SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label JALAN2 CARI MAKAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN2 CARI MAKAN. Show all posts

Sunday, January 31, 2021

BUKAN POK YA CONG CODEI

Mengenang kembali zaman2 tanpa COVID-19...

Nak pergi vacation ke mana2 pun syiok. Esok nak bertolak, malam tu dah 'insomnia'. Buat itinerary lah... packing lah... buat checklist lah... bla3... Berangan je dah dekat 2 jam. Achaner tak 'insomnia'. Ha3...

Tak payah sembang pasal vacation lah. Sembang pasal jalan2 carik makan jauh sikit tapi, balik hari pun dah cukup mengujakan. 

Sekarang, dah jauh sangat berbeza. #NormaBaharu. Dapat keluar dengan Kanda, shopping grocery pun dah rasa, 'Wow, inilah dunia..!' 

Tapi, keluar je dari kereta, nampak manusia lain, automatik cemas! Maklumlah, kadang2 imaginasi Sis ni tinggi betol pergi dia! Di luar kotak. Asik terbayang, Si Corona ni bergolek2 je di mana2. Haish, choii..! 

Shopping pun sepantas mungkin. Takde dah nak belek2 bandingkan harga ke... banding2kan brand sebab kengkonon nak try brand lain ke... memang tak! Grab apa yang biasa dibeli je. Kalau tetibe nak beli mende yang tak berapa biasa beli, dari jauh dah 'scan', mana 1 nak amik. Hu3...

Mahaplah, kecemasan Sis memang sukar berpenghujung kalau bab2 Si Corona ni. Adeh3...

~ Jadik, untuk kurangkan kecemasan tu, moh la Sis 'belanja' 1 gambar makanan yang buleh buat perut sawan di bulan Romadon. Ha3...

 

Nasi Kukus Pok Ya. Bukan Pok Ya Cong Codei tau! Sebab yang ni kat Seri Manjung, Perak. 

Nampak indah & penuh dengan kenikmatan duniawi Nasi Kukus Pok Ya tu kan? Owh hoooooo hoiii..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 1, 2020

MASTAN GHANI SENTRAL INTAN

Cerita perjimbaan lagik... ;D

Kakak kalau balik kampung, tak sah kalau tak ke Mastan Ghani. Peminat tegar Mee Rebus by Mastan Ghani. Kita ni, tukang teman je lah. Tapi, bukan teman kosong je. Teman sambil makan. Dia makan mee rebus, kita cekik Nasi Ayam by Mastan Ghani.

Baru la teman yang berbaloi2..! Aaa gitchew..! He3...

Girls Day Out. Eceh! ;P

Nasi Ayam by Mastan Ghani. Dapat bahagian favourite, haruslah tak hirau sesape dah..! Ha3...

Restoran Mastan Ghani memang famous kat Teluk Intan. Signature dish: Mee Rebus & Rojak. Ada banyak cawangan. Paling latest di Sentral Intan, yang kami terjah ni lah. Pendek kata, orang Teluk Intan kalau tak tau apakah itu Mastan Ghani, angkat kaki, lambong lah hai nya pun! Aaaa gitchew..!

Esoknya, Kakak & Abang Mie balik Kajang. A_bern tinggal. Sebab dia extend cuti. Nak lepak lama sikit kat kampung dengan Nenek, katanya...

Kakak tinggalkan pesan, mintak tolong Kanda cekkan tayar Iriz A_bern. Condition hellok, barulah tak cemas nak lepaskan dia drive sorang2.

Hokay, baheklah. Kami menurut perintah. He3... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 31, 2020

DARI BERGOLEK KE MENAIP ENTRY

Mendung petang ni. Gaya macam nak hujan. Guruh pun dah mula 'bersuara'. Takpelah... Syukur kalau hujan turun. Sejuk sikit bumi Teluk Intan. 

Sis bosan. Dari tadi bergolek2. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Sesekali, tengok tv. Dari Bidadari Kiriman Tuhan, membawak ke Property Brothers membawak ke Escaping Poligamy membawak ke My Haunted House. 

Tang My Haunted House tu Sis cemas. Gigih nak tengok tapi, always cemas! Ha3...

