SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 3 RAMADAN 2012. Show all posts
Showing posts with label 3 RAMADAN 2012. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

IFTAR 3 RAMADAN... 2012

Tak payah masak & tak payah nak bersesak2 ke PARAM. Sebab ada jemputan berbuka puasa. Cik Am roger2, ajak berbuka kat rumah Mak Ngah kat Selabak. 

Means, buat ke sekian kalinya, kitorang tak berbuka puasa kat rumah sendirik. Orang kata, rejeki jangan ditolak kan... Heh3...

Memandangkan hari tu adalah hari bekerja, so tak dapeklah den nak tolong2 masak ke... potong2 bawang ke kan... Cewwahhh..! Bajet mithali la pulak! Padahal... Ha3...

My 'sayang' ada kerja sikit petang tu. So, dia amik agak lewat jugak la... Dalam pukul 5.30 petang. Walaupun nampak macam, alaaa... apa ada hal balik pukul 5.30 petang. Tapi, bagi aku yang dah biasa sangat balik pukul 5 petang nih, memang rasa 5.30 tu lambat! Manjas kot... Hiks...

Pukul 6.30 petang baru gerak ke rumah Mak Ngah. Singgah kejap kat PARAM Baazar Nanas, beli pelam buat buah tangan. 

Sampai kat rumah Mak Ngah, aku terus tolong hidang2. Lepas tu, kupas pelam pulak. Mithali tak? Mithali tak? Ahaks3...

Menu iftar adalah nasik putih, sup tulang, sambal tumis lala, cendawan busut tumis kunyit, ikan keli sambal, telur dadar, sambal kicap, kangkung belacan & bubur pulut hitam. Ada lagik rasanya... Tapi, macam dah lupa dah... Variasi betul! ;)

Santak perut! Nak bangun pun payah kot... Hu3...

Sekian...


:: Like3, ek! ::



IMSAK 3 RAMADAN... 2012

Malas nak masak seperti biasa. Balik dari rumah mak pun dah lewat. Mak tapaukan je leftover lauk-pauk masa berbuka tuh.

Bangun subuh tu terus panaskan nasik. Eh, nasik pun tapau nasik mak jugak tau! Bertuah punya anak kan? He3...

Nasik putih + ikan tauhu masak pedas + ayam halia. Cukup la untuk kami berdua bersahur. ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google