SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 11, 2015

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 53

Breakfast:-

1 keping roti sardin + air suam
Mengopi dengan My 'Jebat' kat Medan Selera Sri Sayang.

Minum pagi:-

Air suam.
Perlu minum banyak air suam / plain water sekarang ni. Faktor cuaca yang panas membahang & kadang2 hujan sekejap2 cenggini, memang mudah sakit / demam. So, air suam / plain water boleh membantu.

Lunch:-

1 bungkus nasik ayam + air suam
My 'Jebat' tapaukan kat Laksa Ngieeghorr. Beli nasik ayam, percuma sebungkus laksa. Aku sedekah laksa tu kat Kak Ja. ;)

Minum petang:-

Air suam

~ Dinner: 2 keping roti wholemeal + 1 mangkuk kecik tomyam sotong (set kiri). Set kanan tu untuk My 'Jebat'.

Aku bukan la nak exactly slim macam Tiz Zaqyah mahupun Nelydia Senrose. Cukuplah kalau dapat figure ala2 Song Ji-Hyo. Memadai sangat..! Ahaks3... Tetiba... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #80: ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL

~ Dapat makan nasik kandaq di saat2 teringinkannya, memang seperti orang mengantuk disorongkan bantal. ;)

Betul2 ho liao wooo..!!! Ngeh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 10, 2015

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 52

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air suam
Nasik lemak yang selalu My 'Jebat' tapau. Simple je... ada nasik, sambal tumis ikan bilis & telur dadar. Tapi, marvellous!

Minum pagi:-

Air suam semata2.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam masak merah + kobis masak lemak + air suam
Tapau kat Kantin GiatMARA sebelah opis, dengan Kak Ja & Cik Nad. Semalam, tak balik rumah masa lunch hour. My 'Jebat' busy, ada site visit. So, lepak opis je lah.

Minum petang:-

Air suam semata2 lagik... 

~ Dinner: 2 keping roti wholemeal + 1 sudu sup cendawan + 1 ketul ikan kayu masak kicap. Sup cendawan tu homemade, ikan kayu masak kicap tu Mak kasik.

Semoga mengkurus. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SUP CENDAWAN BERTEMU IKAN TUMPI

Masa shopping barang2 dapur, aku jumpa cendawan tiram. Baru tengok cendawan tiram dok dalam peket dia tapi, dah tertelan2 air liur. Terbayang2 sup cendawan panas2, yang mungkin boleh dimakan masa tengok Running Man. Wah, tetiba Running Man pulak yang terjebak! Ha3...

Tak boleh tidak, memang wajib beli lah! Disebabkan tamak haloba, maka terpaksalah amik 2 peket. ;P

Balik rumah, terus meluru ke dapur sambil berkata...

"Tolong tepi sikit, 'Oppa'. 'Ji-Hyo' nak masak sup cendawan nih."

Tetttttt...... Ha3... Running Man lagik...!!! 

My 'Jebat' kasik pandangan konpius sedas. ;P

~ Sup cendawan in the making... Ngeh3...

~ Dihidangkan bersama ikan tumpi, Mak yang kasik. Maka terhasillah lauk dinner.

Sup cendawan 'Ji-Hyo' mendapat pujian daripada 'Kang Gary'. Amekaw!!! Dan2 tu My 'Jebat' jadik Kang Gary jadian. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 9, 2015

ECOBA..???

Lama dah tak ke Wana Cafe. Rasa teringin pulak nak lepak makan2 kat situ. My 'Jebat' ok je... Tak banyak soal.

Tak ramai orang sebab masa tu baru pukul 5.30 petang. Wana Cafe akan mula meriah selepas Maghrib. Sebab dia bukak belah petang membawak ke malam.

Menu board kata, specialty untuk hari tu adalah Nasik Goreng Ecoba. Amboihhh..! Dasat nau2 nama menu! Memang faveret My 'Jebat' la mengtry menu2 yang dasat2 cenggitu.

~ Rupa paras Nasik Goreng Ecoba. Terdiri daripada nasik goreng + telur mata + udang lipan masak cili kering + tembikai sebagai dessert. 

~ Aku makan Chicken Chop.

Hmmm... sampai sekarang konpius, kenapa nama dia, 'Nasik Goreng Ecoba'? Tak sempat nak interview owner Wana Cafe. Rasa terkilan pulak. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, March 7, 2015

NASIK AYAM 'HIJAU'

Tengahari kan... time lunch kan... aku dah tak tau dah nak makan apa?! Mungkin sebab dah jemu kot... dok makan ulang2 menu yang sama je... Style masakan pun lebih kurang sama walaupun different kedai makan. 

