SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, May 10, 2015

'WINTER SONATA'

#Throwback

Dah lama jugak kami plan untuk short getaway. Bila tercapai, perasaan dia adalah best sangat! Biasa la kan... mende2 yang unplanned ni kalau menjadik realiti level syiok dia adalah tahap gaban! Kalau tak jadik realiti pun taklah kuchiwa sangat. Cenggitu...

Pit stop pertama adalah i-City. Teringin nak merasa masuk Snowalk. Alhamdulillah... tertunai.

~ Makanya, dapatlah ah kak feeling2 berada di Korea pada musim salju. Assume je ah kak ni adalah #SongJiHyo. He3...

~ Haaa... nampak tak, #JiHyo & Oppa nya..?!! Ahaks...

~ Igloo

~ 5 minit boleh la kot lepak kat dalam ni. Kalau sampai 50 minit, kompom nyanyi lagu, 'Let it go... Let it go... La3...' #PakejVibratoAndFalsettoKetaq2BaqHang

~ Cubaan mencuci muka dengan 'iceberg'. Laki sapa la ni..?! Ha3...

~ 'Princess Elsa' yang kesejukan. Ha3... Kejap2 #JiHyo... kejap2 'Princess Elsa'... Suka2 hati dia je tau..! Owh... mencik! ;P

~ Show off boot Phua Chu Kang. He3...

~ Bermanja dengan 'beruang kutub'.

~ Tempat #JiHyo bertapa.

~ 'Winter Sonata...' Awwsss..! ;P

~ #JiHyo dah tak terurus. Seluar pun dah senteng sebelah. Hadoi la...

~ 'Puncak dunia telah kau tawan... La3...' Ecewah!

~ Proud to be Malaysian. ;)

~ Snowman yang tak pernah kekwat. Asik senyum je kerja dia. Bagus.

Snowalk bukak dari pukul 10 sampai la ke pukul 1 pagi. Harga tiket adalah seperti berikut:-

Dewasa: RM 25
Kanak2 (3 hingga 12 tahun): RM 20

Syarat wajib adalah pakai kasut bertutup penuh. Sandle bercorak lubang2, high heels, wedges & yang sewaktu dengannya adalah tak dibenarkan. Even tak sesuai pun kan... Tapi kalau terpakai jugak, takpe... jangan risau. Sebab boleh sewa boot Phua Chu Kang. 10 hengget je. Dapat stoking sekali. Glove pun boleh sewa jugak. Harga sewa aku lupa. Plus, kami tak sewa pun. Aci masukkan tangan dalam poket jacket yang tebal tu je. Owh... jacket tak payah sewa tau! F.O.C. Tapi, kena sembur perfume sikitlah. Macam2 orang dok pakai jaket tu kan... samadengan macam2 bau ada. Hu3... 

So, kalau nak jimat tang boot, bolehlah siap2 pakai sport shoes / sneakers / yang sewaktu dengannya. Then, bawak jacket sendirik untuk elak pakai jaket yang ada 'pelbagai aroma'. Tips pelancongan nih! Sila take note. Ha3...

Ada beberapa jenis slides / ski yang korang boleh main kat dalam tu. Boleh pilih sama ada nak naik 1 'kenderaan' yang ada 1 seat / 2 seats (boleh pilih) dengan 2 batang kayu ski untuk setiap orang, kemudian korang meluncur la ikut arah mana yang korang suka. Tak susah & tak bahaya sebab kawasan meluncur tu rata & berbentuk bulatan. 

Yang ke-2 adalah shoe slide. Duduk dalam 1 kasut bersaiz giant & meluncurlah di atas laluan gelongsor ais. Atau pun boleh pilih tube slide. Caranya sama je dengan shoe slide. Bezanya adalah, 1 bentuk kasut & 1 lagik tube. In shaa Allah... agak selamat & tak bahaya jugak sebab ada staf Snowalk, i-City yang handle.

~ Kami try yang 1st, yang ski kenderaan tu je. 

Teruja habis! Beat dengan budak2 bawah umur pulak tuh. Hazab sungguh 'kenderaan' tu nak meluncurkan kitorang. Ha3... Asal dia laju sikit, kami jerit2 & gelak2. Excited betul! Terkesima mak2 & bapak2 budak mengtengok kitorang. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

iryantyismail said...

sejuknya....tq tips..manalah tahu 1 hari nanti pi i city..leh bawa jaket siap2 :-))

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

iryanty ahamad,
yupp, sejuk! tp, ade pit stop utk 'reheat' badan, hilangkn rase sejuk sekejap.

u're welcome..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google