SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, July 6, 2015

BERLAYAR DENGAN SELAMAT

#Throwback

Kami check-out awal sebab nak breakfast dulu kat area Kuala Perlis. Perut kena berisi sebelum naik feri. Perlu diingat bahawasanya, takde cafe mahupun kantin kat atas feri tuh. 

Perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Terminal Feri Kuah makan masa plus-minus, 1 jam jugak la... So, better breakfast dulu untuk elak perut berdondang sayang. Kalau tak sempat, tapau je roti & air. Makan dalam feri, buat alas perut.

Tiket feri kami pukul 9.30 pagi. Beli tiket secara online kat langkawiferryline

Korang boleh baca kat entry ni regarding tips membeli tiket feri secara online. Check it out, k! ;)

~ Feri sampai on time. Jadik, ada masa untuk selfie di luar feri.

~ Ready to sail! ;)

Feri kali ni cantik, wangi, besar & dengan air cond yang sempurna. Takde masalah dalam pelayaran. Smooth je... Sesekali ombak kuat tu, normal la kot... Maksudnya, takde masalah enjin / yang sewaktu dengannya. 

Alhamdulillah...

~ Selamat menjejakkan kaki di Terminal Feri Kuah. 

Oppa dah start roger2 dengan owner kereta sewa dari dalam feri lagik. Agak2 nak sampai Terminal Feri Kuah tu, cepat2lah WhatsApps. Boleh je kalau nak call terus. Tapi, paham2 je lah, kadang2 line tak clear. WhatsApps & sms sebagai back up. Tujuan dia supaya owner kereta sewa boleh get ready & kita pun taklah lama sangat tertunggu2.

Hokay, fine... kunci kereta sewa dah selamat ada kat tangan Oppa. Kami sewa Perodua Viva je. Sedang2 eloklah untuk 2 orang.

Oppa makan kuih je masa breakfast. So, beliau rasa agak laporlah. Makanya, Oppa ajak lunch kat Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam.

~ Dah nama restoran pun 'Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam'. So, of courselah menunya adalah nasik ayam.

~ Ini kali ke-2 kami menjamu selera kat sini. Kali pertama masa 1st honeymoon dulu. So, dah taulah macam mana konsep dia & apa yang akan dihidangkan.

Ah kak kasik 3/5 mintang. ;)

Silalah ke address berikut untuk rasa sendirik keunikannya:-

Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam
No. 85 & 86, Persiaran Mutiara
Pusat Dagangan Kelana Mas
Langkawi, Kedah

No. Telefon: 019-5638320

Masa untuk merehatkan diri sekejap lepas perut kenyang. Kami terus ke Azz Inn, tempat menginap sepanjang 4 hari 3 malam kat Langkawi. 

~ Bilik kami yang super luas walaupun rate kategori bajet. Memang puas hati dari segi penginapan untuk trip ke Langkawi kali ni. Kat Kuala Perlis dapat DView 1 Hotel yang berbaloi2, kat Langkawi dapat pulak Azz Inn yang berbaloi2 jugak. 

~ Meja & kerusi extra selain dari meja solek. 

~ Mini kitchen & toilet yang bersih & agak luas.

Oppa amik keputusan untuk tengok LIMA 2015 adalah pada saat2 akhir. Makanya, aku buat itinerary & reservation penginapan pun adalah pada saat akhir jugak. Oppa kata, kalau penginapan available, barulah beli tiket feri online & tengok LIMA 2015. Tapi, kalau penginapan semua fully-booked, assume je lah takde rezeki untuk tahun ni. Cenggitu kekdahnya...

1stly, aku try roger2 penginapan yang ada di sekitar Pantai Cenang. Maksudnya, aku roger2 yang kategori hotel. Tapi, ya ampon... semuanya fully-booked. Lepas tu, aku try pulak roger2 yang kat area lain. Contohnya macam kat Kuah. Hmmm... ada yang fully-booked & ada yang available dengan rate yang mencanak2 naik walaupun kategori bajet. Well... LIMA kan... Masa ni la diorang nak ketuk harga! 

Tapi, Oppa kata, kalau kat Kuah, macam jauh sikit dari Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), tempat rasmi berlangsungnya LIMA 2015. Oppa suruh aku try call Langkawi Kak Besah / Zah Homestay, tempat kami menginap masa family vacay sebelum tu. Sebab kat area situ ada 1 deretan bilik sewa yang nampak comfy, yang Oppa pernah usha & survey masa family vacay tu jugak,

Dipendekkan cerita, 2 dari 4 bilik tu masih available. Azz Inn nama dia, Laju2 aku reserve! RM 120/nite. Tak perlu deposit! Sampai je kat Langkawi, roger2 je Encik Azizan (owner) katanya... 

Hmmm... cuak jugak memula. Sebab takde deposit, hanya sekadar bukti sms. Tapi, alhamdulillah... proses check-in berjalan lancar. ;)

Katil queen
Meja solek
Meja & kerusi extra
Attached bathroom
Kettle
Basic kitchen utensils
Iron + iron board
Rak sejadah & telekung
Air conditioned + kipas siling
Wi-fi

Luas bilik tu diibaratkan seperti ko boleh bawak masuk 1 lagik katil queen & menginap dengan selesa. Still ada ruang untuk solat. Owner pun friendly. Memang highly recommended.

 Azz Inn
Jalan Pantai Tengah, Kampung Padang Puteh
Pantai Cenang
07000 Langkawi, Kedah

No. Telefon: 012-5827373 (Encik Azizan)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

Anita Osman said...

salam--lama tak singgah sini..syoknya..lama tak gi langkawi..insyaallah bulan 9 nanti sampai..besar lah bilik peningapan

wahida said...

bagus info ni...tq share...

ArELeEz said...

wahida,
tq.. +, utk reference diri sendirik jugak.

& u're welcome..

ArELeEz said...

Anita Osman,
slm. tq sbb sudi singgah lg. ;)

wow, syoklah nnti cuti2 m'sia! have fun there..

yupp, bilik tu mmg besar. owner xb'kira pun.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google