SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, December 30, 2016

SWAFOTO

#Throwback

Lama jugak A_bern 'bermastautin' kat kampung. Dari lepas SPM sampai la nak dapat result application UPU.

Kami yang hantar A_bern balik Kajang. Merangkap getaway. Sambil menyelam, minum air. ;)

~ Minum pagi di Zul Mee Kari, R N R Ulu Bernam.

~ Lunch di rumah Andak, Segambut.

~ Dinner di Kajang Perdana.

Tido 1 malam kat rumah Kakak. Kebetulan, bulan tersebut adalah bulan birthday Kakak & Abang. Oppa & Mother pulak bulan sebelumnya. Aku & A_bern plan nak buat surprise party kat diorang.

Pertama: Buat backdrop kek / wishes 'Happy Birthday' pakai Microsoft Word je. A_bern setelkan. Jenuh jugaklah kami cover2 lappy tu, siap membongak bila Kakak tanya, 'Atin buat apa tu?' A_bern jawab, 'Takde apa2... Saja je...' Ha3... Kakak ni bahaya sikit! Tahap menghidu ke-suspicious-an dia tu tinggi! Fuh!

Ke-2: Print mende alah tu kat cyber cafe berdekatan sebab ink printer A_bern habis.

Ke-3: Beli kek on the spot.

Plan pertama, alhamdulillah... takde masalah walaupun banyak kali kena membongak. Ha3... Plan ke-2 & ke-3 tu, haaa... payah nau2 nak dilaksanakan. Sebab aku buta jalan! Kajang, hokay... Kajang! Mintak izin tahap berguling2 lapanploh kali pun, kompom Oppa tak lepas! Maka dengan itu, terpaksa la frankly speaking je dengan Oppa. Secara automatik dah tak surprise la untuk Oppa. Ah kak terpaksa, you ols..! Ah kak insan yang lemah. Tsk3...

Sesungguhnya, Oppa memang partner in crime thorrbahekkk... selain A_bern. Oppa bawak ke cyber cafe & beli kek. Terima kasih juta2 kali, Oppa. I love you, bebeh! He3...

~ Hasilnya... ;D

3 plan dah setel. 1 kerja lagik pulak nak mengcover kek tersebut. Memang taklah nak simpan dalam fridge Kakak! Kompom2 jahanam agenda surprise! Hu3... So keputusannya, simpan je dalam kereta kat seat row ke-3, cover dengan surat khabar.

Malam tu, memang kami nak keluar, nak lepak Putrajaya. Carpool. Seat row ke-3 tu memang khas untuk A_bern. Makanya, tanggungjawab menjaga kek diamanahkan kat A_bern.

Lepak kat Dataran Putra. Siap bentang picnic mat, laju2 kami bawak turun kek. Masih lagik tercover2 sebenarnya. Nak buat surprise tapi, malu2, senyum sendirik, aci tolak2 nak buat mukadimah. Kelakor gila! Ha3...

~ Happy birthday, Oppa, Mother, Kakak & Abang..!

~ 'Bergurau' dengan kek.

~ Kakak a.k.a Rozeylawati a.k.a Buk Lojey. He3...


~ Excited betul beliau nih! He3...

~ Pose paksarela Mother, buat love shape. Hiks...


~ Gigirl pose.

~ A_bern, my partner in crime dah sama tinggi. Or dia lagik tinggi daripada aku... Time flies...

~ Partner in crime #2

~ Menggediks2. Hiks...

~ Saranghaeyo... ;D

~ Mother maintain vogue2 ayu. Beza sungguh dengan anak2 Mother yang tergediks2 tak sudah tuh. Ha3... Hadoih!

Lepas makan kek & jamuan ringan, kami berubah port. Nak ke tengah dataran sikit. Carik yang havoc. Tengok macam2 ragam manusia, boleh buat kita senyum sendirik.

Ada yang layan anak2 main basikal, roller blade, belon, bla3... Ada jugak yang sekadar lepak chill2 macam kami. Tak kira bangsa / agama. Boleh get along. #SyukurSelalu... Betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia...

~ Langkah aku & Oppa makin jauh...

~ Berlegar2 sekeliling dataran.


~ Sambil berswafoto. Owh... skema nau2 penggunaan tatabahasa tu! Ha3...

Puas hati. Semoga yang diraikan happy... 

Terima kasih kepada 'partners in crime'. Lain tahun, kita buat plan yang lebih extreme! Semoga tak kena maki. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

amboiii suweet sgt family ni

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
sweet bese2 je.. alhamdulillah..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google