Dan sebab tu lah Sis tengok tv sambil tulis entry blog. Untuk kurangkan rasa cemas, kononnya. Kadang2 dengor audio je. Nasib baik result MUET Sis band 5. So, paham la jugak kalau tak tengok subtitle. Eceh! Ha3...

Sis sambung kesah aktiviti hujung minggu with family, ye. ;)

Dari Taman Rekreasi Gunung Lang ke AEON Kinta City. Kami nak lunch di Johnny's Restaurant.

Banana Split untuk Rifqi & Rania.

Soup & tom yam steamboat

Lapor tapi, still gigih nak selpie.

The 3 Gorgeous. Ha3...

Dah kenyang, kami pun pulang. Musim2 COVID-19 ni, macam buntu pulak nak pikir ke mana nak berjimba?! Lagi2 kalau port yang kita nak singgah tu crowded. Terus terbantut nawaitu. Hu3...

Takpelah. Berkorban rasa sikit. Sebab kesihatan lebih penting dari keinginan tu. 

Sama2lah #KitaJagaKita, ye u ols... 

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

Wednesday, November 7, 2018

RASA DIHARGAI

Ada Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) koperasi on weekend. Owh... sob3...

Walaupun 'sob3...' tapi, redah la jugak. Lunaskan tanggungjawab sebagai penyampai taklimat & perasmi. 

Oppa tolong hantar sebab agak jauh & lalu jalan kampung yang berliku + sempit. Nebes kalau dua kereta berselisih. Thank you, Oppa..! #MuahCiked ;)

Setel je, terus berdesup kitorang dating! He3... 

~ Lepak kat Mee Tarik Warisan Asli, AEON Seri Manjung.

~ Main course: Egg Fried Rice & Mee Soup with Braised Beef. Layannn......

Bercadang nak tengok wayang. Tapi, movie yang kitorang nak tengok tu, waktu tayangannya tak kena. Maksudnya, kalau on, kompom habis tengah malam. Nak redah balik Teluk Intan lagik... Kesian Oppa. Mengantuk plak dia drive kang. So, tengok wayang postpone.

Seronok dating hari tu. Rasa dihargai. Eceh! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 27, 2018

PELAKON UTAMA & EXTRA

Kami rancang 'filem pendek' sebagai kejutan. Story board nya cenggini...

SCENE #1

Abang war2kan aktiviti seterusnya adalah berjimba di luar. Kompom Mother akan masuk bilik untuk sarung tudung & bersiap2 sebab Mother sejenis punctual. 

SCENE #2

Kak Yong akan membontoti Mother, switch off lampu kasik gelap habis, kunci pintu & bagitau Mother pintu terkunci sambil menjerit2 mintak tolong.

SCENE #3

Kak Ngah tarik tombol pintu sambil jerit kat Oppa, mintak tolong sebab pintu tak boleh bukak. Bila Oppa cuba nak setelkan kes pintu terkunci, Kak Aneem & Abang angkut kek dari fridge ke hall, buat preparation yang sewajarnya.

SCENE #4

Aku play lagu 'Happy Birthday' once Oppa berjaya bukak pintu yang sebenarnya tak terkunci pun tu.

Yeah..! Kengkonon hebatlah 'filem pendek' kitorang tu. Natijahnya:-

SCENE #1: Done dengan jayanya.
SCENE #2: Separa berjaya sebab Kak Yong acting sekali lalu je. Tiada siaran ulangan masa tunggu Kak Ngah menjerit & Oppa sampai. Awkward gila! Ha3...
SCENE #3: Sama kes dengan Kak Yong, tiada siaran ulangan. Awkward jugak. Ha3...
SCENE #4: Berjaya tapi, kelam-kabut sebab tak prepare awal2. Jenuh nak godek2 galeri, carik lagu 'Happy Birthday'. Ha3...

~ Kek. Meriah giler cheese & cream cheese nya..!

~ Brownies. Ermmm... dappp...

~ 8 & 19 Julai...

~ Semoga birthday boy & girl dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Aminnn...

Sambil makan & celebrate, sambil gelak terbahak2 mengenangkan 'pelakon utama & extra' yang awkward tiada siaran ulangan tu. Ha3...

