SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MASTAN GHANI. Show all posts
Showing posts with label MASTAN GHANI. Show all posts

Tuesday, September 1, 2020

MASTAN GHANI SENTRAL INTAN

Cerita perjimbaan lagik... ;D

Kakak kalau balik kampung, tak sah kalau tak ke Mastan Ghani. Peminat tegar Mee Rebus by Mastan Ghani. Kita ni, tukang teman je lah. Tapi, bukan teman kosong je. Teman sambil makan. Dia makan mee rebus, kita cekik Nasi Ayam by Mastan Ghani.

Baru la teman yang berbaloi2..! Aaa gitchew..! He3...

Girls Day Out. Eceh! ;P

Nasi Ayam by Mastan Ghani. Dapat bahagian favourite, haruslah tak hirau sesape dah..! Ha3...

Restoran Mastan Ghani memang famous kat Teluk Intan. Signature dish: Mee Rebus & Rojak. Ada banyak cawangan. Paling latest di Sentral Intan, yang kami terjah ni lah. Pendek kata, orang Teluk Intan kalau tak tau apakah itu Mastan Ghani, angkat kaki, lambong lah hai nya pun! Aaaa gitchew..!

Esoknya, Kakak & Abang Mie balik Kajang. A_bern tinggal. Sebab dia extend cuti. Nak lepak lama sikit kat kampung dengan Nenek, katanya...

Kakak tinggalkan pesan, mintak tolong Kanda cekkan tayar Iriz A_bern. Condition hellok, barulah tak cemas nak lepaskan dia drive sorang2.

Hokay, baheklah. Kami menurut perintah. He3... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 25, 2015

REQUESTED BY MAK

Pagi2 lagik dah tercongok 2 beranak kat hospital. Check BP, kemudian amik darah. Seperti biasa, result darah keluar pukul 11 pagi. 

Tengok jam, hmmm... baru pukul 10 pagi. Ding dong... ding dong... ke Mastan Ghani jugak akhirnya... Mak request. ;D

~ Pekena rojak.

Cuaca panas cenggini, dapat rojak dengan sirap cincau sejuk... O.M.G... thorbahekkk nau2, noks! Rasa macam tak nak patah balik pergi spital! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 10, 2015

SAYURAN BERDAUN HIJAU

Mak ada appointment darah tinggi & diabetes. Pagi2 kena amik darah, nak check HB & glucose bagai... Tapi, result dapat lambat. Pukul 11 pagi, amik kat kaunter 8. Eh, macam korang tau pulak kaunter 8 tu kat celah mana kan... He3...

Tak tau nak lepak mana sementara tunggu dapat result. Mak cadangkan lepak kat Restoran Mastan Ghani, pekena rojak. Hmmm... oklah. Boleh jugak memanjakan perut. Ahaks3...

~ Rojak Mastan Ghani

~ Amboih! Happynya ibunda kita nih..! He3...

Pukul 10.30 pagi, we ols ke hospital balik. Amik result, jumpa doktor & alhamdulillah... semuanya under control. Cumanya, Mak kena consume banyak sayuran berdaun hijau untuk tambah & maintainkan HB. 

Ok, Mak! Lepas ni, sila masukkan sayuran berdaun hijau dalam diet anda. 'Doktor' tak bertauliah ni akan pantau. Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 13, 2012

5 SYAWAL 2012... EPISOD: PULUT RAYA

Lepas berdinner raya kat rumah mak mertua kakak, ingatkan nak terus beraya ke rumah besan mak yang seterusnya, rumah mak mertua abang pulak. Tapi, terpaksa cancel sebab ada berita sedeh.

 Begini kesahnya...

Petang 4 Syawal, abang dah siap2 belikan bahan2 mentah untuk buat bihun sup. Nak bawak family Kak Aneem datang beraya kat rumah mak katanya... Tup2... Kak Aneem call suruh cepat2 pergi hospital sebab baby ke-2 Tun (adik Kak Aneem) meninggal dalam kandungan. Yang suami Tun pulak macam susah nak terima kenyataan, siap meracau2 buat semua orang takut.

