SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label POOL. Show all posts
Showing posts with label POOL. Show all posts

Tuesday, January 28, 2020

KAU TUNGGU, EK! KAU TUNGGU...

#Throwback

Lepas breakfast, terus rasa macam dah gemok! Macam magic! Eh, ke... memang dah sedia gemok?! Ha3...

Gasaklah. 

Yang penting, nak acah2 mengkurus balik. Makanya, jomlah berenang berirama. Ahaks...

~ Amik mood dulu.

~ Sedut fresh air roof top garden.


~ Hah, partner renang berirama dah terjun! 


~ Mana mungkin Sis tengokkan aje. Kau tunggu, ek! Kau tunggu... Ha3...


~ Team renang berirama, from Teluk Intan with love. Eceh! Ha3...

~ Lepak cenggini je pun dah best teruk, weh!

Jangan bimbang dengan kesejukan. Sebab air pool tu 'dicipta' untuk temperature Genting Highlands. Suam2 suku sesedap rasa aaa gitchew..! 

~ Team renang berirama dah 'insop'. Nak balik bilik, refresh sekejap sebelom check out.

Antara pengalaman mandi pool yang best. Sambil swimming, layan view, gunung-ganang bak dekat di hati. Ditambah dengan sinaran mentari menerobos sikit2. Owh... Sis suka! Sis suka! ;D

Yang bawak anak2, jangan gusar. Sebab kids pool pun hado. Sis tak tunjuk je sebab tak kose pulak nak tompang selpie kat kids pool tu. ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, June 27, 2012

POSE KOLAM RENANG ALA2 MAJALAH 'MANGGA MUDA' (BUKAN NAMA SEBENOR). OOPPSSS!

Korang ingat artis2 fofular je boleh berposing gediks2 kat kolam renang macam dalam majalah 'Mangga Muda' (bukan nama sebenor) tuh?! Eh! Ah kak pun boleh jugak tau! Tapi, versi perempuan di bawah lindungan Kaabah sikit la... Ahaks3...

~ Tarat tat taraaa........ Comel tak? Comel tak? ;P

~ Dengan 'boyfren tak cukup umur' pulak. Ko ada..??! Ha3...

~ Mengenterframe. Harap maklum. ;P

~ Masih dengan 'boyfren tak cukup umur'. He3...

~ Cayang dia laju2 sangat..! Cewwah..! ;D

Amacam? Boleh kalah tak artis2 kolam renang ala2 majalah 'Mangga Muda' (bukan nama sebenor) tuh? Heh3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 11, 2011

JAKUZI

Balik2 homestay, sume flat. Even masa dalam van pun dah nampak dah keletihan memasing. Kalau on the way nak ke Jesselton Point tuh sume gigih nak bercakap & bergelak-ketawa tapi, bila nak balik sume dah bisu. Layan blues jerk. Tenaga nak bercakap & gelak2 dah abis masa berkubang & snorkelling. He3...

Sampai bilik, Awa gigih membasuh baju. Aku lak gigih memasak maggi. Lapor lak tetiba perut nih! Layan maggi jer lah ko di situ... Hu3...

Lepas mentekedarah maggi, tido kejap sebab petang kang ada aktiviti lagik. Tapi, nie aktiviti bebas. Means, sker hati ko la nak gi mana?! Nak tido saja pun buleh jugak. Begitu...

~ Dari kejauhan di tingkat 9 tuh, aku mengusha2 pool yang superb nih! & dalam hati pun berkata, 'Owh... bestnya lah hai kalau dapat terjun2 macam ikan duyung lepas tu, berjakuzi plak. Tak ke heaven tuh?! Owh...' Terus gediks2 ajak my 'sayang'. La3...

~ Ting!!! Hah! Dah dok dalam jakuzi dah! He3...

~ Best tau! Rasa seperti dimassage2 jer badan nie dengan air yang membuak2 tuh. Heaven2... ;P

~ Duyung jelita... Muahaha... Larikksss..!!!

~ Pose manja bajet seperti artis majalah Mangga... Ha3...

Kitorang mandi pool berdua2-an jer sebab yang lain ada yang mentido & ada yang menyopping kat mall bawah tuh. Masa on the way nak naik bilik tu kan, dalam lift aku poyos jer cakap kat my 'sayang'...

'B... Jom beli rumah kat sini, jom! Hari2 kita lepak pool & berjakuzi. Musti best tahap gaban! ;P'

& my 'sayang' pun garu2 kepala tengok isteri dia berangan tak hengat! Ha3...


Poyos tak aku? Poyos tak? Adeh3... ;P


*Bersambung...

Friday, July 8, 2011

ANGIN MALAM DI TEPI KOLAM...

Eh! Malam tu, lepas dinner kitorang tak terus tido. Kitorang ada plan baik punya iaitu nak terjun kolam! Yabeda beduuu..!!!

Aku sorang jer pompuan Melayu mutakhir yang cuba untuk 'terjun' malam tuh! Yang lain sume my 'sayang' & adik2 ipar lelaki. Adik2 ipar pompuan aku sume dah flat! Aku pun pelik sebab asal gi vacation jer, energy aku dasat melampau! Asal energy aku dasat melampau jer, gi vacation! Ngeh3...

