SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 19, 2016

MUSIBAH & REZEKI

Demam. Bersin tak sudah2. Mata kuyu, hidung berair. Hmmm... flu lettew..! Hu3...

Maybe terjangkit daripada Oppa. Sebab Oppa pun baru je lepas demam, batuk & flu. Takpe... Sakit kan penghapus dosa kecil. Husnuzon2...

By the way, nak habaq mai... #CikPuteh pun 'demam' jugak. Akibat langgar lari oleh manusia yang tak bertanggungjawab. Choiii..!

Hari kejadian adalah hari Rabu lepas. Aku bawak Mother ke hospital. Ada appointment hypertension & diabetes. Aku yakin betul, aku parking dalam petak parking dengan sempurna. Tak caya, tanya Mother. ;P

Kiri kanan memang ada kereta parking. Tak perasan jenis apa. Mana la kita nak tau mende nak jadik kan... Malang tak pernah berbau. So, tak alert la dengan persekitaran.

Setel appointment, bawak Mother lunch kat Nasik Kandar Lambai. Dari hospital sampai ke Nasik Kandar Lambai, sumpah tak perasan apa yang dah jadik kat #CikPuteh. Parking dalam petak parking dengan sempurna jugak. Sebelah Toyota Hilux.

Kemudian, singgah Kedai Serbaneka Zon Jimat. Mother nak beli penyapu & beberapa barang lain. Parking terpaling sempurna dalam petak parking sejenis yang straight tu, haaa..! Tak 'berjiran' dengan apa2 kenderaan. Dari Nasik Kandar Lambai sampai ke Kedai Serbaneka Zon Jimat, masih tak perasan apa dah jadik kat #CikPuteh.

Tiba masa nak masukkan barang2 hasil pembelian kat seat row ke-2. Terjerut rasa, tersentap jiwa, terluka hati tengok #CikPuteh!

~ Kemek & kena sagat.
Bertenang sekejap. Mungkin air cond #CikPuteh boleh sejukkan sikit amarah nih.

Post mortem nya:-

1. Tak mungkin #CikPuteh kena langgar masa parking kat Kedai Sebaneka Zon Jimat. Sebab parking agak lengang, lokasi #CikPuteh dalam petak parking straight dengan 'tak berjiran'. Parking serong kat seberang jalan memang ada kereta, dalam 2 bijik. Tapi, jalan tu besar. Macam tak logic ada yang reverse kereta amik side melampau semata2 nak keluar dari parking serong.

2. Tak mungkin #CikPuteh kene langgar masa parking kat Nasik Kandar Lambai. Sebab Toyota Hilux tak keluar dari parking pun sampai kami gerak ke Kedai Serbaneka Zon Jimat.

3. Paling mungkin & hampir kompom #CikPuteh kena langgar masa parking kat hospital. Urusan kat sini yang paling lama. Dari pukul 7.30 sampai 11.30 pagi. Kenderaan yang parking sebelah #CikPuteh mungkin bersilih-ganti. Ada yang tak bertanggungjawab, dah terlanggar #CikPuteh, terus blah cenggitu je. Huh!

Husnuzon..?!

Ok, fine... Husnuzon2...

~ Melayang RM 350. Tsk3...

Allah bagi ujian sikit untuk gantikan dengan sesuatu yang bermanfaat. Aku muhasabah, aku yakin. Hari yang sama, waktu yang sama, Oppa dapat projek spontan. Walaupun fix projek orang yang mana orang tu tak sudahkan sewajarnya tapi, ia still rezeki kan... Halal. Alhamdulillah...

Allah Maha Adil. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

Anonymous said...

salam.kak di teluk intan kedai mana boleh buat repair tu.

ArELeEz said...

Anonymous,

i wat kat kg bahagia. name workshop: *lupe, xingt. tp, dr t. intan, ia belah kiri.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google