SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, August 17, 2014

MENANGIS TANDA RINDU

Seminggu sebelum tibanya Syawal, aku roger2 adik-beradik. Berdiskusi dengan diorang pasal bila nak ziarah pusara Abah. Makanya, kata putus pun dibuat. Kami ziarah pusara Abah pada hari last berpuasa, belah pagi sebab masa tu, Kakak dah sampai kampung. 

On the way, semua chill2 je. Muka pun super cool walaupun berpuasa. Mungkin sebab last day kan... So, tak terasa sangat perut yang bershuffle tu. Masing2 pun ok2 je. Maksudnya, takdelah yang menunjukkan riak2 wajah sedeh, pilu bagai... Tapi, bak kata oranglah kan... dalam hati tak siapa yang tau. 

Walaupun letaknya kat atas bukit sikit tapi, tanah perkuburannya taklah sunyi-sepi sangat. Sebab ada kampung Melayu kat kaki bukit & masa kami sampai, ada 2 orang hamba Allah sedang gigih potong kayu pakai chainsaw. Buat bakar lemang kot. 

~ Seperti biasa, Abang lead bacaan Yassin & doa untuk Abah. Masa ni, semua masih stabil. Maksudnya, dari segi emosilah. 

~ Masa ni pulak, emosi memasing dah tak berapa stabil. Abang start dulu. Sampai terstop & tersekat2 baca Yassin + doa.

~ Memula tadi, memasing mungkin cuba menahan rasa. Tapi, bila nampak nisan Abah, rasa tu dah tak tertanggung. Terluah jugak.

~ Kalau kami rindu, Mak adalah insan yang terpaling rindu dengan Abah. Kami paham... Sangat paham!

~ Kakak rindu... Abang pun rindu... Of course diorang teringat kenangan2 dengan Abah masa diorang kecik.

~ Walaupun takde kenangan dengan Abah yang aku dapat ingat tapi, aku tetap jugak rasa perasaan rindu tu. Aku cuma dapat bayangkan kenangan2 tu bila Mak mula bukak cerita2 lama. Kesah zaman kanak2 kami.

Mungkin air mata aku tak tumpah. Mungkin aku tak nampak sedeh. & mungkin orang nampak aku cool atau pun gembira je. Tapi, tak semestinya aku tak pandai menangis / tak reti berduka / tak rasa rindu. Sebab aku pun manusia jugak. Cumanya, aku tak suka tunjukkan itu semua kat depan family especially Mak. 

Aku nak nampak kuat mungkin... walaupun hakikatnya aku goyah, yang tak terluah. Aku lebih suka orang tengok aku gembira, gembira & gembira. Selagi aku boleh simpan baik2 rasa rindu pada Abah, aku akan simpan. Tapi, kadang2 kantoi jugak. Last2, air mata yang jenuh ditahan tu jatuh berjurai. 

Hmmm... mungkin menangis tu tanda rindu kot. 

~ Semoga Abah tenang di sana... Amin...



:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Ada masanya baik menangis didalam hati jika tangisan yg nampak di mata tu akan melukai hati orang lain ..

~ain said...

Amin..

Rindu pada orang yang dah takde mmg sangat tak tertanggung. Tapi, kita kena redho lah sebab Allah lebih sayang dia.

InsyaAllah, berkat doa anak-anak arwah tenang di tempatnya. Amin.. Amin..

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
betul jugak tu. ape salahnye b'korban perasaan sedikit utk org yg kite syg kan?

ArELeEz said...

~ain,
terima kasih.

leez redha. dah ketentuan-Nya kan.. siapalah kite nak memp'soalkan.

in shaa allah.. amin..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google