Sepatutnya, lepas beraya kat rumah mak mertua kakak, kami nak terus beraya ke rumah mak mertua abang. Tapi, semua plan cancel! Beraya kat rumah mertua kakak je lah. Nak buat macam mana kan... kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya...

5 Syawal... dah tak tau dah nak beraya kat mana. Belah pagi melepak kat rumah mak je. Tido terbongkang je aku kat dalam bilik. Nenek Busu datang beraya pun aku tak sedar. Isk3... huduh perangai!

~ Mokcik ni takde kerja lain. Asik nak berposing je! Nak tayang baju raya yang abah dia belikan katanya... Chait!

~ Dia ajak aku join berphotoshoot sekali. Aku... ya amponnn... punya malas! Tido lagik syiok! Ha3...

~ Sudahnya, kakak jadik mangsa. Jadik tukang amikkan gambar mokcik nih. 

~ Itik serati pulang petang... Ha3... Larikkksss..!!!

Pukul 2++ petang, kakak ajak keluar. Boring katanya... hari raya melepek kat rumah. Dia paksa aku bangun, bersiap! Dalam mamai2 tu, aku sarung je baju yang aku nampak. Tak kose nak berbaju kurung sebab malas nak iron. Casual raya je lah. He3...

~ Sebelum tengok balik gambar nih, rasa macam kiut habis je buat muncung macam tuh. Bila tengok balik, rasa macam... O.M.G..!!! Huduh betul! ;P

~ Layan je lah mokcik nih...

Memula, terjah Mastan Ghani sebab kakak mengidam nak makan mee rebus. Kat Kajang takde mee rebus seperti Mastan Ghani katanya... Aku layan rojak je. Pekena dengan sirap cincau. Perrgghhh!!!

Rasa nak mintak cekodok lebih. Tapi, orang kata Mastan Ghani tak layan kalau kita mintak cekodok lebih. Kalau nak jugak, kena order lagik sepinggan rojak / mee rebus. Hmmm... tak lalu ahhh!

Lepas makan, singgah Eagle sebab mak nak beli periuk. Last sekali, singgah Bintang, kakak mengidam nak makan pulut cicah sambal tumis ikan masin yang mak masak. Tak habis2 ngan mengidamlah mokcik tuh! Isk3...

~ So, inilah menu minum petang kami. Dah macam dinner je aku tengok. He3...

Nasik putih, pulut, sambal tumis ikan masin, daging masak kicap, ikan goreng, ikan pekasam, ikan masin goreng & cekodok kuchai. Amekaw!

~ Abang & family langkah kanan. Datang bawak anak2 sedara belah Kak Aneem.

~ Imam tak berapa muda..! Ha3... Larikkksss..!!!

~ Mokcik yang banyak betul mengidam air tangan mak! Dasat! Nampak benor dah lama tak balik kampung. Ha3... Larikkksss... lagik!!! Hnsss2..!!!

Family Kak Aneem diduga betul Syawal kali ni. Instead of baby Tun meninggal dunia, dikhabarkan pulak dengan Damia (anak sulung Abang Chik Kak Aneem) masuk ICU. Elok2 diorang pergi hospital nak ziarah Tun, tetiba Damia pulak pengsan! Doktor tak dapat detect puncanya. Tau2 je dah kritikal.

Dugaan2... Kami semua cuma mampu berdoa...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, January 19, 2011

ROJAK & MEE REBUS MASTAN GHANI

Pagi semalam, my 'sayang' tapaukan kuih masalodeh untuk breakfast. Tak sempatlah nak makan sama2. Dah lambat... So, singgah gerai makcik jual kuih, beli masalodeh. Aku sker masalodehnya. Comey2 & rangup2. Sampai tak sedar dah 5 ketul masuk dalam mulut! Ha3... Breakfast ke hape ke tu kan... ;P

Tengahari, rasa cam malas plak nak makan nasik. Plus, my 'sayang' sebelum tu ada perjumpaan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM). Ada jamuan merangkap lunch katanya... So, aku mintak my 'sayang' tapaukan mee rebus Mastan Ghani. Tapi, my 'sayang' tapau sekali ngan rojak.


