SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, September 12, 2014

LONE RANGER

Bermulalah episod aku sebagai lone ranger, bawak Mak ke sana ke mari berputar2 dari 1 department ke 1 department lain.

Terima kasih nurse JPL yang membantu & terima kasih jugak untuk pokcik attendant spital sebab tolong tolak wheel chair Mak + tolong uruskan proses 'check-in' ward. Kalau diorang tak 'hulurkan tangan', kompom aku sesat. Hu3...

~ Pertama kali tengok Mak kat atas wheel chair. Pucat muka Mak kan?

Pertama kali tengok Mak salin baju wad. Terima kasih nurse Athirah yang mula2 sekali 'entertain' kami. Walaupun awak 'junior' tapi, awak sangat polite & tak lekang dengan senyuman.

Pertama kali tengok Mak kena interview dengan soklan yang macam2 & dari pelbagai segi. Terima kasih Dr. Chan yang treat Mak secara sopan. Awak sangat muda & energetic. Kalau nak cepat, siap lari sambil seret2 kasut seperti meluncur kekdahnya... Comel! Ha3... Terima kasih jugak sebab bawak & tunjukkan aku jalan ke bilik scan kat Dewan Bersalin. Jalan laju giler! Semput ah kak nak kejor sambil tolak wheel chair Mak. Hnnsss3..!!! Fuh!

Doktor sahkan yang Mak memang ada fibroid. Solutionnya adalah pembedahan. Tapi, belum boleh proceed sebab HB darah Mak sangat kurang. So, doktor akan treat Mak step by step. 

Aku mintak izin kat doktor untuk belikan Mak lunch. Jenuh jugak Mak kasik briefing pasal direction nak ke cafe spital. Last2, aku konpius jugak. Tapi, aku redah je. Jalan ikut naluri sampailah ternampak Klinik 6 (O & G). Lega sebab kalau jumpa Klinik 6, kompom akan jumpa cafe. Kedudukan diorang macam sebelah2 je. 

Punyalah bangga bila dah berjaya jumpa cafe & tapaukan lunch untuk Mak. Berjalan balik ke wad siap menyanyi2 riang kot..! 

"Let it go... Let it go... La3..."

Amekaw, lagu frozen..! Bangga tak boleh blah! Ha3... Tapi, bila dah 1/2 jalan baru sedar yang aku dah tak ingat jalan nak balik wad Mak. Hadoih! Pitam sambil mengamik napas sekejap di situ... Hnnsss3..!!! Sekali lagik aku ikut naluri. & akhirnya, aku nampak jugak pak guard yang jaga pintu laluan masuk ke wad. Fuh, lega tak hengat, bebeh! ;P

Terima kasih, Allah... sebab show me the way... ;)

Aku ceritakan kat Mak kesah sesat-barat buta jalan aku tuh. Mak gelak sambil geleng2 kepala je. Ha3... Hadoih!

Hari pertama kat wad, ubat akan didripkan ke dalam badan Mak. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

CXopportunities said...

kak! mak akk ade fibroid? Ya Allah. besar mana je skrg? bila operation? may Allah ease. GH Melaka ke ni?

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

CXopportunities,
yupp! fibroid. operation date xdpt lg. tq 4 ur concern.. bkn gh melaka tp, hospital teluk intan.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

mak leez kuat insha allah xde pape o.k take care

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
in shaa allah.. & tq..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google