SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, August 19, 2014

1 SYAWAL YANG PEACH

Pagi 1 Syawal...

Semua wajib bangun awal. Mak sangat menitikberatkan soal ini bila tiba hari raya. Kalau ada yang bangun lambat, tadah je lah telinga kena bebel dari segenap penjuru! Tak lain tak bukan, akulah tu! Hu3... Kompom sangat!

Actually, saja je buat2 bangun lambat. Motip: Nak ngelat dari masuk dapur. Bijak tak? Heh3... Bila Mak / Kakak / My 'Jebat' kejut, ok fine... boleh je bangun & keluar dari bilik, tapi lepas tu, menebeng dekat anak2 sedara yang tido kat ruang tamu. Alasan: Nak jaga anak2 sedara. Propa sangat..! Sebab hujung2, anak2 sedara yang jaga aku. Acu diorang sambung membuta! Ha3...

Buruk owh... perangai kalau kat rumah Mak sendirik! Almaklum la... anak bongsu you ols..! Ahaks...

Pagi tu, kami semua nampak peach. Haruslah..! Sebab tema adalah peach. Siapa nampak berkaler lain, akan bernanah telinga! Dengor makian sepanjang hari. Ha3...

~ Mak Dats vs 'Prof. Muhaya' wanna be. Ada gaya tak? Ho3...

Photoshoot ni adalah selepas breakfast. Eh, breakfast pagi tu best banget, noks..! Ketupat nasik, ketupat palas, ayam sir sau cili padi, nasik goreng kampung, ikan masin goreng & telur dadar. Perrgghhh..!!! Terkenang2 sampai sekarang! Air liur menjejeh2 ni, oiii..! He3...

Nasib baik baju raya masih muat. Kalau tak, kompom meratapi perut! Ha3...

~ Aku ada 1 Kakak & 1 kakak ipar yang gorgeous. Tak banyak pun... Eh, terpuji pulak! ;P

~ A_bern la yang pilih tema untuk tahun ni. 

~ Siapa sebenarnya yang still under age nih? Konpius! Ha3...

~ Sopan-santun, lindungan Kaabah sangat..! Hiks...

~ Gediks2, mengada2, poyo, over... bla3... ;P

~ Overdose ketupat. Begini la jadiknya. Ha3...

~ #halussss Eceh! 

~ Anak Mak yang kiut-miut, kacak, jelita. Mak pasti bangga. Ecewah!


~ Ampon, Mak... Banyak dosa nih! Tsk3...
~ Spoiled brat ke tak? Cer teka... Cer teka... He3...

~ A_bern yang sangat bangga sebab still dapat duit raya. Takpe2... Sila bangga puas2. Sebab tahun2 yang mendatang ni, Acu akan buat pertimbangan sewajarnya pasal duit raya. Dapat lagi ke tidok..?! Ha3...

Rumah pertama yang kami terjah of courselah rumah Nenek. Salam2, mintak2 ampun dengan Nenek, mokcik2, pokcik2 & cousins semua. Lepas tu, terus ke rumah Mak Yang. Tak sempat berpoluh dah sampai. Sebab 1 laman. He3...

Mak Yang jamu nasik impit cicah kari ayam & kek coklat. Hoyyeahhh..!!! Makan lagi......

Lepas tu, ramai2 ziarah kubur Ayah (read: Atok) & Mak Ngah. Sedekahkan surah Yassin. Semoga roh mereka tenang di sana. Amin...

Mokcik2, pokcik2 & cousin2 aku semuanya balik semula ke rumah Nenek. Tapi, kami tak sebab kami nak terus beraya. Rumah ke-3 adalah rumah mertua aku. On the way, My 'Jebat' roger2 Bulat, kata 'rombongan' kami nak sampai. Saja nak buat havoc! Nak kasik gegar adik2 ipar & biras yang ada kat sana. Ha3...

Rupa2nya, memang bergegar2 pun sebab tak cukup '.kakitangan'. Ramai yang turn balik rumah mertua. Tetamu pulak ramai & tak putus2. Tinggal 2 orang ibu mengandung (Yana & Jijah) je. Pergerakan kompomlah terbatas. Nasib baik pasangan memasing ringan tulang especially Mon. Kalau ada Anugerah Menantu Thorrbahekkk... aku akan calonkan nama Mon. Rajin & laju. Hebaklah kamu, Mon! 

Ada lagik 4 bijik rumah yang nak distorykan. Kira bersambung ke next entry la, ek? Kasik chancelah kat tuan tanah kedaung nak massage2 jari-jemari yang lenguh menaip nih. 

See, ya..! ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google