SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PIZZA HUT. Show all posts
Showing posts with label PIZZA HUT. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #97: INDAHNYA 'PEMANDANGAN'...

~ Nice 'view'... Heh3...



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

Thursday, March 26, 2015

TURUTAN

Suatu petang...

Rasa laaaaporrrr sangat! Walaupun tak pernah miss makan. Breakfast makan, lunch pun makan jugak. Tapi, tak taulah... tetap terasa lapor tuh. Hmmm... mungkin faktor cuaca kot... #AyatCoverLine ;P

My 'Jebat' bawak ke Pizza Hut. Hokay, boleh jerrr... ;)

~ Kami makan ikut turutan nombor sebab ia datang satu persatu. 

Soup of The Day sampai, sap2 soi je licin. Pesto Chicken Spaghetti sampai, pun sap2 soi je licin. Beef Mama Mia Meatballs sampai, sap2 soi licin jugak. Cenggitu jugak dengan pizza. 

Kojo sonang untuk waiter sebab angkat pinggan kosong. Takde sisa banyak, tak berat & mudah dicuci. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, February 14, 2015

TENGOK #1, LAYAN #2

Istikharah Cinta...

Memula tak berapa nak tengok. Pertama sebab tak minat sangat kat Zul Ariffin. Sebab ke-2 adalah heroinnya. Rasa seperti... 'Hmmm... Faye Kusairi? Sapekah beliau? Apakah..??! Bla3...'

1st impression tu... Tapi, bila dah start tengok 2-3 episod, terus terjebak! Drama queen sangat tau! Ahaks...

Final episode dia kan secara marathon. 2 episod tayang serentak & the end. 

~ Jadiknya... mata tengok #1 & mulut layan #2. Heh3...

Kami order Big New Year Box yang ada Pizza Pastry Crown tu. Rasa dia, not bad la... Tapi, kami tetap prefer Hawaiian Chicken kot sebab paling kena dengan citarasa tekak kami berdua.

Perut kenyang, hati pun gumbira sebab happy ending. ;D

Istikharah Cinta dah habis. Airil & Dina pun 'nak dapat baby dah'... ;P Teman Lelaki Upahan pulak take over. Macam best! Moh le tengok sama2 sampai ke sudah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 17, 2014

MENJAMU MEREKA...

Al kesah masa Kak Aneem berkursus ke Sarawak...

Of course lah Abang jadik Mr. Mama sekejap. Take over household, in charge anak2... Begitu la rumah tangga. Toleransi & cooperation kuncinya. 

Eh, macam kaunselor rumah tangga pulak! Hiks...

~ Abang bawak anak2 lepak kat rumah aku. Sambil melepak, sambil berposing sakan. Penyakit keturunan yang takkan terpadam katanya... Ha3...

Malas nak masak untuk dinner. My 'sayang' order Pizza Hut Delivery je. Kojo sonang! Heh3...

~ Posing macam2 pesen! Gasaklah! Asal bahagia, jangan nangis2. Mak korang nun jauh di perantauan tau! ;P

~ Yummehhh..!!!

Misi menjamu mereka berjaya! Hoyyeahhh..!!!

Actually, Mak pun join sekali. Mak ada bawak nasik + lauk-pauk jugak. Maka santaklah perut kitorang malam tu. Membulat & mengcomel. Ha3...

Bebudak lagik la... Lepas dinner, terus senyap! Baring, mata kuyu. Tu baru 1 malam. Kalau lapanploh malam, mau kembung pipi ngan perut bebudak tuh. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, January 15, 2014

SEJUK2 NI KAN...

Hujan renyai2...

Angin sepoi2 bahasa...

Perut mula berdangdut riang... Mintak diisi la tuh!

Otak ligat berpikir... mencarik2... membayang2kan... rupa paras makanan yang sodap2! Yang tak sodap terus campak jauh2 dari kotak pikiran. Eceh! #puitiskonon

Ingatkan perut & otak aku sorang je yang jenuh 'bekerja'. Tidak sama sekali! Sebab my 'sayang' pun begitu jua... 

