SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label WAD. Show all posts
Showing posts with label WAD. Show all posts

Monday, November 3, 2014

LUNCH BENTO YANG SEDEH!

Semalam...

Mak admitted untuk direhatkan & dibuat pemantauan. Sebab Mak akan go through fibroid operation on 5 November 2014. Aku tau Mak neves. Plus, anak2 Mak semuanya pun tumpang neves jugak. Tapi, depan Mak, wajib 'cover line'. Hu3...

Pukul 10 pagi, siap urusan registration. Aku, My 'Jebat' & Abang teman Mak ke wad. Berbondong2 barang keperluan Mak yang kami jinjit. Paham2 je lah kalau aku yang jadik tukang packing. Memang biasa sangat packing barang berbondong2 tuh! Ha3...

Prosedur pertama adalah urine test & check BP. BP naik sikit, 147/70. Prosedur ke-2 adalah x-ray. Kena jalan jauh sikit ke unit x-ray nun..! Mak tak nampak semput tapi, aku yang semput, dowh..! Faktor 'kegebuan' barangkali. Ha3... Hadoih!

Prosedur ke-3, amik darah untuk check HB. Pukul 12 tengahari, Mak dapat lunch bento. Memang sangat berbeza menunya dari selera tekak Mak.

~ Lapanploh kali menyuarakan kesentapan sebab lunch dengan porridge & sayur kobis masak air yang tawar heben! Holloh3... Tak dapek anakanda nak nolong... ;P

~ Sempat selfie sementara tunggu Mak makan. Heh3...

Prosedur ke-4 adalah check jantung. Badan Mak berselirat dengan wayar yang disambungkan ke 1 mesin yang akan keluarkan graf condition jantung, siap dengan bunyik 'srettt3...'

Aku cadang nak tunggu sampai Mak discan. Tapi, nurse kata prosedur tu depends on doktor pakar punya masa. By that time, doktor pakar tengah busy handle kes lain. Maknanya, takde waktu spesific untuk scan. So, aku cakap kat Mak, nak balik dulu. Nak amik barang kat rumah Mak & nak setelkan urusan mendobi baju Mak. Mak ok jerrr...

Elok2 aku sampai rumah sendirik, Mak call. Doktor pakar dah siap scan katanya... Fibroid tu macam dah berubah posisi. Kalau dulu dia dok kat bawah, sekarang dia dok betul2 dalam rahim pulak. Isk3... main larik2 pulak dia kan... Huh!

Pukul 6.30 petang, aku & My 'Jebat' jenguk Mak lagik. Abang pun ada. Habis waktu melawat, My 'Jebat' & Abang pun balik. Aku stay back, teman Mak tido kat wad malam tu. Aku ok jerrr... Takde masalah susah nak tido ke... tak selesa ke... apa ke kan... Semua cukup. Adjustable chair + blanket kartun + bantal baring + SpongeBob tu sangat enough untuk buat aku tido lena. Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Wednesday, October 1, 2014

YANG BERAT DIPIKUL, YANG RINGAN DIJINJING

Hari Jumaat, lunch hour adalah agak lama. Pukul 12.15 tengahari My 'Jebat' amik & kami lunch dulu kat Restoran Sri Sayang. Lepas tu, terus berdesup ke hospital.

Takde tapaukan nasik pun untuk Mak sebab Mak dah makan, lauk hospital. Mak kata, selera makan dah semakin ok. Dah mula ada keinginan nak makan macam dulu. Sebab tu lauk hospital pun Mak belasah. He3...

Mak just mintak tapaukan air soya kotak je. Ok, fine! Bisa diatur. ;)

~ Terkejut sangat sebenarnya bila nampak ada 2 drips kat tangan Mak. Kesian...

Mak kata, doktor terpaksa tambah lagik 1 drip sebab drip yang memula tu macam dah tepu. Maksudnya, darah tu macam susah nak masuk, macam stuck. Plus, tangan Mak pun dah rasa sakit. So, doktor buat lagik 1 drip & thank God sebab darah kembali lancar.

Cumanya, aku yang tak sampai hati tengok drip2 tu. Sayu hati ni, dowh..! Hu3...

Pukul 2 petang, kami balik rumah. Pukul 2.45 petang, aku masuk opis macam biasa. Pukul 5 petang balik rumah, mandi & bersiap2 untuk lawat Mak. Pukul 7 malam aku & My 'Jebat' mintak diri, nak balik rumah Mak. Malam tu kami memang plan nak tido kat rumah Mak. Dah beberapa hari rumah Mak kosong & tak berkemas. Esoknya tu, aku plan nak kemas2 rumah Mak. 

Hari ke-4 Mak kat wad...

