SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label GENG SURAU. Show all posts
Showing posts with label GENG SURAU. Show all posts

Friday, April 10, 2020

PENGANTIN JAWA

#Throwback

**Penafian / Disclaimer: Tarikh kejadian dalam entry ini adalah pada sebelum 18 Mac 2020 iaitu sebelum #MovementControlOrder dikuatkuasakan. Penulis terus menyokong usaha kerajaan dan bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan cara akur serta patuh terhadap arahan iaitu #StayatHome, #SocialDistancing dan #KitaJagaKita. Semoga misi #FlattenTheCurve dan #BreakingTheChainofInfection dapat dicapai. Sekian, untuk makluman.  

Rindu kenduri kahwin. Maka dengan itu, kita up entry kenduri kahwin. Dapat bayang2kan balik pun kira aci la, noks... Hu3...

Kenduri kahwin anak Cik Nor, Geng Surau Mother. Mother tak dapat attend sebab masih di Mekah, buat umrah. So, anak2, menantu2 & cucu2 Mother wakilkan. 

~ Owh... rindunya kat budak 2 ketol nih. Last jumpa, seminggu sebelum #MovementControlOrder. Gambar2 cenggini je la jadik pengubat windu... Hu3...

~ Venue: Dewan MPTI Langkap, Perak.

Ada 2 seksyen untuk port menjamu selera. Indoor & outdoor. Indoor untuk main course. Maksudnya, nasik2, lauk-pauk kenduri, semua ni indoor. Outdoor untuk side dishes. Mee kari, bihun sup, sate, cucur udang, cendol, bubur, aiskrim, hah... semua ni cariklah kat khemah outdoor.

Aku prefer makanan kat outdoor. Bihun sup dia sedap sampai bulan, bintang & mentari. Nom3..!!!

~ Pengantin in Javanese bridal attire.

Korang sanding dulu ada tema cenggini tak? Or aci onz je macam Sis, asalkan majlis lancar & selesai? Letih, dowh... jadik pengantin... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, January 23, 2020

TETAMU & TUAN RUMAH YANG HAPPY

Hari Ahad, Mother buat kenduri doa selamat. Sempena perjalanan umrah yang lancar. Alhamdulillah...

Pukul 11.00 pagi event bermula. 

~ Bon appetit.


~ Mother with Ustazah Saadiah.

Menu simple je. Menu makan tengah hari yang santai2. Aaa gitchew...

Nasik putih
Ayam sirsau
Sup sayur
Pecal
Siakap goreng
Sambal belacan
Tembikai
Air sirap

~ Selpie sebelum pulang.

~ Terima kasih, sudi datang... acik2 yang vogue semuanya. He3..

~ Terimalah selpie Sis yang acah2 di tepian sawah. He3...

Syukur sebab semuanya dipermudahkan... Tetamu happy, tuan rumah apatah lagi. Berganda2 happy nya. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 15, 2019

BULAT LAGIK

Sabtu lepas, ada jemputan #RaikanCinta. Anak kawan Mother kahwin. 

Gotong-rotong a.k.a rewang, u ols..! Memang aku tunggu2. Sebab kalau katering, lauk & rasa lebih kurang sama. Susah sikit aku nak brain. Jemu pun ye jugak kot. Sebab sekarang kan mostly pakai khidmat katering. Sangat rare yang rewang.

Nasik putih
Nasik minyak
Ayam masak pedas
Gulai daging
Ikan masin masak pedas
Masak lemak umbut kelapa
Sambal tahun
Sambal belacan
Rojak buah
Kek
Air teh ais

Haaa... banyak kan menunya?! Tapi, yang paling Sis heart adalah ikan masin masak pedas. Perrgghhh! Rasa macam tak cukup je sepinggan nasik. He3...

~ Menyempit & menyempatkan. Ha3...

Aku datang dengan Abang. Kanda couldn't make it. Busy di sawah padi. 

Lepas kenduri, Abang hantar aku ke rumah Mother. Kak Yong, Kak Ngah, Rifqi & Nia join sekali. Lepak. Abang, Kak Aneem & Medina balik sebab Abang ada kerja.

~ Permintaan diorang lepas bangun tido.

Pukul 7.00 malam, Abang & Kanda sampai. Maka, agenda makan pun bermula. Kawan Mother tapaukan lauk kenduri. Abang & Kak Aneem tapau makanan pasar malam. 

