SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SLOT AKASIA. Show all posts
Showing posts with label SLOT AKASIA. Show all posts

Wednesday, October 2, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #125: #TETAPSAYANGWALAULAMAMENGHILANG

~ #TetapSayangWalauLamaMenghilang

Yeahhh... Sis terjebak!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, February 14, 2015

TENGOK #1, LAYAN #2

Istikharah Cinta...

Memula tak berapa nak tengok. Pertama sebab tak minat sangat kat Zul Ariffin. Sebab ke-2 adalah heroinnya. Rasa seperti... 'Hmmm... Faye Kusairi? Sapekah beliau? Apakah..??! Bla3...'

1st impression tu... Tapi, bila dah start tengok 2-3 episod, terus terjebak! Drama queen sangat tau! Ahaks...

Final episode dia kan secara marathon. 2 episod tayang serentak & the end. 

~ Jadiknya... mata tengok #1 & mulut layan #2. Heh3...

Kami order Big New Year Box yang ada Pizza Pastry Crown tu. Rasa dia, not bad la... Tapi, kami tetap prefer Hawaiian Chicken kot sebab paling kena dengan citarasa tekak kami berdua.

Perut kenyang, hati pun gumbira sebab happy ending. ;D

Istikharah Cinta dah habis. Airil & Dina pun 'nak dapat baby dah'... ;P Teman Lelaki Upahan pulak take over. Macam best! Moh le tengok sama2 sampai ke sudah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, October 11, 2013

OVER TAK WE OLS?

Cinta Jannah dah habis. Hmmm... tak tengok sangat pun. Sebab tak minat kat Aeril Zafrel tuh. Bukan sebab kontroversi dia dengan Wawa Zainal sekarang. Tapi, sebab memang tak berapa minat kat acting dia. Tak feel lah! Macam kalau scene nangis / syahdu2 tu, dia tak berapa sampai. Macam fake sangat. Kan3..???

Nelydia Senrose takde masalah. Suka je. ;)

Kalau la hero dia 'Zain'... eh, Zain pulak! (Terpengaruh dengan Setia Hujung Nyawa la nih. He3...) Amar Asyraf la nama dia... kan ke best! Sesuai kot. Plus, feel je mengtengoknya. Ada chemistry kata omputih. ;P

Sekarang, Love You Mr Arrogant pulak. Suka sebanyak lapanplohratuskali! Siap nak melompat bintang lagik! Suka terlampau kata ko! Ha3...

~ Credit to: wowberita

Cerita dia tak poyo, storyline pun tak berpusing2 macam Cinta Jannah. Senang sistem otak nak adapt. Nak2 pulak hero ngan heroin memang ngam ho! Si Zara Zya tu... walaupun macam jarang2 jadik main role tapi, acting dia baguslah! Comel je. Sedeh pandai... kelam-kabut pandai... maki-hamun pun boleh tahan jugak! ;P

Sama la dengan si Azlee Khairi. 'Arrogant' habis!

Ada Anzalna Nasir pulak tuh. Eh, kita peminat Anzalna Nasir tau, you ols. Dia berlakon jadik Dee dalam Adam & Hawa (antagonis) pun kita suka jerrr... He3...

Aku dengan my 'sayang' memang layan cerita nih. Siap PVR-kan lagik..! Ha3... Poyo!

Bila tiba scene mama Irham (Norish Karman) ke... Sherry (Hanez Suraya) ke... kakak Irham (Aisyah Ilyas) ke... musti my 'sayang' stress! Terus dia on Candy Crush Saga. Ha3...

Aku pulak tukang bebel. Kengkonon bebel kat Pengarah kata, 'Apakejadah ko suruh watak tu jadik begitu... begini...? Tak boleh ke kalau scene Zaara Zya ngan Azlee Khairi je dalam 1 jam tuh? Bla3...' 

Ha3... Over tak we ols? Ngalahkan juri Akademi Fantasia 2013. Hadoi! 


