviti menunggu azan berkumandang menandakan waktu berbuka. ;)

Semua juadah adalah 'by Mak & Kak Aneem'. Takde 1 pun yg 'by tuan tanah kedaung' kan? Perasan tak? Perasan tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Friday, August 2, 2013

SAHUR 17 RAMADAN 2013

Takde lauk leftover langsung! Sebabnya... kan juadah berbuka tu semuanya ditapau. 'Sold out' pulak tuh!

So, time sahur kena pikir inisiatif lain. ;P

Walaupun berbuka tapau kat PARAM tapi, malam tu aku dah siap2 masak nasik. Apa2 hal pun nasik kena hado..! Lauk asal boleh je pun takpe. Nasik dah kira kategori wajib! Takde nasik, mau ada yang meraung kang! Ha3...

Potong2 bawang sikit, cili padi sikit. Goreng ikan bilis, angkat & toskan kejap. Tumis bawang & cili padi, pecahkan telur, kacau3... tabur balik ikan bilis goreng tadi. Last sekali baru bubuh nasik. 

'Hoi, nasik goreng... Hoi, sungguh lazat... Sungguh sedap... La3...' katanya... ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 1, 2013

IFTAR 16 RAMADAN 2013

Penyakit malas datang balik. Malas masak. Plus, kerja banyak la pulak kan kat opis tuh. 

Time2 bulan Romadhon ni la nak buat semua mende. Kumpulan Inovatif & Kreatif la... aset tagging la... bla3... Mencik, owh..! Tsk3...

Sudahnya, my 'sayang' ajak ke PARAM je. Kojo mengtapau. 

Tapau pun tapaulah! Janji berbuka & kenyang. Tu pun dah... 'alham...dulillah...' [cakap ikut style Tok Adi (Tanah Kubur) tau! Angguk2 sikit. Hiks...]

~ Fillet ayam goreng & cheesy chicken sausage. Dua2 ni memang aku teringin sangat. Dah aim lama dah, sebenornya. He3...

~ Mee kari ni pun teringin jugak. Eh, semua pun aci teringin2 kan..! Ngengada tau tekak nih. Isk3...

My 'sayang' punya la tamak haloba! Dah beli nasik ayam, dia beli lagik mee kari. Apa punya perut la tu kan? Ha3...


:: Like3, ek! ::



SAHUR 16 RAMADAN 2013

Mak buat ikan bilis kicap. Siap dengan teh o panas lagik..! Aku pulak gigih goreng telur mata. 

Nasik yang direheat masih berkepul2 asapnya di udara. Bila diadunkan sekali dengan lauk2 yang simple tuh... perrgghhh... terbahek dari ladang kot..! He3...

Lauk leftover ada je. Tapi, tak pandang sangat dah. Ikan bilis dengan telur mata tu lagik chantek, tertarik, menarik, komemangthebomb! ;P

Kenyang, sehhh..! Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



IFTAR 15 RAMADAN 2013

Balik kerja, terus berdesup amik Mak. Lepas tu, laju2 pulak ke PARAM. 

Aku tak masak lagik... 

Eh2, dah mula on-off mood rajin ah kak! Haish!

~ Ikan bawal goreng, telur dadar, sambal belacan & siakap 3 rasa tu Mak bawak dari surau. Ada kenduri moreh hari tu. Seperti biasa, Mak & the geng surau tolong masak. Sup daging campur tu je tapau kat PARAM.

Paling terbahek adalah sambal belacan. Perrgghhh..!!! Terangkat meletop2, noks! 

Syiok dapat berbuka dengan Mak. Alhamdulillah... ;)


:: Like3, ek! ::



SAHUR 15 RAMADAN 2013

Nasik putih + ikan goreng sos palembang + ikan bilis cili padi. 

Semua kasik reheat.

Selalunya sahur berdua je. Kali ni ada Mak. Meriah sikit. ;)

Dah. Tu je nak cerita. 

Adios!


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 31, 2013

IFTAR 14 RAMADAN 2013

Rajin sikit nak masak. Tapi, 1 lauk je la... Heh3...

Ok la tu kan? Dari takde langsung! ;P

~ Ikan sos Palembang namanya. Jauh kot..! He3...

Hasil menggoogle. Lepas tu, ubah ikut kesesuaian stok.

