SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label TAMAN REKREASI SUNGAI KLAH. Show all posts
Showing posts with label TAMAN REKREASI SUNGAI KLAH. Show all posts

Friday, October 28, 2011

PENUNGGU KOLAM KATA KO???

Tak habis2 lagik kesah TRAP Sungai Klah. He3... 

Malaslah nak mukadimah panjang2. Layan jer la, ek apa yang aku jaja nih?! Layan dengan senyuman tau! ;P

~ Kanak2 Ribena & pelampong comel. He3... Errr... kanak2 Ribena yang pakai spec merah bertudung hitam tu kiut tak boleh blah kan? Ahaks3...

~ Penunggu kolam bak kata abang aku kat blog dia. Owh... nom3!!! Ada ke muka handsome bajet suci  macam nie abang aku kata penunggu kolam??! Cis betul! Hu3...

~ Mak dah tak sabor nak berkubang jugak. Tapi, kena baby-sit Rifqi kejap sebab hero kecik tu baik punya mentido! Plus, nak kasik chance kat mama Rifqi berkubang dulu puas2. 

~ Hokay! Mama Rifqi dah naik. Turn nenek Rifqi pulak nak berkubang. Ha3...

~ Masa memula kitorang sampai kan, kolam tu tak berapa nak ada orang pun. Ghalit sangat berkubang sampai tak sedar orang dah ramai.

~ Tengah turunkan ilmu kat Rifqi, ilmu berposing. He3... Sepatutnya gambar nie kat atas sekali sebab masa nie belum basah. Tengok la baju tuh, kering lagik.  

~ Nak pergi kat area yang airnya dalam sikit. Konon2 mahukan cabaran la kan... Ngeh3...

~ 4 orang kanak2 Ribena comel! Ecewah! ;P

~ Mak tengah berendam... ;)

~ Jangan tak tau... kitorang pun ada pelampong tau! Kiut macam tuan dia kan pelampong nih? Ahaks3...

~ Gambar nie pun sepatutnya letak kat atas. Sebelum mandi, mak makan dulu, isi perut. Bila dah kenyang, baru la best nak berkubang! ;P

~ Tikar mengkuang... Terasa klasik & tradisional gitu..! ;P

Nasik ngan lauk2 semua mak yang masak. Aku buat burger ngan goreng nugget. Kak Aneem pulak buat sandwich sardin. Eh, macam potluck la pulak! He3...

Paling best, karipap pun ado! Berketul2 aku makan! So, lepas nie, dah kuranglah sikit tahap kemengidaman aku nak makan karipap yang mak buat. Tapi, sekejap jer... Esok lusa kang mengidam balik! Ha3...

Picnic tak habis di sini... bersambung ke 1 tempat yang memang tak dirancang. Aci spontaneous jer. 

Ke mana & di mana..??! Hmmm... next entry, ye! ;)


:: Like3, ek! ::

Tuesday, October 25, 2011

SAUNA SEMULAJADI

Masih lagik pasal TRAP Sungai Klah... ;)

Kat kolam air panas tu, ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat. Boleh rebus telur, manjakan diri kat spa/nak berendam sesado pun boleh! Takde hal punya.

~ Macam nie la cara nak merebus telur ayam tuh. Tak semua kolam boleh suka2 hati nak merebus telur ayam tau! Ada kolam khas yang disediakan untuk aktiviti merebus telur ayam nih.

~ Telur ayam tu pulak boleh dibeli kat 1 kiosk yang terdapat kat situ. Sebelah jer ngan kolam tempat merebus tuh. Harga pulak adalah seperti di atas. Beli, rebus, lepas tu makan dengan pepper + kicap. Aku tak pernah try sebab tak koselah nak 'main masak2' kat situ! Tapi, aku rasa macam heaven la kot... dah penat2 berenang macam ikan duyung, boleh pulak menjamu selera kan...  

~ Ada berani mau rendam kaki? ;P

~ Geng manja2... Eh2! Mak main nyorok2 pulak! Hiks...

~ Haaa... inilah dia kolam air panas tuh. Luas jugak. Belah sini yang paling suam2 la... Kalau rajin, boleh la explorace sampai ke hujung nun. Merasalah ko tahap kepanasannya. 

~ Bermeditasi... He3...

~ Holloh3... Baby..! He3... Baby tu = Cik Odah. Nickname dia banyak, actually. Cik Odah, Kak Ngah, Baby & Intan Raudhah. Dolu, aku suka panggil dia Cik Odah. Tapi skang, suka panggil Baby pulak. Macam kiut jer kan... ;P

~ Baby & Kak Yong... duta manja2 & duta keamanan sejagat. Ha3...

~ Apa la yang mak dok kaji tu..? He3...

~ Panas... panas... panas... Huuuu....

~ Quite panas jugak kat sini tau! Tapi, diorang berdua nie kulit kebal. Elok jer tahan.

