SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, August 21, 2014

MISI MENCARIK SAMBAL BELACAN DI HARI RAYA

Rumah ke-4 yang we ols terjah adalah rumah Wak. Memang target nak ke sana time tengahari semata2 nak 'carik' sambal belacan Wak yang super marvellous tuh! My 'Jebat' la yang memula mengidam... Yang lain2 pun tumpang mengidam sekali. He3...

Kesah sambal belacan Wak bermula bila everytime kitorang datang beraya, Wak akan jamu makan tengahari. Lauk adalah pure lauk kampung. Daging dengan ayam tetap ada tapi, tau2 je la kan... bila raya, majoriti dok jamu dengan ayam & daging. Tak masak rendang, masak gulai. Tak gulai, rendang balik. So, tekak is macam jemu. 

Bila jumpa nasik lauk kampung kat rumah Wak, memang kompom terangkatlah! Rasa takmo balik! Rasa nak datang beraya hari2. Ha3... Over!

~ Sempatlah solat, cuci2 muka & baring2, berehat kejap kat rumah Wak. A_bern pulak sempat berselfie! ;P

Nasik putih, ikan masin goreng, ikan sepat goreng, ikan rebus goreng, kobis tumis cili padi, gulai daging & yang paling ditunggu2 adalah... SAMBAL BELACAN yang terhebak di abad ini..!!! Woo hooo..!!! Makan sambil menangis kepedasan pun takpe. Apa ada hal..?! Sebab marvellous sangat! Isk3...

Ni yang malas nak taip entry ni! Sebab cepat sangat terkenang2 kesedapan tuh. Uhuks3...

Hmmm... marilah menerjah rumah seterusnya sebelum semakin banyak pembaziran air liur yang berlaku. Hu3...

We ols ke rumah Mak Ngah Rom pulak. Tak jauh pun dari rumah Wak. Sekejap je dah sampai. Mak Ngah Rom ni jiran Mak masa dulu. Kakak & Abang kenal banyaklah. Plus, diorang ada jugak memori kat sini. Aku tak ingat apa pun. Uhuks3...

Special menu adalah pecal. Aku tak larat nak sumbat apa2 dah. Kenyang sangat. Badan pun dah rasa semacam. Nak demam kot. So, aku just layankan Kak Ngah yang dah flat & mengantuk. Last2 tertido kat riba aku.

Destinasi ke-6 adalah rumah Cik Ros. Ada nasik impit & rendang daging yang best. Hati kata takmo makan dah. Tapi, tangan ni dok tercuit2. Cuitan pertama, 'Eh, sodap!'. Cuitan ke-2, 'Eh, kompom sodap!'. Lepas cuitan ke-3, tak kose dah nak layan kata hati. Amik pinggan, bubuh nasik impit + rendang daging sikit & ngap! Owh... heaven... Ha3...

~ Ke kiri... pusing! Ha3... Semua ikut command kecuali Mak & Kakak. Penangan filem Lagenda Budak Setan. ;P

Lepas tu, beraya ke rumah Abang pulak merangkap merehat2kan badan. Asik berjalan je. Badan pun dah sedikit jem. Masa ni, aku dah terasa sangat symptom2 nak demam tu. Bersin, batuk, sakit tekak... O.M.G..! Tsk3... Tapi, still berselera makan cekodok cicah sos yang Kak Aneem & Abang jamu petang tu. Heh3...

Pukul 7 malam, balik semula ke rumah Mak. Cuba segarkan badan yang tak berapa nak segar tuh. Pukul 8.30 malam, Kakak ajak beraya lagik. Rumah kawan dia, Kak Yati kat Langkap. Banyak menu special. Nasik ayam, bihun sup, laksa & macam2 ado lah! Aku lalu makan bihun sup je. Sebab tekak dah semakin mengada2. Hu3...

Maka dengan ini, cerita 1 Syawal pun berkahir... 


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Diana Rashid said...

sambil baca pun dok terliur ni.hehehe

ArELeEz said...

Diana Rashid,
kannn..... ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google