~ Always be my favourite... #MmuahCiked 

~ Perjimbaan diteruskan di Ipoh Parade. Layan bowling. Tournament antara family members. Konsep: Yang kalah pasti kena gelakkan kaw2! Ha3...

Kak Yong & Kak Ngah pun join bowling. Sukahati la achaner diorang nak golekkan bola. Asal bergolek. Walaupun hakikatnya, banyak ke longkang. Ha3... Gelak lagik..!!!

Dah gelak banyak sangat, perut pun lapor balik. Actually, lapor manja2. Sebab tak nak dah elok2 balik Kinta Riverfront Suites 1, ada yang buat aduan 'lapor'. 

~ Mencarik makan di Gerai Nasi Goreng Udang SSI Corner.

Alhamdulillah... Tido nyenyak kami malam tu. Sebab penat. Sebab kenyang. Yeahhh...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 30, 2018

HARI JALAN2 CARIK MAKAN

Kesah Raja Buah lagik... ;)

Tapi, yang ni memang plan. Kengkonon nak makan durian kat Perak Agrotourism Resort (PATRO). Chill2 gitu...

Tapi, tak berapa nak chill sebab panas membahang. Berkerut2 dahi. Hu3...

~ Naik buggy untuk ke cafe, tempat durian berkumpul. Ha3...


~ Sementara tunggu Oppa register nak beli durian. PATRO kata wajib register sebab ada lucky draw katanya... Layannn...

~ Durian2 tersebut 'berkumpul' kat tepi tasik merangkap cafe ambience. Ada Durian Kampung & Musang King sahaja. Masa register, cakap siap2 nak durian apa, bawak resit ke sini then, 'penjaga durian' pilihkan ikut kilogram yang kita register. 

Musang King: RM 35/kg

~ Ah kak tak kesah sangat hal durian. Ah kak kesahkan selfie je. Ha3...

~ Tapau 2 bijik lagi Musang King yang harganya runtuh jadik RM 17/kg.

~ Balik takde buggy. Naik lori-tractor. Merasa la kau terhoyong-hayang. Nasib baik pak supirnya tak buat wheely. Ha3...

Hari tersebut adalah hari jalan2 carik makan. Lepas makan durian, pekena laksa pulak. Mother promote. Gerai kawan Mother.

~ Gerai Cik Liza. Ada laksa, sate, bihun sup & a few menu lain.

~ Superb laksa ni. Cengginiiiiii...... (read: thumbs up sign)..!! 

~ Dan yang terakhir sekali, dinner di restoran Pak Din, Kampung Bahagia.

1 hari yang penuh dengan makanan. Alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, October 6, 2015

RESTORAN WANA... BUKAN LAGIK WANA CAFE

Dulu Wana Cafe. Lokasinya pulak kat Rest House Teluk Intan. 

Sekarang dah jadik Restoran Wana Cafe. Location bertukar. Kat Bandar Baru Teluk Intan. Taklah jauh sangat dia pindah. Masih senang nak dijejak.

Suatu petang, Oppa amik aku kat opis. Oppa kata beliau lapor tahap gaban! Ok, paham... Walaupun aku konpius sikit sebab rasanya masa lunch Oppa dah makan nasik tapi, apasal lapor macam 3 hari tak jumpa nasik?! Ha3... Hadoi!

Jawapan Oppa simple je. 

"See the perutlah."

Ok, paham... lagi sekali. Ha3...

Walaupun nama berubah, lokasi pun berubah tapi, rasa dia masih maintain especially tomyam putih. Marvellous!

~ Meja bertuah dengan makanan2 yang menghappykan perut. ;)

Yang ketara nampak berubah adalah interior design. Lebih tersusun ala2 fine dining. 

Ada open area berbumbung untuk smokers / yang suka lepak2 kat luar sebab rasa sesak napas kalau lepak kat dalam... Kalau jenis yang suka tersorok2 sikit untuk bergossip / malu2 kucing macam ah kak... awwsss... ha3... bolehlah pilih untuk lepak kat belah dalam. 

Dinding dihias dengan word of wisdom. Very inspiring! 

Ada wall of frame jugak. Gambar penyanyi Jamal Abdillah merangkap abang kepada owner Restoran Wana pun ada didisplay kan. 