Tapi, malam tu kitorang kuchiwa sebab tak buleh nak mandi kolam. Not allowed! Sebab waktu yang paling last dibenarkan adalah sampai pukul 9 p.m. Kitorang turun tu dah pukul 10 p.m. So, cancel la nak main terjun2! Sadis betul! Tsk3...

~ Walaupun tak dapat terjun, aku ngan my 'sayang' tetap nak usha2 line jugak. Lepak2 sambil  berposing jer pun... Eh! Muncit semacam jer aku dalam gambar tuh! Owh... nom3!!! Hu3...

~ Berposing sambil menikmati angin malam... Best, noks!

~ Sumpah, best lepak kat tepi kolam tuh! Dengan angin yang sepoi2 bahasa... Dengan panorama yang mendamaikan... Ecewah! Puitis la plak kan... He3... 

~ Kalau tak best, masakan my 'sayang' teruja sampai terkeluar muka kekaguman melampau nih! Ha3...

Ada la dalam 15 minit kitorang lepak kat tepi kolam tuh. Mata dah kuyu, tak lalu dah nak tengok panorama indah lagik mendamaikan. Mentido lagik terbaik..! ;P

Tak sabor betul nak ke pulau soknya. Sampai mimpi2 main gitar bajet Yunalis Zarai kat tepi unggun api ngan my 'sayang'... Owh... romantika d amor, noks! Ha3...

p/s: Kepak ayam panggang Inanam tu sodaplah! Sampai skang dok teringat2. Adeh3...


*Bersambung...

Tuesday, May 17, 2011

GEDEBUSH2!!!

Selepas task tepung gomak, we ols dapat task basah2-an plak. Sebab apa aku kata basah2-an adalah sebab kitorang kena terjun pool untuk kutip duit syiling sebanyak 2 hengget. Ada syiling 10 sen sampai la 50 sen. Ko kuitp la mana2 janji bila ditotalkan jumlahnya = 2 hengget. Begitu...

Apa lagik?! Moh terjunlah! Woo hooo..!!! Eh! Tapi, bukan sume terjun... Hero2 jerk. Yang heroin memberi sokongan moral yang tak berbelah bagi di tepi kolam. Chaiyok2!!! ;P

~ Memula, Haji ngan Azam jer yang terjun. Encik Mail tetap nak snap2 gambar. Takpe la... Gambar kenangan kitorang jugak tu kan...
~ Tapi, Encik Mail macam tak buleh tahan plak tengok keasyikan Haji & Azam berkubangan di dalam kolam. Jadik, dia pun bersiap-sedia untuk terjun jugak... Cayalah, bro..! ;P
~ Hah! Kan dah gedebush tuh! Belon tetap tak tinggal..! Ha3...
~ Kak Bata memberikan sokongan moral. Chaiyok2..!!!
~ Sampai terbukak2 baju lagik, ko! Dasat2...
~ Wokeh! Done! Dah cukup 2 hengget. Sila naik cepat untuk ke next pit stop. K-mon, bebeh! K-mon! Ha3...
~ Harus posing dolu sebelum ke next pit stop. Acara wajib, gitu..! Ha3...
Kami group yang ke-3 atau 4 yang sampai ke next pit stop tuh. Takpe2... Masih dalam race. Ecewah! Bajet Amazing Race la plak! Ha3...

Dapat task lagik, yang memerlukan semangat kerjasama yang tinggi & tahap kesaboran yang maksimum. Nak tau apa? Kena la tungguuuuuuuu............!!! ;P


*Bersambung...

Wednesday, May 11, 2011

BERENANG2 DI TEPIAN...

Disebabkan kuchiwa sebab tak dapat nak naik mende alah yang macam bot kayuh ngan kakimu sendirik tuh makanya, my 'sayang' pun bawaklah wifey kesayangan dia nih ke 1 taman yang ada pool kat presint berapa ntah?! Konon2 nak pujuk hatiku yang sentap tu la kan... Ngeh3...

Tapi, still sentap jugak sebab tak buleh mandi pool. Baju spare tak bawak. Lip2 ngan Odah jer yang berkubang sebab diorang memang ada bawak baju spare. A_bern siap merunsing2 lagik, jeles tahap gaban tengok Lip2 & Odah mandi. Gediks plak ajak aku gi beli baju. Masalahnya, 1 kedai baju pun aku tak nampak kat situ! Sentap makcik tu, hokay..! Last2, melepek jer kat bawah gazebo, melayan perasaan. Alooloolooo... ;P

~ Suami isteri yang bahagia... Ecewah! Ayat terlampau betul! Ha3... Eh2! Apsal skang ah kak sker guna perkataan 'terlampau' & 'melampau', ek? Sket2... terlampau... Sket2... melampau... Haish! Musykil betul! ;P














~ Nak jugak membasahkan badan, lepas gian! Ha3...


~ A_bern yang konon2 nak buat split. Tapi, haub... Ha3...

~ 'Basah2nya rambutmu... Sebasah asmara kita... La3...' Ecewah! ;P

~ Ghalit bebudak 2 orang tuh.



