SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 31, 2015

NAK ASAM PEDAS MELAKA JUGAK!

Jejah admitted! She's pregnant & dia bleeding. Ada polyp di luar rahim. Bila baby makin membesar, baby himpit polyp tu. That's why la boleh jadik bleeding. Cenggitulah teorinya...

Oppa & aku bawak My MIL & Abah ke Melaka. Nak tengok Jejah. Rupa2nya, Jejah dah discharge. So, kami buat gathering mengejut kat rumah Jejah je lah. ;)

Dari Teluk Intan ke Batu Caves. Spend 1 malam kat rumah Awa. Esok pagi2, terus berdesup ke Bukit Rambai, Melaka. 

1st time sampai kat rumah Jejah-Mon. Lepak2 kejap... relax2... chill2... makan roti canai... bla3... tengah hari sikit, kami jalan2 carik makan untuk lunch. By hook / by crook, nak makan asam pedas Melaka jugak! Heh3...

~ Setelah mengenyangkan perut di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Awa & Bulat join sekali. Meeting point kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung tu lah. Ok jugak. Boleh beronok2..! He3...

~ Port beronok2 adalah di Pantai Puteri.

~ Ada seketol kapal. ;P

~ Syiok tengok laut, tengok bebudak + mak2 budak + bapak2 budak mandi-manda, tengok kapal2 lalu nun di kejauhan... dengan angin sepoi2 bahasa lagik...

Cuma 1 je yang tak syiok! Tempat redup yang kami bentang tikar tu ada banyak ulat kecik2 lah. Pa-alip-cha-alip-ta pun ada! Sumpah, tak tipu!! Geli-geleman, noks..! Maka, aku pun ajak Oppa menebeng kat pesisir pantai. Sunburn pun, sunburn lah! Gasak! Yang penting, takde mende geli-geleman. Hu3...

Lewat petang kami balik ke rumah Jejah. Malam tu, masak yang simple2 untuk dinner termasuklah asam pedas lagik by Mon. Wee hooo..! Ho liao! He3...

Esok pagi, lepas breakfast, kami chow..! 


p/s: Polyp Jejah dah takde. Doktor berjaya buang sebab kat luar rahim. Ngilu jugak dengor Jejah cerita proses pembuangan polyp tersebut. Hu3... Hopefully, baby & Jejah sihat2 je... In shaa Allah... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 30, 2015

RATING YANG CUN SANGAT!

Dipendekkan cerita... wah, tetiba je nak kasik shortcut kan..! Ha3...

Mak ada urusan sikit kat rumah Uda. Aku & Oppa tolong hantar. Kemudian, kami teruskan perjalanan tanpa arah tujuan. Unplanned. Best!

Oppa punya suggestion adalah Putrajaya sebab kengkononnya nak tengok festival apa ntah... lupa. #SongJiHyo jadian ni ok jerrr... Terus laju2 google hotel. He3...

Cuaca adalah hujan. Kejap2 lebat, kejap2 renyai2, kejap2 reda tapi, lepas tu hujan balik. Kami tak jadik nak ke festival apa ntah... yang lupa nama dia tu. Oppa pun dah letih drive. Makanya, kami cuba2 nak check-in kat Mihrab Hotel, Putrajaya. Malangnya, bilik dah fully-booked. Owh... kuchiwa tahap gaban! Tsk3...

Aku google lagik. Jumpa Coop Hotel, Putrajaya & Cyberjaya. 1st impresion, rasa macam... hmmm... so-so jerrr... boleh la... Mungkin sebab lokasi dia yang tak menghadap jalan utama / sebab warna cat bangunannya. Ntah la...

Walaupun ding-dong, ding-dong tapi, kami tetap check-in di Coop Hotel, Putrajaya tu. Dah malam & penat. So, tak payah nak demand sangatlah.

~ Lobby yang biasa2 je...
Coop Hotel Putrajaya & Cyberjaya,
Jalan Cyber Valley 1a/3, 
43800 Dengkil, Selangor.

No. Telefon: 03-87688280 / 018-9884658

~ Tapi, bilik dia adalah berbaloi untuk rate yang dibayar.

Kami amik Family Standard Room sebab bilik2 lain dah fully-booked. Actual rate: RM 109/nett. Tapi, dapat government rate, jadik RM 90 ++ kot... Yang '++' tu lupa berapa. 

Keluasan bilik just nice, worth it & bersih. Dapat 1 queen bed & 1 single bed. & of course, air-conditioned. Keadaan air cond pun masih memberangsangkan. Takde bunyik bising & paling penting, sojuk. 

Kettle & prayer mat pun disediakan. Bagus!

~ Almari yang sedang2 elok je besor dia. Sesuailah dengan keluasan bilik.