:: Like3, ek! ::



Wednesday, November 23, 2011

DHIA VS CINTA ELYSA

Semalam punya kesah...

Memula layan cerita Tentang Dhia. Dah lama kot tak layan. Since 2nd episode sampai la Isnin minggu nie. Sebab rasa macam lembab & tak berapa mengujakan untuk ditengok agaknya. Tak macam Soffiya. Sentiasa jer kita nak tau apa yang akan terjadik lepas tu... & lepas tu... & lepas tu lagik...

Yang semalam tu apsal ntah tetiba nak layan?! Tapi, memang tetiba la... Sebelum tu my 'sayang' gigih tengok highlight bola sepak final Sukan SEA kat Astro Arena. Lepas tu, aku suruh tukar channel TV3. Konon2 nak tengok sepintas lalu jer la... Eh2! Tetiba tertengok sampai habis, noks! ;P

Laju pulak cerita dia kan... Tetiba jer Zikir datang kampung Dhia secara tak sengaja... Tetiba lagik Zikir terberkenan kat Dhia... Lepas tu, tetiba Dhia kena risik2 ngan Zikir... Eh! Banyak betul 'tetiba'! He3...

Watak Melly tetap tak boleh blah! Nasib baik muka kiut sikit. Kalau tak, musti orang kata, 'Dah la huduh, bengap pulak tuh!' Hah! Amekaw!!!

Belah malam, layan Cinta Elysa pulak. Pun dah lama tak layan jugak. Terserlah dah sikit2 sisi jiwang Aril. Yasmin (mak Elysa) dah start meroyan sebab tak dapat harta walau 1 sen pun! Macam singa lapor jer aku tengok! Ha3...

My 'sayang' pun dah start terminat kat Cinta Elysa. Bila the end jer malam tadi, my 'sayang' terus tanya...

"Aaby, bila lagik sambungan cerita nih? Esok ada kan?"

"Mana ada la, B... Dia kan setiap Selasa. Slot Lestary maaa... 
Next Selasa baru ado!"

"Cis! Lambat lagik la nak habis! Hu3..."

My 'sayang' memang... kalau tengok apa2 cerita, musti nak tau cepat2 endingnya. Tak sukakan kesuspenan. Apparaaa..! 

Korang tengokkah?


:: Like3, ek! ::

Wednesday, November 9, 2011

'HILANG' SOFFIYA... 'DATANG' TENTANG DHIA...

Semalam, tamatlah sudah drama Soffiya... Drama yang aku dok tunggu2 setiap hari Isnin sampai Khamis. Yang kasik aku emo2 sampai rasa nak masuk dalam tv pakai pintu ajaib Doraemon. Hadoi! Penangan Soffiya betullah!

Walaupun macam happy ending tapi, terkilan jugak la kan... sebab Fiona mati. Kena bunuh pulak tuh! Memang la... Fiona tu crook giler! Tapi, bila dia dah insap rasa sadis pulak tengok dia mati dengan cara yang kejam tuh. Haish! Nak kena babap tuan director ngan script writer nie... 

Hari nie, start tengok pengganti Soffiya. Tentang Dhia pulak tajuknya. Suka betul diorang buat drama yang tajuknya ada nama pompuan. Kiut kot... Ecewah! ;P

Baru tengok 1 episod. Hmmm... aku rasa macam lambat panas sikit la Tentang Dhia nih. Agak lembab. Lepas tu, macam dah boleh agak apa yang akan jadik seterusnya?! 

Tapi, nak judge lebih2 pun, tak sesuai kot... sebab baru tengok 1 episod. Kena tengok berepisod2 dulu then, baru boleh judge secara over. Kalau best, aku jadikkan drama wajib tonton. Kalau tak best, dengan senang hati aku serah remote kat my 'sayang'lah. 

