SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 15, 2016

DARI POOL KE PANTAI KE MASJID KE IKAN BAKAR

#Throwback

Kami check in di:-

Batu Burok Beach Resort (BBBR),
No. 906A, Jalan Pantai Batu Burok,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

No. Telefon: 09-6221410

Haaa... dah siap2 kasik address & nombor telefon. Jangan letak high expectation sangat tau! Sebab standard biasa2 je. Maksudnya, jangan jadik macam aku. Lepas survey2, tengok gambar bagai... rasa teruja nak stay BBBR ni. Tapi, realitinya berbeza sikit. Tapi, masih boleh dijadikan tempat menginap la... 

~ Lambaian nak masuk bilik, lompat atas katil, nak rest.

Rating: 2.5/5 mintang

4 bilik standard untuk kami. Ada basic accomodation macam 2 single beds, almari solek, closet, attach bathroom & ubat nyamuk elektrik. Konpius jugak bila nampak ubat nyamuk elektrik tu. Aku syak, guest sebelum ni yang guna & tertinggal. 

Hokay, takpe. Abaikan...

Bila tiba malam, aku tergaru2. Kat kaki la... kat tangan la... kat dahi pun ada. Tak menahan, dowh..! Aku cepuk kaki sendirik, tangan sendirik & dahi sendirik. Berhasil. Nyamuk rupanya... Choiii..!!! 

Di situ la baru nampak kegunaan ubat nyamuk elektrik. Maksudnya, resort yang sediakan. Bukan guest sebelum ni yang tinggalkan. Hokay, paham... Hu3...

Takde lagik gangguan nyamuk. Tido nyenyak... Heh3...

~ Semua bilik kami dapat 2 single beds. Kalau kreatif sikit, boleh jadik queen bed macam yang Kakak & Abang Mie buat ni.

~ Pool adalah kriteria yang sangat penting bila bercuti dengan family. Ada pool untuk dewasa & kanak2.

~ Haaa... inilah sebabnya kenapa pool jadik kriteria penting. Bukan sebab untuk membahagiakan anak2 sedara. Tapi, pak2 sedara & mak2 sedara. Ha3...

Bercanda dalam pool sekejap. Kemudian, bercanda kat Pantai Batu Burok pulak. 

Sebenarnya, kat belakang BBBR tu pun dah boleh jumpa pantai. Tapi, tak happening sangat la... Kena naik kereta sekejap, terus ke Pantai Batu Burok yang sebenar2nya. Happening, babe! Macam2 ada..! Makanan, kereta kuda, layang2, lepak2 di pesisiran pantai... bla3...

~ A_bern feeling2 Shila Amzah. '... Ku harap kita kan... selamanya cinta... La3...' Ha3...

~ Kak Yong & Ayah mengkaji ombak.

~ Kak Ngah gigih dengan giant bubble.

~ Naik chariot. Caj: 5 hengget/pax.

~ Yee haaa..!!! 

~ Chariot Anakanda, Kekanda & Bonda.


~ Cinderella rabun. Ha3...


~ Kuda yang jadik mangsa kami. Ngeh3...

Lepak tepi pantai pulak. Tengok laut. Tengok layang2. Tengok ombak. Damai je...

~ Abang Mie kebingungan. He3...

~ #EjazWarda... Eh, tetiba..! Ahaks3...

~ Konsep berjalan di atas pasir pantai. ;P

~ #EjazWarda lagik... Ha3... Ko dah kenapa..??! Move on, babe! Move on..! Sekarang dah 'Isteri Tuan Ihsan', hokay..! ;P


~ Phewittt..!!! Hiks...

~ Kak Yong candidkan Ibu & Ayah. 

~ Hokay... Abang Mie dah tak kebingungan dah. He3...

~ Macam tak reti2 nak balik. Masih bersidang, tak sudah2. Ha3...

~ A_bern = Anje Ibu. Rania = Manja Ibu.

Kami teringin nak solat di Masjid Terapung a.k.a Masjid Tengku Tengah Zaharah. Alang2 menyeluk pekasam kan... Bukan selalu dapat ke Terengganu.

Alhamdulillah... berjaya jumpa dengan bantuan Waze. 


~ Abang Mie kembali kebingungan. Ha3...

~ Cantik jugak la...

Terapung atas tasik, disimbahi cahaya lampu, tak besar sangat & tak kecik sangat. Sedang2 je.

~ Mother & daughters.



Carik port dinner pulak. Dah google & review. Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan Kuala Ibai. Tapi, tak plan pun nak ke situ. Sebab ingatkan susah nak carik / jauh. Bila Waze, rupa2nya dekat je. Semua setuju nak ke situ. Hokay, on!

Konsep dia sama je dengan restoran ikan bakar yang biasa kita terjah.

- Kita carik meja yang available & ingat nombor meja.
- Kita pilih seafood yang berkenan di hati.
- Diorang timbang.
- Kita bagitau nak masak apa & nombor meja.
- Kita tunggu kat meja, tunggu waiter amik order nasik & air.

~ Sebahagian lauk dah sampai, sebahagian lagik on the way.

~ Nasik putih + ikan bakar + ikan masak pedas + telur dadar + kailan ikan masin + sotong masak kicap + sotong goreng tepung (untuk 8 orang dewasa & 3 orang kanak2 makan) = RM *bawah 200.00. Kami rasa ia kategori berbaloi2 & berpatutan.

Seafood fresh. Masakan ok. So, ah kak kasik 4/5 mintang. 

Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan Kuala Ibai,
Jalan Batu Burok,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

No. Telefon: 019-9370215 / 019-9412256 / 014-8017535

Tapi, kau janganlah expect, kau datang lenggang-kangkung secara walk in lepas tu, kau boleh dapat segala macam yang kau order dalam masa sepantas kilat. Memang tak logik la... Sebab tempat ni memang agak crowded. Tapi, tak la sampai berjam2 kau kena tunggu. Maksudnya, service berpadanan dengan keadaan semasa. 

So, dinasihatkan kepada yang bawak anak2 kecik, sila prepare makanan kecemasan macam roti ke... biskut ke... untuk elak anak2 tu meragam. Stroller pun can do untuk baby tido dengan selesa. Tak perlu nak kendong lama2. 

Lepas kenyang, kami balik ke BBBR. Impian nak lepak romantik2 tepi pantai, belakang BBBR sambil layan ombak menderu pun terkubur begitu saja. Nak rehat je lah. Badan flat. Plus, hujan renyai2. Gila ke apa nak romantik2 tepi pantai jugak kan?! Hu3...

Kesimpulannya, Oppa dengan Abang Mie lepak kat restoran mamak depan BBBR. Aku pulak lepak kat bilik Mother. Kira lepak la jugak tu kan.., ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google