"Aaby, jom makan pizza! Nak tak?"

Owh... bagai orang mengantuk tak hengat lepas tu, disorongkan plak dengan bantal yang gebu-gebas! Begitulah perumpamaannya... 

Owh3...

~ Soulmate sangat beliau ni tau! Understanding... gorgeous... prihatin... hah, apa lagik nak puji, ek? Ha3... #dasarsangat! 

~ Frosty yang indah...

~ Bertuah sungguh perut ah kak... Ha3...

~ Dah tau hujan sejuk2, lagi mau order air sejuk kan... Haish! Sila salahkan tekak, ek! ;P

~ Owh... nom3..!!!

~ Creamy Carbonara Fettuccine yang aku habiskan sebab my 'sayang' bukan peminat pasta especially pasta berwajah pucat macam ni.

~ Cheese Baked Beef Meatballs Carbonara. Yang ni makan together2. Siap main suap2 lagik..! Ko ado..??! Ha3... Larikksss..!!!

Dengan cuaca yang sejuk2 nyaman... dine in pulak kat tempat yang comfy... sambil menikmati makanan2 yang buat kita feeling2 omputih... owh... sorga, hokay..! Terus rasa seperti berada nun jauh di Switzerland! Ha3...

Mahapkan tuan tanah kedaung di atas keover-annya. ;P

& jangan tanya kenapa 'Switzerland'? Sebab asal nak feeling2 omputih je, musti ke Switzerland! Asal ke Switzerland je, musti nak feeling2 omputih! 

Hadoiiyaiiinyapon!!! ;D


:: Like, ek! ::



Thursday, September 12, 2013

BIG BOX

Mak ada appointment check BP lagik. So, Mak bermalam kat rumah aku lah. 

Mak tak berapa selera nak makan nasik sebab kena flu. Bila we ols buat suggestion makan pizza, terus laju2 Mak setuju. Comel Mak... Heh3...

~ Try Big Box. Sebab nampak macam meriah.

~ Plus, memang meriah pun..! Ada 1 regular traditional / pan pizza (family faveret), 1 pasta perfetto, 4 ketul Smoked Deli Wings, 6 ketul Spicy Chicken Fingers & 6 potong Garlic Bread.

Pizza tu ko boleh pilih mana2 topping under family faveret. Pasta tu pun... boleh pilih nak carbonara / bolognaise. Add-on adalah dialu2kan. Macam we ols, we ols add-on 3 bowls Soup of The Day je. Faveret Mak ni tau!

~ Kengkonon makan sup je. Kengkonon la kan... Kengkonon... Ha3...

Big Box ni sedang2 elok untuk 3 hingga 4 orang makan. Dengan harga serendah RM 39.90 kita boleh makan macam2. Sharing2. 

Perut pun pasti gumbira sebab kenyang. Heh3...


:: Like3, ek! ::



Friday, September 14, 2012

6 SYAWAL 2012... EPISOD: RAYA TREAT

Uda, mak, nenek ngan kakak & family nak beraya ke rumah aku. Aku ngan my 'sayang' dah pening dah sebab tak tau nak jamu apa. Hatta kuih raya pun kitorang tak beli tau! Bajet balik kampung sepanjang cuti raya kata ko! Hu3...

Tahun2 lepas ada beli a few kuih raya. Tak berusik pun! Bila dah expired, maka ke tong sampahlah jawabnya... So, learn from mistake.

Kalau ada yang nak datang rumah, diorang kena roger2 dulu la. Boleh ah kak masak menu yang mengenyangkan. Bihun sup ke... mee goreng ke... masak nasik lunch terus pun aci jugak kot. He3... Kalau main terjah je, berkemungkinan besor kitorang bawak makan kat restoran2 / fastfood2 berhampiran lah, ye! Hiks...