Fuh, bulat lagik la Sis! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, April 25, 2019

GELUNG PEPUYU

#Throwback

Mother ajak ke kenduri kahwin anak Cik Wawa. Kat Gelung Pepuyu. Jangan tanya aku direction sebab spesis buta jalan kronik macam aku memang tak reti banyak nak kasik direction. Hu3...

Sampai2, ngam2 pengantin tengah bersanding. Takpe... Biarkan... Buat yang lebih afdhol iaitu... makan. Lapor, noks..! Ha3...

Macam2 makanan hado..! Dari main course membawak ke dessert. Pilihlah mana yang berkenan. Rajin2lah beratur amik makanan. 

~ Dah kenyang, barulah happy nak wefie. ;D

~ Tahniah, pasangan pengantin. Semoga bahagia till jannah.

~ Acik Ayoi yang kaki selfie... Yang baju merah tu, haaa...
~ BFF Mother.

~ Di mana2 ada Acik Ayoi. 

~ Haaa... Acik Ayoi lagik... Ha3...

~ Mother bersama tuan rumah.

~ Perjalanan pulang menuju ke kereta membawak perut. Ha3...

~ Asal aku ajak selfie, semua automatic get ready. He3...

~ Ini kat masjid berdekatan. Tumpang solat Zohor.

Kami jalan2 ke Seri Iskandar. Takde tujuan. Saja je pusing2, shopping kat Pusat Pakaian Hari2 & JJCM.

~ Chicken chop Seri Iskandar. Not bad... sodap.

~ Tempat lepak.

Wedding sudah. Jalan2 pun sudah. Semua sudah. Dah, jom balik! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, February 12, 2017

FAREWELL ACIK WAWA

Event Mother...

Farewell untuk Acik Wawa. Husband Acik Wawa baru pencen. Diorang decide untuk pindah dari kuarters ke rumah yang dibina kat kampung. Geng surau Mother buat farewell sebelum Acik Wawa & family pindah.

Makan2 kat D'Hentian Batu 8. Tugas aku & Oppa adalah tolong bawak Mother + makan. Kojo sonang... He3...

~ 'Hero' of the nite.

~ Dengan beberapa lauk lain yang tak kurang hebatnya.

~ Meja bertuah kami. ;D

~ Selfie ramai2.

~ Selesai...

Alhamdulillah, kenyang...

Semoga Acik Wawa & family happy di rumah baru... Aminnn... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 1, 2017

KuPAS

Mother ada event kat Dewan FELCRA Seberang Perak. Awal2 lagik dah chop aku & Oppa untuk tolong hantar. Senang Oppa nak adjust jadual katanya... He3...

Alhamdulillah... Oppa free.

~ Nama Event: Ceramah Maulidur Rasul 1438H & Pelancaran Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Pasir Salak (KuPAS)

~ Sementara menanti ketibaan VVIP...

~ YB Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani serta Ahli Parlimen Pasir Salak.

Kami plan, lepas hantar Mother, agak2 Mother dah jumpa geng, kami jalan2lah sekejap. Tak kesah la ke mana. Pusing2 naik kereta sambil tengok sawah padi pun bollehhh...

Tapi, kita kan hanya merancang... Tak semestinya semua perancangan tu terlaksana. Hu3...

Ada kereta Perodua Bezza block parking. Takde 1 ceruk pun yang memungkinkan kami untuk bawak #CikPuteh keluar! Choiii... betul! Kecewa. Hampa. Pilu. Sayu. Syahdu. Sedeh. Terkilan. Terkesima. Bla3... Semuanya ada.

Redha je la... Tsk3...

Nasib baik ada port baik punya..! Bawah khemah berkipas, tepi dewan, ada kerusi & meja dengan angin yang kadang2 kencang, kadang2 sepoi2 bahasa. Cuaca seperti mendung nak hujan tapi, tak hujan2.

~ My good companion. ;)

Kitorang lepak, layan media social, berborak dari topik duniawi sampailah ke ukhrawi... pendek kata, A to Z lah! Lepas tu, makan.

Terima kasih kepada mokcik2 yang prepare lunch. Tanpa anda semua, kompom kami kebulur tahap gaban! Nasik putih + ayam goreng berempah + gulai daging + pajeri nanas + timun + sambal belacan + air sirap + tembikai. Sodap giler kekdahnya! ;D

1/2 hari kitorang terperangkap akibat parking kena  block. Fuh! Sungguhlah mencabar!

Lepas tu, tetiba pulak terindu kat pretzel Auntie Anne's.

~ Makanya, kami ke AEON Seri Manjung.

~ Kekenyangan...