Aku gunakan waktu lunch hour untuk memasak. Nak masak petang takut tak sempat sebab nak amik Mak lagik kan... 

Mak berbuka & tido kat rumah aku hari tu sebab esoknya ada appointment kat hospital.

~ Ikan bilis cili padi. Mak yang masak.

~ Pecal timun & cauliflower. Mak jugak yang buat.

~ Popiah ngan satar, tapau kat PARAM.

~ Sup sayur, AJK surau yang tapaukan untuk Mak.

~ Talapia bakar, hasil 'tangkapan' dari PARAM.

Ermmm... dappp... ;P


:: Like3, ek! ::



SAHUR 14 RAMADAN 2013

Pukul 4.45 pagi, Mak buat wake up call. Jam loceng pun buat wake up call jugak. 

Tido semula... Sila sekeh kelopak mata ah kak. Dush3!!!

Pukul 5.10 pagi baru hegeh2 nak bangun. Tergagau2 carik dapur.

Reheat nasik ngan gulai nanas ikan masin leftover. Sambal udang tak sempat nak reheat.

Dengan mata kuyu. Nasib baik tak sambung tido kat dapur. Adeh3...

Pukul 5.20 pagi mulakan santapan. 

Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 13 RAMADAN 2013

Malas nak masak. Sebab pening dah dok pikirkan resepi. Nak menggoogle pun malas jugak. 

Ahakkk... tak tau..! Penyakit 'M' dah datang..! ;P

Hari tu, turn Mak kenduri moreh kat surau. Sharing2 ngan BFF Mak, Cik Siah. Mak roger2, suruh amik lauk-pauk. Pukul 5 petang je, berdesup ah kak ke rumah Mak. Heh3...

~ Ada sambal udang, gulai nanas ikan masin...

~ ... & talapia 3 rasa. 

~ My 'sayang' pulak ditugaskan ke PARAM, beli kuih-muih. Semua beli kecuali agar2 Milo bersantan tuh. Yang tu Nenek kasik.

Terima kasih, Mak...

Terima kasih, Nenek...

Terima kasih, PARAM... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 30, 2013

SAHUR 13 RAMADAN 2013

Awal, owh... Mak bangun..! Hebak! Apakah Mak tak mengantuk? Hu3...

Tak macam anak bongsu Mak nih. Ya ampon... betul nak bangun! Asik nak melekap je kelopak mata tuh. Jadik, sila salahkan kelopak mata ye! Adeh3...

Sempat jugak Mak buat ikan bilis goreng kicap. Selebihnya, aci reheat2 lauk leftover berbuka. 

Aku tak usik pun lauk lain. Fokus kat nasik putih ngan ikan bilis goreng kicap je. Terbahek, noks! 

Terima kasih, Mak... I lap you lah! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 29, 2013

IFTAR 12 RAMADAN 2013

Mak pun berbuka kat rumah we ols jugak. Sebab esoknya Mak ada appointment kat hospital.

~ Semua ni juadah berbuka. Meriah tak?

Penuh meja, noks! Pitam nak habiskan. 

Aku tak masak apa2 pun. Tak sempat. Lauk2 tu ada yang kami tapau kat PARAM & ada jugak yang Mak tapau dari surau. 

5 jenis lauk je yang PARAM mari. Rendang kerang, daging, sambal ikan bilis cili padi petai, ikan keli & talapia bakar. Yang lain2 adalah dari surau. 

Mak masak untuk kenduri bukak puasa kat surau. Masak ramai2 dengan geng surau Mak. Memang dah jadik kebiasaan, AJK surau akan tapaukan siap2 lauk berbuka untuk sesiapa yang tolong masak. Ye la... diorang kan 1/2 hari masak kat surau. Balik pun dah pukul 6 petang. Mana la sempat nak masak kat rumah. Sebab tu la AJK surau tapaukan lauk2. 

Kalau Mak berbuka kat rumah sendirik, Mak pilih2 jugak lauk2 yang nak ditapaukan tuh. Bukan sombong / berlagak. Tapi, Mak sedekahkan balik lauk2 tu pada geng surau lain sebab kalau bawak balik Mak takut tak habis. Makan sorang2 kan... Tak berapa selera kata Mak.

So, lebih baik Mak sedekahkan bahagian Mak pada geng2 surau yang ada ramai family members time berbuka. Sharing is caring, katanya... 

