SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, September 13, 2014

SUSAH NAK BEHAVE!

#throwback

Ada berita mengejutkan! Jijah terpaksa bersalin awal @ 7 bulan merangkap pada hari raya ke-5 sebab bleeding. 

Begini kesahnya...

Baby Jijah ada problem placenta previa atau pun uri di bawah. Almost sebulan dia admit kat Hospital Melaka. Dia mintak transfer ke Hospital Teluk Intan. Nak dekat dengan My MIL mungkin. & it's approved! Maka 'bermastautinlah' pulak Jijah kat Hospital Teluk Intan...

Masa tu, baru 6 bulan kot. Baby kecik. Maknanya, tak cecah berat minima untuk usia kandungan 6 bulan. Baby baru 500 gram out of 800 gram (berat minima). Memang perlukan pemantauan doktor, tak boleh buat kerja berat mahupun ringan & kena jaga pemakanan. Sebab kalau tak follow semua tu, Jijah bleeding. Harapan untuk deliver normal adalah tipis. Kebarangkalian untuk C-section adalah tinggi. Doktor dah bagitau, kalau boleh nak baby cecah usia 7 bulan, baru sesuai untuk C-section. Tapi, kalau boleh cecah sampai 9 bulan tanpa bleeding, lagik baguslah.

Doktor kasik Jijah discharge bila bleeding dah takde. Tapi, doktor pesan siap2, kalau bleeding teruk lagik, kena cepat2 ke hospital. Nak dijadikkan cerita, Jijah mintak transfer semula ke Hospital Melaka. Tapi, tak sempat admit sebab masa balik rumah mertua dia kat Tepeng, Jijah bleeding lagik. Terpaksalah buat C-section kat Hospital Tepeng. 

Berat baby masa lahir adalah 850 gram sahaja. Dok dalam inkubator kat Unit Rawatan Rapi. So, aktiviti raya ke-5 adalah melawat Jijah kat Hospital Tepeng. Tak dapat tengok baby sebab tak dibenarkan. Takpe... Kami paham.

Lepas tu, kami terus beraya ke rumah mertua Jijah. Sodap bihun sup mak Mon. ;)

Pukul 3 ++ petang, kami mintak diri. Tapi, tak balik terus pun... Ada agenda nak ke Zoo Tepeng. Nak bawak Athirah, Arrisya & Aisy berkenalan dengan haiwan kekdahnya... Eceh! He3...

~ Naik trem je, senang. Tak payah susah2kan kaki nak tawaf seluruh zoo tuh.

Kami conquer 80 % dari seat trem tu. Lagik 20 % adalah family orang lain. Tapi, aku syak family yang 20 % tu mesti menyesal naik 1 trem dengan kami. Eh, bukan aku je yang syak! Tapi, My 'Jebat', adik2 ipar & biras2 pun syak cenggitu jugak. Sebab kami buat trem tu macam kami yang punya. Ha3...

Bila driver trem kasik briefing...

"Ok. Di sebelah kiri anda adalah buaya... bla3... dengan ukuran panjang bla3..."

Kami sahut...

"Whoaaa..!!! Buaya2... bla3... panjang... takut... huuuu..."

Bila driver trem briefing lagik...

"Di sebelah kanan anda adalah badak sumbu... bla3... baka kacukan bla3..."

Kami sahut lagik...

"Fuyyohhh..!!! Besarnya badak sumbu tu... bla3... kenapa dia berendam dalam lumpur bla3..."

Nampak 1 couple berselfie pakai monopod kat sebelah kandang zirafah pun kena bahan jugak...

"Huuuuuuuu....... monopod tuuuuuuu......!!!"

Susah betul nak behave! Abah dengan My MIL geleng kepala je la... Ha3...

~ Berhenti makan masa on the way balik. Aci redah je... Asal ada nampak restoran yang 'tak mencurigakan', kami stoplah. Roy belanja. Terima kasih daun keladilah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



6 comments:

fazilzura said...

sian nye bby jijah ..

tp tuk kselamatan doc mmg akan buat gitu le.. takut apa2 yg akan trjadi plak nnt kan ..

semoga jijah selamat berpantang ye.. kne kawal emosi .. doa bnyk2

Miz Eija said...

Semoga baby sihat2 ajer.... jemput jenguk2 blog saya juga... follow skali pun boleh ^_^ salam perkenalan dari saya

ArELeEz said...

fazilzura,
doc did the best for mak & baby.

ArELeEz said...

Miz Eija,
slm p'kenalan to u too..!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ekekeke....misti terhibur driver trem tu..hihi...

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
t'hibur ke t'tekan? ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google