SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SAWAH PADI. Show all posts
Showing posts with label SAWAH PADI. Show all posts

Tuesday, August 20, 2019

BABY PADI

Hari tu, balik kampung Kanda. Petang2, Kanda ajak merempit, pusing2 kampung sambil tengok bendang.

Opkos lah Dinda onz! Ahaks...

~ Sunset dengan pemandangan padi yang baru nak naik mencanak. Baby padi, aaa gitchew..!

Lepas Maghrib, dinner dengan My MIL. Normally, kalau kami balik kampung masa weekdays, My MIL akan siap2 masak untuk dinner. Maksudnya, kerja kau hanyalah mencedok segala yang telah terhidang. Tak pernah suruh pun untuk masak. Tapi, My MIL insists. 

Hah, nikmat yang mana lagik nak kau dustakan, oiii..??! ;P

Makanya, lepas makan, reti2kanlah cuci pinggan, ye. Tanda terima kasih... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, August 25, 2013

LOMPAT2 RAYA..!!!

Indoor photoshoot dah setel.

Alhamdulillah...

Dapat jugak 1 family portrait yang cukup kuorum & cun. Best2..! Plus, maknanya mission accomplished! Sebab tujuan utama aku adalah nak gambar yang perfect untuk diframekan & di display kat hall rumah mertua. Gambar yang sedia ada takde muka aku. Masa tu belum jadik family members lagik. 

Jeles! He3...

Yang lain semua dah surrender. Berlengas & penat dah diorang nak sambung outdoor photoshoot. Tapi, aku, my 'sayang', Jijah & Qistina semakin poyo nak bergambar! Bulat pun kitorang heret sekali sebab dia kan official photographer. Ha3... 

~ Tak pergi jauh mana pun... Memula, kat laman rumah.

~ Lepas tu, kat sawah padi yang luas terbentang.

~ 'Y.B & wifey' berposing raya dulu sebelum melawat kawasan. He3...

~ Sawah pun memang tengah menghijau kan... Terbahek sangatlah..!

~ Sambil disaksikan burung2 berterbangan... Ecewah! Puitis sangat tau..! Hiks...

~ Terbahekkk..!!!


~ Bulat layankan je. Kesian adik ipar aku tu sebab dapat kakak ipar & abang sepoyo ini. Ha3...

~ Berlakon2... He3...

~ Lihatlah sawah..! He3...

~ Encik photographer pun nak enterframe jugak sebab dah lenguh dok usung camera godang amik gambar orang. Ha3...

~ Kerja paling tak boleh blah kitorang buat di pagi raya. Ha3... Hadoi!

~ Ni kalau my MIL / Abah nampak anak2 + menantu + cucu dia yang macam2 nih, mau cramp lidah diorang nak berkata2. Speechless! Ha3...

Outdoor & lompat2 raya...

Best tak hengat! ;D


:: Like3, ek! ::



Monday, September 10, 2012

3 SYAWAL 2012... EPISOD: PHOTOSHOOT SAWAH PADI

Kalau belah family aku ada Gediks2 Raya, belah family mertua pulak ada Photoshoot Sawah Padi. Kelasssz... ko Jah..! He3...

Agenda utama adalah nak beraya ke rumah besan2 mertua. Sebelum bertolak, adalah lebih afdal kita berphotoshoot dulu. Al maklum la... kami kan bajet artis... Gila glamour!!! Ha3...

Dah jelita + kacak bergaya, rugi kalau tak berposing! ;P

~ Yang rendah ke kiri, yang tinggi ke kanan... kiri & kanannn... gerak!!! Ha3...

~ Menunggu Awa & Cik Qistina. K-mon, bebeh! K-mon..!

~ Owh... Qistina...

~ Jenuh Mommy & Daddy dia ajak join bergambar tapi, dia tak nak! Gigih nak jadik photographer. Minat kerja2 di belakang tabir kot... Low profile... Tak macam Mommy-Daddy-makcik2-pakcik2 dia yang gila glamour tuh! He3... 

~ So, no Qistinalah!

~ Nampak macam samadengan gambar kat atas. Tapi, sebab ah kak rasa ah kak cute habis, ah kak jaja je lagik..! La3...