Mokcik2 tu adalah geng surau Mother. Malu2 tapi, sporting. Diorang tumpang balik. Tapi, terjebak sampai ke Manjung. He3...

Kemudian, Oppa bawak ke Lumut Waterfront. Nak beli ikan bilis mata biru. Puas hati! Sedap, owh... ikan bilis mata biru..! Goreng bodoh2 pun sedap. 

Sampai rumah Mother pukul 8.00 malam. Balik rumah sendirik pukul 9.30 malam. Good night, sleep tight la jawabnya...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Sunday, May 15, 2016

MOTHER

Shopping baju raya untuk tahun ni dibuat lebih awal atas permintaan Mother a.k.a Mak merangkap tailor pojaan hatiku... Mmuahhh... Sayang Mother laju2..! ;D

Mother tak larat dah nak shopping di bulan Romadhon macam tahun2 sebelum ni. Mother nak lebih relax & tak terkejar2 masa. Beli kain awal2, Mother boleh jahit baju awal2, pelan2 & chill2 je. 

~ Kami shopping kat Nagoya, Plaza Angsana, Ipoh. Dah biasa dengan selok-belok kat situ. Mudah.

~ Beberapa geng surau Mother join sekali.

Perut memang suka lapor sejurus selepas shopping. So, Restoran Sabar Menanti memang jawapan paling tepatlah. Syiok makan sambil dengor Mother & geng surau berceloteh. Sebab geng surau Mother tu lawak. Tau2 je, pinggan dah licin. Heh3...

Plan nak bawak Mother & geng surau makan laksa Padang Polo. Tapi, tak jadik sebab semua masih kekenyangan. Perut macam ikan buntal. Ha3...

~ Kita lepak2 je lah. 

~ Ini bukan sekadar lepak. Ini nama dia paling tepat & jitu adalah tidoq tak hengat dunia! Ha3...

~ Mengabadikan kenangan katanya...

Lepas tu, takde ke mana2 dah. Kaki lenguh, mata mengantuk, hati sangat bermunge2 sebab dah shopping dengan jayanya. Pulang ke Teluk Intan je la kekdahnya...

Eh, jap! Nak habaq mai ni... Semenjak 2 menjak ni, memang I ols & adik-beradik gigih panggil Mak as Mother. Aku start dulu. Kemudian, yang lain2 follow. Well... ah kak kan trend setter... Ahaks...

Mother / Mak... takde masalah. Insan yang sama. Paling kami cintai, paling kami sayang... dunia akhirat. Peace, Mother! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, November 14, 2015

DI USIA 56 TAHUN...

Tengah lepak2, relax2, chill2 sambil tengok Konsert Gegar Vaganza... time iklan, tengok koleksi gambar kat tab. Terjumpa gambar2 Mak dengan geng surau. Comel2 je semuanya... ;)

Di usia 56 tahun, Mak lebih banyak habiskan masa dengan geng2 suraunya. Memasak untuk disedekahkan kepada keluarga yang ada kematian la... Memasak untuk jemaah & ustaz yang dipanggil bagi ceramah la... Kadang2, kalau takde aktiviti sangat, diorang jalan2 carik makan kat Teluk Intan.

Advance sikit, diorang buat vacation. Pernah jugak diorang buat rombongan ke Kedah & aktiviti bbq kat Teluk Senangin. Macam2 cerita gembira yang Mak perdengarkan bila balik. Seronok & beronok nau2 nampak gayanya tu kan... He3...

~ Ini aktiviti makan buah langsat & minum air kelapa kat rumah 1 of geng surau. Hamboih, Mak..! Siap tayang betapa besornya plastik air kelapa lagik..! Hiks...

~ Sebahagian je ni. Tak cukup kuorum. Yang lain tak dapat join sebab ada hal kot.

Moral of the story: aku happy bila tengok Mak happy. ;) 

Sure, korang pun cenggitu jugak kan?! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 8, 2015

MULUT LUAS ADALAH BONUS

Beberapa bulan lepas... read my lips, '... bulan lepas...' hoi2..! ;P

Anak lelaki Acik Siah kahwin. Tapi, tak dapat nak attend sebab serentak dengan Fatin kahwin. Tarikh yang sama. Mahaplah, wahai Acik Siah...

Tapi, takpe... sebab kami ganti balik dengan attend majlis belah pompuan. Belah menantu Acik Siahlah. Kat Selekoh nun..! 

Oppa, aku, Mak & Acik Simah (1 of geng surau Mak), 1 kereta, join sekali rombongan bertandang. 