~ TV with Astro dengan channel terpilih. Yang penting, ada channel sport sebab Oppa nak tengok bola.

~ Toilet yang agak luas lagik bersih. Ada heater, favourite Oppa. Aku tak minat mandi air suam2 nih. Tak puas!

Service pun bagus. Maksudnya, receptionist tak kekwat. Elok je dia layan guests. 

Rating: 4.5/5 mintang

Haaa... cun sangat rating yang aku kasik tu! Sebab... memang berbaloi & puas hati sangatlah! ;)

1st impression yang memula tadi tu, dah boleh ditolak ke tepi & lontar jauh2. Bak kata omputih, 'Don't judge a book by its cover, bebeh!' He3...

Pukul 11.30 pagi, kami check-out. Amik Mak kat Sungai Buluh, lunch kat rumah Uda, kemudian balik ke Teluk Intan.

~ On the way balik, sempat lagik singgah Cendol Bakar, Kuala Selangor

Lepas tu, singah pulak kat Sungai Haji Dorani. Shopping ikan fresh & sayur2-an. 

~ Last sekali, kami dinner di Restoran Ikan Bakar, Simpang 4. 

Perut kenyang, hati pun senang. Chill2 je sampai kat rumah. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 23, 2015

6 PIT STOP

#Throwback

Puas dah berendam. Jari-jemari pun dah kecut. Moh la pulang...

Sempatlah berselfie & berwefie kat beberapa pit stop sebelum sampai ke kereta.

~ Pit stop #1: Fish pond. Banyak betul ikan! Berenang2 dengan riang...

~ 'Rombongan Cik Kiah' ke kolam ikan. Ha3...

~ Illegal fish feeding! Sila jangan tiru aksi belah kiri tuh. Kalau nak tiru yang belah kanan, memang boleh. Silakan... ;P

~ Pit stop #2: Taman 'kambing batu'.

~ Kambing yang sungguh jinak. He3...

~ Ok, amik2... Memasing dapat sorang sekor. Jangan khuatir. Ha3...

~ Kambing yang sungguh jinak... part 2.

~ Kiri: Aku & Mak sibuk buat research pasal kambing. Kanan: Rania yang sado... Hiks...

~ Kambing peliharaan Rifqi. Kecik, cinonet... macam beliau jugak.

~ Aku tak tau nak tulis caption apa?! Speechless! Hu3...

~ Pit stop #3: Lorong rambu-ramba

~ Sesuai untuk selfie waktu siang.

~ Kalau selfie di waktu malam, fuh... neves kot..! Hu3...

~ Pit stop #4: Aquarium

~ Pit stop #5: Black horse

~ Kuda yang sexy... Awwsss..! Ha3...

~ Black horse knight

~ Black horse knight... part 2

~ Pit stop #6: Rusa Refarm

Refarm jugak ada menyediakan kemudahan penginapan. Macam2 jenis bilik ada. Bilik gua, konkrit, besar... bla3... Sediakan duit je, lepas tu, sukahatilah nak duduk bilik jenis yang mana.

Waktu operasi:-

1. Leisure Farm: Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali Selasa (9 pagi hingga 6 petang).
2. Restaurant: Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali Selasa (11 pagi hingga 3 petang & 6 petang hingga 10 malam)

Maklumat lanjut, boleh check it out kat sini.

Refarm,
Lot 6059, Jalan Temoh Kampar,
35350 Temoh, Perak.

No. Telefon: 012-5026115

Kami tak menginap. Cukuplah sekadar mandi-manda... ;)

Untuk Refarm, aku kasik 3/5 mintang. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 22, 2015

REFARM... SEJENIS TAMAN REKREASI

#Throwback

Aku tak pernah dengar pasal Refarm. Tak pernah jugak tau pasal kewujudannya. Sampailah Abang roger2, ajak ke Refarm untuk celebrate birthday Kak Aneem.

Aku ingatkan Refarm ni sejenis taman bunga / kebun sayur / dusun buah2-an. Hmmm... macam betul tapi, kurang tepat sikit. Sebab Refarm ni sebenarnya adalah sejenis taman rekreasi yang berlatarbelakangkan gunung, menjual sayur2-an + buah2-an yang ditanam secara organik & ada kolam air gunung untuk pengunjung mandi-manda.

Ok... rasanya explanation tersebut dah boleh buat you ols bayangkan sikit2 macam mana rupa Refarm. Nak imaginasi yang lagik cantek & jelas, moh tengok gambar2 yang sempat dirakamkan, ek! ;)

~ Main entrance untuk ke kolam air gunung adalah kat belakang Mak tu.