Kekdahnya... ;P

Hokaylah! Nak tido dah nih. Ngantuk! Jumpa esok dengan entry2 menyengat yang diauto-published oleh tuan tanah kedaung, ek! Wah! Menyengat kata ko! Ha3...


:: Like3, ek! ::

Thursday, October 20, 2011

STRESSNYA SOFFIYA!!!

Stress betul ah kak tengok citer Soffiya! Stress tak terhingga secara melampau, hokay! Terus rasa nak jumpa script writer ngan tuan direktor, nak maki diorang sebab buat storyline camtu. Huh!!!

Geram, benci, menyampah, bla3... semua ado! Especially kat Fiona. Hampeh betul! Apsal la si Muiz tu tak bunuh jer dia masa kat dalam kereta tuh? Mengong!

Ada ke patut dia buh ubat apekejadahnyantah dalam air oren Soffi. Dah orang tu keguguran... Mangkok!!!

Muka cun tapi, perangai buruk tahap gaban! Hah! Amekaw! Siap berlaku curang lagik tuh kat Ilyas. Haish!

Punya la emo ah kak, sampai rasa nak masuk dalam tv, nak carik Ilyas kat Johor, nak bagitau Fiona tu evil giler, bunuh baby yang tak berdosa, mengandung anak orang lain... Kat Kamal pun aku nak bagitau jugak. Kat Kak Ton pun. Erk!

Stress2... Aku stress sampai konon2 nak merajuk la... takmo tengok dah... Tapi, tu konon2 jer la... Sebab aku tau, petang nie aku musti terpacak balik depan tv tepat jam 7 p.m. Hu3...

Korang stress macam ah kak tak tengok semalam punya episod? 


:: Like3, ek! ::

Friday, November 12, 2010

WA TAMMAT...

Semalam, berakhirnye riwayat Chinta Chandurry... Sadis, owh..! Elok2 lepas akad nikah, terus mati dalam dakapan sang suami... Giler tragis ending dia! Tsk3...

Lepas nie, dah takde la nak terpacak depan tv, tunggu Chinta on air. Dah ganti citer lain plak. Tak tau la best ke tak?! Wait & see jerlah.

Tapi, citer Chinta nie pun dah ujung2 macam ke laut jugak! Sebab kejap2 nak kawen... kejap2 tak jadik... kejap2 pinangan diterima... kejap2 ditolak cara baik... Isk3... Naik fed-up ah kak tau! Sampai aku siap buat conclusion sendirik lagik tau!

'Ooo... nanti Chinta kawen ngan Rasul Iman kot... Jadik wifey no. 2. Pastu, Chinta preggie. Mase nak deliver, Chinta mati sebab komplikasi brain tumor tuh. Then, Rasul Iman ngan Saada la yang jaga anak Chinta tuh...'

Hah! Sampai ke situ imaginasi ah kak, hokay! Dasat tak dasat tuh! Tapi, sume salah! Memang la Chinta jadik wifey no. 2 tapi, tak sempat preggie dah mati. Si Saada plak yang preggie. Twins lak tuh! Best2..! Ermmm... ade ke, ek pompuan semulia hati Saadatul Saadiah di zaman skang yang serba canggih nih? 1 in a million kot... Wallahualam...

Wednesday, October 13, 2010

CHINTA CHANDURI..???

Chinta Chanduri??? Sapekah gerangan Chinta Chanduri? Adekah dia seorang doktor... lawyer... majistret... atau sekadar tukang kebun sekolah? Owh... no3! Sume pun salah! Chinta Chanduri adalah seorang yang pada zahirnye sofistikated, cantik, stylish, bussines woman, kaya-raya, ade pent house mewah, ade 2 bodyguard & bla3... Pendek kata, sume yang hebat2 memang Chinta Chanduri la...

Tapi, sume tu pada zahirnye jer... Di sebalik yang tersurat, pasti ade yang tersirat. Bak kata Chinta Chanduri, 'Orang hanya tau menghukum dengan menilai pada hape yang tersurat tapi, tak penah nak memahami hape yang tersirat.' Perrgghhh..! Dalam maksud tu..! Silap haribulan, kene bukak segala kamus dewan, kosa kata, wacana bagai... baru buleh paham. He3...