Macam kes Uda, mak, nenek ngan kakak & family nak beraya kat rumah aku ni la... Aku kan memang menghabiskan cuti raya di kampung. Jadiknya, aku jamu air oren, keropok ikan cicah sos ngan marukku je lah. Tu je yang sempat nak disediakan. Lepas tu, aku bawak diorang makan kat Pizza Hut.

~ Kojo sonang, bebeh! ;P

~ Sebelum makan, nampak macam slim sikit. Selepas makan kang, tak taulah macam mana. Hu3...

~ Kitorang booked siap2 port nih. Kalau tak booked, mau takde space sebab orang dah mula ramai terjah Pizza Hut kot. Nak larik dari makanan2 standard raya macam ketupat, rendang, lemang bagai...

~ Pizza apa ntah nih... lupa nama saintifik dia. Hiks...

~ Pizza lagik... Dah makan pun kat Pizza Hut kan, of cos la gambar pizza tu kena lebih..! He3...

~ Tamak halobanya mak inchik nih! Isk3...

~ Nenek tak interested sangat dengan pizza. So, aku orderkan spaghetti bolognese. 

~ Mokcik chubby perasan slim..! Ha3...

Santak jugak perut makan pizza nih. Harap2, perut diorang2 pun santak jugaklah. He3...

Alhamdulillah... berjaya jugak raya treat nih. ;) Abang & family je la tak dapat join sebab nak ke hospital Ipoh, temankan Abang Chik Kak Aneem. Damia nak dibawak jumpa pakar kat sana. Sebab Hospital Teluk Intan still tak dapat detect punca Damia koma. 

Sepatutnya hari tu kitorang beramai2 terjah rumah abang sebab abang nak buat open house. Nak buat macam mana... kena cancel la... Tapi, takpe... kami paham situasi tuh. Abang carry on je dengan family Kak Aneem sebab semuanya di luar jangkaan kan... 


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Monday, August 27, 2012

AEON IPOH STATION

Cerita raya sekejap2 lagik, ek! Layan cerita tak raya dulu. ;P

Ada 1 hari tu, aku meeting kat Ipoh. Geng huru-hara pun meeting sekali. Dah namanya sejawatan kan...

Balik dari meeting, kami singgah AEON Ipoh Station. Jangan ditanya secara detail lokasinya kat mana. Sebab memang aku tak tau nak kasik direction. Harap maklum, ye! ;P

Window shopping je pun... Lepas tu, lapor! Ha3...

~ Semua sepakat nak lunch kat Pizza Hut.


~ Tengah menikmati mushroom soup. Aummm2..!!! ;P

~ Baru makan sikit, dah sibuk nak berfotogediks. He3... Siap mintak tolong cik waitress amikkan gambar. Terima kasih cik waitress. ;P

~ Comfy jugak Pizza Hut kat AEON Ipoh Sation nih. Sampai teruja ah kak tau! He3...



~ Siapa tak kenal dengan mushroom soup kan... Kalau pekena time hujan2, memang terbaekkk...lah!

~ Makanan2 kami...


Dah lepas makan, baru semua terpikir... apa barang datang AEON Ipoh Station makan Pizza Hut? Macam la kat tempat memasing nan ado kan... Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 9, 2012

BAJET NAK NAMPAK UNGU PADA HARI BAPA...

Kesah Father's Day nih. Sila terima dengan redha, ye anak2..! Ha3...

Adik2 ipar yang pompuan meroger2 my 'sayang', nak plan2 Father's Day Celebration. Keputusan sebulat suara nak celebrate + makan2 kat Pizza Hut. Aci kojo sonang je... Heh3...

Aku ngan my 'sayang' terus ke lokasi dari rumah je. Selalunya, walaupun sekangkang kera tapi, muka kami la yang paling last sampai. He3... Tapi, kali ni kami yang terawal kot. Awal sikit je pun... Tapi, dah bangga sampai kembang-kempis hidung! ;P

~ Kek Happy Father's Day Secret Recipe, sponsored by Puan Udda. Apricot flavor. Not bad tapi, tersangat manis kot...