Caj tiket dikenakan. Harga tiket seperti berikut:-

Dewasa (12 tahun & ke atas): RM 20
Kanak2 (11 tahun & ke bawah) : RM 10

Tapi, kami dapat promotional rate, RM 10 untuk dewasa & RM 5 untuk kanak2. Tak taulah macam mana boleh dapat promotional rate. Rezeki... ;)

~ Takde had masa. Asalkan ko stop berendam bila waktu operasi habis. Jangan sampai kena halau. He3...

~ Air dia sejuk, hokay..! Pure air gunung.

~ Bergurau-senda... Eceh! Ha3...

~ Nampak tak air pancut tu? Haaa... kat belakang air pancut tu la sumber air gunung ni datang.

~ Naik sekejap untuk makan & panaskan badan. Sojuk wooo..!

~ Mak rendam2 kaki je. Sojuk katanya... He3...

~ Rifqi yang gigih, tak nak stop berendam walaupun dah menggigil tahap ketaq dagu. Ha3... Hadoi la...

~ 'Ottomen Mebius' & sedara-maranya... Ha3...



Kami tak konvoi ke Refarm. Maksudnya, Abang + family awal2 dah gerak bawak Mak sekali. Aku & Oppa menyusul kemudian sebab Oppa ada kerja sikit pagi tu. 

Abang plan nak surprisekan Kak Aneem. So, dia mintak tolong aku bawakkan kek. Tapi, den tak dapek nak nolong sebab Oppa den ado kojo kan pagi tu. Makanya, Abang mintak tolong kawan dialah. Aku & Oppa terlepas acara potong kek & kejutan tersebut. Hu3...

Takpelah... takde rezeki. Yang penting, rezeki makan kek ada. Abang tinggalkan sebahagian kek untuk kami. Paling best, rezeki makan daging masak kicap & lauk2 lain yang Mak masak pun ada. Perrgghhh... marvellous, noks..!

Happy birthday, Kak Aneem..! ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, December 13, 2015

#MUKASEDEHMUKASEDEHMUKASEDEH VS #MUKAHAPPYMUKAHAPPYMUKAHAPPY

#Throwback

Early dinner dengan makanan K-Pop... eh, Korea... pakej sekali dengan nasik yang bermangkuk2, memang boleh buat perut kenyang! Mata mulalah mengantuk. Badan penat & lemau. Hu3...

Aku google hotel area Bangi. Tak booking, walk in je.

Kami pilih City Boutique Hotel. Amik bilik Standard Superior.

~ RM 119 includes breakfast for 2.

*Credit to: cityboutiquehotel

City Boutique Hotel,
No. 13, Jalan 15/1B,
Seksyen 15, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

No. Telefon: 03-89259226

Air conditioned, LED TV, wifi, hot water shower & complimentary drinking water. Semua yang basic2 lah. Keluasan bilik boleh tahan. Berpatutan dengan harga yang dibayar.

Toilet je kureng sikit. Tekanan air agak slow tapi, taklah slow sangat. Shower gel yang pakai tekan tu tak direstock, dah nak habis. Hu3...

Lagik 1, TV takde channel Astro walaupun yang basic. Kekecewaan sikit kat situ... #MukaSedehMukaSedehMukaSedeh :( :( :(

Rating: 3/5 mintang

~ Breakfast di cafe hotel.

Decor dia not bad. Aku suka tengok warna kontra kerusi (hijau) dengan meja (putih). Alive!

Lepas tu, dia bagi menu breakfast yang standard2 je la... Nasik goreng, mee goreng, sosej, fries, kopi & air suam. Boleh la buat alas perut. Alhamdulillah...

~ Check-out

Balik Teluk Intan dengan hati gumbira... la3... #MukaHappyMukaHappyMukaHappy :) :) :) He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, December 12, 2015

APA RASA KIMCHI?

Dari Sepang ke Putrajaya...

Ntah jauh, ntah kan tidak perjalanannya tu?! Usah ditanya. Buta jalan. Pandai2lah korang agak sendirik. Atau pakai Waze pun bollehhh... ;P

Semata2 nak mencarik kimchi. Nak try tastebuds orang Korea. Nak bertukar sekejap jadik #KangGary & #SongJiHyo Ha3... Over!

Pertama2nya, nampak Seoul Garden. Humangaih..! Panjang nau2 queue! Apa memang sodap sangat ke makanan Korea ni kan... Sampai nak kena queue begitu panjang. Hmmm... tak jadik masuk Seoul Garden. Malas menunggu. Tak sabar sangat dah nak rasa kimchi.

~ Ke hujung2 sikit, jumpa B.bap Korean Food. Takde queue. Ok, jom!

Hentam je la order apa pun. Yang penting, masa tick2 order, bayangkan Running Man. Bayangkan apa yang Ji Suk-jin, Lee Kwang-soo, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk, Kang Gary & Haha pernah makan. He3..

~ Penantian kimchi. Ha3...

~ Chicken Bibimbap. Nasik campur Korea. 

