SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label FERI. Show all posts
Showing posts with label FERI. Show all posts

Monday, July 6, 2015

BERLAYAR DENGAN SELAMAT

#Throwback

Kami check-out awal sebab nak breakfast dulu kat area Kuala Perlis. Perut kena berisi sebelum naik feri. Perlu diingat bahawasanya, takde cafe mahupun kantin kat atas feri tuh. 

Perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Terminal Feri Kuah makan masa plus-minus, 1 jam jugak la... So, better breakfast dulu untuk elak perut berdondang sayang. Kalau tak sempat, tapau je roti & air. Makan dalam feri, buat alas perut.

Tiket feri kami pukul 9.30 pagi. Beli tiket secara online kat langkawiferryline

Korang boleh baca kat entry ni regarding tips membeli tiket feri secara online. Check it out, k! ;)

~ Feri sampai on time. Jadik, ada masa untuk selfie di luar feri.

~ Ready to sail! ;)

Feri kali ni cantik, wangi, besar & dengan air cond yang sempurna. Takde masalah dalam pelayaran. Smooth je... Sesekali ombak kuat tu, normal la kot... Maksudnya, takde masalah enjin / yang sewaktu dengannya. 

Alhamdulillah...

~ Selamat menjejakkan kaki di Terminal Feri Kuah. 

Oppa dah start roger2 dengan owner kereta sewa dari dalam feri lagik. Agak2 nak sampai Terminal Feri Kuah tu, cepat2lah WhatsApps. Boleh je kalau nak call terus. Tapi, paham2 je lah, kadang2 line tak clear. WhatsApps & sms sebagai back up. Tujuan dia supaya owner kereta sewa boleh get ready & kita pun taklah lama sangat tertunggu2.

Hokay, fine... kunci kereta sewa dah selamat ada kat tangan Oppa. Kami sewa Perodua Viva je. Sedang2 eloklah untuk 2 orang.

Oppa makan kuih je masa breakfast. So, beliau rasa agak laporlah. Makanya, Oppa ajak lunch kat Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam.

~ Dah nama restoran pun 'Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam'. So, of courselah menunya adalah nasik ayam.

~ Ini kali ke-2 kami menjamu selera kat sini. Kali pertama masa 1st honeymoon dulu. So, dah taulah macam mana konsep dia & apa yang akan dihidangkan.

Ah kak kasik 3/5 mintang. ;)

Silalah ke address berikut untuk rasa sendirik keunikannya:-

Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam
No. 85 & 86, Persiaran Mutiara
Pusat Dagangan Kelana Mas
Langkawi, Kedah

No. Telefon: 019-5638320

Masa untuk merehatkan diri sekejap lepas perut kenyang. Kami terus ke Azz Inn, tempat menginap sepanjang 4 hari 3 malam kat Langkawi. 

~ Bilik kami yang super luas walaupun rate kategori bajet. Memang puas hati dari segi penginapan untuk trip ke Langkawi kali ni. Kat Kuala Perlis dapat DView 1 Hotel yang berbaloi2, kat Langkawi dapat pulak Azz Inn yang berbaloi2 jugak. 

~ Meja & kerusi extra selain dari meja solek. 

~ Mini kitchen & toilet yang bersih & agak luas.

Oppa amik keputusan untuk tengok LIMA 2015 adalah pada saat2 akhir. Makanya, aku buat itinerary & reservation penginapan pun adalah pada saat akhir jugak. Oppa kata, kalau penginapan available, barulah beli tiket feri online & tengok LIMA 2015. Tapi, kalau penginapan semua fully-booked, assume je lah takde rezeki untuk tahun ni. Cenggitu kekdahnya...

1stly, aku try roger2 penginapan yang ada di sekitar Pantai Cenang. Maksudnya, aku roger2 yang kategori hotel. Tapi, ya ampon... semuanya fully-booked. Lepas tu, aku try pulak roger2 yang kat area lain. Contohnya macam kat Kuah. Hmmm... ada yang fully-booked & ada yang available dengan rate yang mencanak2 naik walaupun kategori bajet. Well... LIMA kan... Masa ni la diorang nak ketuk harga! 