~ Free-style... konon! ;P

~ Ingat nak ajak melompat bersama2 di hari raya. Eh, lupa pulak ada Mak & Abah mertua... 'Ooppsss!!! Tumpang lalu, Mak... Abah...' (sambil tunduk2 senyum simpul) Heh3...

~ Macam sakit leher je aku dalam gambar nih. Mencik! Tapi, nasib baik muka maintain kiut. Ahaks3...

~ Sherashi Bershamaaa... ;D

~ Shehati Berdansha... pulak! ;P

Awa pakai kaftan. Adik2 ipar memang akan buat bahan kalau nampak sesiapa pakai macam pelik2 sikit nih. Bagi diorang baju kurung/kurung moden/kebaya adalah typical. Kaftan pulak samadengan pelik! So, memang jadik bahan la Awa hari tuh. He3...

"Awa, kalau ko panjat pokok pelam sambil buat gaya nak terbang aku amik gambar ko."


"Awa! Cer terbang... Cer terbang..."


Kejam punya statement, derrr..! He3... Tapi, takde apa pun... Bergurau-senda di hari raya maaa... ;)

~ Single but, not available... I guess... ;P

~ Romatika Raya... Cewwahhh..!

~ Pose ah kak tu macam nak menari rappers pulak. Isk3... malu ah kak berkelakuan begitu di depan mertua. 

Heh! Malu la sangat kan... ;P

~ Duta facebook... Nak melompat ke... nak buat tarian poco2 nih? Ha3...

~ Slim! Owh... ok! Memang I jeles tau! Uhuks3...

~ Ah kak pun slim kan dalam gambar nih? Terasa seperti boleh menyorok di sebalik pokok betik tersebut pulak. Hiks...

Memandangkan ada banyak lagik rumah yang nak diziarah makanya, sudah2lah berphotoshoot tuh. Moh kita beraya, weh..! ;D


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, January 11, 2012

MOH KE BENDANG KITA...

Aktiviti weekend ah kak kali ni adalah balik kampung, rumah mertua sebab ada kenduri akikah Qistina. Kenduri hari Ahad. Petang Sabtu balik kampung.

Lepak2 kejap sambil borak2 dengan mertua & adik2 ipar then, my 'sayang' ajak pergi Langkap sebab nak beli tingkap rumah mak kat hardware. Bawak Qistina sekali. Tapi, takde la pulak tingkapnya..! Habis stok. Dalam 2-3 hari baru stok sampai. Postpone lagik la projek merenovate dinding rumah mak. Hu3...

Dalam pukul 6.30 p.m, my 'sayang' kata nak tengok air kat bendang dia. Ah kak ikut sekali, dowh..! Naik scooter, singgah dari bendang ke bendang sambil menghirup angin petang. He3...

~ My 'sayang' nak bukak air ke nak tutup air ntah?! Lupa lak ah kak. Well... instead of main profesion sebagai kontraktor, my 'sayang' pun ada usahakan bendang jugak. Rezeki sampingan kata ko! ;)

~ View yang aku snap secara main2 & suka2. Bila tengok balik, nampak santeklah! Santek tak? Santek tak? ;P

Belah malam, kami keluar jugak. Tujuan utama adalah nak amik facial cleanser ngan tudung yang tertinggal kat rumah. Tujuan tak berapa utama pulak adalah nak menyinggah kat pasar malam. Beli air cincau ngan bebola ayam, ketam & sotong bbq. Sodap, owh..! Terkenang2 sampai sekarang! Terus rasa hari2 nak ada pasar malam! ;P

Pusing2 Teluk Intan kejap then, singgah Fazari Maju, konon2 nak supper la... Asal singgah kedai makan je ah kak jadik lapor! Asal lapor je, singgah kedai makan! He3... Terus order maggi kari.

Errr... maggi kari tu samadengan kategori supperkah? ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, March 4, 2010

SAUJANA MATA MEMANDANG...

Asik2 citer makan2 jer kan... Balik2 gambar makanan jer yang ado..! Lemak2 tepu pon dah tak lalu nak tengok gambar2 makanan tuh! He3...

Hmmm... hape kata kalo, aku ajak korang sume 'sejuk2kan' mata time2 global warming nih dengan melihat kehijauan sawah padi yang luas terbentang?! Ha..! Amacam..?


~ Lokasi kejadian: Belakang umah mertua. Motip: Saujana mata memandang kan? ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google