Lepas tu, siap ada sudut selfie yang diletakkan sofa, a little bit of simple decor & gitar tak bertali. Ah kak tak selfie kat situ sebab ah kak kan spesis malu2 kucing... Ahaks3...

Restoran Wana,
Jalan Intan 3, Bandar Baru Teluk Intan,
36000 Teluk Intan, Perak.

No. Telefon: 012-5449195
Instagram: restoranwana

Selamat mencuba..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, March 26, 2015

KELENJAR ADRENALIN & HORMONNYA

Balik kerja adalah lapor. Mungkin sebab stress di tempat kerja kot... Bila dah stress makanya, kelenjar adrenalin pun akan merembeskanlah hormon2 yang merangsang impuls untuk dihantar ke otak. Lepas tu, otak pun berpikir, tangan pulak gosok2 perut & mulut berkata...

"Owh... lapornyaaa lah haiii..!"

Haaa... boleh terima tak teori saintifik tuh? Ha3...

Pening2 lalat jugaklah nak carik port makan. Last2, My 'Jebat' ajak makan Nasik Lemak Kukus Along kat City Mewah nun..!

~ Lauk-pauk nasik lemak yang aku amik. Meriah tak? Heh3... Nampak tak betapa kelenjar adrenalin & rembesan hormon2nya amat berfungsi kat sini? ;P

Rating: 2.5/5

Pilihan lauk memang banyak jugaklah. Dari segi rasa, biasa2 je. Ini piawaian tekak aku. Kalau tak sama dengan tekak korang, jangan salahkan tekak aku pulak tau! ;P

Nak terjah, meh jenguk sini:-

Gerai Nasi Lemak Kukus Along
City Mewah Food Court
36000 Teluk Intan, Perak

Landmark: Hotel Grand Court & SMK Sultan Abdul Aziz. City Mewah Food Court adalah opposite dengan landmark2 tersebut.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 9, 2015

ECOBA..???

Lama dah tak ke Wana Cafe. Rasa teringin pulak nak lepak makan2 kat situ. My 'Jebat' ok je... Tak banyak soal.

Tak ramai orang sebab masa tu baru pukul 5.30 petang. Wana Cafe akan mula meriah selepas Maghrib. Sebab dia bukak belah petang membawak ke malam.

Menu board kata, specialty untuk hari tu adalah Nasik Goreng Ecoba. Amboihhh..! Dasat nau2 nama menu! Memang faveret My 'Jebat' la mengtry menu2 yang dasat2 cenggitu.

~ Rupa paras Nasik Goreng Ecoba. Terdiri daripada nasik goreng + telur mata + udang lipan masak cili kering + tembikai sebagai dessert. 

~ Aku makan Chicken Chop.

Hmmm... sampai sekarang konpius, kenapa nama dia, 'Nasik Goreng Ecoba'? Tak sempat nak interview owner Wana Cafe. Rasa terkilan pulak. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, November 10, 2014

DELIMA TOMYAM

#Throwback

1st time kot makan kat sini. Kalau tapau tu, selalulah. Ada 1 hari tu... berlegar2 kat Taman Melor, carik port makan. Nampak Delima Tomyam... hmmm... bolehlah.

Selalunya full house jugak. Tapi petang tu, macam lengang sikit. Memang sedang elok sangatlah untuk kami yang nakkan service yang pantas. Dah pukul 6.30 petang masa tu. Ding dong... ding dong... kang Maghrib. Kalau dapat service pantas, canteklah!

~ Aku makan kueteow Hong Kong, My 'Jebat' kompomlah makan nasik, nasik goreng kampung dengan ikan masin goreng. 

~ Mak takmo makan yang heavy2. Fries je.

Rasa: Not bad. Service: Boleh tahan. Portion: Banyak! Pasti kenyang. Jangan risau. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 9, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #58: INDAH & NIKMAT

~ Seni tangan... kata My 'Jebat'... Hmmm... yo la tuh!

~ Muka suci... tapi, perut berdangdut! He3...

~ Spec lama dalam kenangan...

The rest, biarkan saja gambar yang berbicara... Eceh! ;P






Bbrrppp...!!!

Kekenyangan melampau di Melaka... Rezeki Allah itu indah... Rezeki Allah itu memang nikmat! Syukur... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google