SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label NASI BERIYANI. Show all posts
Showing posts with label NASI BERIYANI. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

IFTAR 9 RAMADAN 2013

Semua pun aci tapau kat PARAM je. Tak larat nak masaklah. Rasa macam flat sangat. Uhuks3...

Terjah PARAM together2 dengan my 'sayang'. Berpimpinan tangan lagik..! Baju pun sedondon. 

Eh, perlu ke nak bagitau? Ahaks3...

Hasil tapau-an adalah seperti berikut:-

~ Ayam goreng. 6 hengget sepeha nih. Besor! Cukup untuk 2 orang makan. Rasa pun tak mendukacitakan. Memang la... kalau ikutkan, ayam goreng je pun... Lumur2 ngan kunyit garam bagai... kemudian goreng. Apalah sangat kan... Tapi, maksud aku adalah ayam tu fresh. Bukan ayam semalam yang tak habis dijual mahupun recycle. Eh, sama la tu kan? ;P

~ Roti jala + kuah kari + kuah durian. Kuah kari untuk aku. Kuah durian untuk my 'sayang'. Lempeng pisang tu pun untuk my 'sayang' jugak.

~ Mee goreng basah. Ah kak punya menu utama untuk berbuka. 

~ Menu utama my 'sayang' pulak adalah nasik beriyani + daging masak hitam. Daging tu sodap. Lembut je.

Setakat ni, makanan2 yang kami tapau kat PARAM masih menepati piawaian. Takde la terkena yang basi ke... recycle ke... rasa ke laut ke... Semua hokay jerrr... 

Alhamdulillah...

Kepada peniaga2 PARAM Teluk Intan khasnya & seantero Malaysia amnya, sila la berniaga dengan jujur. Jadikkanlah duit pembeli berbaloi2 menikmati juadah yang anda jual. Takmo pikirkan untung je. Pikirkan kualiti sekali tau!

Sekian pesanan ikhlas daripada tuan tanah kedaung... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, October 18, 2011

FOOD TESTING DI REENA'S KITCHEN

Hafiz kata, ada restoran baru bukak kat Bandar Baru. Lebar jer cuping telingan ah kak mendengornya. He3...

Biasa la kan... kalau bab2 makan/mengetest restoran baru nie memang menjadik faveret aku la kan... Kalau makanan sodap, memang sorgalah. Plus, berbaloi2... Tapi, kalau haub, nasib ko la labu... Begitu...

Nama restoran baru tu adalah Restoran Reena's Kitchen. Macam santek, menarik, tertarik, komemangthebomb jer nama dia kan... Harap2 makanannya pun tak mengecewakanlah.

~ Balik kerja, terus buat food testing. My 'sayang' makan nasik beriyani + kari kambing. Suspen jer nak mengetest kan... He3...

~ Aku order kueteow Hong Kong. Lambat sket siapnya. Sementara nak menunggu siap tuh, ada baiknya kita berfotogediks. Alahhh... untuk tatapan korang semua jugak maaa... Ahaks3...

Result Food Testing:-

::: Nasik beriyani dia... hmmm... so-so la...
::: Kueteow Hong Kong dia... hmmm... so-so jugak la...

Kesimpulannya, so-so la... He3...

By the way, Reena's Kitchen nie adalah restoran mamak, ye! Harap maklum.


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google