~ Main course, appetizer ngan desert semua dah order dah. Sementara menunggu order sampai, kami berfotogediks dulu dengan kek. Ngeh3...

~ Tuan tanah kedaung ngan chentahatinya... Ececehhh..!!! Ahaks3...

Actually, kami dah buat reservation siap2 belah petang. Balik kerja, terus berdesup ke Pizza Hut buat reservation. Dah boleh agak dah, kalau musim2 celebration macam Father's Day ni, memang confirm Pizza Hut tu full-house. Membuat reservation adalah keputusan terbaekkk..! ;)

~ Nak nyanyi lagu sempena Father's Day adalah malu. Aci wish2 secara sayup2 je. He3... 

Eh! Ada ke lagu Father's Day? Erkkk! Confuse ah kak!

~ Hadiah dari aku & my 'sayang' untuk abah. Harap abah suka laju2..! ;P

~ Qistina ngan mommy dia asiklah berposing. 

Eh! Qistina dah ada nama baru iaitu Athirah. Nak dijadikkan cerita, teacher dia pun namanya Qistina. So, untuk mengelakkan confuse, terpaksa la teacher dia panggil Athirah. Nama dia kan Nurul Athirah Qistina. Amik nama yang nombor 2 pulak.

~ Inilah titik permulaan di mana Cik Athirah kita mengamuk! Nampak tak dia dah stand by pegang garfu tuh? Sebab dia bajet nak suap Uncle Kerol dia. Tapi, Udda dah suap siap2. Terus la dia menjerit sekuat hati di situ!

~ Mommy main peranan nak pujuk Cik Athirah. Berjaya jugak akhirnya...

~ Khusyuk betul K.F menyuap! Control sikit, bro! Ha3...

~ Jijah enterframe tak hengat!

~ Makan kek dulu sebab order belum sampai. Hu3...

Aku suruh diorang pakai PURPLE. Konon2 tema la kan... Sebenornya, sebab ah kak kan baru shopping blouse munge2 kaler purple tuh. Nawaitu adalah nak menayang baju baru la kiranya kan... Ha3...

Tak semua la yang menepati tema tapi, still ada yang berusaha untuk menepati tema especially adik2 ipar pompuan. Kira ci je lah! ;)

~ Cheesy Bites Steak Pizza. Pizza baru kalau tak silap aku. Sodap!

~ Cheese Baked Meatball. 

~ Fruit Salad. Aku cuit buah tembikai je sebab perut dah santak dengan pizza & segala bagai tuh. Adeh3...

~ Memasing cover perut kot. Ha3...

~ Hebat tak pola pemakanan kitorang? Aummm2..!!! ;P

Happy je malam tuh. Dah namanya pun Father's Day Celebration kan... takkan nak bermuram durja pulak. Heh!

Beriye kitorang nak konvoi ke Pasar & Gerbang Malam. Tup2 tayar kereta Waja flat la pulak! Hadoiiyaiiinyapun!!!

~ Terpaksa la Encik Bulat tukar tayar spare dulu. Chaiyok2!!! ;D

Kami tolong jugak... tolong tengok & tolong menyibuk, konon2 bagi sokongan moral la... Padahal, lagik serabut budak tuh! Ha3...

~ Berjaya..!!! Terus posing... Terus senyum lebar... Apakah..??!

~ Berkepit je dengan Uncle Kerolnya tuh.

Aku beli brooch kat Gerbang Malam. Beli dua. 1 kaler ijo & 1 lagik colourful. Nanti la... kalau ada masa, aku jaja kat sini, ek?! Jangan gusar! He3...

Walaupun dapat spend time sekejap je tapi, kami still enjoyce! 

Selamat Hari Bapa, abah... Semoga abah diberi kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki. Amin... Lepas tu, boleh la belanja anak2 + menantu2 makan! He3... 

Selamat Hari Bapa jugak untuk arwah abah aku. Semoga abah tenang di sana... Amin...

Al-fatihah...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google