SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, December 16, 2016

BERMULANYA KEHIDUPAN DI BUMI TERENGGANU

#Throwback

Bangun awal pagi. Nak check out & terus ke UiTM Chendering untuk pendaftaran pelajar baru. Tu pun sebab Mother buat wake up call & ketuk pintu bilik. Sila jangan tiru perilaku ini. Ha3...

Abang & family je check out lambat sikit. Kesian kat Kak Yong, Kak Ngah, Rifqi & Rania kalau check out awal. Bagi diorang rest lebih sikit. Nanti pandai2 la nak meng-roger2 bila dah sampai UiTM Chendering. Bisa diatur.

~ Muka masih fresh. Tunggu la tengah hari sikit... Sedeh! Ha3...

~ Babai Batu Burok Beach Resort. Annyeong..!

~ Bila ntah nak gerak on the road nya kan... ;P



Singgah breakfast sekejap. Aci redah je. Asal nampak ok.

Lidah, tekak & perut mengalami culture shock sikit. Sebab kami kan pempedas. Makanan2 Terengganu mostly manis. Kuah kari & sambal tumis pencicah roti canai, manis2 belaka. Amik masa sikit kot... untuk kami adapt.

Kami sampai kat UiTM Chendering on time. Tak crowded sangat. Pendaftaran berjalan lancar.

~ Hostel A_bern. Nun... kat tingkat 3 tu bilik dia..!

Pukul 12.00 tengah hari, segala2nya selesai termasuklah lunch. Kami lunch kat cafe UiTM Chendering tu je. Kerja senang. 

Minggu Destini Siswa (MDS) A_bern start pukul 5.00 petang. In between, A_bern free, aktiviti bebas. So, kami 'kidnap' A_bern, bawak ke Taman Tamadun Islam (TTI). 

~ Jumpa basikal. Siapa rajin kayuh, boleh la sewa. Nak ngelat pun boleh. Amik yang Double Riding. Biar orang depan je kayuh. Yang belakang jadik tuan besau. He3...

~ Kami pilih trem. Semua spesis memanjakan lemak. Ha3...

~ Excited!

~ Selfie sesaje!

~ Wajah2 keterujaan. 

Semua gigih... semua excited nau2 dapat naik trem. Seolah2 trem tu macam sejenis Ferrari. Well... family aku memang cenggitu. Tak pernah tak over! Ha3...

Walaupun trem tu jalan dia gokgek2 (read: slow ya ampon... tahap Abang Mie berlari pun lagik laju dari trem) tapi, kami tetap menunjukkan kesungguhan melampau! Orang tengok pun pelik! 'Ko dah kenapa naik trem tersengguk2 pun excited kemain kan...' Ha3...

~ Control macho & ayu. ;P

Trem ni ada 2 gerabak. Kami amik gerabak belakang. Kengkonon takmo kacau family2 lain di gerabak depan sebab kami kan over... Sentiasa sedar diri. Ha3...

Berbeza, dowh... suasana gerabak depan dengan belakang..! Macam langit dengan bumi! Yang depan, sopan2 penuh tatasusila je. Baguih! 

Yang belakang... masha Allah... ya ampon! Family siapa lettew kan..?! Ngeh3...


~ Kak Ngah paksa Rania tengok camera. He3...

~ Bendera dari pelbagai negara. Jalur Gemilang tetap di hati, #1.

~ Villa Kristal... bukan Villa Nabila tau! He3... Boleh sewa. Sila rujuk banner untuk maklumat lanjut.

~ Replika perahu.

~ Abang nak sejibik perahu tu. Nak dayung kat bendang, belakang rumah Mother. ;P

~ Aku suka gambar ni. Gambar yang jujur.

Trem ni tak masuk dalam kawasan TTI yang ada monumen2 tu. Sekadar berpusing2 & berlegar di sekitar dataran Masjid Kristal. Kalau nak masuk TTI, kena beli tiket / pakej yang disediakanlah.

Actually, trem yang kami naik ni pun boleh jugak nampak monumen2 tu. Tapi, bukan secara eksklusif. More to secara ihsan. Maksudnya, nampak bahagian atas monumen je... macam kubah masjid ke... sebab bahagian bawah diorang cover dengan pagar tumbuh2-an / besi / batu.

~ Contohnya cenggini.
Kalau nak amik gambar proper & puas hati, silalah beli tiket. Kami tak berkesempatan sebab:-

1. kami sampai TTI dah pukul 2.00 petang. Matahari mencanak, cuaca dah kompom panas membahang dengan bawak kanak2 lagik... warga emas lagik... Tak sesuai. Walaupun boleh sewa trem / basikal / kenderaan seumpamanya yang ditawarkan tapi, tetap rasa tak sesuai. Maksudnya, better datang belah pagi. Waktu badan masih fresh, tak berlengas lagik tu. 

2. MDS A_bern start pukul 5.00 petang. Tak sempat catch up.

Takpe... Next time, maybe... In shaa Allah...

~ Ottomen puas hati dapat naik trem. Tak payah susah2 nak terbang di udara. He3...

~ Gerbang Masjid Kristal.

~ Cantik.


~ Lepas solat, sambung selfie. Heh3...

~ Rania konpius tengok Kak Yong dia.

~ Cantik jugak.

~ Ini semua poyo..!!! Ha3...

~ Penat selfie. Plus, tukang jaga handbag Ibu. ;P

~ Aku suka gambar ni. Gambar bersepah, sukahati.

~ Sweet nau2 diorang ni kan? Awwsss..! Ahaks...


~ Konsep kecelaruan minda. Ha3...

~ Cer carik pasangan yang sweet tadi tu. Cer carik... Cer carik...


~ Pandai2lah nak carik angle. 

~ Konsep kecelaruan minda lagik...

~ Couple ni nak tiru couple yang sweet tadi tu. Ha3... #Larikkkkks


~ Dengan anak dara nan seorang...

~ Mother pun sweet jugak. Mmuahhh3... ;D

~ Hmmm... sama la ni... kecelaruan minda. ;P



Sebelah Masjid Kristal, ada kedai souvenir, air, even aiskrim susu kambing pun ada! Boleh la kalau nak sopping especially souvenir. Aku sopping fridge magnet. Tambah koleksi sedia ada.

~ Sanggup berhenti kat pintu gerbang utama semata2 nak selfie. Gigih! Abang & family tak dapat join sebab anak2 dia dah flat.

Kami terus ke UiTM Chendering, hantar A_bern. Takde la jauh sangat. Dengan bantuan Waze, sekejap je dah sampai.

~ Dah tiba masanya nak 'berpisah' sekejap... Kakak nangis, A_bern monyok. Anak tunggal kata ko! Hadoiiyaiiinyapon..!

~ Mother pun sebak2 jugak. Tapi, berjaya control depan cucu.

~ Maka terpaksa la kami menceriakan suasana... Ngeh3...

Bermulalah episod campus life A_bern di bumi Terengganu Darul Iman...

Ingat Allah...
Ingat parents...
Ingat family...
Berpijaklah di bumi nyata...
Semoga sukses...
In shaa Allah... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google