Kat situ ada 2 pools, actually. Yang bebudak mandi tu memang public abis la sebab kat luar2 jer. Tepi jalan raya plak tuh. 1 lagik kat dalam bangunan. Yang tu kalau nak mandi, kena pakai bikini/burqini untuk wanita & swimming trunk untuk lelaki. Pool lelaki ngan pompuan diseparatekan la... 

Gym pun ado jugak. Macam2 lah ado! Kira seperti sports centre gitu..! Kat sebelah pool yang kat luar tu ada playground. Bukan setakat Lip2 ngan Odah jer yang main kat situ. Tapi, Mak Lang & aku pun gediks mentry jugak. Ha3... Bulat2 jer mata pak guard tengok kitorang buat pelbagai aksi main kat playground. Ha3... Larikksss...!!! ;P


Baru nak rest kat gazebo, Kak Aneem dah roger2 abang aku. 

Hah?!! Apa..??? Ke MINDEF??! 

Jeng3...

Friday, June 18, 2010

KURSUS INDUKSI UMUM (EPISOD: PHOTOSHOOT @ POOL)

Malam seterusnye, rutin aku & kawan2 lain kat situ buleh dikatakan same jer everyday. Dengor taklimat, riadah, makan & tido... Time makan la yang aku rase paling blues sebab time tu la dok teringat kat my 'sayang'. Macam2 soklan kuar dalam kepala nih, 'Dah makan ke B?... Makan hape la agaknye?... Dengan sape lak B makan?... Bla3...' Time tido pun same, lagik la blues! Sib baik aku bawak t-shirt my 'sayang' yang ade bau dia. Plus, nie memang perkara wajib yang aku akan bawak if kene separate camnie. Buat pengubat windu... ;D

Makan time...


~ Blues tak hengat, ko..! Hu3...


~ Idea tak buleh blah daripada Murni & Ena... Bese la kan... memasing menanggung windu tak hengat kat sang suami, tu yang jadik sengalz tuh! Ha3...


~ Menu adalah nasik ayam. Not bad la...

Sementara nak tunggu slot seterusnye, we ols lepaking kat pool, buat sesi photoshoot.


~ Ena & me...


~ Again...


~ Hapelah yang aku tengok tuh..?


~ Kami nak terjun dalam pool tuh! Yee haaa...!


~ Tak agak2 ibu mengandung nih. Cayalah..! Hiks...


~ Kat celah2 dahan pokok pun kira oraitlah!


~ Bermandi cahaya la pulok! If ade short-circuit nie, 'padamlah' aku... Huuu...


~ Photographer dah tired, dowhhh... ;P

Korang kan... if gi kursus, blues cam aku tak? Hu3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, February 2, 2010

FaMiLy VaCaTiOn (EpiSoD: aKTiViTi YaNg MeNcAbAr iTu...)

Masuk bilik, aku rest 5 minit jer. Pastu, aku terus mandi coz rase cam dah melekit jer kan... My 'sayang' dah terbongkang tido. Aku pon kejut la beliau, suh mandi semayang bagai... sebab aku nak ajak my 'sayang' turut serta dalam aktiviti yang maha mencabar sekejapan lagik. Organizer aktiviti tuh adalah aku & A_bern. He3...


~ Kul 5.30 p.m... we ols berjalan kaki melenggang kangkung, menuju ke tempat aktiviti tersebut.


~ Tarat tat taraaa... Inilah aktiviti yang dimaksudkan... iaitu berkubang bersame family terchenta..! Mencabar giler bukan??? Ahaks3...


~ Peace! No War! ;P


~ The organizers yang sentiasa ceria... la3... Ha3...


~ Syiok wooo... bile isteri orang + suami orang + mak budak + bapak budak berkubangan. Kalah budak2! Muahaha...



~ Mak & nenek aku just lepaking kat tepi pool, sambil tengok anak2 + menantu2 + cucu-cicit bersker ria.


~ Owhhh... yeah..! ;P


~ Gigih aku nak enterframe gak. Tak kasik can kat abang aku nak wat family portrait. Ha3...

Kul 6.30 p.m baru memasing naik. 1 jam berkubang, kira orait la tu kan... Tu pon sebab lapor. Kalo kenyang, aku rase sampai bulan mengambang pon belom tentu we ols naik ke darat. Muahaha...

Malam tu, we ols dinner makan nasik kandar kat sebelah Kompleks Bukit Jambul. It's all on me... Korang jangan tak tau, aku nie dah la cute + sopan-santun, dermawan lak tuh! Ahaks3... Larikkkkkkssssssss........!!!!

Bile tengok balik gambar2 berkubang nih, baru aku perasan yang aku takde pon amik gambar wif my 'sayang'. Sungguh rugi... owhhh... My 'sayang' sibuk jadik photographer sampai lupe nak amik gambar sendirik. Hu3...

'B, jom gi berkubang balik. Nak amik gambar ngan B... Uhuks3...' Nak jugak tuh!

Ade lagik 1 aktiviti mencabar that nite. Jap lagik aku citer. ;)


*Bersambung...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google