Tapi, Oppa kata, kalau kat Kuah, macam jauh sikit dari Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), tempat rasmi berlangsungnya LIMA 2015. Oppa suruh aku try call Langkawi Kak Besah / Zah Homestay, tempat kami menginap masa family vacay sebelum tu. Sebab kat area situ ada 1 deretan bilik sewa yang nampak comfy, yang Oppa pernah usha & survey masa family vacay tu jugak,

Dipendekkan cerita, 2 dari 4 bilik tu masih available. Azz Inn nama dia, Laju2 aku reserve! RM 120/nite. Tak perlu deposit! Sampai je kat Langkawi, roger2 je Encik Azizan (owner) katanya... 

Hmmm... cuak jugak memula. Sebab takde deposit, hanya sekadar bukti sms. Tapi, alhamdulillah... proses check-in berjalan lancar. ;)

Katil queen
Meja solek
Meja & kerusi extra
Attached bathroom
Kettle
Basic kitchen utensils
Iron + iron board
Rak sejadah & telekung
Air conditioned + kipas siling
Wi-fi

Luas bilik tu diibaratkan seperti ko boleh bawak masuk 1 lagik katil queen & menginap dengan selesa. Still ada ruang untuk solat. Owner pun friendly. Memang highly recommended.

 Azz Inn
Jalan Pantai Tengah, Kampung Padang Puteh
Pantai Cenang
07000 Langkawi, Kedah

No. Telefon: 012-5827373 (Encik Azizan)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 27, 2015

VACAY YANG TERTUNDA...

#Throwback

Ini kesah percutian bersama family mertua ke Langkawi. Sebenarnya, ini projek / vacay yang tertunda. Ada beberapa halangan & rintangan. Tapi, kami tak mudah give up, especially Awa, JKKKKKK Utama Lawatan (JUL). Semangat bercuti, maintain membara! ;D

& hari yang dinanti2kan pun kunjung tiba... Ecewah! Ayat sasterawan dah keluar dah, hoiii2..!!! ;P

~ Jalan agak jem & hujan non-stop.

Memang sepanjang jalan tu hujan turun. Kejap renyai2... kejap lebat... kejap renyai2 balik... cenggitu la kekdahnya... Accident pun banyak. Mungkin sebab faktor keadaan jalan yang licin. Amiklah iktibar. Kalau hujan + jalan jem cenggini, toksahlah ko nak gigih tekan minyak seperti pelumba F1. Sangat tak patut!

Kami transit di Pokok Sena. Menumpang tido 1 malam di Kuarters Penjara Pokok Sena yang abang ipar & Kakak Roy sediakan untuk kami. Terima kasih banyak2...

Sampai pun dah pukul 12 tengah malam. Memang tak patut ada aktiviti lain selain tido. Kalau tak boleh tido pun, tetap kena paksa mata untuk terkatup jugak sebab esok, sebelum Subuh dah nak kena gerak ke Kuala Perlis.

Perancangan berjalan lancar. Mon lead dari Pokok Sena ke Kuala Perlis sebab expert. Hometown katanya... Solat Subuh di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. Perrgghhh..!!! Ramai betul umat manusia! Nak amik wudhu' pun kena beratur panjang. Owh3...

¬ Berkumpul. Nak kira 'ahli rombongan'. Make sure cukup.

¬ Wajib! Ha3...


Awa call owner parking. 5 minit kemudian dia sampai & guide kami ke:-

Mat Parking Berbumbung dan Terkawal
Kuala Perlis, Perlis

No. Telefon: 013-4414467 / 019-4057392 / 013-4809373

Strategik. Dekat sangat dengan Terminal Feri Kuala Perlis. Berbumbung & berpagar. Kadar parking selepas dinegotiate oleh JUL adalah RM 10/day.

Lautan manusia lagik kat Terminal Feri Kuala Perlis. Kami terus buat barisan, jangan putus, bergerak ke pintu 8 sebab dah tanya2 & ada announcement. Berchenta jugaklah nak menunggu pintu 8 tu bukak. Announcement dah banyak kali, siap mention, '... panggilan akhir... last call... bla3..." tapi, pintu boarding tak bukak2. Sikit lagik je nak bertukar kaler jadik ijo! Huh!

