SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, March 24, 2015

DWJ YANG SUPER COMFY

Kerja tu memang penting. Tak kiralah, lelaki ke... perempuan ke... ramai yang pilih untuk berkerjaya. Carik duit untuk masa depan, sama2 kukuhkan kewangan.

Tapi, kerja jugaklah boleh buat kita stress! Stress sikit... stress sederhana... & kadang2 sampai stress giler!

Ok, fine! Itu sebenarnya mukadimah. ;P

Point dia adalah kalau kita stress, kita perlu sesuatu untuk retreat diri sendirik. Contohnya: Short getaway / vacation.

Nak dijadikkan cerita, baru2 ni aku berasa sangat stress! Sampai tahap nak kokak dinding rumah sendiriklah kekdahnya... Semuanya sebab... kerja3!!!

Ya... tau..! We've to bersyukur sebab ada kerja. Ramai lagik orang di luar sana yang masih jadik penganggur. Tapi, aku pun manusia biasa. Tak boleh nak jadik robot yang takkan pernah ada rasa penat / stress. Robot pun boleh rosak wooo... kalau beroperasi non-stop tanpa maintainance.

Jadik, sebagai manusia biasa yang bukan seperti robot tu, My 'Jebat' bawaklah adinda kesayangan dia ni pergi short getaway. Dekat2 je... kat Ipoh tu haaa..!

Seperti biasa, pemilihan hotel & segala2nya dibuat on the spot. Google2 dalam kereta & My 'Jebat' decide nak stay kat DWJ Hotel. Adinda menurut perintah aci angguk2 je.

~ Berus & ubat gigi yang kami beli kat mini shop di lobby DWJ Hotel. 
~ Gigih nak tunjukkan towel kaler oren tuh!  Normally kan kaler putih. Bila dapat kaler oren merangkap faveret kaler, terus teruja tahap 4! Ha3...

~ Bilik kami, Standard Room.

~ Diorang berjaya buat ruang lobby yang minima nampak fabulous dengan susunan & pemilihan perabot yang sesuai. Haaa... nampak tak ayat interior designer dah keluar di situ..?! Heh3...

~ DWJ Hotel dah dianugerahkan Best Budget Hotel 2012 by Tourism Perak. Memang sesuai, tak syak lagik!

Service tip top! Staff pun sangat mesra alam. Bilik bersih, cantik, kemas... sampai tak rasa yang kita sebenarnya check-in kat budget hotel. Highly recommendedlah! ;)

DWJ Hotel
CG 1, Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown Suria
Ipoh, Perak

No. Telefon: 05-2428777

1/2 hari blogwalking, semata2 nak amik aura menulis blog. Macam lama dah tak bercerita... sebab tu seperti hilang skill & sebab tu jugaklah kena blogwalking.

Baca 1 entry, hmmm... rasa biasa2 je. Baca 2 entry, dah mula rasa seronoknya bercerita kat blog. Baca berentry2, ok fine... ko memang perlu update blog ko. Sebab ia adalah best. Kesian readers & followers yang ternanti2 kesah terbaru ko. Eceh! #PerasanFofularLettew ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

Miz Eija said...

salam areleez,,, wah seronok holiday yer hilang semua mslh kerja buat sementara kann... kdg2 kne ada jugak reward kt diri sendiri hihi... moga kmbali pulih dr dunia streess :)

iryanty ahamad said...

amboi bulan madu lagi sekali :-)) ...pandai cik jebat ambik hati isteri..

ArELeEz said...

Miz Eija,
slm..alhamdulillah.. allah beri rezeki di sebalik kestress-an. ;)

ArELeEz said...

iryanty ahamad,
soulmate kata ko..! ecewah! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google