SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, December 22, 2015

REFARM... SEJENIS TAMAN REKREASI

#Throwback

Aku tak pernah dengar pasal Refarm. Tak pernah jugak tau pasal kewujudannya. Sampailah Abang roger2, ajak ke Refarm untuk celebrate birthday Kak Aneem.

Aku ingatkan Refarm ni sejenis taman bunga / kebun sayur / dusun buah2-an. Hmmm... macam betul tapi, kurang tepat sikit. Sebab Refarm ni sebenarnya adalah sejenis taman rekreasi yang berlatarbelakangkan gunung, menjual sayur2-an + buah2-an yang ditanam secara organik & ada kolam air gunung untuk pengunjung mandi-manda.

Ok... rasanya explanation tersebut dah boleh buat you ols bayangkan sikit2 macam mana rupa Refarm. Nak imaginasi yang lagik cantek & jelas, moh tengok gambar2 yang sempat dirakamkan, ek! ;)

~ Main entrance untuk ke kolam air gunung adalah kat belakang Mak tu.

Caj tiket dikenakan. Harga tiket seperti berikut:-

Dewasa (12 tahun & ke atas): RM 20
Kanak2 (11 tahun & ke bawah) : RM 10

Tapi, kami dapat promotional rate, RM 10 untuk dewasa & RM 5 untuk kanak2. Tak taulah macam mana boleh dapat promotional rate. Rezeki... ;)

~ Takde had masa. Asalkan ko stop berendam bila waktu operasi habis. Jangan sampai kena halau. He3...

~ Air dia sejuk, hokay..! Pure air gunung.

~ Bergurau-senda... Eceh! Ha3...

~ Nampak tak air pancut tu? Haaa... kat belakang air pancut tu la sumber air gunung ni datang.

~ Naik sekejap untuk makan & panaskan badan. Sojuk wooo..!

~ Mak rendam2 kaki je. Sojuk katanya... He3...

~ Rifqi yang gigih, tak nak stop berendam walaupun dah menggigil tahap ketaq dagu. Ha3... Hadoi la...

~ 'Ottomen Mebius' & sedara-maranya... Ha3...



Kami tak konvoi ke Refarm. Maksudnya, Abang + family awal2 dah gerak bawak Mak sekali. Aku & Oppa menyusul kemudian sebab Oppa ada kerja sikit pagi tu. 

Abang plan nak surprisekan Kak Aneem. So, dia mintak tolong aku bawakkan kek. Tapi, den tak dapek nak nolong sebab Oppa den ado kojo kan pagi tu. Makanya, Abang mintak tolong kawan dialah. Aku & Oppa terlepas acara potong kek & kejutan tersebut. Hu3...

Takpelah... takde rezeki. Yang penting, rezeki makan kek ada. Abang tinggalkan sebahagian kek untuk kami. Paling best, rezeki makan daging masak kicap & lauk2 lain yang Mak masak pun ada. Perrgghhh... marvellous, noks..!

Happy birthday, Kak Aneem..! ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

iryanty ahamad said...

kat mana ni leez....macam best tempatnya

ArELeEz said...

iryanty ahamad,
kat refarm. full address spt b'ikut:-

refarm,
lot 6059, jln temoh-kampar,
temoh, perak.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google