Untuk mengelakkan korang tersadai kat terminal tu lama2 sebab datang awal tapi dapat tiket pukul 12 tengahari & ke atas, better korang tiru kami. Book tiket online di www.langkawiferryline.com

Boleh book awal. Isi maklumat peribadi (nama penuh, no. IC, etc.), recheck, pay online via maybank2u contohnya & print ticket & summary. Simpan elok2, tunjuk masa boarding then, dah boleh naik feri. Tambang feri seperti berikut:-

RM 18/head sehala - Dewasa
RM 13/head sehala - Kanak2 (3 hingga 12 tahun)

Kuala Perlis - Langkawi makan masa 1 jam 15 minit. Kalau dari Kuala Kedah, 1 jam 45 minit. Silalah duduk ikut nombor seat memasing. Tak perlu berebut2 & tak payah la nak amik seat orang lain. Hidup ni, biar berperaturan sikit. Peace!

¬ Memanfaatkan masa. ;P

¬ Oppa pun sama jugak, 2 x 5... He3...

¬ Dapat seat tepi tingkap. 

~ Bolehlah layan pemandangan puas2.

Tiba2 feri terhenti. Macam statik je. Rumours nya adalah, mungkin ada masalah enjin. Perrgghhh..!!! Cuak jugaklah! Nasib baik tak lama sangat & alhamdulillah... selamat sampai kat Terminal Feri, Kuah. Fuh, lega..!

Pertama2 sekali yang perlu dibuat adalah amik rental car daripada owner. Penting sangat tu! Takde transport, maka tak bolehlah nak round 1 Langkawi. Kannnnnn.........

Rombongan kami agak besar. So, kami sewa Kia Pregio & Saga BLM. Kadar sewa, aku tak sure. 

Kemudian terus ke Langkawi Kak Besah & Zah Homestay. Maknanya, 2 buah homestay daripada 2 orang owner. Tapi, diorang ni ada hubungan kekeluargaan. Homestay2 tu pun boleh dikatakan 1 laman, tak jauh. Boleh je kalau nak 'hoi3...' orang di sana & orang di sana 'hoi3...' balik orang di sinun. Cenggitu kekdahnya...

Langkawi Kak Besah Homestay ada 2 bilik berkipas & ber-air cond. Living room dengan dapur, bapak besar! Accomodation dia ok la... Tapi, lantai tu macam melekit2 sikit. Tak mop kot... Hu3...

So, ah kak kasik... 2.5 mintang2 berkerlipan... Heh3...

Zah Homestay pulak ada 3 bilik. Living room luas, dapur kecik sikit tapi, not bad la... 

Yang ni ah kak kasik, 3 mintang.

Kalau nak cuba, try, test, survey2... silalah ke www.langkawikakbesahhomestay.blogspot.com 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, June 23, 2010

KURSUS INDUKSI UMUM (EPISOD: CERT & AKU MAHU PULANG...)

Hari yang dinantikan tiba jua akhirnye... Aku sudah mau pulang, dowhhh... Syioklah! ;) But, before that, ade majlis penutup. Dimulakan dengan ucapan & diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kehadiran. Ucapan Penghulu yang paling tak buleh blah tuh! Siap berpantun2 lagik, ko! Ha3...


~ Yeay2..! Dapat sijil..! ;D

Sebelum berpisah, aku bergambar2-an dolu ngan bebudak group aku... Malas nak citer banyak, just saksikanlah kehebatan kitorang berposing... Owhhh... yeahhh..! ;P


~ Wif Bob... the group leader... Perlisian...


~ Wif Kak Ieda... HQ...


~ Wif Farah... a mommy to be... Kedahan...


~ Wif Noor... Sabahan...


~ The Flyin' Colours...

After lunch, sume pun gigih kendong bagasi memasing, dok kat lobby, tunggu van/shuttle datang amik untuk ke jeti. Aku tak lunch sebab nak lunch ngan my 'sayang'. Actually, my MIL & Bulat pun datang Pangkor, nak jemput aku. Wah! Tetiba aku rase cam VVIP lak! Hiks... Qistina pun kene angkut sekali! Kalau ikut plan asal, we ols nak sewa keta untuk pusing2 pulau but, terpaksa cancel sebab keta sewa nan ado! Plus, cam tak cukup mase jer... Takutz Qistina meragam pun ye gak. Tapi, sempat la we ols lepaking kat tepi pantai sambil tengok orang berisland hopping.