~ Rupa rojak Mastan Ghani. Aku rasa dah banyak kali jugak aku jaja gambar rojak Mastan Ghani kat blogungukechintaanku nih. Gambar mee rebus takde. Tak sempat snap, dah sold out! Kebuluran ah kak, noks..! Ha3...

Antara mee rebus ngan rojak, mana yang korang paling sker? Soklan cepu gangsa jer ni... Saja jer nak tau... ;)

Saturday, February 20, 2010

NASIK AYAM MASTAN GHANI

Semenjak 2 menjak nih, sker betul aku makan nasik ayam. Tapi, penah ke aku tak sker, ek? Rase2 cam sentiasa sker jer... dolu, kini & mungkin selamanye... He3...

Alaaa... camnie... maksud aku, lately, kalo nak tapau lunch, mesti aku tapau Nasik Ayam Mastan Ghani. Mastan Ghani nie kedai mamak. Sungguh fofular kat sini. Kalo ade orang sini yang berstatus anak jati tapi, tak tau pasal kewujudan Mastan Ghani nie, memang tahap buleh kene buang daerah la... Ha..! Dasat tak dasat tuh..?! Means, kalo sebut jer Mastan Ghani, mesti orang dah buleh imagine lokasi kedai tersebut. Actually, speseltynye adalah mee rebus & rojak. But, skang diorang dah advance, dah tambah menu. Nasik ayam ado... nasik beriyani pon ado..!


~ Nie la menu lunch aku pada hari Khamis. Ayam yang memang khas untuk nasik ayam dah abis. So, diorang buh ayam goreng. Aku ok jer... Janji ayam..! He3...

Sebab2 kenape aku sker beli tapau/makan nasik ayam kat sini adalah seperti berikut:-

1) Senang aku nak singgah beli. Drive jer kuar opis, masuk kat simpang 4 ade traffic lite, pastu terus jer... Isk3... macam la korang buleh imagine kan... Ha3... Maksudnye, aku takyah nak pusing2 ke hape... coz sejalan jer dengan jalan nak balik ke umah. Senang di situ..!

2) Sambal a.k.a sosnye sodap. Kalo makan kat situ, aku selalu mintak extra sambal. Rase cam nak tapau bawak balik pon ado gak! Pastu, rase cam nak mintak resepi kat diorang pon ado..! Owhhh... over la pulok..! Hiks...

2 tu jer sebab-musababnye. Wah..! Siap kasik point, ko! Kelazzz ah kak, noks..! Awwsss2..!!! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Wednesday, November 18, 2009

Ke MaSTaN gHaNi M'BeLi RoJaK...

Poyos jer tajuk tuh! Kalo xelaborate pon, korang mesti dah bley agak hape yg aku nak citer?! Kebuntuan idea m'carik tajuk di situ... Muahaha...

Ye! Semlm, aku tapau rojak Mastan Ghani jer utk menu lunch. Dah fenin, xtau nak makan hape?! Plus, mmg dah lame rasenye xmakan rojak. Dekat lak tuh! Aku gi branch yg kat Taman Ros jerk. Sungguh b'dekatan dgn opis ku nih. Xsampai 10 minit, dah sampai kat opis balik. ;)


~ Amacam??? M'giurkan x rojak nih? Yg wat aku xbley blah adalah cekodok2 tersebut. Slluurrppp2... Hiks...

Mastan Ghani adalah restoran mamak. Nie adalah ayat p'beritahuan kpd yg xtau la kan... Famous amos restoran nih! Dari zaman2 atok aku dolu lagik. P'asasnye pon dah arwah, I guess... Name Mastan Ghani tu pon maybe diamik sempena name p'asas la kot. Speselty diorang adalah mee rebus & rojak. Kalo xsilap aku, kat sini ade 5 branches. Dari 5 tu, ade 2 yg jual makanan len instead of mee rebus & rojak. Diorang add on nasik ayam, nasik beriyani & nasik campor.

Sekian, info jln2 carik makan b'same tuan tanah kedaung. ;P

::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google