~ Manja2 lagi........ ;D

Nie kolam lain. Khas untuk rendam2 kaki jer kot sebab panas wooo... Tapi, ada jugak sorang budak lelaki yang berkubang kat dalam tuh. Kagum aku! Sampai termusykil2! 'Ko kulit manusia ke kulit godzilla, dik oiii?' Erk!

~ Taman Terapi... 

Kolam air panas nie seolah2 sauna semulajadi la... Berendam, lepas tu rasakan la peluh yang meniktik2 tuh. Lepas tu, bila keluar dari kolam, terus feeling2 dah bakar lemak! & terus perasan kurus! Ha3...

Cer tengok gambar ah kak yang kat Taman Terapi tuh. Kurus kan? Ahaks3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::

Monday, October 24, 2011

TRAP SUNGAI KLAH LAGIK! JANGAN JEMU, YE?! ;P

Hokay!

Jom sambung kesah picnic di hujung minggu tuh. ;)

Well... dari Teluk Intan ke TRAP Sungai Klah, takde la amik masa lama sangat. Tambah2 bila dah ada jalan short-cut yang baru tuh, lagik la sonang! Aci berdesup2 jer. He3...

Dalam 40-45 minit, dah sampai. Borak2 sambil makan burger dalam kereta, tup2 dah nampak kolam air gunung. Tak sempat nak mentido. ;P

Rasanya, dah banyak kali jugak aku jaja pasal TRAP Sungai Klah kat blogungukechentaan nie. Kat sini masa aku pergi dolu2 tuh, yang nie pun, kat sini pun ado lagik, kat sini pulak antara yang terlatest. Serba-sedikit infonya pun aku ada selitkan.

Tapi, tak pe la... aku cerita jugak lagik. Diharap sudi melayan, ye?! ;P Kalau rasa2 cam, 'Eh2! Dah lapanploh kali cerita pasal tuh...' hah... korang assume jer sebagai ayat penyata. Tak payah nak runsing2. He3...

Masuk jer ke kawasan TRAP Sungai Klah nie, kita akan jumpa 2 pit stops. Pertama, pit stop untuk beli ticket. Takde ticket mintak mahap la ko dapat masuk ke kolam, ye! Wajib! Harga ticket tertakluk kepada peringkat umur. Dewasa, warga emas & kanak2. Dewasa = 8 hengget, warga emas = free (yahooo2..!!! He3...) & kanak2 above 3 tahun = 7 hengget. Berpatutan kan?

Lepas dapat ticket, barulah boleh teruskan perjalanan ke pit stop ketiga merangkap entrance. Parking kereta pun kat situ jugak. Kalau peak season, boleh jadik parking penuh. Nak tak nak kena la parking kat 1st pit stop tadi tuh. Jauh sket la nak menapak kan...

~ Begini la rupa paras tiket tuh. Kaler dia kadang kuning, kadang2 putih, kadang2 biru & kadang2 ijo. Malas pulak aku nak kaji apsal kaler dia berbeza2 kan... Aci terima dengan hati terbuka jer lah kekdahnya... Polis bantuan akan check either ko pakai ke tak ticket nie kat pergelangan tangan masa kat entrance?! So, kena pakai siap2 lepas beli ticket, hokay! Jangan degil!

~ Belum terjun dalam kolam air gunung tapi, dah mula sengal dah! Ha3...

Dolu, masa memula datang sini, tak boleh bawak makanan katanya... Maybe diorang nak jaga kebersihan air kolam tu kot. Kitorang just bentang tikar, makan kat area luar dari kawasan entrance kolam tuh. Aci boleh la kot sebab takde pulak kena sound ngan pak polisi. He3...

Tapi, pergi baru2 nie, my 'sayang' kata nak try selamba bawak raga makanan lalu kat entrance yang ada 2 pak polisi. Kena soal-siasat jugak tapi, ada kelonggaran... Just boleh bentang tikar & makan kat area side belah kiri jer. Means, dah boleh makan2 kat area kawasan kolam. Owh... kira orait la tuh kan... ;D

~ Dapat port baik punya bawah pokok kelapa. My 'sayang' nak makan nasik dolu. Aku pulak takmo makan dah sebab nak terjun dolu..! Tak sabor dah! Yaariibaaa2...!!!

~ My 'sayang' dah habis makan. So, dah ada geng bas sekolah! He3...

~ Cer carik... di manakah ah kak? Hah! Carik... carik..! ;P

~ Mak pun tak lepas peluang! Tapi, mak dah tobat, takmo naik slide. Cukuplah sekali katanya... Hiks...

~ Cer tengok my 'sayang' tuh, tak pernah pisah dengan makanan! Tengok keadaan perut pun dah tau kan? Hiks...

TRAP Sungai Klah nie ada 2 kolam. Yang kitorang terjun kat atas tuh kolam air gunung namanya. Sejuk la kiranya... macam air kolam. 

Side kedua adalah kolam air panas. Tu kitorang nak pergi berendam kat kolam air panas pulak la tuh. Kena jalan kaki sket la... 

Apa yang boleh dibuat kat kolam air panas tuh selain dari berendam? Owh... next entry, ye?! ;)


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google