SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, December 12, 2015

APA RASA KIMCHI?

Dari Sepang ke Putrajaya...

Ntah jauh, ntah kan tidak perjalanannya tu?! Usah ditanya. Buta jalan. Pandai2lah korang agak sendirik. Atau pakai Waze pun bollehhh... ;P

Semata2 nak mencarik kimchi. Nak try tastebuds orang Korea. Nak bertukar sekejap jadik #KangGary & #SongJiHyo Ha3... Over!

Pertama2nya, nampak Seoul Garden. Humangaih..! Panjang nau2 queue! Apa memang sodap sangat ke makanan Korea ni kan... Sampai nak kena queue begitu panjang. Hmmm... tak jadik masuk Seoul Garden. Malas menunggu. Tak sabar sangat dah nak rasa kimchi.

~ Ke hujung2 sikit, jumpa B.bap Korean Food. Takde queue. Ok, jom!

Hentam je la order apa pun. Yang penting, masa tick2 order, bayangkan Running Man. Bayangkan apa yang Ji Suk-jin, Lee Kwang-soo, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk, Kang Gary & Haha pernah makan. He3..

~ Penantian kimchi. Ha3...

~ Chicken Bibimbap. Nasik campur Korea. 

Ada nasik dengan topping bayam, carrot, sengkuang, cendawan shitake, lobak putih, isi ayam, telur mata & sos gochujang. Dihidangkan bersama ikan bilis goreng, kimchi, lobak masin & semangkuk nasik. Gaul semua bahan2 dalam mangkuk tu sampai sebati, kemudian makan. Rasa dia manis. Sos gochujang tu, sumpah... tak pedas!

~ Beef Ramyeon. Mee segera Korea.

Mee segera dengan perisa ala2 kari, ada carrot, daun bawang & daging. Portion dia besar. 1 bowl share berdua pun bollehhh... 

~ Seafood Kimchi Jjigae. Tomyam Korea. Pun dihidangkan dengan ikan bilis goreng, kimchi, lobak masin & semangkuk nasik.

Rupa paras dia memang ala2 tomyam merahlah. Ada seafood, tauhu, kimchi, daun bawang & bla3... Tapi, rasa dia langsung tak macam tomyam! Fail, dowh... kat tekak aku & Oppa..! Oppa makan udangnya je. Jenuh toskan. Sebab kuah dia rasa sangat pelik. Hu3...

1 lagik menu yang kami order adalah Spicy Korean Chicken. Ada ayam tempura & hirisan keledek yang dimasak dengan sos pedas Korea. Dihidangkan dengan semangkuk nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin. Ok la... sodap jugak. Win lah untuk appetizer.

1st time merasa Korean food & 1st time jugaklah ke B.Bap Korean Food. Redah je order apa pun. Aci tick2 sukahati. Rupa2nya, kebanyakan menu dihidangkan sekali dengan nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin. 

Maknanya, ada 3 set nasik, ikan bilis goreng, kimchi & lobak masin kat atas meja kami. Patutlah waiter rasa pelik ya amat. Masa hantar menu, sempat dia explain, yang kami order semuanya set. Kalau rasa banyak sangat & untuk makan berdua je, boleh order ala carte katanya... 

Ha3... Manalah kami tau kan... Aku gelak, Oppa pun gelak. Pening pikir achaner la nak habiskan nasik2 tuh?! Ha3... Hadoi la...

Kesimpulannya, makanan Korea ni lebih kepada manis. Walaupun ada sos gochujang, ia tetap manis. Ikan bilis goreng tu pun manis tahap muak jugak la... Rasa macam nak mintak cili kicap je. Ha3...

Hmmm... apa rasa kimchi, ek? Hmmm... Hmmm... Rasa dia... sumpah pelik! It doesn't suit our tastebuds. Ke laut dalam perginya..! Adeh3...

Sesiapa yang boleh makan kimchi dengan cemerlang, gemilang & terbilang tu... perrgghhh... wa caya sama lu lah! Salute! #KiPiDap #DonGiBap


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

iryanty ahamad said...

Tak tertelan dek tekak..adoi

EDtv said...

Tq perkongsiannya. So, ED tak pernah rasa makanan korea pun tak apa la.. hehehe..

ArELeEz said...

iryanty ahamad,
kimchi mmg ke laut kat tekak leez. ha3.. hadoih!

ArELeEz said...

EDtv,
u're welcome..

tepuk dada, tnye selera kot.. sbb sesetgh org buleh mkn kimchi dgn jayanye.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google