Pagi2 lagik My 'Jebat' dah lawat Mak & tapaukan nasik lemak yang Mak request untuk breakfast. Aku pulak bertungkus-lumus kemas rumah Mak & buat kerja2 laundry. Pukul 5 petang baru kami sama2 lawat Mak. Aku plan malam tu nak teman Mak tido kat wad. Tapi, tak jadik sebab Mak dah boleh discharge. Owh... kompom Mak sangat happy! ;)

Maknanya, HB darah Mak dah stable. Dah cecah 11 which is sangat ok. BP pun ok. Kadar glucose pun under control. Tapi, Mak still kena buat follow up ikut tarikh appointment yang doktor bagilah. & tunggu tarikh operation.

Kami bahagi tugas. Abang amik ubat Mak kat farmasi, aku setelkan urusan discharge, Kak Aneem buat kerja2 mempacking barang2 Mak & My 'Jebat' tolong baby sit anak2 sedara yang 3 orang tu, yang dilarang masuk ke dalam wad sebab under age.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kekdahnya...

Malam tu jugak Kakak & family balik kampung, jenguk Mak. Maka terjadilah family gathering secara tak sengaja... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, September 21, 2014

BERMALAM DI WAD

Hari ke-2 di wad...

Drip air dulu, kemudian drip 1 pain darah. Kesian tengok tangan kiri Mak kena cucuk dengan jarum yang besar. Meruntun jiwa sangat..! Tapi depan Mak, kena tunjukkan yang kita ni ok2 je. Kontrol segala yang meruntun / sedeh2, simpan jauh2 sikit kat dalam hati tu. 

~ Tarikh menunjukkan yang ini adalah #throwback

Aku kerja macam biasa. Sebab keadaan Mak ok & tak membimbangkan. Sampai je opis, terus roger2 Mak, tanya khabar bagai... Bila dah tau keadaan Mak, tenang sikit hati ni nak buat kerja.

~ Aku lawat Mak masa lunch hour. Sengaja pilih baju batik kaler ijo semata2 nak kasik moral support kat Mak yang pakai baju wad kaler ijo jugak. ;)

Mak dah sedikit berselera untuk makan. Aku tapau 2 bungkus nasik & karipap sardin. Kami makan sama2 kat dalam wad tu. Alhamdulillah... 

Kemudian, aku masuk opis balik macam biasa. Hati makin senang dengan keadaan Mak yang semakin hari semakin baik. Terima kasih Allah...

Pukul 6 petang, My 'Jebat' & aku melawat Mak lagik. Siap bawak kerusi malas, blanket, bantal bagai... sebab malam tu, aku akan temankan Mak, tido kat wad. ;)

Abah, My MIL & Jijah pun datang ziarah Mak petang tu. Terima kasih... ;)

~ Aku ajak Mak selfie sebelum tido. He3...

~ SpongeBob pun aku angkut jugak. Heh3...

Aku buat wad tu macam rumah sendirik. Maksudnya, kerusi malas yang boleh diadjust2 jadik seperti single bed tu aku letak betul2 kat tepi katil Mak. Letak lapik & bantal. Kemudian, pergi toilet, cuci muka bagai... pakai skincare, Vaseline, sarung stoking, usik2 Mak kejap, peluk SpongeBob & baru tido. Mak pun pening kepala tengok anak bongsu dia yang kengkonon perfectionist nih. Ha3...

Actually, My 'Jebat; awal2 lagi dah pening kepala tengok 'bagasi & props' bini dia yang nak dibawak ke wad. Tapi, beliau redhakan jerrr... Ha3...

Esok paginya, My 'Jebat' datang amik sebab aku nak masuk opis macam biasa. My 'Jebat' tapaukan roti canai, request daripada Mak. A good sign. Maknanya, selera makan Mak semakin baik. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 12, 2014

LONE RANGER

Bermulalah episod aku sebagai lone ranger, bawak Mak ke sana ke mari berputar2 dari 1 department ke 1 department lain.

Terima kasih nurse JPL yang membantu & terima kasih jugak untuk pokcik attendant spital sebab tolong tolak wheel chair Mak + tolong uruskan proses 'check-in' ward. Kalau diorang tak 'hulurkan tangan', kompom aku sesat. Hu3...

~ Pertama kali tengok Mak kat atas wheel chair. Pucat muka Mak kan?

Pertama kali tengok Mak salin baju wad. Terima kasih nurse Athirah yang mula2 sekali 'entertain' kami. Walaupun awak 'junior' tapi, awak sangat polite & tak lekang dengan senyuman.

Pertama kali tengok Mak kena interview dengan soklan yang macam2 & dari pelbagai segi. Terima kasih Dr. Chan yang treat Mak secara sopan. Awak sangat muda & energetic. Kalau nak cepat, siap lari sambil seret2 kasut seperti meluncur kekdahnya... Comel! Ha3... Terima kasih jugak sebab bawak & tunjukkan aku jalan ke bilik scan kat Dewan Bersalin. Jalan laju giler! Semput ah kak nak kejor sambil tolak wheel chair Mak. Hnnsss3..!!! Fuh!