Ada nasik dengan topping bayam, carrot, sengkuang, cendawan shitake, lobak putih, isi ayam, telur mata & sos gochujang. Dihidangkan bersama ikan bilis goreng, kimchi, lobak masin & semangkuk nasik. Gaul semua bahan2 dalam mangkuk tu sampai sebati, kemudian makan. Rasa dia manis. Sos gochujang tu, sumpah... tak pedas!

~ Beef Ramyeon. Mee segera Korea.

Mee segera dengan perisa ala2 kari, ada carrot, daun bawang & daging. Portion dia besar. 1 bowl share berdua pun bollehhh... 

~ Seafood Kimchi Jjigae. Tomyam Korea. Pun dihidangkan dengan ikan bilis goreng, kimchi, lobak masin & semangkuk nasik.

Rupa paras dia memang ala2 tomyam merahlah. Ada seafood, tauhu, kimchi, daun bawang & bla3... Tapi, rasa dia langsung tak macam tomyam! Fail, dowh... kat tekak aku & Oppa..! Oppa makan udangnya je. Jenuh toskan. Sebab kuah dia rasa sangat pelik. Hu3...

1 lagik menu yang kami order adalah Spicy Korean Chicken. Ada ayam tempura & hirisan keledek yang dimasak dengan sos pedas Korea. Dihidangkan dengan semangkuk nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin. Ok la... sodap jugak. Win lah untuk appetizer.

1st time merasa Korean food & 1st time jugaklah ke B.Bap Korean Food. Redah je order apa pun. Aci tick2 sukahati. Rupa2nya, kebanyakan menu dihidangkan sekali dengan nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin. 

Maknanya, ada 3 set nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin kat atas meja kami. Patutlah waiter rasa pelik ya amat. Masa hantar menu, sempat dia explain, yang kami order semuanya set. Kalau rasa banyak sangat & untuk makan berdua je, boleh order ala carte katanya... 

Ha3... Manalah kami tau kan... Aku gelak, Oppa pun gelak. Pening pikir achaner la nak habiskan nasik2 tuh?! Ha3... Hadoi la...

Kesimpulannya, makanan Korea ni lebih kepada manis. Walaupun ada sos gochujang, ia tetap manis. Ikan bilis goreng tu pun manis tahap muak jugak la... Rasa macam nak mintak cili kicap je. Ha3...

Hmmm... apa rasa kimchi, ek? Hmmm... Hmmm... Rasa dia... sumpah pelik! It doesn't suit our tastebuds. Ke laut dalam perginya..! Adeh3...

Sesiapa yang boleh makan kimchi dengan cemerlang, gemilang & terbilang tu... perrgghhh... wa caya sama lu lah! Salute! #KiPiDap #DonGiBap


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, December 3, 2015

CHIKARO 'VALENTINO ROSSI' ITU...

#Throwback

Short getaway spontan. Memang tak plan! Sungguh!

Awa & Jijah mintak tolong hantar diorang balik ke KL. Kebetulan, Oppa free. & kebetulan jugak masa tu Moto GP sedang rancak. Alang2 sampai KL, maka teruslah ke Moto GP...

Antara sempat dengan tak sempat je la... Dipendekkan cerita... ianya tak berapa nak sempat... Sebab sampai rumah Awa dah tengahari. Pukul 2 petang, baru gerak ke Sepang. Carik parking lagik... berpusing2... dingdong2... race dah nak habis. Cium bau asap motor Valentino Rossi je lah. Ha3... Hu3...

Tapi, takpe... Kami ok jerrr... Kami sempat2kan jugak cuci mata kat booth / pavilion area. Tengok2 superbike, minyak pelincir, bla3... & gadis litar, you ols..! Awwsss... sexy..! Hiks...

~ MDrive pun ado...

~ The crowd.

~ Seorang ah kak yang vogue da vass bersama sekaki payungnya... ;P

~ My 1 & only... 'Valentino Rossi'... He3...


~ Seorang ah kak yang vogue da vass bersama sekaki payungnya lagi...

~ Alien vs Predator. Tanjat gigirl tau..! Fuh!

~ Chikaro 'Valentino Rossi' yang tadi tu. Ha3...

~ Info board

~ Menongkah arus.

~ Gigih abang tu jual cap. 

~ Mahu pulang...

~ Motor... Motor... & motor...

30 minit jugaklah kami lepak kat divider, tunggu jalan keluar dari parking tu reda sikit. Tapi, takpe... Kami ok jerrr... Tak rushing pun... Plus, takde arah tujuan lagik. Cuma yang pasti, kami lapor. Nak carik makanan je dulu. 

Teringin nak rasa makanan Running Man. Eh, makanan K-Pop! Eh, makanan Korea lah! He3... 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google