~ Meriah dengan paluan kompang. Bravo lah adik2 kompang tu... ;)

Makanan pun meriah jugak. Macam2 ada..! 

Aiskrim, chocolate fountain, gado2, bla3... Sediakan perut dengan mulut yang luas je. Eh, mulut kecik pun boleh! Luas tu optional. Kalau ada, kira bonuslah. Ha3...

Tahniahlah kepada mempelai... Semoga berbahagia... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 4, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #76: YASSIN

~ Geng surau Mak.

~ Venue: Of course la kat rumah Mak.


~ Terima kasih semua sebab sudi datang. ;)

#Throwback doa selamat & bacaan Yassin.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, November 23, 2014

ROMBONGAN GENG SURAU KE WAD

Bukan 'Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya' tau..! Lain sangat tu... Jauh menyimpang! ;P

Aku kerja macam biasa hari tu. Tengaharinya, My 'Jebat' bawak Abah & My MIL ziarah Mak. Terima kasih, parents mertuaku... ;)

Belah petang, aku & My 'Jebat' lawat Mak macam biasa. Tapi, terkejut sikit sebab Mak dapat pelawat yang ramai! Dinamakan sebagai 'Rombongan Geng Surau Ke Wad', Heh3...

Geng surau Mak sangat2 supportive. Diorang happykan Mak... buat Mak ceria. Paling suka buat kelakor adalah Acik Ayoi. Ada je isu yang dia timbulkan & buat kengkawan ketawa. Tukang havoc kekdahnya... He3...

Kak Ja pun datang ziarah 'Mak angkat' dia jugak. Terima kasihlah atas kunjungan... ;)

Aku temankan Mak kat wad malam tu. Dapatlah risik2 condition Mak daripada doktor & nurse. HB Mak dah ok. BP dah semakin stable, 112/62. Glucose pulak 5.7 which is ok. 

~ Ajak Mak selfie. He3...

Sempat la borak2 dengan Mak sebelum Mak lelap. Pukul 11.30 malam, nurse kejutkan Mak untuk makan ubat. Ubat tu ala2 pil tido. Nak kasik Mak mengantuk, tido & rest secukupnya. Awal2 doktor dah bagitau pasal ubat ni. So, takdelah terkejut ke... neves ke... apa ke kan...

~ Sempat bagi senyuman paling sweet sebelum tido. Ecewah! ;)
Susah sikit aku nak tido malam tu. Perasaan bercampur-baur. Ntah! Tak tau la nak kata macam mana..?! Yang pasti, aku selalu  harapkan yang terbaik untuk Mak. 

Semoga semuanya dipermudahkan... Aminnn... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 13, 2014

JELAJAH KERETAPI

Dulu 'Eksplorasi'... sekarang 'Jelajah', noks..! Nampak gah sikit! Ha3...

Aktiviti 'Mak Cik Sari' (read: Mak) & geng surau sekarang ni aci pakai keretapi je. Tak main la naik bas rombongan. ;P

Kali ni, lebih ramai yang join. Mak kata, lepas eksplorasi pertama dulu, 2-3 minggu cerita pasal tu tak habis2 lagik. Asal buat perjumpaan kat surau / kenduri, kompom isu keretapi yang jadik tajuk utama. Mana tak panas telinga yang tak dapat join! Maknanya yang kali ni, mokcik2 yang tak dapat join dulu tu balas dendam la... Tak tahan dengor geng2 asik bergebang pasal keretapi. Ha3... 

Siap ada yang bawak hubby lagik..! Wife shopping, hubby tukang angguk merangkap banker & tukang bawak hasil shopping. Owh... sangat sweetness overloaded..! Sherashi bershama gitu..! Hiks...

~ Aku & My 'Jebat' yang hantar Mak & Cik Siah ke Stesen Tapah Road. Abang ada agenda picnic ke Teluk Batik bersama keluarga Permata.

~ Melangkah dengan bismillah... ;)

~ Beratur... bawak backpack memasing... dengan bekalan makanan yang mencukupi... owh... comel sangat..! He3...

~ Holloh3... Mak ni lah haiii..!!! ;)

~ Tunggu train dengan tenang. Ke... control tenang tapi, sebenornya excited tak hengat..?! Ha3...

~ Babai, Mak... I'm gonna miss you lah! ;P

We ols tak balik terus. Singgah kat Restoran Mee Rebus, Tapah. & kali ni aku tak kecewa sebab nasik ayam dah available. Boleh makan sampai lebam! Top up sambal lebih.

Perrgghhh..!!! Sorga... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google