Wah, tetiba Mak cakap omputih kan..! Hiks...


:: Like3, ek! ::



SAHUR 12 RAMADAN 2013

Ayam sirsau cili padi ngan ikan goreng ada lebih. Mak suruh tapau, buat lauk sahur katanya...

Nasik pun aku tapau sekali. Malas ya ampon... kot nak masak nasik subuh2 kang. Sebab selalunya aku masak nasik belah malam. Sok subuh tinggal nak reheat je.

Ni sampai rumah pun dah pukul 11 ++ malam. Mata dah kelat2, tak koselah nak masak nasik. Tapau nasik Mak je kan lagik senang... ;P

Berchenta betul nak bangun sahur subuh tu. Mak buat wake up call macam biasa...

"Adik, bangun sahur! Panaskan apa2 yang patut. Jangan tido balik lepas Mak letak phone nih tau."

"Baheklah2..."

Tapi, haub! Aku tido balik dengan handphone kat telinga. Sedar2 je dah pukul 5.15 pagi! Meloncat terus dari katil! Laju2 kejut my 'sayang'. Tak sempat nak reheat apa2 dah. Belasah je la. Janji sahur! Adeh3...

Nasib baik terjaga je tuh! Nasib baik sangat kan... Fuh! Tak boleh nak amalkan selalu kaedah dah dikejut tapi, tido balik nih. Isk3...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 11 RAMADAN 2013

Berbuka kat rumah Mak pulak. Haaa... kan dah kata ikut 'nombor giliran'! Heh3...

Iftar ni spesel sikit sebab seklaigus nak celebrate birthday Mak. Actually, birthday Mak adalah 19 Julai... maknanya, 10 Ramadanlah. Tapi kan, 10 Ramadan tu we ols berbuka kat rumah mertua. So, postpone ke esoknyalah.

Tapi, wish tetap on time, hokay..! ;)

~ Ayam sirsau cili padi, bayam tumis, laksa, ikan goreng & kuih-muih. 

~ Pulut kuning yang didekorasikan oleh Kak Aneem. Habis tomato ngan cili padi Mak jadik props. Ha3...

Mak tak tau pun yang kami nak celebrate birthday Mak. Kengkonon nak surprise2... la kan... Aku roger2 Abang, tanya Kak Aneem terror tak buat pulut kuning. Abang kata, tempah je la kat sesiapa. Pening pulak aku nak carik siapa yang boleh buatkan pulut kuning. 

Aku nak buat??? Memang tak la... Mau jadik 'pulut hitam' terus! Ha3...

Last2, buat gediks2 manjas2 kat Mak, mintak Mak je masakkan pulut kuning tuh. Bukan setakat pulut kuning je tapi, lauk2 lain pun we ols request Mak yang masak. Amekaw! Birthday girl yang kena paksarela memasak. Nasib baik Mak memahami anak2 + menantu2 beliau yang ke laut nih. Adeh3...

Nak kena sekeh anak2 + menantu2 Mak nih! Hu3...

~ Pulut kuning ganti kek. Sebab kami bukan pemakan kek yang hebak. Mak pun dah pesan awal2, kalau birthday2 ni, better buat pulut kuning je. Buat cicahnya, confirm laku.

~ Suapan manjas Abang untuk Mak. Ecewah! Hiks...

Lepas berbuka + celebrate birthday Mak, kami solat tarawih sama2 kat Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan. Best tarawih kat situ sebab ada air-cond. Sojuk je kan... Sampai kuyu2lah mata kekdahnya! He3...

~ Balik tarawih, sambung makan laksa. Yang panjang melintang tu bukan ikan tau! Tapi, munge kantan. Kengkonon artistic sangat la tuh! ;P 

~ Rifqi the handsome boy..! Kakak la yang kata... ;)

~ Acara bukak2 hadiah birthday. Cucu Mak biasalah! Menebeng sesado..!

~ Harap Mak suka blouse yang aku & my 'sayang' hadiahkan nih. ;)

~ Bukak hadiah ke-2 pulak. Daripada Abang & Kak Aneem.

~ & cucu Mak menebeng lagik..! ;)

~ Aku nak amik gambar Mak, Kak Ngah sibuk suruh amik gambar dia! Haish! Sawan camera betul!

~ Container set kaler merah, warna faveret Mak.