Doktor sahkan yang Mak memang ada fibroid. Solutionnya adalah pembedahan. Tapi, belum boleh proceed sebab HB darah Mak sangat kurang. So, doktor akan treat Mak step by step. 

Aku mintak izin kat doktor untuk belikan Mak lunch. Jenuh jugak Mak kasik briefing pasal direction nak ke cafe spital. Last2, aku konpius jugak. Tapi, aku redah je. Jalan ikut naluri sampailah ternampak Klinik 6 (O & G). Lega sebab kalau jumpa Klinik 6, kompom akan jumpa cafe. Kedudukan diorang macam sebelah2 je. 

Punyalah bangga bila dah berjaya jumpa cafe & tapaukan lunch untuk Mak. Berjalan balik ke wad siap menyanyi2 riang kot..! 

"Let it go... Let it go... La3..."

Amekaw, lagu frozen..! Bangga tak boleh blah! Ha3... Tapi, bila dah 1/2 jalan baru sedar yang aku dah tak ingat jalan nak balik wad Mak. Hadoih! Pitam sambil mengamik napas sekejap di situ... Hnnsss3..!!! Sekali lagik aku ikut naluri. & akhirnya, aku nampak jugak pak guard yang jaga pintu laluan masuk ke wad. Fuh, lega tak hengat, bebeh! ;P

Terima kasih, Allah... sebab show me the way... ;)

Aku ceritakan kat Mak kesah sesat-barat buta jalan aku tuh. Mak gelak sambil geleng2 kepala je. Ha3... Hadoih!

Hari pertama kat wad, ubat akan didripkan ke dalam badan Mak. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, July 7, 2009

AbAH dAH diScHaRgEd

Abah dah discharged on last Friday. Alhamdulillah... sume ok. But still kene pantang makan & no smokin' @ all! Plus, kene makan ubat yg dibekalkan ikut jadual.

My 'sayang' citer, abah dah 2-3 ari semput cam kene asma. W/pon xteruk & still bley control, tp cam pelik gak la coz abah xde sejarah sakit asma. Darah tinggi ade la. Pastu, Udda citer lak, petang Selase (kalo xsilap aku), Udda bawak abah gi specialist clinic. Jijah pon ikut skali. Pas doctor tu wat check up, dia advice suh bawak abah gi spital coz tekanan darah abah tinggi, lam 200++. Plus, doctor tu detect ade minor heart attack. Abah memule cam very da lazy nak gi spital, dia siap cakap, 'Alaaa... ari Jumaat la kite gi spital.' Tp, Udda nie tegas sket, dia pakse gak abah gi spital. Sampai spital, trus kene tahan kat ER. Udda called my 'sayang' lam kul 8 p.m. Kitorang trus gi spital, tgk abah.


~ Normally, bley jer masuk kat p'karangan ER. But, since H1N1 still active, pihak spital xkasik masuk ramai2. 1 patient, 1 waris jer. So, aku, my 'sayang' & Jijah tunggu kat luar jer. Udda yg teman abah.


~ Xlame pastu, baru Udda kuar. Doctor suh tggu kat luar katanye... till diorang wat announcement suh waris abah masuk, baru my 'sayang' masuk tgk abah lak. My 'sayang' kata, abah kene masuk wad coz doctor nak monitor jantung & bnyk mende lg.


~ Soknye, mase lunch hour, aku & my 'sayang' gi melawat abah. My MIL dtg ngan Udda. My 'sayang' nak uruskan proses p'tukaran wad dari wad bese ke wad kelas 2 coz abah cakap dia xbley tido mlm, asik dengor nurse/patient dok lalu-lalang kat tepi abah.


~ Nie mase mlm sblom abah discharged, aku & my 'sayang' gi melawat abah. Plus, nak antakan barang keperluan abah.

Abah discharged on Friday. Last Saturday plak adik-beradik my 'sayang' yg len2 balik kampong. Abang Poi nak bawak abah gi IJN/HKL, nak wat further check up kot. Tp, xtau la plak bile Abang Poi nak bawak. This week kot..!

Xkesah la diorang nak bawak abah gi mane pon. As long as, ape yg diorang wat tu adalah utk kebaikan abah gak. Doakan yg baik2, ye..?! ;)

Abah mmg xbley dok diam kat umah jer. Ari nie, dia dah kuar gi tgk site ngan Dadi & my 'sayang'. Pdhal, anak2 suh dok umah, rehat jer. Tgk kolam ikan ke... Jaga ikan haruan kasik jadik montoks2 sket ke... Hal keje dah patut serah kat Dadi. My 'sayang' bley tlg monitor. Insyaallah... bley handle. Tp, abah kata, dia xharap Dadi bley manage keje2 abah lg.

Hmmm... owhhh... abah mertuaku... ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google