Bukan berlagak atau yang sewaktu dengannya... Tapi, tekak ni prefer makanan2 homemade kot... Contohnya, makanan yang Mak masak ke... aku yang masak ke... Cenggitu... 

Lunch hour 1 jam je. Kalau hari2 nak balik makan kat rumah Mak, macam kelam-kabut sikit la nak kejor masa. Selalu tu, kalau Mak rasa nak bagi kami makan apa yang Mak masak, Mak call directly My 'Jebat', tanya lokasi. Kalau memungkinkan untuk My 'Jebat' boleh datang amik, baru Mak masak lebih. Normally, belah petang la... Buat lauk dinner. Kojo sonang di situ. He3...

Nak tunggu aku sendirik masak, hmmm... berchenta sikit kot nak masak untuk lunch time weekdays. Tak sempat! Last2, tapau je la... Natijahnya = jemu. & disebabkan kejemuan itulah kami gigih carik restoran2 / gerai2 / kedai2 makan yang jarang2 kami terjah.

~ Sampai la terterjah Restoran D'Evergreen yang jual nasik ayam 'hijau' ni. ;)

Nak kata top3 meletop sangat sampai terbayang2 termimpi2 termengigau2 akan kesedapan ia tu... tak la kan... Tapi, kiranya boleh lalu kat tekak aku & not bad bak kata omputih. 

Nasik dia nice... sup pun nice... ayamnya pun nice jugak. Yang penting, ayam garing hingga ke tulang sum2. Itu bench mark wajib aku untuk nasik ayam. So, kalau yang spesis hainan2, memang jeling sipi2 je la... Heh3...

D'Evergreen ada jual mee kari, soto, bihun & mee sup selain nasik ayam 'hijau'. Soto dia aku pernah rasa. Sodap! Secukup rasa & portion pun sedang2 elok je kenyang.

Senang je nak jumpa D'Evergreen. Memula, carik shop lot Taman Melor. Kalau dari Teluk Intan, ianya adalah shop lot belah kanan. Lepas tu, carik pulak restoran mamak / Kedai Kain Halim. D'Evergreen berjiran dengan diorang. 

Hah, membantu tak direction tu? Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BERJUTA3 TAHNIAH!

2 Mac 2015...

Mak 'senak perut' bagai... 2 Mac dah call aku, tanya kenapa Kakak / A_bern tak call bagitau result A_bern?! Hadoi! Macam mana la nak call, Mak oiii..! 2 Mac tu result STPM  yang keluar, bukannya SPM! Mak konpius! Lepas tu, aku gelakkan Mak, Mak pulak gelakkan diri sendirik. Ha3...

3 Mac 2015...

Result SPM keluar. Fuh, neves bagi pihak A_bern! Gedebak gedebuk jantung nih! Tapi, still under control. Takde la nampak over sangat kan... ;P

Berkira2 jugak nak call Kakak / A_bern. Sebab tak nak ianya jadik 1 tekanan pulak kat A_bern. Ye lah... dia dah buat sehabis baik & semampu yang dia boleh, apa2 result yang keluar, terima je dengan redha & hati terbuka. ;)

Pukul 10 ++ pagi, Kakak call...

"... Adik... tsk3... Kakak tak dapat cakap ni... Tsk3... Atien... tsk3... Kakak... tak tau nak cakap apa... tsk3..."

Cenggitu la sampai ke sudah. Aku pun konpius! Bertia baik ke... berita buruk nih? Hu3...

Aku suruh Kakak cool down dulu. Plus, ada call in, Mak pulak call. Mak bagitau berita gumbira yang bagi jawapan, kenapa Kakak nangis?!

~ A_bern dapat 9A's (straight A's). Alhamdulillah... Touching, gumbira, terkesima, rasa nak melompat mintang... semua ada la..!

Berjuta3 tahniah untuk A_bern. Syukur. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 25, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #79: TOP3... MELETOP!

~ Nasik Kandaq Lambai

Perrgghhh..!!! Top3... meletop! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 18, 2015

Saturday, February 14, 2015

TENGOK #1, LAYAN #2

Istikharah Cinta...

Memula tak berapa nak tengok. Pertama sebab tak minat sangat kat Zul Ariffin. Sebab ke-2 adalah heroinnya. Rasa seperti... 'Hmmm... Faye Kusairi? Sapekah beliau? Apakah..??! Bla3...'

1st impression tu... Tapi, bila dah start tengok 2-3 episod, terus terjebak! Drama queen sangat tau! Ahaks...

Final episode dia kan secara marathon. 2 episod tayang serentak & the end. 

~ Jadiknya... mata tengok #1 & mulut layan #2. Heh3...

Kami order Big New Year Box yang ada Pizza Pastry Crown tu. Rasa dia, not bad la... Tapi, kami tetap prefer Hawaiian Chicken kot sebab paling kena dengan citarasa tekak kami berdua.

