SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 11, 2015

SET CHINA MEETS THAILAND

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

China & Thailand... mari kita temukan 2 negara Asia tersebut..! Bergabung... meletop!!! He3...

Bahan2 Untuk Nasik Goreng Cina:-

1 mangkuk nasik putih 
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji bawang putih (dicincang)
Serbuk lada putih
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Nasik Goreng Cina:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Pecahkan telur ayam. Bila agak mengeras, kacau rata.
3) Masukkan nasik putih. Sebatikan.
4) Perasakan dengan garam & serbuk lada putih. Kacau rata & angkat.

Bahan2 Untuk Tomyam Sotong:-

5 ekor sotong (disiang, dipotong & dicuci bersih)
2 biji ubi kentang (dipotong 8 setiap 1)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
5 biji cili padi (diketuk)
5 helai daun limau purut
1 ketul Kiub Tomyam Knorr
3 sudu jus limau kasturi
1 inci halia (dihiris)
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan Tomyam Sotong:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, putih & serai hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya. 
3) Masukkan kiub tomyam.
4) Masukkan carrot & ubi kentang. Masak hingga separa empuk.
5) Masukkan sotong.
6) Masukkan daun limau purut & cili padi.
7) Perasakan dengan garam & jus limau kasturi. Reneh seketika hingga sotong masak. Angkat & hidangkan dengan nasik goreng cina tadi.

~ Set China Meets Thailand

Kalau lepak depan tv sambil tengok Running Man, memang tak sedar dah makan berapa set?! Ho3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.EN.D.Y ::



6 comments:

Myliferia said...

Tajuk bukan main lagi, ingatkan pasal perlawanan bola sepak or takraw....hehehe

tapi memang nampak sangat sedapss

Miz Eija said...

sedapnya... eija suka tomyam :).. nas goreng mcm ni pun eija selalu buat tpi xde lada putih dan ade bilis hihihi...

CikLily Putih said...

suker nasi goreng cina, sedap dan murah nak buat

ArELeEz said...

Myliferia,
mmg sker tajuk yg gempak2 cenggitu. ha3..

ArELeEz said...

Miz Eija,
sekali-sekala layan tomyam mmg daebak! ;)

xde white pepper pun bollehh.. yg penting, tekak buleh telan.

ArELeEz said...

CikLily Putih,
kalau wat sendirik, buleh campak ape je yg kite nak. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google