Actually, Chinta Chanduri nie bukanlah kawan aku mahupun bestfren atau jugak opismate aku. Memang takde kaitan langsung ngan aku. Tapi, dia adalah 1 karakter yang dicipta oleh Azlina Pa'wan & dizahirkan oleh Muhammad Feroz Abd Kadir atas sokongan Ahmad Puad Onah di bawah empayarnye iaitu Grand Brilliance Sdn. Bhd. Wah! Bahasa kelas atasan dah ah kak guna nih! Korang paham ke tak agaknye? He3...

Kekdahnye, Chinta Chanduri nie watak utama dalam drama bersiri slot Akasia kat tv3 yang tengah hot & spicy skang nih. Memang aku follow citer nih sebab best! Walaupun aku tak berapa berkenan ngan Fasha Sandha di alam realiti tapi, bile ade drama yang dia berlakon memang aku tengok punye..! Tak kesah la drama/filem seram ke... sedih pilu ke... lawak jenaka ke... sume aku nak tengok sebab dia berlakon best! Kalau buat scene keguguran macam dalam Rasukan Ablasa/Perigi Kontang tu, memang betul2 punye terasa kat kite yang menonton nih! Sampai aku pun rase cam, 'Hadoi! Sakit2..! Tsk3...' Kalau scene isteri curang dapat pembalasan lak, lagik dasat! Macam dalam Kehangatan Lantana, macam real jerk. Tu yang best tuh!


~ Starring dalam drama Chinta. Actually, ade banyak lagik pelakonnye. Nie di antaranyelah. Baik plak Faradhiya dalam drama nih. Siap berhijab lagik ko! Selalu kan dia asik antagonis jerk. Tapi, watak dia tak kuar lagik. Tak tau la jadik hape?!

*Credit to: TV3

Ade 1 petang tu, time tengok Chinta, mase tu tengah iklan, aku borak2 la ngan my 'sayang'...

Aku: B, nanti kalau kite dapat babygal, kite buh name depan dia 'Chinta' nak tak? Cantiklah name tu. Klasik!

My 'sayang': Takmolah! Nanti perangai buruk cam Chinta Chanduri!

Aku: Erkkk!

Dasat tak dasat penangan Chinta Chanduri! Ha3...

Saturday, August 28, 2010

WAJIB TONTON SEBAB KALAU TAK TONTON TERUS MEROYAN!

Bapak panjang tajuk entry aku nie! Nak baca senapas time2 pose nie musti semput. Ha3... Well... nie nak citer pasal ade 1 lagik drama yang aku dok tunggu2 every week skang nie instead of Syurgamu Ramadhan iaitu Epilog Syurga Cinta. Wajib tonton la kiranye... Dua2 pun drama TV3. Pandai plak TV3 carik drama best2 untuk tontonan aku kan? Ecewah! Macam la TV3 nak layanz selera aku jer kan... ;P


~ Epilog Syurga Cinta nie pun drama bersiri macam Syurgamu Ramadhan jugak. 1 Slot Samarinda & 1 lagik Slot Akasia. Citer nie sebenarnye diadaptasi dari filem Syurga Cinta. Tapi, pelakon sume tukar la... Kalau filem dengan Awal Ashaari, Heliza Helmi & Adik Haziq, dramanye plak mempertaruhkan Zizan Nin, Fida & Adik Miasara Nasuha. Disebabkan si Miasara Nasuha nie jugaklah aku gigih nak tengok drama nie every week. Sejuk jer mata bile tengok si Mia nih! Comey sangat!

Kiranye skang nie, pukul 6.30 p.m tu aku dah siap terpacak depan tv la... Heh3...


Truly, Madly, Deeply: AreLeez Adnan

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google