Perut kenyang, hati pun gumbira sebab happy ending. ;D

Istikharah Cinta dah habis. Airil & Dina pun 'nak dapat baby dah'... ;P Teman Lelaki Upahan pulak take over. Macam best! Moh le tengok sama2 sampai ke sudah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 11, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #77: WHERE TO START?

~ Penangan cuti...

Tak tau... where to start?! Konpius kejap. Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 10, 2015

RAHSIA KEGEBUAN

Masakan Mak memang tak boleh nak tolak. Sesimple macam mana pun, kompom aku makan berpinggan2 tanpa jemu. Magic air tangan seorang Mak kekdahnya...

Korang pun sure rasa cenggitu jugak kan... Pergi la makan kat negara mana... restoran bermintang2... hatta ke hujung dunia sekalipun, masakan mak2 kita jugak yang tetap kita terkenang2, teringat2, terbayang2 sambil meleh2 air liur. He3...

Betul tak? ;)

~ Nasik putih, ikan goreng & gulai nanas ikan masin. Mak masak simple kot..! Tapi, marvellous... tip top... perrgghhh..!!! Layan berpinggan2 pun redha je. He3...

~ Well... masakan Mak adalah rahsia kegebuan ah kak... Awwsss..!!! Ha3...

Rahsia kegebuan you ols... bagaimana pula? Ecewah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SAYURAN BERDAUN HIJAU

Mak ada appointment darah tinggi & diabetes. Pagi2 kena amik darah, nak check HB & glucose bagai... Tapi, result dapat lambat. Pukul 11 pagi, amik kat kaunter 8. Eh, macam korang tau pulak kaunter 8 tu kat celah mana kan... He3...

Tak tau nak lepak mana sementara tunggu dapat result. Mak cadangkan lepak kat Restoran Mastan Ghani, pekena rojak. Hmmm... oklah. Boleh jugak memanjakan perut. Ahaks3...

~ Rojak Mastan Ghani

~ Amboih! Happynya ibunda kita nih..! He3...

Pukul 10.30 pagi, we ols ke hospital balik. Amik result, jumpa doktor & alhamdulillah... semuanya under control. Cumanya, Mak kena consume banyak sayuran berdaun hijau untuk tambah & maintainkan HB. 

Ok, Mak! Lepas ni, sila masukkan sayuran berdaun hijau dalam diet anda. 'Doktor' tak bertauliah ni akan pantau. Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, February 9, 2015

SEBESEN PUN MUNGKIN HABIS!

Rambutan memang best! Orang cakap, ada banyak spesis. Rambutan laici la... anak sekolah la... macam2 lagik la... Kalau ko tanya aku, memang aku tak kenal & tak boleh cam. Anak sekolah ke... anak tak berapa nak sekolah ke... semua pun aku bedal! Yang penting sodap, lekang & tak berair. ;)

Orang cakap lagik, rambutan ni kalau makan banyak2 boleh batuk. Ntah la... Tak sure ini fakta / auta. Yang aku tau, kalau dah start makan, memang payah betul nak berenti. Nak2 pulak kalau dapat petik dari pokok, fresh2 masuk dalam mulut. Perrgghhh..!!! Tang batuk tolak tepi, you ols..! Ha3...

Tapi, tu la... nak mengkokak kulit dia tu adalah sesuatu yang amat malas betul nak dilakukan! Buruk nau2 perangai, aih..! Hu3...

~ Tapi, bila Mak dah siap2 kupas kulit sekali dengan pakej baru keluar dari fridge... owh... la2... memang tak menahan kot..!

Sojuk2 je masuk pelan2 ikut tekak terus ke trakea & terus ke perut. Kalau cenggini, sebesen pun boleh habis wooo..!!! Ha3... Hadoih!

#ThrowbackMusim Rambutan


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, February 6, 2015

MEE GORENG ISTIKHARAH CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nama resepi tu, seperti biasa, memang hot! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih & ditoskan)
2 keping tauhu lembut
1 pokok sawi (dipotong)
2 keping fishcake (dihiris)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu besar kicap masin
1 sudu sos tiram
3 sudu besar cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu lembut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng tauhu lembut hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan sos tomato, tiram, kicap manis & masin.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sawi & fishcake.
6) Masukkan mee. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan bersama tauhu lembut yang telah digoreng tadi.

~ Mee Goreng Istikharah Cinta

Penangan marathon Istikharah Cinta malam ni. Jangan lupa nonton ye, you ols..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 4, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #76: YASSIN

~ Geng surau Mak.

~ Venue: Of course la kat rumah Mak.


~ Terima kasih semua sebab sudi datang. ;)

#Throwback doa selamat & bacaan Yassin.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google