SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, March 26, 2015

SELAMAT BERKHIDMAT

Tab buat hal! Tetiba je mengeluarkan bunyik bising seperti mesin rumput tukang kebun, non-stop. Jenuh aku adjust, sampai tahap diketuk2 jugak la... tapi, still bising. Konpius ah kak tau!

Cuba pulak mintak tolong kat opismate. Tapi, masalahnya... kalau aku tak tau, diorang lagik la tak tau..! Ha3... Hadoih!

Akhir kata, ke dalam drawer terpaling bawah la jawabnya tab itu...

Bunyik mesin rumput tak hilang pun. Tapi, tak sebingit masa ia di atas meja. Solusi kecemasan kekdahnya... Hu3...

Petang tu jugak My 'Jebat' bawak ke Biosys Solution. Segan betul nak bawak masuk, tala kat expert sebab bunyik mesin rumput tu obvious giler! Uwaaawaawaaa...

Nasib baik tak ramai customer. Ada 2 termasuk kami. & nasib baik jugak si expert tu memang expert. Sekejap betul dia fix problem tab tu. Free of charge. Fuh, lega..! 

Masalah dikenal pasti sebagai hang. Mungkin sebab terlalu banyak surf internet / download apa2. Ntah la... konpius jugak sebab memang bukan sifat aku la nak buat kerja2 download-mendownload ni. Tapi, yang pasti, aku sedang gigih layan Youtube tengok Running Man. Ha3...

~ Terjebak pulak beli printer ni. Lasak sikit katanya... 

Fakta ke auta... hmmm... percaya je la pada si expert. Sesuai la untuk penggunaan suam2 kuku yang dakwatnya tak cepat kering sebab pakai toner. Aku angguk je. Kalau aku angguk, My 'Jebat' pun kompom angguk. Kalau My 'Jebat' angguk, aku angguk2 jugak la... 

Cenggini la kami kalau beli mende2 alah yang sewaktu dengannya... Asal dapat explanation bagus... si expert tak kekwat... sesuai dengan konsep penggunaan kami... & harga pun tahap boleh lalu celah poket, kami on je. ;P

Printer lama cap hp dah rosak. Tapi, tak buang lagik sebab still boleh fotostat & scan. Print je yang ke laut!

Selamat berkhidmatlah untuk printer baru. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee printer saya pun dah lama tak digunakan. Tonernya mahal gila.

ArELeEz said...

tiga lalat,
salam..

harga toner buleh wat kite pikir 2-3 kali utk beli. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google