SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, January 27, 2017

TERPANCAR 'NURRRRRR......'

Mother nak ke rumah Kakak. Nak try lepak sana pulak katanya... Means, kami hantar, balik tanpa Mother, seminggu kemudian, Kakak hantar Mother balik kampung. 

Tak pernah buat sebelum ni. Tak sure Mother boleh adapt ke tak dengan persekitaran baru. Nak cuba katanya... Nak temankan cucu. A_bern tengah mid-term break masa tu.

Kami gerak pukul 11.00 pagi, hari Ahad. Singgah Ayer Hitam sekejap. Tengok convo Rifqi.

~ Happy sangat lettew sebab banyak hadiah..!

~ Pass2 je jubah konvo tu. Nasib baik nampak kaki. Ha3...

~ Opah & Nenek Rifqi.

~ Kak Yong takde sebab demam. Baring je kat kerusi biru tu. Kesian Kak Yong...

~ Dia berjaya pau Acu Pendi sejenis belon Elsa Frozen. Syabas, Nania!

Konvo tak habis lagik. Tapi, kami terpaksa gerak dulu. Kang, lambat pulak sampai ke Kajang.

~ Singgah lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah.

Lama dah simpan nawaitu. Asal lalu je, nampak ramai orang. Berpusu2, berduyun2. Parking pun full. Terpaksa cancel.

Tapi, kali ni nekad! Apa jadik pun, jadiklah! Redahhhhhh......!!! Eceh! ;P

~ Bukti kejadian. He3...

~ Konsep self service.

Ada beberapa seksyen makanan, minuman & junk food. Pikir2lah nak makan apa, kemudian sila beratur kat seksyen yang berkenaan. Step dia cenggini:-

1. Amik talam plastik besor godang tu.
2. Amik nasik & lauk2 yang berkenan di hati, bubuh dalam talam.
3. Bawak ke kaunter & bayar. 

Seksyen minuman pun sama. Beratur, order & bayar.

Pastikan ada sorang wakil dah chop meja & kerusi. Kalau tak, mungkin kena tunggu sampai ada port kosong.

~ Rupa paras makanan pilihan kitorang.

~ Keunikan: Nasik yang dibungkus dalam daun apa ntah... nampak seperti daun kunyit tapi, bukan... kemudian disumbat dalam kelongsong buluh.

~ Puas hati. He3...

~ Bukti kejadian lagik...


Nasi Bamboo Sungai Klah,
Kampung Buloh Telor,
35600 Sungkai, Perak.

No. Telefon: 017-5167592

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang

Rating: 3/5 mintang

Agenda makan berterusan sampai ke Kajang. Perut sungguh dimanjakan. Makan nasik lauk ayam sirsau, ikan goreng & zucchini. Kakak masak. Ho liao! ;D

Lepas makan, tengok Train To Busan sampai tertido sekejap. Bangun tido, Kakak tanya, nak makan apa untuk dinner. Haaa... nampak tak tahap memanjakan perut dia tuh?! Ha3... Makan, tido, makan, tido, bla3...

Aku suggest, takyah susah2 masak. Kita dinner kat luar je. Kompomlah semua setuju. He3...

~ Kakak yang suggest Restoran Baby Groove ni. Tak jauh. Dekat2 Kajang Perdana tu jugak.

Restoran Baby Groove,
No. 26-1, Jalan TTDI Groove 1/2,
TTDI Groove,
Kajang, Selangor.

No. Telefon: 016-2332875

Sodap, boleh tahan, not bad la... Service pun pantas. Owner dia friendly.

Rating: 4/5 mintang

~ Gemok is awesome. Haish, neves nak meng-type & menuturkannya. Hu3...

~Perrgghhh!!! Terpancar 'nurrrrrr......' di wajah memasing. Hiks...

Sangat kenyang & sangat terasa gemoknya pada malam tersebut. Hujan pulak tuh. Terus je mata ni asik nak terkatup. 

Esok pagi, lepas breakfast, aku & Oppa gerak balik. Kakak & Abang Mie kerja macam biasa. Tapi, sempatlah jugak Kakak masakkan breakfast. Terima kasih, Kakak... ;)

Seminggu Mother kat Kajang... Rasa rindu kot..! Sembang dengan Mother via WhatsApp. Sweet pulak bila baca Mother update perkembangan & aktiviti harian. Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



6 comments:

CikLily Putih said...

nasi bamboo tuh ramai sangat orang sampai kene chop tempat duduk dulu hehehehe

ArELeEz said...

CikLily Putih,
yupp, mmg ramai! seelok2nye mmg kene ade sorang wakil yg chop port mkn. klu x, menung la..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

selalu lalu depan restoran bamboo tu tapi tak pernah singgah ....haishh bila la nak nyinggah nye pun tak tau ... :P

Anita Osman said...

tak pernah makan tu..nak gi jauh lak..sedap ke?

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
ade mase, ade rejeki, silalah singgah. in shaa allah..

ArELeEz said...

Anita Osman,
uniknye t'letak pd nasik tu kot.. dr segi rase, ermm.. bese2 je..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google