~ Rifqi bikin onar! Boleh pulak lapik set container tu dia buat kopiah! Lepas tu, buat muka seposen. Ha3...

~ Pose skodeng2... tajuk album dia... Ha3...

Seronok sangat malam tu. First sebab Allah masih bagi peluang untuk celebrate birthday Mak yang ke 54. Second sebab dapat berkumpul sambil makan2 dengan family. 

Alhamdulillah...

Yang tak syioknya, adik-beradik tak cukup kuorum. Kakak & family tak dapat balik kampung. Kalau semua ada, musti lagik beronok2. ;)

Hmmm... takpe la... Takde rejeki... Yang penting ingatan & kasih sayang memasing. Harap berkekalan sampai bila2. Macam yang Mak nak & aku pasti, Arwah Abah pun harapkan mende yang sama. In shaa Allah...

SELAMAT HARI LAHIR, MAK...

KAMI SEMUA SAAAYAANGGGGGGGGG......... MAK KETAT2!!! MMUAHHSSS..!!! ;)


:: Like3, ek! ::




SAHUR 11 RAMADAN 2013

Mengtapau je la kojo den... ;)

Tapau nasik ngan lauk ayam paprik leftover berbuka kat rumah mertua. Subuh tu aku goreng ikan masin. Goreng sekor, share berdua. Sehati sejiwa tak? Ha3...

Pasal ikan masin pun gigih nak sehati sejiwa bagai kan? Over sangat tuan tanah kedaung ni tau! ;P


:: Like3, ek! ::





IFTAR 10 RAMADAN 2013

Iftar kat rumah mertua. Biasa la... bila dah kahwin ni, kena la pandai2 'buat angka giliran' kan... ;P

On the way balik tu, sempat la jugak singgah kat PARAM Kampung Bahagia, tapau cucur udang. Pening pulak pikir nak beli kuih apa. Sebab kat PARAM ni kalau bab2 kuih, macam lebih kurang je kan... Tukar kaler je kot. Hu3...

My MIL ada masak ayam paprik, sotong masak kicap, masak lemak labu, ikan goreng & ada lagik la. Tak ingat dah. 

Berbuka ramai2... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 25, 2013

SAHUR 10 RAMADAN 2013

Tak banyak lauk leftover. Ada daging masak hitam je.

So, aku gagahkan jugak goreng ikan masin. 

Nasik putih + daging masak hitam + ikan masin goreng. Air masak, kopi 3 in 1 & susu HL buat penambah tenaga.

Jadiklah tu kan... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 24, 2013

IFTAR 9 RAMADAN 2013

Semua pun aci tapau kat PARAM je. Tak larat nak masaklah. Rasa macam flat sangat. Uhuks3...

Terjah PARAM together2 dengan my 'sayang'. Berpimpinan tangan lagik..! Baju pun sedondon. 

Eh, perlu ke nak bagitau? Ahaks3...

Hasil tapau-an adalah seperti berikut:-

~ Ayam goreng. 6 hengget sepeha nih. Besor! Cukup untuk 2 orang makan. Rasa pun tak mendukacitakan. Memang la... kalau ikutkan, ayam goreng je pun... Lumur2 ngan kunyit garam bagai... kemudian goreng. Apalah sangat kan... Tapi, maksud aku adalah ayam tu fresh. Bukan ayam semalam yang tak habis dijual mahupun recycle. Eh, sama la tu kan? ;P

~ Roti jala + kuah kari + kuah durian. Kuah kari untuk aku. Kuah durian untuk my 'sayang'. Lempeng pisang tu pun untuk my 'sayang' jugak.

~ Mee goreng basah. Ah kak punya menu utama untuk berbuka. 

~ Menu utama my 'sayang' pulak adalah nasik beriyani + daging masak hitam. Daging tu sodap. Lembut je.

Setakat ni, makanan2 yang kami tapau kat PARAM masih menepati piawaian. Takde la terkena yang basi ke... recycle ke... rasa ke laut ke... Semua hokay jerrr... 

Alhamdulillah...

Kepada peniaga2 PARAM Teluk Intan khasnya & seantero Malaysia amnya, sila la berniaga dengan jujur. Jadikkanlah duit pembeli berbaloi2 menikmati juadah yang anda jual. Takmo pikirkan untung je. Pikirkan kualiti sekali tau!

Sekian pesanan ikhlas daripada tuan tanah kedaung... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google