~ Qistina, my MIL & aku...


~ Peace, bebeh! Happy giler sebab dapat tatap wajah my 'sayang' tanpa kompromi lagik! Jiwang tak? Jiwang tak? Baik cakap jiwang... cakap... cakap...!


~ Memula Qistina ok. Tak lame pastu dia dah mengamuk. Rimas kot sebab tak buleh tido. Last2, sumbat ngan susu.


~ Bile suh posing & senyum, dia buleh behave lak! Sawan camera jugak nih... He3...


~ Blurr2 jer muka my 'sayang'. Mengantuk katanye... Aku lak dok paksa beliau posing2. He3...

Sampai Lumut, we ols gi shopping hasil laut lak. Aku just beli sutun salut gula ngan ikan masin jer. Aku amik sekotak jer sutun tuh. Yang berkotak2 lagik aku sedekah kat family members. Tu pun tak abis2 gak we ols makan sutun tuh, dok ade dalam fridge. Rase malas lak nak makan. Plus, tekak I nie manja gediks2 sket tau! If time nak sesuatu tu, memang nakkk... sangat! Bile dah dapat, boh layanz jerk. Ntahhape2ntah!

Kesimpulannye, kursus induksi nie memberi 1001 kenangan untuk aku ingat sampai bile2... Harap2, aku lulus sumenye. Tak sabor nak confirm nih! You ols doa2kan, ek?! Tq... ;)

Sekian...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, February 4, 2010

FaMiLy VaCaTiOn (EpiSoD: jOm NaiK fEri)

Turun jer dari Bukit Bendera, we ols terus mencarik jeruk kat Pasar Chow Rasta. Kitorang tak tau pon tentang kewujudan pasar nih. Pas roger2 Kak Ngah & En. Sukeri, tanye lokasi bagai... akhirnye, dapat gak sampai pasar tuh. Hiruk-pikuk tempat nih. Ramai orang!

Kitorang beli jeruk campor2 dalam 15 plastik. Ade yang sekilo, ade gak yang 500 gm. Murah jerk, sekilo 7 hengget. Korang buleh amik sendirik/suh mak cik-pak cik yang jual tuh amikkan.

Selesai beli jeruk, we ols terus headed ke terminal feri. Roger2 abang aku, rupe2nye diorang dah nak masuk highway. Jenuh nak kejor nih!


~ Berselisih dengan Feri Pulau Payar.


~ The vehicles...


~ Kaki A_bern tu terkehel ke hape ke kan... Muahaha...


~ Banyak tul kapal2, bot2, perahu2, etc2... Rase cam nak mintak sejibik plak! Hiks...


~ Geli-geleman gak kaki coz takutz tetiba tsunami. Who knows kan..? Alhamdulillahhh... selamat sampai...


~ 'Awan Dania...' Heh3...


~ Bye2 Penang... Sob3...


~ Aku nie sebenornye ngeri nak tengok big ship but, ntah kenape dok gigih gak nak snap gambar kapal besor gedabak nih?!

Rase sekejapan jer naik feri nih. Sedar2 jer dah sampai seberang. Walaupon penat, aku tetap gigih nak temankan my 'sayang' yang dok drift. Bajet mithali la konon..! Pui! Ha3...

Abang aku call, suh kitorang terus ke Ipoh. Means, takyah masuk Kuala Kangsar coz diorang pon dah nak kuar dari Kuala Kangsar. Sampai Ipoh kul 7.20 p.m. Sedang2 eloklah semayang Maghrib dolu kan... Pastu, kitorang pekena Char Kue Teow kat Padang MBI. Perrgghhh..!!! Terbaiklah..!

Kesimpulannye, family vacation nie memang syiok. Walaupon agak penat tapi, berbaloi2... Pasni, we ols plan nak ke Eagle Ranch, PD lak. Insyaallahhh...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google